Hukum Menjual Ebook

Khas untuk mereka yang berminat untuk menjual ebook, atau sedang melakukan perniagaan ini, mungkin pernah tertanya-tanya apakah status hukum menjual produk sebegini. Pertanyaan ini sama ada didasari ingin tahu oleh diri sendiri, atau mungkin tekanan oleh pihak lain yang meragui usaha perniagaan ini.

Berikut adalah tiga jawapan daripada pihak yang berbeza:

Soalan: Bagaimana hukum menjual e-book?

Jawaban:

Alhamdulillah, shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Hukum memperjual-belikan e-book adalah halal, selama e-book tersebut tidak mengandung hal-hal yang diharamkan dalam syari’at, sebagaimana halnya program komputer atau buku cetak biasa atau barang lainnya. Karena hukum asal setiap perniagan barang yang bermanfaat adalah halal.

Sumber: PengusahaMuslim.com

Soalan: ustaz, soalan saya adalah: apakah hukumnya menjalankan perniagaan internet dan menerima upah dari perniagaan itu seperti menjual e-book yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

Jawapan:

Jika perniagaan yang dijalankan memenuhi syarat-syarat jual-beli yang ditetapkan Syarak (al-Quran dan as-Sunnah) dan bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh Syarak (seperti gharar, riba, penipuan, menjual barangan/produk haram dan sebagainya), Insya Allah haruslah perniagaan internet itu.

Sumber: Ilmu & Ulamak

Soalan: What is the fatwa about selling ebooks on Internet?

Dear Sir, Please consider my entire situation. I have a weight loss info website and I sell a weightloss ebook cum a complete plan which I have written using information from various ebooks and plans (All the info in my ebook is general info that falls in public domain and is not patented so there is no unique information that’s ‘owned’ by someone Plus I have rewritten the content in my words so original writers’ copyright is not violated either Plus I mention wherever needed that so and so books were used to write this plan).

I tell people that they’ll lose weight with it & it’s very useful ebook. I get regular sales. Then there are some people who might already know most things in my ebook. Then for some it might not work or some who don’t use it properly or honestly. For such people, I offer 100% money back guarantee and stick by it whenever anyone asks for it. (Only 15% ask for refund so most people like it) Is everything OK with this business or should I correct something to make my earning Halal? Pls reply soon. I’m very concerned about this issue..Thanks

Jawapan:

Your business is Halaal and Allah Ta’ala Knows Best.

Mufti Bilaal Cassim
FATWA DEPT.

CHECKED AND APPROVED CORRECT: Mufti Ebrahim Desai

Sumber: http://www.islam.tc

2) Hukum jual beli hak cipta atau harta yang tidak berjisim (hak ma’nawi) seperti hak pemikiran kritis, hak cipta tulisan, hak nama syarikat terpelihara dan lain-lain yang sepertinya. – Setelah kajian dibuat, mendapati bahawa Islam mengiktiraf hak ini sebagai suatu jenis harta yang boleh diperdagangkan, dan Islam juga mengiktiraf ianya suatu hak yang tidak harus dicerobohi oleh pihak lain.

Kebanyakan ulama kontemporari Islam telah berbincang berkenaan hal ini, dan mereka bersepakat tentang hukum Haram keatas jualan setiap barangan cetak rompak, sama seperti larangan menisbahkan sesuatu pandangan (dalam hal kajian ilmiah) kepada diri sendiri sekiranya ia adalah disadur dan dipetik dari pandangan penulis lain.

Bab ini juga mendedahkan bantahan beberapa ulama dan penulis berkenaan hak cipta di dalam Islam yang pada pandangan mereka tidak wujud. Dalil-dalil yang mereka bawakan juga dinilai dalam buku ini.

Manakala, Hikmah Syariah dalam pengiktirafan hak ini antara lain adalah, memaparkan pengiktirafan Islam terhadap perkara-perkara yang membawa manfaat besar, juga menunjukkan bagaimana Islam memandang serius hal pencerobohan hak individu kerana ia adalah suatu kezaliman yang jika tersebar boleh mengakibatkan pengaduhan, pertambahan sikap malas dalam diri, kerana boleh bersenang lenang dengan hasil usaha orang lain dan lain-lain.

Sumber: http://www.zaharuddin.net

Kesimpulan:

1. Menjual dan meniagakan ebook adalah HALAL selagi mana kandungan ebook itu adalah perkara yang tidak haram di sisi syari’at Islam.

2. Hukum halal tidak bermaksud kita boleh berwenang-wenang atau meremehkan di dalam menghasilkan ebook yang berkualiti.

3. Ebook juga adalah sejenis barang. Di dunia ini, setiap barang atau benda ada sifatnya masing-masing. Bagi ebook, sifatnya tidak dapat disentuh, tetapi tetap mempunyai NILAI.

4. Menjual ebook sama sahaja seperti menjual produk lain, di mana kita perlu menjaga etika, akhlak, tidak menipu daya dan lain-lain yang dilarang oleh Agama.

5. Disebabkan ia diiktiraf oleh Agama, maka mencuri ebook, menyebarkannya secara percuma, plagiat dan menjual tanpa kebenaran adalah haram di sisi syari’at. Antara dalil yang digunakan oleh ulama adalah firman Allah SWT,

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…”. (Surah Al-Baqarah: Ayat 188)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah An-Nisaa: Ayat 29)

Semoga bermanfaat.

PS. InsyaAllah, jika ada kesempatan, kita bincang pula pandangan dari sudut ilmiah dan industri mengenai perniagaan informasi. Asasnya adalah: Informasi mempunyai nilainya tersendiri. Ia dianggap sebagai “currency” atau jenis komoditi terbaru di zaman ini. Hakikatnya, rakyat Malaysia masih ketinggalan jauh dalam perkara ini dan masih tersangkut pada perkara-perkara ranting.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Hukum Menjual Ebook

  1. Salam Tuan Zul..terimak kasih untuk perkongsian yang bermanfaat ni..byk juga ye dalil yang kate jual ebook ni halal

    1. Salam Tuan Kamarul.

      Betul. Jika ahli ilmu Agama sudah mengatakan boleh, maka tiada apa lagi yang boleh kita bantah. Mereka lebih mengetahui.

      Konsep asas jual beli dalam Islam adalah semuanya boleh melainkan jelas bertentangan dengan hukum Allah. Itu sahaja.

  2. Agaknya golongan yang tidak setuju dengan penjual/pembuat/pengedar ebook ni nak tunggu Majlis Fatwa Kebangsaan buat pengumuman baru mereka puas hati 😀

    1. Tidak perlu tunggu majlis fatwa sebab Allah SWT telah menghalalkan jual beli. 😀

      Setahu saya, dalam muamalah, kita bebas menentukan apa sahaja melainkan ada dalil yang jelas mengharamkannya atau jelas bertentangan dengan syari’at. Berbeza dengan ibadat khusus, kita wajib melakukan apa yang Allah dan Rasulullah sampaikan tanpa menokok nambah atau mengurangkannya.

  3. Dalam dunia perniagaan memang ada yang bersifat hasad dengki dan tidak boleh melihat orang lebih dari dia dan seringkali membuat perkara yang boleh menjatuhkan seseorang bagi kepentingan diri sendiri.

  4. trimas atas penerangan yang dikongsikan dalam artikel ini.. lepas ni.. kalau ada member saya yg pertikaikan tentang halal haram jual ebook senang la nk jawab pada mereka ni.. hee

  5. Salam… info seperti ini penting sekali untuk diketahui oleh pengusaha-pengusaha ebay Islam yang menjual barang-barang cetak rompak…

    1. Betul. Walaupun tajuk artikel ini mengenai ebook, ia sama sahaja untuk mana-mana produk.

      Saya petik jawapan Ustaz Zaharuddin dari blog beliau:

      Soalan: Kawan saya ni meniaga di pasar malam, dia meniaga seluar jenama Dockers tapi bukan yang original dan dia jual harga lebih kurang RM 38.00. Kalau orignal atau kat butik lebih kurang RM 200.00 lebih. Boleh ke jual barang macam tu?

      UZAR: Paling minimum, hasil jualan adalah syubhat, kerana jual barang tiruan guna nama terkenal tanpa izin.

      http://www.zaharuddin.net/content/view/858/72/

      Rujuk komen nombor 4.

  6. Pingback: Pakar Ebook: Rahsia Beliau Kini Terbongkar | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  7. Terima Kasih kerana sudi untuk berkongsi post yang amat2 berguna ini.

    Semoga kehidupan ini sentiasa diredhai oleh Allah… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *