‘Rahsia’ Mencari Penyelesaian di Google | Adab Bertanya | Lagi Mengenai Ebook Berbayar

Anda mungkin salah seorang yang asyik bertanya soalan remeh temeh kepada orang lain seperti:

Apa itu domain name?

Apa itu add on domain?

Apa itu blog?

Jadi, pada kali ini saya akan menulis satu tip yang amat mudah, tapi akan menjimatkan masa anda. Saya yakin, tak semua orang tahu cara mencari maklumat menggunakan cara mudah ini yang mana cara ini ada diajar oleh Google sendiri termasuklah enjin carian yang lain.

Bagaimana?

Mudah sahaja. Katakan anda nak tahu apakah itu domain name. Jadi, taip begini di Google.com:

“what is domain name”

*Seeloknya masukkan sekali tanda quote “” “” untuk hasil carian yang lebih tepat dan optimum.

Kemudian akan keluarlah banyak laman web yang menerangkan apa itu domain name. Tapi dalam English-lah kebanyakannya.

Begitulah juga untuk apa sahaja yang anda ingin tahu.

“what is Hosting”, “what is bandwidth”, “what is internet marketing” dan segalanya…

Sebenarnya di Internet ada laman web yang tertentu berfungsi sebagai memberikan tafsiran (seperti kamus) dan maksud bagi sesuatu perkara.

Carian Untuk Error…

Katakan anda menghadapi sesuatu Error pada sistem Windows komputer anda, atau pada blog anda atau pada apa sahaja. Teknik carian penyelesaian amat mudah, tapi bukan 100%.

Katakan anda menghadapi masalah seperti:

“Error establishing a database connection”

Error tersebut biasanya berlaku kepada sesebuah sistem seperti sistem blog WordPress. Jadi, bagaimana mahu mengetahui apa sebabnya dan apakah penyelesaiannya? Ini caranya:

Taip Error tadi pada google.com: “Error establishing a database connection”

Dan kemudian keluarlah laman web yang membincangkan mengenai masalah itu… Bacalah apa-apa cadangan penyelesaian yang ada di laman web tersebut.

Carian Untuk Error Yang Lebih Tepat

Katakan Error tadi berlaku pada sistem WordPress anda, maka cara carian ada sedikit tambahan. Gunakan tanda tambah (+) pada carian anda di Google :

“Error establishing a database connection” + wordpress

InsyaAllah, boleh dikatakan laman web yang tersenarai di dalam carian anda adalah perbincangan atau penyelesaian untuk Error bagi WordPress tadi. Begitulah juga jika anda ada Error untuk windows katakan, taip Error yang keluar dan letakkan tanda tambah beserta jenis Windows yang anda gunakan.

Teknik di atas tak ramai yang tahu! Buktinya?

Semasa saya bekerja ‘part time’ dahulu di sebuah jabatan IT, saya menyelesaikan satu problem dengan begitu mudah yang mana seorang pekerja IT di sana yang dah lama bekerja telah mengaku kalah tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Kemudian dia menyuruh saya cuba melihatnya. Lantas saya gunalah teknik carian di atas untuk Error yang dihadapi.

Nah! Ia kemudian selesai padahal masalah itu sebelum ini saya tak tahu apa-apa pun mengenainya. Begitu juga semasa saya praktikal, saya banyak belajar dan mendapat ilmu dengan hanya menggunakan Google melalui teknik-teknik di atas. Sehinggalah bos saya dan para pekerja tempat praktikal menganggap saya terer dan pakar dalam bab komputer. Padahal saya banyak merujuk ‘pakcik’ Google. hehe… Pecah rahsia saya! πŸ˜‰

Begitulah tatkala kawan-kawan sepengajian bertanya itu dan ini, saya menghadap komputer, masuk ke Google dan mencari maklumat. Kemudian saya menerangkan kepada mereka dan membantu mereka. “Wah Zul, hebat kau yer!”. Dalam hati saya, “terima kasih Google!”. πŸ˜‰

Psst, pernah tak menonton satu iklan DiGi di TV? Seorang yang mendaki gunung berjumpa dengan seorang tua di sana untuk bertanyakan petua awek muda. Lantas si tua menggunakan Internet untuk mencari “petua awek muda”… Kalau tak ada Internet, confirm si tua itu tidak tahu untuk menjawab!Boleh dikatakan di Internet, apa sahaja masalah, perkara dan segalanya memang sudah ada yang dibincangkan sekurang-kurangnya sekali. Maka, jika anda ada masa, gunalah Internet melalui enjin carian seperti Google untuk mencari sesuatu…

Saya harap dengan sedikit tip pada hari ini yang menjadi amalan saya dari dahulu berguna untuk anda semua. Gunalah Google setiap kali anda mempunyai persoalan dan masalah sebelum bertanya dan menunggu jawapan daripada orang lain. πŸ™‚

Tak semua perkara sesuai dicari di Internet!

Namun biar saya katakan, walaupun kita boleh gunakan Internet, tak semestinya semuanya ada di Internet atau tak semua ada di Internet. Kadang-kadang lebih elok membeli Ebook atau panduan tertentu kerana mungkin ia lebih cepat dan menjimatkan masa anda daripada mencari-mencari sendiri, lagi-lagi anda seorang yang sibuk.

Atau paling kritikal, anda akan mengalami information overload jika terlalu banyak yang anda temui, tambahan maklumat yang anda jumpa tidak tersusun dan bercampur-campur. Maka disiplin dan kemahiran mencari maklumat amat perlu di sini.

Mungkin tidak sesuai perkara yang anda cari adalah mengenai sesuatu yang amat ‘berat’ dan memerlukan pencarian yang mengambil masa yang lama. Malah mungkin perkara yang anda cari itu bukan bidang anda. Setakat nak tahu mengenai domain name, itu bukan masalah. Tetapi jika ingin tahu bagaimana nak setup sebuah server, jalan terbaik adalah belajar dengan seseorang yang pakar! Mungkin Ebook, mungkin video atau menyertai bengkel…

Jika anda ingin tahu, ada laman web yang menawarkan khidmat menjawab soalan. Anda tanya satu soalan tapi anda perlu membayar kepada mereka yang menjawab soalan anda! Kenapa perlu bayar padahal anda boleh cari sendiri? Sebab mungkin anda sibuk, tak ada masa, dan mahu jawapan yang cepat.

Ebook Berbayar…

Dalam Ebiz, golongan yang membenci Ebook berbayar sering memberikan alasan, “tak perlu beli Ebook, semuanya ada kat Internet!”. Itu bagi mereka, tapi bagi orang lain yang kesibukan dan profesional, Ebook adalah satu cara yang cepat untuk belajar dan mempelajari sesuatu berbanding dengan menghabiskan banyak masa di Internet! Nah, fikiran golongan yang negatif tadi amat jumud dan sempit…

Para CEO, profesional dan mungkin anda amat mementingkan masa yang ada untuk perkara yang produktif. Anda tak mahu membazirkan masa dengan menghadap Internet dan mencari sendiri jawapan bagi sesuatu masalah. Maka dengan cara membeli Ebook, melantik konsultan atau mendapatkan personal trainer, anda telah menjimatkan masa dan mendapat input yang tersusun…

Jika anda ada banyak masa dan tak kisah dengan masa, maka sudah tentu anda rasa membazir untuk membayar itu dan ini. Tapi bagi orang lain, mereka tak sama seperti anda. Maka tak usahlah menghasut atau menyuruh orang lain mengikut corak dan gaya pemikiran serta perlakuan kita…

Saya tujukan pernyataan tersebut kepada mereka yang suka menghasut dan mempengaruhi orang lain agar mengikut cara mereka, padahal cara orang lain itu tidaklah salah. Mereka menghasut sebab mereka tidak pandai menghormati pegangan orang lain (pegangan yang betul la). Mereka mahu menjadi hakim bagi semua orang. Diri mereka tak akan tenang selagi orang lain tidak mengikut cara dan kehendaknya…

Adab Bertanya…

Saya dan mungkin juga anda pernah ditanya dengan soalan-soalan yang mudah. Nak jawab pun malas sebab ia terlalu mudah selain selalu menerima soalan sebegitu. Anda bosan dengan situasi sebegini… Bagi si penanya, sudah tentu mereka mahu tahu sesuatu dan mungkin tak tahu cara carian di Internet seperti yang saya kongsikan di atas.

Jika kita mahu bertanya kepada seseorang, berikut adalah ‘adab-adab’nya:

1. Cuba cari dahulu sendiri punca dan cara penyelesaian masalah tersebut melalui Internet atau sumber rujukan lain (buku? majalah? dll…).

2. Jika tidak jumpa dan memang dah usaha sungguh-sungguh, barulah bertanya. Tapi adabnya adalah:

i. Fahami masalah itu dahulu. Apa yang telah terjadi.

ii. Terangkan masalah itu sedetail yang mungkin. Contohnya:

“Zul, saya hadapi masalah Error begini dan begini selepas saya buat begini dan begini…”.

Sebaliknya bukan begini: “Zul, saya dapat Error ni. Tolong saya!”. Ia terlalu pendek.

iii. Jika anda bertanya di forum, pastikan tajuk Post yang anda buka menyimpulkan apa yang anda mahu tanya. Contoh: “Error Connection Refused bagi Blog wordpress”.

Sebaliknya JANGAN begini: “Tolong!“. Entah apa lah yang diminta tolong tu. Kelemasan di lautan Internet ke…? πŸ˜‰

iv. Jika soalan anda tak cukup info, jawablah jika ada seseorang yang mahu membantu anda jika mereka bertanyakan sesuatu. Berikan kerjasama kepada mereka. Kadang-kadang sesuatu perkara memerlukan persoalan lain dijawab dahulu sebelum soalan / masalah / perkara yang anda tanya dapat dijawab. Ingat, jika tanya secara PERCUMA, maka jangan marah jika anda tidak mendapat jawapan yang cepat seperti yang anda inginkan! Kalau nak cepat, bayarlah… πŸ˜‰

v. Jangan mendesak! Inilah adab yang paling penting. Saya, bahkan mungkin anda pernah menerima soalan yang menyuruh anda menjawab dengan cepat. “Ewah ewah, ingat aku ni kuli kau ke sedap-sedap suruh jawab cepat!”. πŸ˜‰ Sungguh tidak elok mendesak orang lain menjawab dengan cepat dan menerangkan sesuatu agar masalah yang ditanya selesai.

Kalau anda mendesak, biasanya orang tak akan layan persoalan anda ATAU mereka akan melayan dengan tidak ikhlas dan dengan hati yang marah bercampur benci.

Tanyalah dengan bersopan dan banyaklah bersabar. Walau Internet adalah 24 jam sehari, tak semestinya orang yang kita bertanya itu Online 24 jam sehari juga! Mereka juga manusia seperti kita yang ada masa untuk makan, minum, berehat, bersama keluarga dan sebagainya… Hormatilah mereka!

vi. Berterima kasih. Cuba ingat kembali. Pernah tak kita berterima kasih kepada mereka yang membantu kita? Berterima kasih kepada mereka yang berkongsi panduan yang mana kita meminta? Berterima kasih kepada mereka yang membantu padahal tak salah pun jika mereka tak bantu. Adalah suatu yang baik jika kita berterima kasih kepada mereka. Tapi pastikan terima kasih itu adalah ikhlas dari hati, bukan sebab lain kali nak tanya lagi. πŸ˜€

Itulah beberapa adab yang perlu dijaga jika mahu bertanyakan seseorang mengenai sesuatu. Jangan susahkan orang lain tapi dalam masa yang sama kita hanya mahu kesenangan sendiri. Tak patutlah kan? πŸ™‚

Saya rasa setakat ini dahulu pada hari ini… Esok Sabtu dan Ahad, saya mungkin tak menulis, melainkan hati mahu menulis.

Segala apa yang dikongsikan hanyalah perkongsian semata-mata. Ambil mana yang baik, tolak mana yang tak bermanfaat. Saya menulis hanya mahu berkongsi, tetapi bukan mahu menyuruh anda mengikut apa yang saya tulis. Jangan taklid buta. Anda berhak memikirkan dan menentukan apa yang terbaik untuk anda.

Jadi ingat, semua tulisan SmartZul tidak pernah sama sekali mahu mengajak anda mengikut cara SmartZul. Saya bukan jenis suka menghasut atau memaksa orang mengikut cara dan gaya saya. Be yourself…

Tazkirah: Di hari Jumaat ini, perbanyakkan amalan yang soleh dan doa yang baik-baik. “Kalau semalam dan kelmarin (hari yang lepas) ada 100 kesalahan yang dilakukan, apa kata kurangkan 1 pada hari ini…”. Allah sukakan mereka yang berusaha untuk memperbaiki diri dan amal.

Wassalam.

.

Prolific Blogger,

SmartZul!

Iklan: Nak jadi blogger? Klik di sini!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “‘Rahsia’ Mencari Penyelesaian di Google | Adab Bertanya | Lagi Mengenai Ebook Berbayar

  1. Membaca post hari ini mengingatkan saya kepada kisah saya semalam. πŸ˜€

    Saya mendapat newsletter dari Kevin Riley dan menanyakan beliau beberapa soalan. Pada mulanya saya tak lah berharap sangat yang emel saya dibalas kerana saya faham kenapa. πŸ˜‰

    Tapi tak di sangka, Kevin membalasnya dalam tempoh hanya 5 minit selepas saya menghantar emel kepada beliau! Bukan itu saja, beliau turut menasihati saya tentang beberapa perkara dan sudi menolong jika saya ada masalah.

    Kesimpulannya, apabila bertanya sesuatu, BERADAB adalah sangat PENTING. Hormati orang lain nescaya anda juga turut dihormati juga.

  2. Ye ker Johari. Kevin peramah orangnya. Kalau jumpa dia, senyuman dia tu memang tak lekang kat bibir dia. Wife dia lak memang lah cantik, orang Jepun. πŸ˜‰

    ps. Tak sempat nak bergambar dgn dia masa kat WIMS Singapore hari tu.

    “Bila kita bersopan dengan orang, orang tak akan teragak untuk bersopan juga dengan kita… Tak gitu Johari?”.

    – zul

  3. suka baca posting hari ni…banyak ilmu baru diselitkan dengan nasihat yang baik…bersopan…selaras dengan kita orang timur…

    tak salah kita bersopan dan berterima kasih kepada yang membantu…tanda kita menghargai bantuan mereka. dan sudah tentu mereka juga tak liat nak bantu kita satu hari nanti….
    say apun menggunakan dan mengeksploitasi apa yang ada di pakcik google…banyak ilmu dan amat membantu…kekadang tu, nak cari solution untuk satu benda jer, tapi terlalu banyak cara dan buat saya sedikit kesasaran…itu terpulanglah pada kebijaksanaan kita… πŸ™‚

  4. slmt pg zul,
    thank 4 the google tips tu… sebelum ni saya tak tahu pun yang google boleh dicari begitu…thanks…

    untuk ebook berbayar ni, saya setuju dgn apa yang zul nyatakan… kalau nak cepat belilah ebook…jangan nak harapkan benda percuma selalu…

    untuk bertanya, saya 2 hari lepas pun ada tanya zul mengenai forum…sory zul kalau menyusahkan…harap2 tidaklah…

    thanks

    han

  5. salam,

    info zul tu nampak cam basic tp ramai lagi yang tak tahu. saya sendiri pun tak tahu lagi. ramai orang fikir yang advance tp yang basic tertinggal.

    pasal ebook berbayar tu, ni terjadi pada diri saya sendiri. sebelum ni saya banyak baca ebook percuma sahaja. tp info dia tu tak banyak. lepas saya beli ebook zul (ebook pertama yg saya beli di internet), saya terus faham ape itu blog dan cara untuk membuat blog. dan alhamdulillah tak sampai seminggu dah ade blog sendiri. πŸ™‚

    tq.

  6. Kita biasanya nak mudah dalam setiap benda dan kadang2 tak sedar kita menyusahkan orang lain disebalik sikap kita tersebut….

    Nasihat yang baik untuk pagi jumaat ni…

  7. Pingback: diari seorang usahawan internet
  8. Tentang carian di internet ni pun samalah macam kita bertanya pada orang, kalau kita bertanya tak detail, jawapan yang kita dapat pun tak detail la. Sebab tu juga susah nak mendapat jawapan di google sebab soalan kita tak detail. Bila tak detail, banyak sangat web yang kita jumpa dan kita sendiri yang susah nak pilih @tapis.

  9. Kadang-kadang kita tak tau benda yang mudah .. Cam bertanya pakcik google ni.. Kaedah baik dari Zul..
    Memang bila bertanya soalan perlu ada adab.. BUkan hanya kat online sahaja, dalam realiti pun perlu beradab.. Saya selalu alami situasi oleh orang awam.. Bila telefon terus tanya soalan… Selalu saya tanya dia balik sapa pemanggil tu.. Nampak cam kerek tapi adab kan??

  10. Salam SmartZul,

    Dulu-dulu dan juga kadang-kadang sekarang, bila Deen ada banyak masa, memang Deen akan mencari maklumat yang dikehendaki di internet….siap pi sampai ke google page search yang ke beratus-ratus.

    Tetapi mcm SmartZul kata, kalau sibuk dan nak cepat, beli ajer ebook…mudah kerja, jimat masa plus dpt customer support lagik πŸ™‚

    Satu perkara yang Deen notis, sesetengah ebook yang berbayar, wujud juga sebijik yang free punya (kalau rajin carilah) dan yang ajeebnya (ajaibnya) depa yang jual ebook tersebut masih menjualnya bertahun-tahun lamanya…..maknanya masih laku, laris….ni mungkin sbb kalau hak yang percuma tu, info dptlah tapi bila nak diimplementasikan dan menghadapi masalah….khidmat pelanggan mana ada. Kalau yang berbayar punya ada support forumnya dll ..apa orang kata…ada nilai tambah – value added πŸ™‚

    Dlm hal ini Deen berterima kasih banyak kepada SmartZul atas tips dan pertolongan SmartZul dlm hal-hal teknikal membina blog. 😎

  11. Sememangnya segala artikel di sini bernas dan memeberi banyak info.Tak hairanlah setiap kali post yang dibuat sentiasa mendapat komen2 daripada pembaca πŸ™‚

    Saya pun suka menggunakan pakcik google untuk carian sebarang maklumat.Mengapa sekarang pakcik yahoo dan pakcik MSN kurang glamour untuk carian maklumat?

    Ada jawapan ker Zul??

  12. nak tambah…
    kalau boleh kalau masalah dah selesai postkan “case closed”, atau apa-apalah.
    jadi taklah ada kengkawan yang dok sibuk nak tolong selesaikan, rupa-rupanyer problem tu dah settle pun, dia pun dah kaya-raya pun. nasihat ini termasuk diri sayalah.

  13. Saya pun pernah praktikkan cara ini kat tempat kerja masa mula-mula masuk dahulu. Baru masuk kerja, dah suruh buat macam-macam. Apa lagi, saya gunalah pakcik Google ni. Alhamdulillah dapat juga selesaikan tugasan yang diberikan. Tapi lepas itu kita kenalah fahamkan. Takkan nak buka internet setiap masa. Buatnya tempat kita kena bertugas tak ada internet, tak ke naya πŸ˜› πŸ™‚

  14. pak cik google ada segala-galanya…
    nak cari pun ada…
    tapi jangan guna pl…hehe…

    faedahkan pak cik google yang ada…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *