Home » Perniagaan Internet » Hukum Perniagaan Internet

Hukum Perniagaan Internet

Ramai yang masih beranggapan perniagaan melalui internet itu adalah haram di sisi Islam. Sebenarnya, perniagaan melalui internet adalah sama sahaja dengan perniagaan lain seperti melalui telefon, faks, melalui pesanan orang tengah dan juga melalui pos.

Begitu juga urusniaga melalui Internet, kita menggunakan pelbagai kaedah seperti emel, laman web, forum, blog dan pelbagai kaedah lagi. Konsep asas perniagaan di dalam Islam adalah halal, kecuali jelas nyata apa yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum hakam seperti menjual barang yang haram.

Begitu juga dengan kaedah yang dilakukan, ia juga akan menentukan hukumnya jatuh haram atau halal. Jika berniaga dengan menipu, trik yang memperdayakan, tidak jujur dan lain-lain lagi, maka hukumnya boleh jatuh haram.

Kesimpulan di sini, perniagaan internet adalah halal (harus) dan tiada apa-apa masalah melainkan seseorang itu menjual sesuatu yang haram dan melakukan cara berniaga yang salah di sisi syariat.

Di sini saya petik beberapa pendapat para ahli ilmu Agama yang berkelayakan untuk berbicara mengenai hukum perniagaan internet.

Biarpun kini banyak urusan perniagaan lebih cenderung dilakukan menerusi internet sama ada untuk membuat pelaburan atau promosi kerana ia lebih menjimatkan dan memudahkan, namun secara umumnya perniagaan internet ini adalah harus, tetapi sebagaimana biasa ia mesti memenuhi beberapa syarat untuk perlu dipatuhi bagi kebaikan kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Pertama, dalam syarat jual beli mesti ada penjual, pembeli, lafaz kontrak atau akad, ‘sighah’ (isi kontrak) dan aset (benda yang hendak dijual). Kelima-lima syarat-syarat ini mesti dipatuhi terlebih dahulu.

Keduanya, penjual mestilah memiliki barang tersebut ataupun mampu untuk mewujudkan barang tersebut yang hendak dijual contohnya tukang kasut walaupun kasut itu tidak wujud lagi hanya berpandukan gambar atau katalog, namun sekiranya dia boleh menghasilkan kasut, itu sudah dikira boleh dalam sudut syariah. Penjual juga mestilah orang yang telah baligh ( tidak semestinya Islam), cukup umur, barang-barang yang hendak dijual mestilah barang-barang yang halal yang bukan bersifat lucah, arak, atau perjudian.

Syarat yang seterusnya ialah akad, iaitu akad boleh dibuat melalui internet dengan menggunakan borang pesanan yang jelas menyebut perincian barangan bagi mengelakkan ‘jahalah’ dan ‘gharar’; Cuma ‘tick’ pada item yang ingin dibeli dan hantar, itu sudah dikira akad dan diterima dalam syariah.

Seterusnya ialah sighah iaitu setiap maklumat yang terkandung dalam isi kontrak telah lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Selain itu, perkara lain yang perlu dijaga ialah sah atau tidak sah sesuatu pelaburan itu bergantung kepada cara bayaran iaitu cara bayaran yang dibuat secara ansuran atau cash yang menggunakan kad kredit. Sekiranya menggunakan kad kreadit mestilah kad kredit Islam dan bagi mereka yang menggunakan kad kredit konvensional, maka wajib menyelesaikan hutang kepada pengelaur kad itu dalam tempoh yang dibenarkan agar tidak dikenakan faedah. Jika tidak, pembelian yang dibuat itu telah melibatkan riba dan ianya haram.

Sumber: Zaharuddin.Net

Artikel berkaitan daripada beliau: Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo

PERNIAGAAN DALAM INTERNET

Soalan; ustaz, soalan saya adalah: apakah hukumnya menjalankan perniagaan internet dan menerima upah dari perniagaan itu seperti menjual e-book yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

Jawapan;

Jika perniagaan yang dijalankan memenuhi syarat-syarat jual-beli yang ditetapkan Syarak (al-Quran dan as-Sunnah) dan bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Syarak (seperti gharar, riba, penipuan, menjual barangan/produk haram dan sebagainya), Insya Allah haruslah perniagaan internet itu. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang ciri-ciri perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam, sila baca dalam kupasan saya tentang MLM; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/mlm-yang-halal-dan-yang-haram.html).

Komisyen dari hasil jualan atau dengan menjadi orang tengah -antara penjual dan pembeli- adalah harus dan halal jika produk yang dijual adalah halal dan bermanfaat dan urus-niaga yang dijalankan juga halal. Khusus bagi yang terlibat menjadi orang tengah, ada tiga syarat yang perlu diberi perhatian;

1. Hendaklah ia memberi syor (kepada penjual atau pembeli) berdasarkan pengalaman, pengetahuan atau kajiannya, bukan hanya memandai-mandai atau mereka-reka (yakni berlagak pandai) hingga merugikan penjual/pembeli yang berurusan dengannya.

2. Hendaklah ia jujur dan amanah; tidak menipu penjual atau pembeli yang menaruh kepercayaan kepadanya. Ia hendaklah memberi maklumat tentang barangan/produk yang dijual dengan benar, tanpa menipu dan tanpa melebih-lebih.

3. Ia tidak menjadi orang tengah dalam perkara/benda yang tidak halal dijual, dimiliki dan dimanfaatkan mengikut hukum Syarak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sail Wa al-Faqih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, hlm. 22.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com

Dan berikut adalah satu kertas kerja lama mengenai urusniaga secara Online, yang dihasilkan oleh Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Klik di sini untuk membacanya.

Kesimpulan

1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.

2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.

3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.

4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. dAzz says:

    Mungkin ada sebahagian golongan yang tidak berapa faham lagi tentang konsep perniagaan internet yang sebenar terutama mereka yang berumur 40-50an. Kena wujudkan satu skrip khas untuk memberi pemahaman kepada mereka-mereka yang belum faham ni.

  2. Zairi Zaidi says:

    Harap2 lepas dah takde yang salah faham lagi dan menuduh perniagaan internet itu haram

  3. zaki says:

    Betul tu zul.. perniagaan internet ni boleh jadik halal dan haram bergantung kpd kita. Asalnya memang harus seperti perniagaan lain. Tapi kalau kita menipu.. memperdayakan orang.. memang jadik haram. Jadi berhati-hatilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.