Idea Perniagaan Internet Secara ‘Mudah’

Salah satu bentuk perniagaan di Internet ialah memberikan sesuatu perkhidmatan (servis) kepada yang memerlukan. Perkhidmatan yang biasa kita dengar ialah seperti:

1 – Rekabentuk laman web

2 – Pemasangan sistem Affiliate

3 – Design Ecover

dan banyak lagi..

Namun begitu, tidak mudah untuk mendapatkan idea-idea perkhidmatan apa yang boleh dilakukan dan satu lagi, susah untuk mendapatkan pelanggan.

Jadi pada hari ini, saya mahu berikan satu idea dan tip kepada anda yang berkaitan dengan model perkhidmatan. Langkahnya amat mudah tapi bergantung kepada keadaan juga. Nanti saya akan terangkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, cari mana-mana produk (terutama Ebook panduan) yang sedikit berbentuk ‘teknikal’ contohnya:

1 – Ebook panduan pemasangan Affiliate

2 – Ebook yang ada versi Resell Rights (laman jualan disediakan)

3 – Panduan Perniagaan Internet

Biasanya, pembaca yang membeli panduan-panduan teknikal sebegini mempunyai masalah di dalam melakukan apa yang mereka pelajari di dalam Ebook. Malah, ada yang berputus-asa kerana setelah banyak kali mencuba, namun ‘error’ atau kegagalan jua yang ditemui.

Contohnya, selepas mereka membaca sebuah ebook panduan perniagaan internet, mereka disuruh membina laman web, membeli hosting, pasang order form dan sebagainya. Namun, tidak semua mereka mampu melakukannya dengan mudah dan sekelip mata. Malah, ada di antara mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk belajar sendiri dan mencuba.

Di sinilah peluang untuk anda menawarkan perkhidmatan anda. Cuma syaratnya, anda mesti tahu mengenai perkara tersebut. Hubungi pemilik produk tersebut dan katakan kepada mereka bahawa anda boleh membantu pembeli-pembeli beliau yang tidak mahu lagi mencuba sendiri. Anda akan kenakan caj yang berpatutan untuk membantu mereka.

Sebagai contoh, katakan seorang penulis ebook ini menyertakan hak jualan semula ebooknya yang diberikan juga laman web jualan (yang perlu diedit). Namun, tidak semua pembeli ebook itu yang tahu mengedit laman web resell rights tersebut. Edit di sini adalah seperti memasukkan button paypal, contact form, order form, nama dan lain-lain.

Tugas anda di sini ialah membuat semua perkara tersebut kepada mereka sehingga siap dan berfungsi. Kadar cajnya boleh mencecah ratusan ringgit. Saya pernah melakukan perkara ini kepada Reseller Pakej Kit Blogger saya. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak kisah berapa caj yang akan dikenakan, janji mereka boleh mula menjual.

Contoh lain, saya juga pernah memberikan perkhidmatan kepada pelanggan rakan usahawan saya yang lain. Antaranya memasang sistem affiliate dan juga membina laman web untuk mereka. Hatta, pendaftaran nama domain, Hosting dan autoresponder pun saya yang lakukan. Cajnya? Semakin banyak kerja, semakin tinggilah kosnya. 😉

Saya harap anda nampak apa yang saya mahu nyatakan di sini. Rasional saya ‘menyuruh’ anda menghubungi pemilik-pemilik produk tadi adalah kerana mereka sudah mempunyai ‘market’ iatu pelanggan yang ramai (inilah bakal pelanggan anda!).

Jadi, anda tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan untuk perkhidmatan yang mahu anda lakukan tersebut. Hubungi mereka dan minta mereka ‘memaklumkan’ servis anda kepada para pembeli mereka. Jika anda kenakan satu servis dengan caj RM300 dan 5 orang mendapatkan khidmat anda itu, anda sudah mendapat RM1500.00.

Namun begitu, jangan hanya mahu menyuruh beliau memaklumkan servis yang anda mahu berikan. Fikirkanlah strategi kerjasama dengan si pemilik produk tadi. Contoh mudah, mungkin anda boleh kongsi keuntungan bagi setiap caj yang anda perolehi, atau tetapkan ‘deal’ tertentu seperti anda akan lakukan servis tertentu secara percuma untuk beliau bagi tempoh tertentu.

Ketahuilah, kalau anda hanya meminta-minta, mereka tidak akan melayan anda. Di dalam JV (kerjasama), jangan sama-sekali berat sebelah iaitu hanya anda yang untung lebih dan rakan JV itu pula rugi. Jangan sama sekali melakukan kesilapan ini. Memberikan lebih tidak mengapa, tapi mengurangkan kelebihan rakan JV adalah satu kesilapan yang perlu dielakkan melainkan mereka setuju dengan ‘deal’ yang ditawarkan oleh kita.

Inilah faktor kekangan yang saya katakan di awal tadi. Silap ‘approach’, permintaan anda tidak akan dilayan sama-sekali. Jadi, hati-hati dalam mengemukakan ‘proposal’ (cadangan) kepada mereka.

Usahawan Internet

Satu perkara yang perlu anda tahu sebagai seorang usahawan internet, tidak semua perkara perlu kita tahu. Contohnya membina laman web. Seorang CEO company walaupun dia orang kuat perniagaan, tetapi dia tidak perlu melakukan kerja-kerja teknikal. Sebaliknya, dia serahkan kepada yang tahu.

Ya, saya tahu. Mungkin ada yang akan mengatakan, “tak ada modal Zul nak upah orang”. Saya tidak menafikannya sama-sekali. Tetapi berusahalah mendapatkan modal bagi mendapatkan khidmat profesional untuk usaha perniagaan anda. Dahulu, saya membuat laman web sendiri, tetapi sekarang, saya hanya menyerahkan kepada yang pakar.

*Nanti saya kongsikan pengalaman saya sendiri dalam hal ini (permulaan karier ebiz saya).

Saya dapati, membuat sendiri laman web tidaklah bagus kualitinya jika hanya tahu sikit-sikit. Malah, memerlukan masa yang lama dan bertarung pula dengan motivasi diri. Sebaliknya, jika kita keluarkan RM300 untuk upah membina laman web, insyaAllah hasil yang akan kita perolehi lebih daripada itu jika kena usahanya. Laman web yang bagus dan berkualiti, biasanya akan mendapat pelanggan yang ramai dan berbeza dengan laman web yang dibuat sendiri.

Nota: Amat bagus jika tahu asas-asas laman web seperti HTML atau penggunaan perisian. Namun sebagai seorang usahawan, perlu lebih menggunakan masa untuk ‘marketing’ berbanding perkara teknikal. Ingat, ‘masa adalah wang’: Utamakan yang utama dan fokus pada kekuatan anda.

Tugas Anda Membantu Mereka!

Jadi dalam perkara ini, anda boleh membantu mana-mana usahawan atau bakal usahawan internet di dalam menyediakan apa-apa fasiliti atau penyelesaian agar usaha perniagaan mereka berjalan lancar. Mereka adalah usahawan, BUKAN ‘webmaster’.

Saya teringat kata-kata Fadzli Yusof dalam bukunya yang lebih kurang begini, “begitu ramai orang yang mahu melakukan semua perkara sendiri-sendiri. Sebaiknya, serahkanlah kepada yang ‘bertanggungjawab’ melakukannya…”. Maksudnya, kalau anda tak tahu, serahkanlah kepada yang tahu melakukannya. Itupun jika keadaan mengizinkan ( ongkos lah tu. 😉 ).

Pengalaman Saya:

Antara servis yang pernah saya lakukan ialah:

1 – Memasang borang pesanan di laman web jualan >> caj lebih RM20!

2 – Memasang blog dot com >> caj lebih RM200. Bergantung.

3 – Membina laman web jualan >> caj lebih RM300

4 – Membantu membeli domain name dan hosting << simple idea! 😉

*Sehingga sekarang saya menjadi agen kepada sebuah company Hosting sejak dua tahun yang lalu.

5 – Pemasangan sistem Affiliate >> RM100 ke atas

6 – Pemasangan sistem portal seperti joomla, forum dan phpNuke.

7 – Khidmat nasihat (jika ada yang memerlukan)

8 – Beberapa lagi servis teknikal yang lain..

*Untuk sistem Affiliate, saya berpengalaman memasang 3 jenis sistem iaitu Post Affiliate Pro, iDevAffiliate dan Post Affiliate versi Free. Servis ini saya telah lakukan sejak 2 tahun yang lepas.

**Lihat, berapa banyak servis yang boleh anda lakukan di internet. Jangan hanya nampak satu dua servis sahaja. Anda boleh lakukan macam-macam! 🙂

Ada beberapa servis tersebut telah saya hentikan kerana saya lebih fokus kepada penjualan produk sekarang. Servis memerlukan masa yang banyak dan sokongan teknikal yang ‘membosankan’. Hehe.. 😉

Motivasi sikit untuk anda: Andaikata saya amat serius dalam semua servis tersebut, agak-agak anda, berapa pendapatan yang akan saya perolehi dalam sebulan? Jika besar pendapatannya, mengapa anda tidak mahu mencuba? 😀

InsyaAllah, saya sedang merangka servis-servis yang akan saya tawarkan kepada yang memerlukan selepas ini. Fasa 1 ( mendapatkan portfolio servis) sudah beres. Cuma nak ‘launch’ sahaja. Pada tahun 2009 insyaAllah, saya akan melebarkan sayap perniagaan saya ke dunia Offline pula (berkaitan dengan Internet Marketing juga).

Jumpa lagi.

Wassalam.

ps. Di artikel yang seterusnya nanti, saya akan kongsikan tip-tip penting untuk anda yang mahu melakukan perniagaan internet berbentuk perkhidmatan. Saya juga akan berikan beberapa idea simple dan mudah yang boleh anda cuba!

pps. Satu servis yang pernah saya lakukan dulu ialah “copy & paste” artikel. Tapi cara legallah. Hehe.. 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

22 thoughts on “Idea Perniagaan Internet Secara ‘Mudah’

  1. Wah!! satu perkongsian info yang cukup menarik. Begitu banyak idea perniagaan internet yang ada yang boleh kita jalankan. selama ni agak sukar untuk memikirkan tentang idea-idea perniagaan internet.

    Terima kasih Zul sebab berkongsi info yang cukup menarik…

    P/S : Untuk mencapai kejayaan perlunya usaha yang gigih dan berterusan.

  2. Umm..idea yg bagus. Banyaknya idea bisness yer…

    Smartzul, pada perancangan saya la…kalau kita nak buat semua tu mungkin xde masa dan tak sempat… Ni idea saya pd masa depan. Nak wujudkan satu company tentang servise tu, yg bekerjasama dgn kita..

    Contohnya, kita ada 5 org bwh kita.. si A, kejenya pasang Affiliate, si B kejenya pasang blog, si C, kejenya wat laman web jualan…dan sebagainya. bagus tak? hehe…lambat lagi tu..

  3. Saya kadang2 terfikir jugak, sebenarnya banyak jalan utk hasilkan duit diinternet..
    cuma kadang2 kita tak nampak jalan camne nak buat je..
    😮
    Mungkin lepas ni saya boleh pertimbangkan utk JV dengan IM2 yang establish..

  4. Saya baru saja ura-ura ingin menjual servis… dan dah terfikir beberaopa servis yang sesuai dengan kemahiran saya.. Thanks zul kerana menjelaskan topik ini.. 😉

    Saya sebenarnya pernah juga dapat permintaan dari pelanggan-pelanggan saya, namun disebabkan saya tidak menyangkan akan perkara tersebut, jadi saya hanya sekadar memberikan tips dan nasihat serta menyerahkan meraka kepada usahawan internet lain (…terasa rugi juga ni.. )

    p/s : InsyaAllah beberapa servis akan saya wujudkan nanti.. 😀

  5. nice info lah hari ni zul….

    kadang-kadang kita memang tahu sesuatu bisnes tu…dan mungkin kita ada pengetahuan sedikit berkaitan dengannya,,,maksudnya kita tahu untuk buatnya…tp jalan tak berapa nampak, masa tak berapa ada dan macam-macam alasanlah yang biasa tu….alasan sayalah..he

    betul kita perlu bermula dari bawah…cari seberapa banyak ilmu yang berkaitan. Dan kalau kita nak buat semua tu, mungkin JV itu satu langkah bijak.

  6. slmt pg zul,
    menarik artikel ni zul…
    memang tertarik dengan artikel ni…

    zul boleh tak saya nak tgk web yang zul pasang Post Affiliate Pro dan iDevAffiliate tu???

    han

  7. salam bro zul.
    terima kasih diatas perkongsian idea dan tips2 yang amat berguna. saya semakin hormat pada bro zul. tidak lokek dengan ilmu dan idea.
    teringin sangat untuk berjumpa secara bersemuka dengan bro zul.
    bila agaknya kita bleh jumpa ek? 😀

  8. :mrgreen:
    Terima kasih smartzul..nampaknya banyak tips dan ilmu IM boleh diperolehi disini.

    Mari Menuju ke alaf usahawan cyberia yang sebenar.

  9. Service memang satu cabang yang bagus dan kalau kita serius dan service yang kita tawarkan seperti ruangan iklan,customer akan bertambah yakin dan percaya kepada kita.

    yang penting buat semua tu dengan sempurna dan ikhlas untuk membantu,pendapatan hasil dari tu pun jadi bertambah berkat. 🙂

  10. satu penerangan yang menarik dari zul, dan boleh membuka minda pembaca bahawa perniagaan melalui internet juga boleh dijadikan kerjaya utama dengan syarat belajar dengan tekun tanpa rase jemu dan disertai dengan minat yang mendalam insyaAllah boleh maju. Dimana ada usaha disitu ada kejayaan. Untuk mendapatkan kejayaan yang besar perlu dimulakan dengan kejayaan yang kecil terlebih dahulu.

    1. Kalau Hamid nak tahu kenapa “mahal”, apa kata cuba buat satu servis. Hanya orang yg buat servis sahaja akan tahu mengapa perlu mahal. Kalau saya bagitahu secara ‘teori’ di sini, susah sikit nak mempercayainya. 😉

      Feedburner? Actually, cuba lihat bahagian sidebar dari atas ke bawah. Saya dah sediakan satu panduan nak subscribe RSS dan siap dgn pilihan button lagi..

      1. betul tu zul,
        mahal lah bagi pembeli…
        tapi bagi penyedia perkhidmatan ni yang sesak nanti kalau ambil murah…
        pembeli ni kadang2 leceh juga…hehe

        han

  11. Affiliate program dan service. Ini sahaja yang memberikan pulangan yang lumayan ada aku sekarang. Mungkin yang lain akan menyusul. Better kita tumpukan pada yang kita mahir dulu. Then, baru buat yang lain..

  12. Sebenarnya banyak cara boleh jalan boleh wat duit internet..
    cuma, kita kenala pandai amik peluang..
    cari peluang & cipta peluang..
    pendek kata kita kena jadi perintis…
    😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *