Hati-Hati Dengan Emel Ini!!

Saya sekarang sedang menyiapkan versi terbaru Pakej Kit Blogger. Namun, di dalam kesibukan saya, ada satu berita yang perlu anda semua ambil serius dan saya juga memerlukan kerjasama anda.

Ada orang salah guna nama saya!

Setelah saya berfikir masak-masak, saya akhirnya mahu membongkar satu rahsia yang pada mulanya saya mahu simpan sebab ia adalah masalah saya. Apabila saya fikir kembali, kalau saya berdiam diri, orang lain pula akan jadi mangsa!

Pertama, hati-hati dengan klon Zul SmartUsaha!! Orang tersebut menggunakan nama saya TETAPI menggunakan emel lain iaitu zulsmartusaha@gmail.com. Si penipu yang tak takut dosa itu menggunakan nama saya untuk membuat pembelian produk di Internet tetapi MALANG sekali, tidak berjaya menipu sahabat ebiz saya itu.

Beliau bertungkus-lumus menyatakan kepada penjual produk itu bahawa beliau sudah membuat bayaran, padahal dia menggunakan nama Mohd Zulfadli!! Helahnya tak berjaya apabila orang yang beliau tipu itu adalah orang yang mengenali saya. Pendek kata, beliau gagal dalam operasi penipuannya!

Jadi di sini, penipu tersebut menggunakan nama saya dengan harapan mahu membuat penjual mana-mana produk di Internet percaya dengan bayaran yang dilakukan walaupun tiada dalam rekod bank. Kononnya dengan kefemesan SmartZul dia boleh menipu dengan mudah dengan mengguna nama saya. Tapi sayang, helahnya tersangkut di tengah jalan… Itu biasanya nasib bagi yang berbuat jahat.

Kepada mana-mana usahawan Internet, jika anda menerima pesanan pembelian daripada nama saya (Mohd Zulfadli) dan dengan emel yang meragukan, hati-hati… Malah daripada siasatan saya, penipu tersebut juga menggunakan nama orang lain bersilih ganti. Jika anda ada menerima pesanan pembelian daripada nama saya, sila hubungi saya dahulu menggunakan contact form di blog ini untuk mengesahkannya.

Perkara kedua, lantaran daripada kejadian ini, saya mahu anda semua mengabaikan apa-apa emel yang anda terima daripada individu tersebut yang menggunakan emel zulsmartusaha@gmail.com. Ini kerana, daripada sumber yang saya dapat, dia ada juga menghantar emel kepada orang lain. Sungguh tak beradab!

Ketiga, saya mendedahkan hal ini kerana tidak mahu terjadi apa-apa fitnah. Ya lah, mungkin anda ada terima emel daripada individu yang tak bertanggungjawab itu dan menyatakan saya yang menghantarnya. Lantas, terus membenci diri saya dan menyebarkan hal itu kepada orang lain. Maka terjadilah fitnah. Na’uzubillah.

Apa perlu saya buat?

Jika anda mangsa kepada zulsmartusaha@gmail.com, saya serahkan kepada anda untuk membuat apa-apa tindakan. Nak report polis ke, SC ke apa ke, suka hati anda. Si penipu tu sebenarnya sudah membuat satu jenayah besar dalam undang-undang siber.

Kepada rakan-rakan Ebiz saya dan juga mereka yang telah memberikan kerjasama kepada saya, terima kasih banyak-banyak. Walaupun individu tersebut masih bebas berlegar-legar di alam maya ini, biarkanlah dia. Tapi kalau nak cekup pun terserahlah.

Kepada individu tersebut, jangan ingat diri tu hebat sangat Ok. Kami boleh bertindak jika kamu meneruskannya. Jangan ingat kami ni buta IT dan undang-undang… Kami beri amaran keras, jika kamu melakukannya lagi, awaslah… Kami ada segala maklumat yang berkaitan dan kami bila-bila masa boleh bertindak.

Kami mahu cari kawan, bukan mahu cari musuh macam kamu lakukan. Gunakan akal sebaiknya… Ingat pesan saya, kalau nak menipu, jangan sampai terkantoi sudah lah! Kalau tak, hmmm, faham-faham ajer lah nasibnya.

Pengajaran

Ingatlah pepatah Melayu, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Kalau kat dunia ni terlepas, kat akhirat tidak sekali.

Kepada pembaca semua, berbuatlah kebaikan setiap masa. Jangan menipu, jangan mencuri hak orang, jangan memfitnah, hatta mengumpat. Jangan sesekali mahu melakukan kejahatan, lagi-lagi melibatkan hak orang. Taubat tak akan sah kalau individu tersebut tidak memaafkan anda…

Akhir kata, jika anda ada menerima emel daripada zulsmartusaha@gmail.com, saya serahkan kepada anda nak buat apa dengan insan tersebut. Saya sebenarnya sedih apabila nama saya dipergunakan sesuka hati untuk tujuan penipuan. Kesalahan itu bukan mainan, tapi satu jenayah!! Satu kesalahan yang amat serius.

Wassalam.

PS. Pastikan esok anda datang ke blog ini. Jika diizinkanNya, saya akan umumkan sesuatu.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

30 thoughts on “Hati-Hati Dengan Emel Ini!!

  1. Satu perkembangan yg tak sihat….

    Ada org cuba perdayakan saya dgn gunakan identiti adik kita Labanon. Namun syukurlah saya kenal Labanon dan kebetulan saya sering berutus email dgn beliau. Itulah yg saya hairan tetiba budak Labanon ni beli ebook saya guna emal lain pula (gmail)!

    Nampaknya sipenipu ni dah berleluasa rupanya. Baik highlight perkara ni di WC dan forum lain… πŸ‘Ώ

  2. :mrgreen: manusia macam ni pun ada jugak daaa…

    πŸ˜† mujur kantoi…alhamdulillah..

    “buat baik berpada-pada” tukarkan ke ” buat baik jangan berpada2″ sebab dapat banyak pahala…cuma letakkan ia pada tempatnya baru adil namanya..

    sabar abg zul..maybe ini ujian terbaru..sebalik kesusahan ada kesenangan..kan dah termaktub dalam surah al-insyirah. apapun saya sebagai peminat dalam bayangan abg zul tetap mendoakan supaya insan2 macam abg zul ni beroleh kejayaan yang lebih cemerlang supaya jadi ikutan dan contoh anak2 muda skang ni..

  3. Nampaknya gejala tidak sihat sudah menular dan cuba menggunakan nama-nama usahawan internet Malaysia. Perbuatan sebegini perlu dimaklumkan kepada umum supaya kita tidak terperangkap dan tertipu dengannya.

    Kepada sesiapa sahaja yang sayangkan usaha murni usahawan internet kita, maklumkan segera kepada tuan punya diri yang namanya seakan-akan atau disyaki digunakan oleh orang lain.

    Tidak lupa diucapkan kepada cikgu Azleen (Winterbride) didalam lamannya yang telah bekerjasama didalam melaporkan wujudnya laman web tulin dan palsu.

  4. slmt pagi zul,,

    orang macam sepatutnya tidak boleh di maafkan…
    patut cekup je baru dia sedar….
    tak tahu salah punya orang…
    hehe…

  5. Langkah konkrit harus dijalankan untuk membendung orang orang nie daripada mengambil kesempatan….

    Saya sarankan repot kat polis aje sebelum perkara ini merebak, sebelum perkara ini berleluasa. Pihak polis mesti ada caranya untuk “track” si pelaku salah.

    Bila polis ambil tindakan, it will be definitely be a good precedent to hinder future fraudster from attempting such malicious endeavour.

    Jgn bagi muka… πŸ™

  6. salam siber utk semua,

    kadangkala bukan mudah untuk kita menjaga diri dialam siber ni, bermacam2 cara yg kita gunakan utk mengelak namun masih ada yg mampu menceroboh. memang lumrah alam tak kira siber ke realiti, kejahatan melebihi kebaikan.. malah kejahatan yang nyata sekalipun sukar utk dibendung inikan pula kejahatan dialam siber…

    apa yg perlu bagi semua adalah ingat mengingati dan pesan memesan antara kita terutama komuniti yang mengenali usahawan2 melayu kita.

  7. Salam bro Zul,

    Saya pun masa awal-awal jual ebook SistemRahsia dulu pernah juga berlaku penipuan macam ni jugak, ada pembeli yang tak bertanggungjawab menjual balik ebook saya di forum lain dengan guna alamat emel sistemrahsia@yahoo.com.

    Dia just guna akaun Public Bank dan tak tulis pun apa-apa details yang lain. Bila saya YM dia, tanya nama, dia dah start berbelit, dan bila saya mengaku saya penulis sebenar ebook SistemRahsia terus dia out. Tau taku, huhu.

    Itulah, ‘orang-orang sebegini’ memang wujud di sekitar kita, apa yang penting berhati-hati dengan setiap tindak tanduk mereka, kalau boleh ada yang terkena cepat-cepat maklumkan pada rakan yang lain supaya tak bertambah jumlah mereka yang tertipu.

    Hm, nampak gaya tak serik-serik lagi makan duit haram sesetengah orang kita ni. Taktaula apa nak jadi.

  8. biaselah, bukan semua orang baik..itu tak dapat di sangkal.. mereka ni jenis yang tak kisah makan duit haram@tak.. papepun, janganlah risau, coz yang baik tetap dibalas baik..duit haram ni tak berkat, kejap je abih, pastu jadi darah daging..kesian mereka.. yang baik, tetap dapat nama..rezeki pasti bertambah..mcm yang ebook yang dijual secar “haram”, yang pemilik asal tetap dapat kebaikan..selain dapat pahala tolong orang(dengan salurkan maklumat yang membantu) dapat branding nama pemilik ebook tersebut. so, akan lebih mudah jika dikeluarkn produk baru..banyak kebaikan yang tuhan kurniakan pada mereka yang melakukan kebaikan..
    pada yang ada terlintas nak buat jahat, fikirlah seribu kali lagi, coz banyak keburukan yang kita terima jika lakukan perkara yang jahat,sebab kita bukan setakat didunia ni je..tuhan itu maha adil

  9. Jahatnya orang tu..
    Kena bagi buah serang (buah silat cekak) nie Zul…
    Takpelah ZUl sabar je lah…
    tapi itu menunjukkan yang awak ni popular…..

  10. Askm Zul, memang sepatutnya Zul berkongsi perkara ni ..jika tidak memang org lain akan jadi mangsa lebih2 lagi yg baru berjinak2 dgn bidang ebiz, blogging ni memang mudah tertipu punya sbb byk yg mereka tak tahu.

    Jika Ktom sendiri pun, maybe terus percaya sbb tidak terfikir bahawa ada orang yang bersikap macam tu…

    Hidup ni jika ada hasad dan dengki, macam mana nak maju?

    Harap2 Zul banyak bersabar, jgn mudah melenting dan jgn rasa kecewa. Biarkanlah mereka…..satu hari nanti mereka akan rasa apa yg Zul rasa.

    TQ

  11. Nampaknya orang ini tidak berprinsip.

    Terima kasih Zul kerana mendedahkan kegiatan maksiat ini.

    Sekurang-kurangnya saya akan lebih berhati-hati lagi pada incoming order serta subscribers yang menggunakan emel ini.

    Bersatu kita teguh….

  12. Pingback: Mohd Amirol & Dunia Internet » Penyamar ?!! Adakah Anda Salah Seorang Daripadanya?
  13. Memang bermasalah jika ada warga manusia sebegini… Terdapat jenis2 golongan manusia yang sangat – sangat mementingkan diri sendiri tanpa rasa takut dengan tindakannya apatah lagi takut dengan “Allah”.

  14. Yup, that why saya menulis hal ini dan tak sangka, kawan2 ebiz yg lain pun ada terkena juga… Nampaknya, tak perlulah kita sembunyi2 kan hal ni demi kebaikan bersama.

    Sebenarnya saya dah banyak kali terima pesanan pembelian yg fraud. Helah mereka kebanyakan tak menjadi. Dah lumrah, benda2 jahat ni tak semua mudah dilakukan. πŸ˜‰

    Zool, buah serang yer. Tak leh, kesian dia. 99.99% akan kena. πŸ˜‰ Meh kita main 6 tolak 6 nak? πŸ˜€ Pakai tak pakai, tak pakai pakai. Hehe…

    K lah semua, thanks for the comments. Nasihat saya, jangan jadikan hal ini sebagai pelemah semangat anda dalam Ebiz. Hanya 1% sahaja manusia yg bersifat begitu.

  15. haha… menda macam nih kena ambik pelajaran sebagaimana yang telah berlaku kpd dr irfan. mereka mempergunakan nama orang yang dah femes untuk megaut keuntungan yang lebih…

    kena buat sticky makluman berkenaan perkara tersebut. jangan nanti ramai yang terkena… so dalam blog masing2 kena buat penafian ataupun maklumanlah berkenaan perkara tersebut…

    jom kita backlink berkenaan perkara ini…

  16. Pingback: Panduan & Kaedah Perniagaan Internet » Teknik Yang Tidak Kena Pada Tempatnya
  17. Pingback: ligakampung.com » Archive » Blog ver 1.1
  18. hahha… hambik muka hang. kan dah kena backhand? dalam siber nih takleh backhand kena backlink laaa nampaknya… penyangak macam tu elok penjarakan aje…

    kumpul bukti banyak2 lepas tu kita cekup… rasanya kalo dah bagitau macam nih ok jugak. tetapi ada baiknya kita pakat2 ramai dan cekup dia terlebih dulu sebelum tu…. ter tak?

    tapi takper laaa kalo dah takleh nak cekup… nasib baik sudah dimaklumkan… jika tidak…. anda pasti akan kena cekup oleh geng wangcyber dan yang seangkatan dengannya…

    anda, kamu dan mereka yang senasibnya yang nak ambik kesempatan untuk menipu dan berkomplot itew… telah bernasib baik lantaran masih ada peluang untuk bebas. jika tidak, dah terhumban ke dalam penjaralah nampaknya. siapa yang susah?

    jangan suka-suka nak menyusahkan diri sendiri… itupun kalo pandai nak baca blog laaa… takder kerja lain dah nak buat tu….

    kenapa zul tak cekup terlebih dahulu sebelum buat pengumuman dan lain2 otai internet yang dah terkena tu….

  19. kalo dia hebat bab menyamar… dan nak cari pasal… kita kena lebih lagi dari dia. kita menyamar balik semula laaa… buat strategi memerangkap semula. pakat dengan geng2 kita dan mereka yang dah terkena tu… kasi pelajaran sikit.

    mereka nih macam virus jugak. kena DELETE tanpa belas kasihan… ngah3.

    jika anda kena hacks sekalipun takder belas kasihan punya. suka2 hati je mereka nak hacks tanpa belas kasiha. inikan pula penyangak dan penipu sedemikian rupa. apo kehel?

    mereka ketawa dan anda kecewa.
    mereka sendawa dan anda merana.

    apa tunggu lagi…? jom kita cekup mereka. jangan biarkan mereka suka hati je mempergunakan nama femes kita dan nama glemer kita untuk keuntungan peribadi mereka.

  20. ni masalah jenis orang yang tak hiraukan sapa – sapa.. tu yang dia jadi gitu.. orang yang macam ni patut dibanned kalau dapat tau sapa kah empunyanya tu.

    Saya pun pernah juga hadapi masalah yang kata dah buat bayaran, tapi bila cek tak ada pun.. so buat tak tau je la.

    Rasanya, orang macam ni susah nak insaf.. tak tau la macam mana dorang ni berfikir… apa bendalah yang berada dalam otak dorang nih… nak buat keja jahat jer…. memang sungguh mementingkan diri… πŸ™„

    Kalau report polis, rasanya polis pun tak kan dapat settlekan hal ni apatah lagi kita ni peniaga kecil di internet. So, kita sebagai komuniti peniaga internet ni la yang kena memantau sama – sama jawabnya…. 😐

  21. Benda-benda mcm ni yang selalu melemahkan org yang baru nak menceburkan diri dalam perniagaan cyber ni. πŸ™

  22. ish3..ape nak jadi la..kat internet pun ade yang duk guna nama orang untuk kepentingan..dah bijak sangat la tu konon.. 😐 ..kalau aku la Zul..saman je..cari sampai dapat..

  23. dah tertangkap belum orang ni zul??
    kalu boleh jangan bagi dia berkeliaran lagi… nanti ramai orang yang tidak tahu jadi mangsa dia…

  24. bila nak tangkap dia zul. kasi pelajaran sikit. jangan bagi peluang kedua. peluang kedua bleh bagi setelah ditangkap nanti. tak kena tangkap macam mana nak bagi peluang kedua…

  25. Pingback: Dunia Fai (Mohd Faisal) » Help Me!! Industri Perniagaan Internet Malaysia Semakin Tenat
  26. inilah dia kalo dah takder kerja yang hendak dibuat. macam2 kerja yang tak elok yang hendak dibuatnya… kalo dah terkena tangkap baru nak tersedar… tersedar tatkala dah kantoi… apohal punya kerja sedemikian rupa… banyak lagi kerja berfaedah yang boleh dibuat… menyusahkan orang dan menyusahkan diri sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *