Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Fakta ‘Tersembunyi’ Mengenai Iklan Banner

11 01 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Tiada orang klik iklan banner anda?

Usah kecewa jika iklan banner anda tidak diklik oleh pelawat laman web di mana iklan anda berada. Kenapa? Bukankah perkara penting iklan banner ialah agar orang klik? Ya, betul. Tapi tahukah anda, iklan banner juga amat membantu di dalam membina kredibiliti?

Jika iklan banner anda dilihat berkali-kali oleh sesiapa sahaja yang sebelum ini berkali-kali juga tidak klik pada iklan banner anda itu, paling kurang mereka akan membaca “ayat-ayat” pada banner tersebut.

Sebab itu di dalam ebook Panduan Iklan Banner Berkesan saya ada menyatakan pentingnya untuk kita tidak mengubah terlalu kerap design banner yang digunakan. Mahu ubah boleh, tetapi di peringkat awal sahaja yang mana di dalam usaha (testing & tracking) menentukan banner mana yang lebih berkesan.

Sebaik sahaja anda mengetahui iklan banner yang lebih bagus kadar CTRnya, maka gunakan banner itu secara konsisten. Satu lagi ialah, jika boleh kekalkan iklan anda itu di laman web yang anda iklankan dan pada ruang yang sama. Lakukan iklan di situ berkali-kali dan jangan hanya sekali sahaja. Sebabnya, kita mahu membina “promosi” kepada pelawat-pelawat tetap laman web tersebut.

“Emm, asyik iklan ni jer. Siapa dia ni? Apa produk ni?”. Akhirnya, ego mereka terkalah jua sebab mereka selalu melihat banner anda di situ. Terdetik juga di hati mereka yang anda betul-betul serius berniaga sebab anda selalu meletak iklan di situ.

Perasaan mahu tahu dalam diri mereka mengenai apa yang ada ‘di sebalik’ iklan yang mereka tidak klik itu selama ini begitu membuak-buak. Inilah normal manusia, “ego” mereka akan terhapus jua akibat usaha promosi yang berterusan dengan menggunakan iklan yang sama. Akhirnya, mereka akan klik jua iklan banner tersebut.

Maka, konsistenlah di dalam melakukan iklan banner. Jangan hanya sekali dua dan kemudian berhenti begitu sahaja.

Kesimpulan

Iklan banner bukan sahaja kita mahu orang klik, tetapi iklan banner juga amat efektif untuk dijadikan sebagai medium pembinaan jenama. Maka dengan itu, amat pentinglah menggunakan banner yang betul-betul berkesan.

Jika sesuai, letakkan sekali domain name laman web yang anda promosikan pada banner tersebut. Kalau mereka tidak klik, paling kurang mereka “terbaca” mengenai laman web anda itu.

Contoh banner yang letak nama domain (penulisebook.com):

panduan jual ebook

Atau jika tidak mahu meletak nama domain laman web, letaklah nama produk yang anda promosikan atau letaklah jenama perniagaan anda. Tujuannya, kita mahu juga mengambil peluang terhadap mereka yang tidak mahu klik. Mereka ini akan baca iklan anda, tetapi tidak akan klik. Dengan meletakkan ayat dan perkataan tertentu, paling kurang mereka akan membacanya yang mana ia akan tersemat di fikiran mereka.

Jelas, dua ‘tindakan’ oleh mereka (pembaca iklan) ke atas banner ialah:

1. Klik banner

2. Baca ‘ayat’ pada banner

Kalau mereka tidak klik, mereka hanya membaca. Atau mereka baca, dan kemudian akan klik. Maka sebab itulah amat penting menghasilkan iklan yang betul-betul menarik dan berkesan. Paling kurang mereka akan membaca. Gunalah segala peluang dan ruang yang ada dengan sebaik-baiknya.

Mengiklan berkali-kali dengan ayat iklan atau design banner yang sama, akan menyebabkan ia diingat dengan baik oleh mereka yang selalu berulang-kali melihat iklan anda tersebut.

Pernahkah anda perasan iklan di tepi lebuh raya? Setiap kali anda ‘travel’, kali itu jugalah anda terlihat iklan yang sama dan sama secara berulang kali. Akhirnya, anda akan ingat mengenai jenama atau produk yang diiklankan itu. Begitu jugalah untuk iklan banner Online.

Akhir kata, jangan putus asa di dalam “melawan ego” manusia di dalam usaha pengiklanan (promosi). Teruskan mempromosi secara konsisten dan akhirnya ego mereka itu akan pergi jua…

ps. Sudah download Panduan Iklan Banner Berkesan? Jika belum, download sekarang juga. Sila klik di sini.

panduan iklan banner

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Panduan Pengiklanan Banner Dilancarkan!
  • Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?
  • Ruang Iklan : Kini DiLancarkan!
  • Designer Banner: Sedia Berkhidmat
  • 13 Artikel Terbaik di Blog SmartUsaha.com
  • Ebook Percuma
  • Pengiklanan Di SmartUsaha.com Dibuka (Special Offer)
  • Anda Seorang Designer?
  • Sewa Ruang Iklan Ditutup - Kuota Telah Penuh. :)
  • Ebook Percuma Lagi…

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    9 Comments »

    Comment by emet
    2008-01-11 12:05:03

    Betul la ape yang zul cakap 2…

    Saya dulu pon time “zero” tentang IM ni, tertarik dengan banner yang ada ayat power…

    Kalau stakat gambar memang tak menarik perhatian langsung… :smile:

     
    Comment by wanwma
    2008-01-11 17:15:55

    Betul semua tu. Tapi saya nak tanya skit la, kalu benner bersepah dalam laman web atau blog camne? adakah ia dapat membantu pengunjung untuk klik banner tersebut? Atau pun mereka terus lari? Kalu saya, saya tengok menarik saya klik jer… :razz:

    Comment by SyedHafidz
    2008-01-13 11:59:45

    ni just pandangan saya je..
    letakkan banner terlalu banyak di blog pada saya kurang sesuai…
    tujuan utama kita berblog ialah utk berkongsi info, bukan mengiklan banner…
    kalau letak banyk sangat banner ianya akan membuatkan blog kita berserabut…
    :wink:

     
    Comment by smartzul
    2008-01-13 22:51:00

    Kalau saya:

    1. Pilih banner untuk produk yang untung besar.
    2. Banner untuk produk yg betul-betul berkualiti

    Banyak atau sikit itu soal kedua, tapi jika anda sayangkan kredibiliti anda, anda mesti memilih untuk mempromosi produk yg mana. Kalau anda perasan di blog saya ni, hanya beberapa produk sahaja yang saya promosikan.

    Jaga baik-baik kredibiliti anda dan jangan TERSALAH mempromosi produk.

    Untuk jawapan kepada persoalan ni, jangan letak banyak banner. Pembaca mudah berasa bosan dan terasa seperti laman web anda hanya mahu menjual.

    Comment by En Dlie
    2008-01-14 11:59:41

    Saya setuju sangat.. mempromosikan produk yang berkualiti, menjadikan blog kita seolah-olah mempunyai kredibiliti tersendiri..

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by taza
    2008-01-14 09:45:21

    Yup iklan banner ni memang kena tengok betul2 sbb ianya melibat kan kos yang agak tinggi. Kalo boleh cover kos iklan tak der masalah ni kalo iklan kan kan web berbayar lah yek..tapi kalo kat web/blog sendiri memang takder kos lah tapi traffic plak kena tinggi

     
    Comment by En Dlie
    2008-01-14 11:56:44

    Banyak iklan2 banner yang boleh dijadikan contoh, jadi sepatutnya tiada masalah besar pada newbie untuk menghasilkan banner yang mampu di klik oleh pembaca..

    Meletakkan banner yang banyak pada blog memang tidak sesuai sangat sebab tujuan pengunjung memasuki blog adalah untuk mendapatkan info daripada blog kita.. banner adalah sampingan yang membantu kita menghasilkan pendapatan tambahan..

    Cuba lihat blog zul ni, banyak tak banner nyer? x banya kan.. so keep it simple dan menarik serta tidak berserabut..

     
    Comment by smartzul
    2008-01-14 15:43:44

    Salah satu cara untuk elak rugi dalam pengiklanan banner ialah anda mesti kira prestasi bagi setiap kali iklan dilakukan. Contoh:

    Minggu 1: 10%
    Minggu 2: 13%
    Minggu 3: 17%
    Minggu 4: 25%

    Peratusan tu merupakan ROI. Pasal ROI ni, mungkin saya akan explain di lain artikel. Cuma secara asas, ROI ni membantu kita melihat perkembangan usaha pengiklanan kita. Kalau semakin naik, bermaksud kempen kita ada prestasi. Kalau menurun, mesti ada sesuatu yg ’silap’.

    Pendek kata, kalau kita sentiasa meningkatkan strategi iklan, biasanya kita tidak akan rugi, sebaliknya akan mendapat untung. At least, balik modal.

     
    Comment by saharman
    2008-01-17 17:38:38

    Zul, tak boleh download pun ebook tu

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: