101 Idea dan Tip Perniagaan Internet 2010 – Siri 3

Bagi mereka yang belum membaca 50 tip sebelum ini, boleh membacanya di sini: Siri 1 Tip Perniagaan Internet dan Siri 2 Tip Perniagaan Internet.

Berikut adalah siri ketiga di mana ditambah lagi 25 tip. Jadi, masih berbaki 26 tip lagi untuk mencukupi 101. Nantikan siri yang terakhir nanti.

Sebelum itu ingin dinyatakan, tip-tip ini tidak semestinya dipraktikkan untuk tahun ini semata-mata, malah pada bila-bila masa sahaja. Kedua, pilih mana-mana tip yang boleh dilakukan. Tidak semestinya semua.

51. Menilai prestasi tahun ini. Graf turun, naik atau mendatar? Ada peningkatan atau masih di takuk lama? Dengan meluangkan masa untuk membuat penilaian, kita dapat tahu kita sedang berada di mana. Jadi mudah untuk merancang sesuatu atau merubah apa-apa yang perlu.

52. Merancang untuk tahun hadapan (2011 dan seterusnya…). Hasilkan perancangan yang ‘rapi’ agar dapat fokus sepenuhnya pada tahun tersebut.

53. Membina senarai emel (jika belum). -email marketing-

54. Tambah sekurang-kurangnya satu lagi teknik promosi.

55. Menyertai sekurang-kurangnya satu seminar atau bengkel. Selain belajar di sana, kita juga dapat menambah kenalan malah prospek.

56. Menambah kenalan-kenalan ‘siber’ dari semasa ke semasa. Gunakan Facebook dan forum Online sebaiknya untuk tujuan ini.

57. Membantu mempromosikan sekurang-kurangnya sebuah produk usahawan lain yang tiada kita menjualnya. Cadangkan kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah kelak, perniagaan lain pula yang akan melakukan sebegitu untuk kita.

58. Bekerjasama dengan usahawan-usahawan lain sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang.

59. Menyertai pertemuan-pertemuan rasmi atau tidak rasmi bersama usahawan lain.

60. Melawat rakan-rakan usahawan di premis atau kedai mereka (jika ada). Atau pergi memberikan sokongan pada program-program yang mereka anjurkan.

61. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu laporan (ebook) viral yang ringkas dan amat berisi. Nyatakan di dalam ebook itu, sesiapa sahaja dapat menyebarkannya dengan syarat tidak diubah isi kandungannya.

62. Memastikan sekurang-kurangnya satu matlamat untuk tahun ini tercapai sebelum masuk tahun yang baru.

63. Menghasilkan blog dan menulis sekurang-kurangnya 20 artikel untuk tahun ini. Artikel yang ditulis pada tahun ini akan memberikan kesan baik untuk tahun hadapan dan seterusnya. Artikel adalah salah satu kaedah promosi automatik dan ‘bekerja’ pada setiap masa tanpa penglibatan kita.

64. Bercuti sepenuhnya tanpa melakukan sebarang kerja, walaupun sekadar sehari dua. Ini bagi menyegarkan minda dan ‘mengosongkan’ otak agar kita terus ‘bertenaga’ untuk berusaha.

65. Mengeluarkan zakat perniagaan setelah cukup syarat.

66. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

67. Membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku berkaitan perniagaan dan pemasaran internet. Baca, faham, catat dan praktikkan.

68. Meningkatkan prestasi diri dengan menambah baik sekurang-kurangnya satu aspek pada diri. Contohnya kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, bahasa dan penulisan.

69. Melakukan sesuatu perkara baru yang belum pernah dilakukan, di mana ia bermanfaat untuk diri dan perniagaan.

70. Meningkatkan produktiviti kerja harian. Contohnya gunakan masa dengan seoptimum yang mungkin untuk menyiapkan sesuatu. Fokus satu perkara pada satu masa sahaja. Elakkan ‘multi tasking’.

71. Menyertai mana-mana pelan perlindungan kewangan takaful, jika belum. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kos rawatan perubatan semakin tinggi pada zaman ini. Tip: Ambil pelan takaful yang ada Medical Card. Rujuk mana-mana perunding takaful yang berdedikasi, dipercayai dan jujur. Pastikan menyertai pelan yang diperlukan sahaja. Tip tambahan: Baca buku pengurusan kewangan.

72. Menambah baik kesihatan diri dengan beriadah, berehat dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Pergi lakukan pemeriksaan kesihatan (medical checkup) sekurang-kurangnya sekali setahun untuk tahu status kesihatan. Usahawan perlu tahu status semasa kesihatan mereka, maka barulah senang untuk merancang usaha tanpa gusar di hati.

73. Ambil atau cipta peluang untuk bercakap di hadapan orang ramai, walaupun dalam bilangan yang kecil. Dikatakan, orang yang sering bercakap di hadapan, hidup mereka berubah secara mendadak! Ini mungkin ada kaitan dengan peningkatan estim diri yang terhasil daripada usaha tersebut.

74. ‘Membuang’ barang-barang yang tidak diperlukan lagi atau sesuatu yang menyemakkan ruang kerja atau rumah atau pejabat. Derma atau jual mana-mana yang sesuai. Amalkan prinsip ‘keep it simple’. Dengan ruang kerja yang selesa, produktiviti kerja akan lebih tinggi.

75. Mengurus wang dengan lebih cekap. Ia boleh dipelajari daripada mereka yang tahu dan berpengalaman, menyertai kursus dan juga membaca buku-buku yang banyak di pasaran.

…bersambung.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “101 Idea dan Tip Perniagaan Internet 2010 – Siri 3

  1. semua tips yang bagus.. tp kene ambil masa nak ikut ni.. sbb sifat manusia susah nk tinggalkan perangai lama.. TQ smartzul 🙂
    tips #65 tu ramai yang lupa dan buat2 lupa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *