Idea Aku diambil Orang!!
Ya, itu dia.. Idea ‘aku’ diambil orang.. Hehe, bukan idea saya yer.. Itu cuma tajuk dan ia tidak mustahil berlaku kepada sesiapa sahaja.
Tulisan saya kali ini amat ringkas sahaja, cuma ingin menyatakan bahawa, kalau anda sudah mempunyai produk atau idea emas orang kata, maka jangan lagi bertangguh. Mulakan lah seberapa segera yang boleh. Lebih-lebih lagi jika anda sudah membaca buku, bertanyakan orang, malah sudah mengikuti seminar atau workshop.
Jika anda menangguh, dan tiba-tiba anda melihat satu produk dijual orang sebiji sama dengan idea asal anda, maka anda sudah rugi. Sebab, jika produk itu tak ada sesiapa pernah buat atau jual, anda perlu menjadi orang yang pertama. Jadilah yang pertama melakukannya di Malaysia atau di peringkat antarabangsa. Lihat amazon.com, merekalah yang pertama yg menjual buku secara online dan kini jika disentuh pasal jual buku online, pasti orang akan tahu amazon.com bukan? Jika disebut emel percuma, pasti disebut yahoo dan hotmail, padahal masih banyak emel percuma yg lain.
Maka terbukti, jika anda jadi yang pertama, anda lebih ‘istimewa’. Namun, jika tidak boleh jadi yang pertama pun tak apa, jadilah antara yang terbaik. Gunakan kaedah2 seperti niche yang telah saya jelaskan terdahulu.
Sekali lagi, mulakan secepat mungkin jika anda sudah ada idea dan produk. Usahalah belajar untuk bermula dengan betul.
Pastikan idea anda tidak dicuri!!
p/s: Tahukah anda? Idea tidak termasuk di dalam akta hakcipta..!! Jadi? Siapa cepat, dia dapat!









tengah belajar simpan rahsia….
jadi pengikut pun boleh lah… ikut kemampuan budget idd
asmawati,,,
dah jadi biarlah rahsia pulak nanti,, jangan biarlah berusia dah
http://hair-loss-hair.blogspot.com
kalo dah ada idea, mesti cepat2 hasilkannya menjadi produk milik kita dan diberikan hakcipta sevepat mungkin, jika tidaknya akan berlaku pertembungan atau perebutan hakcipta….
idea tak de apa2 nilai pun kalau tak di jadikan sesuatu produk atau benda…
idea yang sama, belum tentu produk yang sama…
han
gunung emas di negeri orang, barang cerita kabilah arab,
Idea bernas di curi orang.. terkenang ia apalah nasib…
siapa cepat dia dapat ..
slmt pg semua…
idea dicuri takpe…
jangan barang kita dicuri…
idea dicuri, ia takkan sama dengan apa yang kita laksanakan…
idea je sama tp perlaksanaan lain…
yang penting usaha kita…
han
miahahahaa… ini entry pun zaman bila lagi… tapi tak berapa nak luput dek zaman. perihal idea kena curi… apohal nak curi idea orang lain… kalo tiru dan berinovasi lain citer laa. sebagaimana jepun menginovasikan teknologi yang sedia ada…
begitu juga kalo dah ada idea… takkan nak tunggu orang lain laksanakan apa yang telah kita fikirkan.
eh… baru tadi terfikir menda itu begitu begini dan nak buat… tetapi dah ada orang lain yang mulakan… oh! betapa ruginya…
sekian terima kasih..,
suka menagguh tu merugikan. sesiapa yang suka menagguh tu akan telambat la dia nanti. akan ketinggalan lah.
saya setuju. bab tangguh menangguh ni masih sebati dalam diri saya. bila la nak hilang. agaknyer antara sebab kita kena solat on time, cuba bandingkan perkara ini dgn kehidupan kita seharian. awal-awal lagi saya dah surrender. isk..isk..isk
Menangguh tu satu jenis habit. Kalau dah terbiasa, susah sikit nak hilang. Kena latih diri sikit-sikit..