Kad Debit Public Bank Haram?

Makluman Penting: Tulisan ini BUKAN pernyataan hukum, tetapi sekadar persoalan dan perbincangan sahaja. Hukum haram atau halal, sila rujuk pihak berkaitan yang lebih arif. Harap maklum.

Isu perbincangan: Kad debit yang dikeluarkan oleh bank konvensional seperti Kad debit Public Bank Visa Electron, kad debit EON Bank, Alliance Bank dan beberapa lagi.

Persoalan: Kad Visa Electron ini kad debit atau kad prepaid? Ada sesiapa yang boleh jawab? Kad debit adalah kad yang perlu ada akaun simpanan. Boleh baca di sini.

Saya tidaklah arif di dalam hukum-hukum Agama. Cuma apabila yang lebih arif berbicara, kita perlu akur kerana mereka lebih mengetahui. Logiknya mudah, mereka tidak akan berkata begitu jika tiada sebab dan munasabah. Mereka lebih berilmu dan mengetahui.

Berbalik kepada tajuk entri ini, mengikut jawapan ringkas oleh ustaz Zaharuddin di blog beliau, kad debit yang dibuka pada akaun konvensional atau dikeluarkan oleh bank konvensional hukumnya adalah haram (riba). Kata beliau, kad debit juga memerlukan akaun. Kad debit yang tidak memerlukan akaun bukanlah kad debit, tetapi ia akan menjadi kad caj atau kad kredit.

Hukum Kad Debit PB Visa Electron
Salam ustaz,

saya ade mencari perbincangan hukum penggunaan Kad Debit PB Visa Electron yg dikeluarkan oleh Public Bank tapi x jumpe dlm ni.

Penggunaan Kad debit ini bleh apply terus tampa memerlukan ada akaun simpanan public bank. http://www.pbebank.com/en/ en_content/personal/cards/ visa_elt.html w/ bagaimanapun saya ada membuka akaun simpanan wadiah di bank ini.

Bila dah guna kad ini syaratnye, minimum duit kene ade Rm25, pastu yuran tahunan sebanyak Rm 24 (http://www.pbebank.com/en/ en_content/personal/rates/ cards.html bahagian PB Visa Electron)
Tidak akan dicaj utk pengeluaran wang.

soalan saya adakah hukumnya HARAM kerana dikeluarkan oleh bank konvensional? adakah sebab yuran tahunan itu kita dikira bersubahat kerana bank konvesional yg keluarkan kad itu?

Mohon penjelasan ustaz..

UZAR : HUKUM kad debit adalah berdasarkan akaun yang dibuka, jika ia akaun public bank islamic, nescaya halallah kad tersbeut, jika sebaliknya maka haram.

Komen 35. …Boleh agaknya digantikan dengan penggunakan kad debit? Tak perlu juga bawa wang dan selamat daripada riba. Cuma, mungkin teknologi ini masih belum meluas di semua premis.

UZAR : BOLEH, NAMUN KAD DEBIT TU MESTILAH BERSUMBER AKAUN ISLAM DAN BUKANNYA AKAUN KONVENSIONAL YANG HARAM DAN RIBA.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/734/98/

Untuk mudah memahami, terdapat dua jenis kad debit iaitu kad debit Islamik dan juga kad debit konvensional. Sebagai contoh, pihak EON Bank ada mengeluarkan dua jenis kad debit iaitu EONCAP Islamic Debit MasterCard (Islamik) dan juga EON BANK Debit MasterCard (konvensional). Yang Islamik itu dikeluarkan oleh EONCAP Islamic Bank, bukan oleh EON Bank biasa.

Kad debit EONCAP Islamic itu boleh digunakan untuk membayar zakat.

Jadi sebagai solusi kepada kad debit yang dikatakan haram itu, kita perlu membuka kad debit di bawah akaun Islamik. Maksudnya juga, kad debit itu perlu bercirikan Islamik (lulus syariah). Setakat ini, kita ada beberapa pilihan iaitu kad debit bank Al-Rajhi, kad debit EONCAP dan juga kad debit Visa Maybank.

Bagi kad debit Maybank, ia mestilah dibuka bersama dengan akaun simpanan Islamik kerana daripada yang saya fahami, kad debit yang dibuka bersama akaun simpanan Islamik, maka status kad debit itu akan menjadi halal. Mohon pencerahan daripada anda yang lebih memahami.

Pada asasnya selama ini, kita memahami bahawa kad debit tidak memerlukan sebarang akaun simpanan di bank konvensional tersebut. Ia memang betul. Tetapi sebenarnya, kad debit tetap memerlukan akaun yang tersendiri.

Jika membaca maklumat mengenai kad debit Public Bank, kita akan menerima faedah (interest) dalam sekian-sekian waktu.

Dalam hal-hal sebegini, walaupun jumlah riba hanya sekecil zarah, namun ia tetap riba. Sebagai seorang muslim, kita perlu peka dan sensitif dengan hal-hal sebegini. Saya sendiri akan membatalkan kad debit Public Bank jika benar statusnya adalah haram.

Saya sudah menggunakan kad debit Visa Maybank (dibuka bawah akaun simpanan Islamik).

Namun mengenai kad debit NexG Mastercard, ia disebut sebagai kad prepaid dan bukan kad debit. Jadi saya tertanya-tanya pula statusnya OK atau pun tidak OK dari segi hukum. Daripada carian, didapati ada perbezaan di antara kad debit dan kad prepaid. Boleh baca artikel di sini: kad debit, kad kredit dan kad prepaid (klik link ini).

Kesimpulan Awalan

Jadi, apakah kad debit yang disarankan?

  • Maybankard Visa Debit di bawah akaun simpanan Islamik
  • Kad Debit Al-Rajhi (Belum pasti boleh mengesahkan akaun Paypal atau tidak. Tapi boleh withdraw duit dari Paypal ke kad ini)
  • EONCAP Islamic Debit Mastercard
  • TERKINI! Kad debit Day2Day. Buka akaun simpanan Islamik di Public Bank. Kad Day2Day ini konsepnya sama dengan kad debit Maybank yang baru. Berfungsi juga sebagai kad ATM.

Artikel ini ditulis berasaskan kepada sedikit kefahaman saya berdasarkan kepada carian di Internet sahaja, termasuk memahami jawapan ringkas oleh ustaz Zaharuddin. Jika anda lebih tahu, sila betulkan mana-mana yang salah di dalam penulisan ini.

Saya juga mengharapkan mana-mana pihak yang arif, segera melakukan pencerahan terhadap hal ini dengan menulis artikel dan sebagainya, walaupun ia hal kecil dan remeh. Selama ini, kebanyakan orang mengganggap semua kad debit adalah lulus syariah, tetapi tidak begitu rupanya. Atau bagaimana? Kami yang daif ilmu Agama ini memerlukan pencerahan.

Penulisan artikel ini mungkin ada salahnya. Namun saya menulis kerana mahu mencari jawapan yang mungkin akan diperolehi daripada perbincangan para pembaca semua. Sebab itu tajuk entri ini dalam bentuk tanda tanya. Betulkan yang salah dan tambah mana yang kurang.

Namun begitu, yang pasti saya akan mengurangkan kad debit dalam simpanan (kegunaan) saya. Setakat ini saya memiliki kad NexG, kad debit Public Bank, kad debit Al-Rajhi dan yang terkini kad debit Visa Maybank. Saya mungkin akan batalkan kad debit NexG dan juga Public Bank. Pakai banyak-banyak pening juga.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya menyatakan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba) maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.” (Surah Al Baqarah, Ayat 278-279)

ps. Di dalam Internet Marketing, kad debit adalah keperluan utama untuk membuka dan mengaktifkan akaun Paypal (saya akan mengemaskini ebook panduan asas Paypal dalam masa terdekat).

pps. Tambahan: Apakah hukum penggunaan Paypal? Artikel ustaz Zaharuddin di sini ada kaitan dengan Paypal. Tajuk artikel berkaitan dengan Hukum Jual Beli di Lelong & Ebay. (Mengenai artikel tersebut, sebenarnya ia boleh digunapakai untuk sebarang jenis perniagaan di Internet, bukan setakat di Ebay sahaja.)

Dalam membaca artikel itu, saya tertarik dengan satu soalan seorang pembaca:

Menjual Duit Paypal
Salam Ustaz,
Macam ini ust, duit paypal boleh diambil dgn dua cara, samaada kita keluarkan melalui kad debit@kredit dan menjualnye kpd org malaysia yg mahukan duit US dlm bentuk Paypal, ramai yg menjual duit ini dgn menunggu duit RM dibayar dulu kemudian baru dipindah nilai paypal itu atau sebaliknya.
Soalan saya, adakah bila kita menjual duit Paypal kpd sesorang itu utk mendapatkan duit dlm RM, tidak boleh dlm masa tertangguh sebagaimana hukum pertukaran matawang yg ust telah terangkan?
Jika hukumnya sama dgn pertukaran matawang itu, bagaimana cara yg dibolehkan?
UZAR : ia BOLEH dijual dengan syarat nilai yang sama dan serah terima juga pada waktu yang sama. Tidak bertangguh melebihi 3 hari.

[Jika merasakan artikel ini bermanfaat, boleh share link artikel ini di Facebook, di forum, blog dan sebagainya.]

“PENING KEPALA dengan Paypal? Cara daftar, cara verify, cara keluar duit, kad debit apa…?? Klik di sini untuk bantuan.”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

73 thoughts on “Kad Debit Public Bank Haram?

    1. Saya juga kurang pasti. Masih menunggu sesiapa yang lebih arif.

      Cadangan saya buat masa ini, kita gunakan kad yang jelas patuh syariah. Seperti kad EONCAP Islamic, dikatakan boleh diperolehi pada hari yang sama. Lebih cepat berbanding kad debit Public Bank dan Mastercard NexG.

    1. Terserah kepada masing-masing. Tapi saya sudah merancang akan terminate kad PB sebab kad Maybank pun Visa juga + support seluruh dunia. So tak perlu ada banyak kad.

  1. Salam,
    saya sebagai pengguna debit card Public bank, al-rajhi dan alliance mastercard(debit card).

    Melalui pengalaman saya rasanya tak ada beza pun konsep debit card public bank dengan debit card yang lain, kerana kita masih perlu top up dulu sebelum menggunakannya, dan transaksi masih lagi dihalang jika tidak cukup baki wang yang ada dalam akaun public bank debit card.
    Rasanya ia masih tidak boleh dianggap caj kad atau credit card.

    Mungkin jadi tak halal sebab ianya bukan dari dana yang islamik kut. Sekadar pendapat mungkin ada yang boleh memberikan keterangan yang lebih jelas.

    1. Salam Kak Linn,

      Sebab itulah saya menyatakan dalam artikel, kita perlukan orang yang arif untuk perjelaskan hal ini. Saya cuba cari di google tetapi pusing-pusing hanya perbincangan mengenai jawapan ringkas ustaz Zaharuddin sahaja.

      Tajuk artikel ini juga bertanda soal. Bermaksud saya masih 50-50 belum jelas status sebenar. Sebab itu ada yang bertanya saya, apa mereka perlu buat sebab sudah pakai kad debit PB. Saya sarankan mereka guna apa yang ada dahulu sebab status belum jelas. Jawapan ringkas ustaz Zaharuddin sendiri pun masih belum memuaskan hati saya. Tapi kalau mahu sedapkan hati, kad debit yang ‘jelas’ berlabel Islamik sudah di depan mata. 😀

        1. Saya telah menemui pendapat atau boleh dikatakan fatwa oleh ahli ilmu Agama di sini:

          http://en.islamtoday.net/quesshow-31-865.htm

          Daripada penerangan beliau, saya petik bahagian ini:

          Essentially, a debit card is lawful. The only problem is the possibility that some companies might pay you interest if you leave a credit balance in the account. In this case, it would be unlawful to receive that interest. If you had to use such a card that pays interest, you would have to make sure to deposit in the account only what you presently intend to spend and not to leave money in the account to accrue interest. To learn about the details of any particular debit card, you need to enquire with the issuing company.

          Maksudnya, jika kad debit itu memperolehi interest, maka ia tidak digalakkan. Dan setahu saya, kad debit PB memberikan interest kepada kita berdasarkan kepada jumlah baki yang ada di dalam akaun kad debit. Daripada petikan di atas, ulama tersebut memberikan tip agar kita tidak meninggalkan sebarang baki dalam kad debit sebegitu agar kita tidak menerima sebarang interest (riba).

          Wallahu ‘alam. Perlu rujuk yang lebih tahu.

          Lain-lain rujukan:

          http://www.fatwa-online.com/fataawa/buyingandselling/buying/buy002/0010503_1.htm

          http://www.businessweek.com/globalbiz/content/aug2008/gb2008085_091941.htm?chan=top+news_top+news+index_global+business

      1. saya sependapat dengan tuan Zul, jika pilihan untuk yang islamik sudah ada di depan mata, apa lagi tinggalkan lah yang syubahah dan yang was-was. Artikel yang bernas

  2. ada baiknya kalau kita sbg org islam gunakkan produk islamik..bukan setakat debit kad shj termasuklah pinjaman perumahan, kad kredit, kereta, pinjaman peribadi..klu 10 tahun dulu org islam xde pilihan utk produk islamik nie sbb tak banyak bank islamik..ketika itu cuma ada Bank Islam shj…

  3. Assalammualaikum,

    Adakah kad debit islamik yang di sebutkan di atas boleh fund paypal kita dan boleh di gunakan untuk membeli secara online?

    1. 1. Untuk keluarkan duit dari paypal ke kad debit, kad itu perlu ada tanda Visa. Bagi kad PB dan kad Maybank, boleh dimasukkan dana dari paypal.

      2. Semua kad di atas boleh digunakan untuk membeli secara Online.

  4. Satu artikel yg membangunkan kami semua dari tidur, tersentak seketika apabila membacanya tapi solutionnya disertakan supaya yang membacanya tidak terpinga-pinga. Terima kasih

  5. saya ada 2 kad debit, satu public bank dan satu lg al rajhi…

    masalahnya, untuk add debit/credit kad dkt paypal..sy gunakan al rajhi memang tak boleh, huhuhhh hari tuh dah call al rajhi bank dia ckp tak boleh…pening betul

    em…dah jadi konfius ni

    1. Saya pula masa awal-awal dapat kad PB, terus tak dapat Add sebab kena denied dengan paypal. Padahal buat belian di internet Ok sahaja. Then saya activate paypal dengan Ambank NexG sahaja.

  6. Saya ada guna kad EONCAP Islamic by EonBank..kad nie memang confirm boleh verified Paypal dan saya guna untuk Ebay..so, far tak de masalah..:)

    kad EONCAP Islamic boleh dapat pada hari yang sama kita apply, settle tak sampai satu jam dan tak perlu RM250 utk bukak akaun..

      1. Assalamualaikum..

        Kalau nak top-up akaun paypal menggunakan maybank2u, boleh tak zul?

        satu lagi, panduan paypal yang zul gunakan nnt tu, guna kad apa ye?

        TQ

        1. Waalaikumussalam.

          1. Tak boleh topup paypal guna akaun bank. Hanya satu cara saja boleh guna untuk topup (selain menjual barang), iaitu dengan membeli duit paypal daripada orang lain. Tapi, kalau kita sudah add kad debit di paypal, kita sebenarnya masih boleh guna paypal untuk beli apa-apa di mana paypal akan ambil duit dari kad debit tersebut.

          2. Panduan paypal kemaskini nanti tu akan saya utamakan kad debit Maybank. Sebab ramai yang guna Maybank, jadi saya akan fokus pada kad ini. Mana-mana kad sama saja sebenarnya. Cuma sahaja kaedah pendaftaran bagi setiap bank mungkin berbeza. Tapi cara add dan guna di paypal sama sahaja.

  7. saya setuju tu…
    riba tidak boleh dipandang enteng…
    saya pernah buat assignment riba..
    terkejut saya baca semua yang ada
    di dalam kehidupan harian kita kebanyakaan
    melibatkan riba dalam sedar tak sedar

  8. mmg terlalu banyak mirlme… sampaikan ada ustaz yg ckp darurat… padan hal perkara tu boleh dielak lagi… haram tetap haram.. halal tetap halal

  9. rasanya bro Zul kena tulis buku khas pasal debit kad..kena la dapatkan source yang betul2 dari bank2 dan juga ahli agama..sure aku akan beli!
    😀

    1. Kalau pasal debit kad, itu kena serah pada pakar kewangan. 😀

      Mengenai artikel ini, ia sebenarnya mengutarakan persoalan yang masih belum terjawab dengan jelas. Dan kemudian mencadangkan alternatif selain Kad Debit konvensional agar hati tidak ragu.

  10. nasib baik saya belum guna debit card di petrol pam..terima kasih iNfo ni,,bagaimana debit card eonbank?..minta sesiapa yang lebih arif bg info untuk semua..

  11. Saudara Zul..maaf sekiranya soalan saya ni lari dr tajuk sikit..baru-baru ni saya terbaca blog shamsuri raja adsense mengenai terdapat cara baru membayar adwords tanpa menggunakan kad debit atau kredit iaitu dengan sistem meps fpx…adakah cara ini sesuai digunakan bg menggantikan penggunaan kad debit/kredit krn saya rase cara ini lbh mudah dimana kos iklan akan ditolak terus dr baki semasa yg kite ade..tp dinyatakan hanya 6 bank yg terdapat kemudahan ini skrg di malaysia..mohon penjelasan sekiranya ada maklumat

  12. kalau debit visa maybnk ‘boleh verified paypal’, boleh ke visa debit ni ‘kuarkan duit dari paypal ke atm kad’?

    kalau paypal dah habis duit, boleh ke kita topup paypal guna debit visa maybank?

    P/s: nak penjelasan details.tq

    1. Salam Sofeaml,

      1. Untuk keluarkan duit dari Paypal, boleh transfer terus ke kad ATM Maybank tersebut.

      2. Tak boleh topup terus, tapi hanya boleh jadikan kad sebagai sumber duit. Contohnya masa beli barang, akaun paypal telah tiada duit atau tidak cukup, maka Paypal akan ambil duit dari akaun kad debit.

  13. ohh ya, tambahan soalan

    1. saya dah pun dapat expuse no (code paypal yg 4 digit tu), then , dah buka online PB bank utk visa debit. disebabkn internet xda tmpoh hari, saya tertangguh sehingga terlupa. soalan sy, berapa lama code paypal tu boleh bertahan? 48 jam ke?

    2. jika keadaan sedemikian, apa pndapat zul ttg langkah/tindakan saya yang seterusnya?
    -Ulang minta kod?
    -buat baru (mohon semula)?

    p/s: kalau mhon semula utk paypal, boleh dapat ker? kalau saya xmasuk code paypal tempoh hari, bmkna saya xdelah akaun paypal lagi?

    1. 1. Kod itu tiada tarikh tamat. Tapi lagi cepat lagi bagus.

      2. Cuba masukkan kod itu ke akaun Paypal dahulu. Kalau diterima, maka tidak perlu buat apa-apa. Kalau di’reject’, maka perlu mohon semula.

      Apa pun, kalau mahu mohon semula, perlu pakai kad lain sebab kad sebelum ini sudah diterima oleh sistem Paypal. Jadi boleh teruskan dengan kod excuse itu dahulu. Kalau tak masukkan kod itu, akaun ada lagi, cuma tidak Verified.

  14. nampaknya x jadilah saya guna PB ni sebab dah lupa terus ID & pasword. Lagipun branch jauh la sangat.. aduhh.. Saya terfikir pula nk guna debit visa maybank. Dah buat dah pun. Ada kat tgn ni. jadi, masalah saya adalah:

    1. saya sudah pun berpindah ke alamat baru.
    masalahnya ialah, debit visa maybank ini menggunakan ALAMAT LAMA, sdgkan saya dah pindah ke alamat yang baru.

    soalan penting : Adakah saya boleh verified paypal guna alamat lama ni? dan masukkan alamat lama pada paypal juga? sbb zul ckp dlm ebook percuma paypal milik zul :

    “Gunakan
    nama yang terpapar pada kad debit anda. Jika nama anda Mohd Hakim pada atas
    kad, masukkan Mohd Hakim pada ruang First Name dan jangan tersilap eja
    walaupun satu huruf. Begitu juga dengan alamat, masukkan alamat seperti di akaun
    kad debit anda iaitu seperti yang anda berikan semasa pendaftaran kad. Satu tip, sila
    rujuk surat atau dokumen yang disertakan bersama dengan kad semasa anda
    mendapatkannya. Pada dokumen tersebut ada tertera alamat bagi akaun kad debit
    anda. Gunakan alamat tersebut.”

    soalan lagi : Boleh ke saya guna alamat lama, kemudian setelah verified (saya nak verified shj,pastu saya akan tukar alamt kedua2nya iaitu di paypal & juga debit visa maybank.), then selepas itu saya nak ke branch mybnk, utk tukar alamt lama kpd baru, dan selepas itu mestikah saya ubah alamt yang saya isi di paypal ke alamt baru?

    ** just utk VERIFIED JE, leh x? Mintak pendapat.boleh ke mcm ni?

    1. Salam,

      Boleh guna alamat lama dahulu. Nanti ada masa tukar alamat yang baru untuk akaun Maybank tersebut. Tidak silap saya perlu hubungi cawangan di mana kita buat kad/akaun tersebut sama ada pergi sendiri atau faks. Lepas tukar, masuk ke akaun Paypal dan ubah alamat. Yang penting adalah verified dahulu.

  15. Salam’.
    Info dalam entri ini diakui banyak membantu kepada saya dan semua usahawan.
    Saya mohon izin kepada tuan Zulfadli(smartzul) untuk link ke blog saya mana-mana entri yan baik untuk sebar-sebarkan bagi pengetahuan n panduan umum. Saya gunakan untuk kebaikan sahaja, ini janji saya. Sila berikan pandangan. Terima kasih tuan.

  16. Salam,

    Semalam saya cuba verified-kan akaun paypal saya menggunakan kad debit maybank saya…tetapi
    tidak berjaya verified.

    Diharap saudara smartzul bgi sdkit pndangan.

    1. Salam,

      Banyak sebab verify tidak berjaya. Dia beritahu apa ya?

      Antara sebabnya:

      1. Tidak buat setting MSOS (ini wajib).
      2. Baki wang tidak cukup dalam akaun kad.
      3. Salah maklumat semasa verify. Nama dan alamat perlu sama dengan nama dan alamat masa daftar akaun bank/kad.

  17. Skg kad debit Bank Islam berhad dah boleh verify dan link kad kpd paypal. kalo nk cepat top up akaun paypal, gunakan kad debit islamic RHB..

    selamat berEBAY… 🙂

  18. salam,
    saya ada akaun cimb konvensional sebelum akaun islamic diperkenalkan lagi lg…..
    soalannya adakah ianya haram…jika saya tidak pernah menggunakan wang interstnya, malah mengeluarkannya dan letak ketepi….
    atau keseluruhan wang simpanan saya telah menjadi haram sebab bercampur….
    ini menyukarkan saya jika terminate akaun tersebut….kerana keseluruhan urusan sya link kepada akaun tersebut…

    1. Dari segi soal hukumnya, saya tidak dapat komen lebih. Cuma setahu saya, ia haram. Disebabkan kita telah ada pilihan akaun Islamic, maka sebaiknya buka akaun Islamic dan tutup akaun konvensional. Usahakan sesuatu agar akhirnya kita dapat gunakan akaun Islamic sepenuhnya agar hati kita lebih tenang. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *