Hidup Tanpa Facebook

Ada sesiapa yang tiada akaun Facebook?

  • Langsung tidak pernah ada akaun Facebook
  • Sebelum ini aktif, tetapi kini tidak lagi (sudah deactivate akaun)

Sekadar bertanya, apakah keadaan hidup tuan/puan yang tidak ada akaun Facebook? Aman, bahagia dan tenang?

  • Tenang daripada tulisan-tulisan yang sindir menyindir
  • Aman daripada rasa kecewa akibat di-remove
  • Bahagia jiwa tanpa perlumbaan ingin jadi terbaik di Facebook.
  • Bebas daripada SPAM terutama ‘tagging’.
  • Selamat daripada rasa ketagihan yang melampau. Setiap masa mahu buka dan baca FB walaupun status yang tidak bermanfaat pun untuk dibaca, tapi mahu baca juga.

Kepada pengguna aktif FB, mungkin anda juga ada pendapat sendiri.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Hidup Tanpa Facebook

  1. Pada pandangan saya, memang tidak di nafikan, tanpa akaun facebook, boleh kacau bilau, tetapi harus di ingat, dalam apa jua perkara dalam kehidupan ini, yang bermula, pasti ada akhirnya, oleh itu jangan terlampau bergantung kepada sesuatu perkara agar badan tidak binasa…

    1. Terima kasih tuan Sham.

      Sebenarnya, kalau kita lihat dari dulu, setiap zaman ada trend tersendiri. Bermula dari telefon rumah, telefon tangan, SMS, MMS, 3G call, forum, blog dan terkini adalah Facebook. Tak ada facebook, sama lah seperti tak ada handphone yang mana pada satu ketika dulu, orang yang tiada handphone dianggap ketinggalan.

  2. Saya ada akaun facebook, tapi hanya untuk access facebook2 org lain. Friends pun cuma 5-6 org je.

    Org kata teknik marketing di facebook ni sgt power, tapi memandangkan teknik2 lain pun tak sempat nk ‘optimise’kan, sampai skrg tk pernah explore facebook marketing. Apa lagi nk bersosial kat fb.

    1. syukurlah saya tidak seperti itu…
      singgah fb sekejap tengok update, komen2 sikit
      buat kerja lain yang menimbun.. ada faedahnya..

      marketing kat fb sebenarnya pakai fb ads lagi pantas response/targeted daripada tag org yang tak kenal sana sini… belum tentu ada convert, lagi kena delete acc..

  3. Ikut apa tujuan berfacebook juga. Saya gunakan facebook untuk :

    1. mengenali dan merapatkan hubungan dengan ‘tok-tok guru’
    2. mendapatkan info berguna sebab kebanyakan ‘tok guru’ akan bagi tips, motivasi dan seumpamanya dan diupdate pada status.
    3. meluaskan rangkaian kita sendiri. Alhamdulillah sejak melibatkan diri dengan facebook banyak juga bisnes masuk, walaupun facebook bukan jalan utamanya.
    4. membantu memasakan produk. Mereka yang ‘like’ fanpage kita dapat ikuti perkembangan bisnes kita dari semasa ke semasa.

    Bohonglah saya kalau kata tiada kelemahannya. Tapi kita ada cara untuk atasinya :

    1. tagging : saya cuma untag kalau tak suka. tapi saya ada satu kaedah kalau tag mereka itu bagus. saya akan berkomunikasi dengan mereka untuk wujudkan hubungan baik. malah dengan cara ini boleh wujudkan win win situation.

    2. komen negatif : ada waktunya baik untuk muhasabah diri. tapi kalau teruk sangat ‘remove’ sahaja mereka daripada freind list kita.

    1. Apa pendapat saya… terpulang apa tujuan kita dalam berfacebook ini. Jika baik la tujuan kita baik la jika sebaliknya kita yang akan merasanya. Berfacebook nie memang ada baik buruknya tapi bak kata orabg tua-tua tepuk dada tanya hati…

  4. Dalam penggunaan FB ni kekadang kita kena ada cuti jugak drpd FB utk 2 hari ke, kerja pun ada cuti kan jd apa salahnya tidak menggunakan FB utk 1-2 hari… dan tetapkan aturan masa utk update status FB cthnya 6 jam sekali utk 3 kali sehari, jgn lebih2..

    Yng penting ada disiplin diri dalam menggunakan FB

  5. Isteri saya langsung takde akaun facebook. tak suka katanya. dan dia tak terasa pon ketinggalan bila takde fb. malah katanya dia akan jadi ketinggalan kalau ada fb sebab nanti semua kerja tak jalan… hehehe…

    betul jugak bila saya fikir balik. saya dulu bukak fb tiap2 hari. semua kerja rumah tak jalan. skang bila bukak fb seminggu jer sekali, baru lah banyak kerja dapat dibereskan.

  6. sebenarnya, dari kita je. dah biasa dah hidup tanpa facebook. Tidak menjadi satu keutamaan. Cuma sekali-sekali aje login. Untuk update apa yang patut.

    1. Tahniah tuan. Saya juga begitu.

      Sekarang, salah satu trafik utama ke blog saya adalah dari Facebook. Kita perlu ikut arus perkembangan iaitu dengan mempromosi di mana orang ramai berkumpul. Sebagai usahawan atau marketer, persoalan perlu atau tidak sesuatu itu, sepatutnya tidak ditanya. Usahawan perlu ambil apa saja ruang dan peluang jika ia bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *