Ikut Kata Hati Sendiri

Jika kita mahu menulis ebook dan menjualnya, lakukan sahaja.

Jika kita mahu menjual ebook mengenai cara buat duit, jual sahaja.

Jika kita ingin menulis buku, tulis sahaja.

Jika kita mahu melakukan sesuatu yang kontroversi, lakukan sahaja.

Jika kita mahu melakukan sesuatu yang jarang orang lakukan, buat sahaja.

Jika kita mahu menulis sesuatu di blog, tulis sahaja.

Jika mahu anjurkan bengkel, seminar atau ceramah, lakukan sahaja.

Jika mahu naikkan harga produk, naikkan sahaja. (Mereka yang mengkritik itu bukannya mahu beli pun walau kita letak harga yang rendah.)

Jika kita ada prinsip atau pegangan tersendiri, tetaplah dengan pegangan itu.

Jika kita ingin berpenampilan dengan cara tersendiri, lakukan sahaja.

Mengapa? Sebab hanya kita yang menanggung makan minum kita, susah senang kita, bukan orang lain.

Dan begitulah seterusnya…. Dengan syarat ia masih di dalam ruang lingkup batas Agama dan undang-undang.

Ada Pegangan Yang Kuat

Di dalam perniagaan termasuk perniagaan internet, jika kita terlalu mengikut kata-kata orang, walaupun daripada para pakar atau yang berpengalaman, kita sendiri akan terseksa. Walaupun nasihat mereka betul, kadang-kadang yang dirasakan tidak betul itulah lebih betul. Kita tidak tahu. Kita akan tahu selepas melakukannya. Zaman sentiasa berubah, dan kadang-kadang sesuatu perkara turut berubah. Idea atau ‘kepercayaan’ lama, mungkin sudah tidak sesuai lagi. Ia boleh berubah…

Bagi diri saya sendiri, saya suka bereksperimen walaupun kemungkinan besar itu merugikan. Saya ingin merasa. Sekadar mengetahui sesuatu berbanding merasainya adalah amat berbeza. Apabila kita sudah merasai sesuatu terutama yang pedih dan pahit, kelak sudah pasti kita lebih sentiasa berwaspada dan kita pun lebih yakin untuk berkongsi dengan orang lain.

Keduanya, kadang-kadang daripada kesilapan yang dilakukan, kita akan mendapat idea yang bercambah-cambah. Ini kerap kali berlaku kepada saya. Hidup ini kalau kita mahu semuanya betul dan tiada salah, kita akan hanya melihat dunia ini dalam satu sisi pandangan sahaja. Pemikiran kita tidak akan berkembang. Kita umpama lalang yang ditiup angin. Orang kata A, kita ikut. Orang kata B, kita pun ikut. Tiada pegangan tersendiri.

Sebab itu walaupun ramai yang mengatakan itu tidak boleh ini tidak boleh, atau pelbagai nasihat diberikan kepada saya, namun saya tetap dengan jalan dan cara saya. Saya akan buat apa yang saya mahu buat. Selagi apa yang dilakukan tidak salah di sisi Agama dan undang-undang, maka selagi itu kita berhak melakukannya. Orang lain tidak berhak mengatakan boleh atau tidak.

Tip Dalam Ikut Kata Hati Sendiri

Kita sering mendengar, “ikut hati, mati, ikut nafsu, layu.” Seolah-olah, kita tidak boleh mengikut kata hati sendiri. Jika begitu, tiada gunalah hati yang Allah berikan ini. Untuk memastikan kita mengikut hati dan bukan mengikut nafsu semata-mata, kita ada panduannya:

1. Solat istikharah walaupun untuk sekecil-kecil perkara, atau paling kurang berdoa memohon petunjuk kepada ALLAH.

2. Banyak membaca buku, artikel dan sebagainya agar kita membuat keputusan berdasarkan ilmu dan fakta, bukan atas sangkaan semata-mata.

3. Bertanya dan berdiskusi dengan orang yang berkaitan dan berpengalaman dengan perkara tersebut.

4. Jaga dan urus hati agar kurang melakukan maksiat yang boleh menggelapkan hati. Hati yang bersih dan bercahaya, biasanya pandangan akan lebih benar berbanding hati yang sering bergelumang dengan dosa.

Jadi jelas, kita ada cara tersendiri berbanding prinsip “ikut kata hati sendiri” cara Barat. Kita ada panduan dan resepi tersendiri. Kita bukan ikut kata hati berani mati. 😀

Berprinsip, Namun Tetap Hormat Menghormati

Sedikit perkongsian: Disebabkan prinsip ‘keras hati’, orang mengatakan saya ego, hanya saya yang betul dan sombong. Setahu saya, orang yang ego tidak akan mempunyai ramai kawan. Sebaliknya saya ada ramai kawan. Jika hanya saya yang betul, maka saya sudah pasti tidak akan berkawan dengan ramai orang. Dan jika saya sombong, juga sudah pasti orang tidak mahu berkawan dengan saya.

Jadi di manakah kebenaran tuduhan tersebut? Tiada lain, yang menuduh itulah yang ego dan tidak berupaya untuk menghormati prinsip hidup dan pandangan orang lain. Jika kita tidak bersetuju, kita jangan memburukkan orang lain. Hormati mereka, tetapi kita tetap dengan cara kita. Itulah cara saya. Saya ada pegangan sendiri, namun saya tetap menghormati cara orang dan saya tetap suka berkawan dan terus menambah kawan.

Dengar, Tetapi…

Bukanlah bermaksud nasihat orang lain kita tidak perlu ikut, tetapi di dalam membina jati diri dan daya ‘survive’ yang tinggi, kita perlu mencuba. Orang lain hanya tahu berkata-kata, tetapi susah senang hanya kita yang menanggungnya. Maka letaklah tanggungjawab pada diri sendiri, bukan pada orang lain.

Jika saya mengikut kata orang, sudah pasti saya tiada lagi di dalam bidang ini bertahun-tahun lamanya. Ramai yang dengki dan mahu saya jatuh. Namun saya tidak pedulikan mereka dan saya terus buat apa yang saya mahu buat. Alasan saya mudah: “Makan minum saya, bukan mereka yang tanggung.”

Seperti tajuk entri ini, saya mengatakan kita IKUT hati kita (buat keputusan sendiri), dan entri ini tidak pernah mengatakan kita langsung tidak perlu mendengar nasihat atau saranan orang lain. Kita mendengarnya, tetapi keputusannya hanya kita yang perlu menentukannya, bukan orang lain.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Ikut Kata Hati Sendiri

  1. perkongsian yg mantap, ya betul mmg kita sendiri yg tahu apa yg the best utk diri kita.

    Org² yg bercakap tue ada dua kategori:-
    1. yg mmg nak hentam (boleh abaikan)
    2. yg mmg nak bantu menaikkan kita (jadikan panduan)

    bila sy baca buku dilema melayu, karangan Tun Dr M (versi moden) kita akan tahu kenapa org kita suka menghentam

  2. benar. Setuju juga. Cuma nak buat macam mana, ada orang mungkin tak suka kita beri pendapat dan mahu kita dengar dan ikut pendapat mereka 100%. Ya. Jika benar tak apa. Tapi jika tak benar, apahal nak paksa-paksa kita ikut pendapat dia kan?

  3. Konteks perbicaraan yang mantap dan berinterpsi,kemampuan kita untuk menghasil atau menikmati sesuatu bukan bersifat noktural jadi buat apa yang kita nak bukan apa yang kita mahu orang komen.

    Saya gembira dapat penjelasan begini untuk menjelaskan hala tuju apa yang nak di buat.

  4. En Zul,
    Saya amat bersetuju dgn pandangan di atas, membaca tulisan anda diatas, seperti membaca tentang perjalanan hidup saya sendiri. Org yg berjaya mmg sentiasa diduga.

    Pada saya, kita tidak boleh puaskan hati semua org kerana mereka yg nak puaskan semua org adalah org yg gagal.

    Hanya kita tahu dan faham diri kita lebih dari orang lain yg hanya tahu mengkritik itu ini tapi diri sendiri masih ditakuk lama. Selagi kita berada pada garisan yang benar, cakap-cakap yg negatif dan tidak memberi manfaat kepada kita abaikan shj..

  5. Saya setuju dengan pandangan Tuan Zul. Rata-rata masyarakat kini lebih terikut-terikut “orang lain” berbanding membuat keputusan berdasarkan kata hati sendiri.

    Saya suka ayat ini:

    “Makan minum saya, bukan mereka yang tanggung”

    Semoga Tuan Zul terus mendapat kepercayaan dan terus maju dalam bidang ini. 🙂

  6. Salam, betul tu.

    Saya setuju dengan artikel di atas. Kita yang mencorakkan hidup kita sendiri. Bukan orang lain. Susah senang kita yang tanggung sendiri.
    Dari situ kita dapat timba pengalaman; pahit atau pun manis. Dan dari pengalaman tersebutlah yang mendewasakan kita dan menjadikan kita agar lebih bersedia untuk maju ke hadapan.

    Terima kasih bro Zul…

    P/S: Lama betul tak masuk blog ni. Banyak artikel yang masih belum dibaca 🙂

  7. jangan mengikut telunjuk orang lain bulat2..
    kalau apa yang baik dari orang lain itu boleh di ambil manfaatnya.

    ikut la kata hati sendiri selagi ianya membawa kebaikan kepada kita..

  8. Salam,

    Bro, saya amat setuju dengan pandapat bro mengenai perkara ini. Sebenarnya kita adalah apa yang kita impikan, kalau baik maka baiklah kita dan kalau buruk maka buruklah kita.

    Bro, saya tersentuh dengan tulisan bro ini. Sebenarnya kita tidak perlu risau dengan kata orang terhadap kita. Yang penting kita yang mencorak hidup kita (cermin diri). Sebenarnya bro kita sehaluan tapi tak serupa……

  9. saya bersetuju pandangan saudara bahawa kita harus mendengar suara hati kita dalam membuat sesuatu keputusan..tetapi harus diingat bahawa setia keputusan yang dibuat juga mungkin melibatkan hati dan perasaan orang lain di sekeliling kita.

  10. saya bersetuju pandangan saudara bahawa kita harus mendengar suara hati kita dalam membuat sesuatu keputusan..tetapi harus diingat bahawa setiap keputusan yang dibuat juga mungkin melibatkan hati dan perasaan orang lain di sekeliling kita.

  11. Ikut kata hati/naluri adalah terbaik dalam hidup. Membuktikan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Orang yang sentiasa ikut orang lain sepanjang hayat umpama lalang. Sentiasa mengiakan/bersetuju dengan kata orang walaupun dalam hatitu tak setuju. Tapi tak berani nak cakap.

  12. Pada saya kalau nak buat sesuatu keputusan mestilah mengambil kira pd faktor2 berikut selain gerak hati (intuisi):-

    1. Ilmu pengetahuan. Kalau ada berkaitan dgn hukum-hakam agama, rujuk pd kitab2 & ulama’ muktabar.

    2. Maklumat yg cukup

    3. Pendapat/pandangan dpd orang yg lebih bepengetahuan & berpengalaman

    4. Mengkaji dgn menimbang sesuatu sebab & akibat berkenaan buruk & baik. Jika lebih kpd baik, maka keputusan akan jadi baik begitulah sebaliknya. Saya juga akan timbang utk kepentingan bersama biarkan terpaksa mengalah.

    5. Saya juga selalu berdoa pd Allah swt supaya dpt membuat keputusan yg paling tepat dlm kehidupan sehari2.

    6. Akhir sekali, gerak hati atau intuisi saya gunakan juga. Kalau hati kecil saya kuat tak sukakan sesuatu, maka ia boleh jadi keputusan yg buruk begitulah sebaliknya.

    Perkara2 yg melibatkan utk membuat keputusan termasuk pekerjaan, memilih calon pasangan, membuat pelaburan wang, pembelian sesuatu barang, dll .

    Kesimpulannya, saya percaya pd gerak hati atau kata hati.

  13. adakalanya apa yang dikatakan orang itu betul, dan kita harus menilai nya terlebih dahulu. mungkin apa yang mereka kata kan itu bercakap melalui pengalaman yang mereka lalui.

    segala tindakan sebenarnya adalah bermula dari kita sendiri..

    p/s artikel ini suruh kita buat je dulu apa yang rasa kita nak buat.. baguss

  14. Salam

    Saya suka dengan personaliti yang percaya dengan pendirian sendiri berbanding terlalu mendengar cakap orang.

    Dalam dunia ini orang kaya tidak ramai, tapi mengapa? mereka juga manusia biasa dan bukan genius dalam matematik.

    Ini kerana mereka percaya pada diri sendiri dan tidak terlalu mendengar cakap orang. Mereka yang terlalu mengikut majoriti akhirnya tidak akan ke mana-mana.

    Wallahualam.

  15. Berdasarkan pengalaman saya, setiap perkara yang datang daripada hati adalah yang ‘Benar’ dan ‘Telus’. Kerana ia dapat membezakan antara yang ‘Hak’ dan ‘Batil’.

    Sebagai contoh, jika hujan diluar rumah hati akan berdetik “hujan, tak boleh keluar”. Jika terjumpa dompet dijalanan, hati akan berpesan “jangan ambil, itu bukan hak kita. Serahkan ke Balai Polis dsb”.

    Dan bagaimana kita berinteraksi dengan tuhan adalah dengan menggunakan medium hati melalui doa. Jadi gunakanlah kehebatan hati sendiri untuk memandu diri kita sendiri.

  16. Salam,

    Saya rasa point paling penting ialah perlunya ILMU. Tanpa ilmu yang mencukupi sebagai asas pegangan, kita mungkin menjadi seperti lalang, ditiup angin ke sana ke mari. Silap-silap orang akan ambil kesempatan lagi atas kelemahan pegangan tu..

    Thanks en Zul atas perkongsian yang menarik ini.

  17. Salam,

    Artikel yang ditulis ini sangat menarik dan memotivasikan diri. Terima kasih smartzul kerana telah banyak berkongsi ilmu. Apa yang penting kita lakukan apa yang hendak kita buat. Yang penting berusaha, hasilnya Allah tentukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *