Iklan Seksi

Saya terima komen ini daripada seorang pembaca setia saya,

“seksinye iklan jom affiliate kat sebelah kanan tuh. gambar pompuan pegang duit.
seingat saya dulu, zul tak nak promote menda2 yang ada gambar tak tutup aurat atau seksi. huhu”

Saya mohon maaf jika ia membuatkan anda tidak selesa. Betul, prinsip saya adalah tidak menggunakan bahan-bahan yang seksi, aurat dan menjolok mata. Apa jua produk yang saya hasilkan, saya akan minta designer untuk tidak menggunakan gambar yang mendedahkan aurat ataupun yang salah di sisi agama.

Untuk tidak berlakunya salah sangka, iklan tersebut adalah iklan automatik oleh pihak Ashadee.com. Bukan diletak secara sengaja oleh pihak saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Namun atas prinsip yang saya pegang itu, saya telah “OFF” plugin/kod Ashadee dari blog ini. Jadi dengan automatiknya segala iklan dari Ashadee terutama iklan yang seksi itu akan tiada di blog ini.

Walaupun bagaimanapun, ingin saya tekankan, apa jua prinsip seseorang, tiada manusia yang akan terlepas daripada kesilapan.

Akhir sekali, terima kasih untuk keprihatinan dan kesetiaan anda.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Iklan Seksi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *