Hakikat 9: Anda perlu sanggup melabur (keluar modal)

Ehem, melabur kat sini bukan melabur dalam skim pelaburan menipu yang banyak bersepah-sepah sekarang macam cari dua kaki, tak perlu produk, sekali bayar dan yang seantero dengannya. Tetapi melabur di sini bermaksud, keluar duit, masa dan tenaga untuk memajukan diri dan perniagaan.

Tanya diri anda dahulu, adakah anda nak berjaya? Jika ya, adakah anda sanggup mengeluarkan sedikit atau banyak wang untuk mendapatkan ilmu, membeli perisian (tools), peralatan seperti komputer, buku, seminar, bengkel, consultation, hosting, domain name dan sebagainya? Jika anda tidak sanggup, jawapan yang sebenar untuk soalan tadi adalah, anda tidak mahu berjaya.

Ya, tanyalah sesiapa yang telah berjaya, mereka sanggup berhempas-pulas siang dan malam tanpa kenal penat dan lelah.. Dalam aspek ini, mereka laburkan masa mereka untuk usaha perniagaan mereka. Soalan saya lagi, adakah anda sanggup berusaha dengan rajin, tak putus-asa dan tak kenal penat lelah di awal perniagaan anda? Jika anda sanggup melaburkan sedikit atau banyak masa untuk membina empayar perniagaan anda, syabas, anda akan berjaya, insyaAllah. Tetapi jika anda tidak kenal erti sabar, nak cepat, rakus, tamak, kedekut, malas berfikir dan berusaha, kuat tidur, kuat makan, malas belajar, maka tiada jaminan untuk anda berjaya!

Jelas, melabur di sini bukan hanya wang, tetapi juga masa dan juga tenaga. Di saat awal penceburan bidang perniagaan internet, musuh utama adalah DIRI-SENDIRI. Kalau ada pun orang lain yang menyibuk atau tidak suka usaha anda, mereka bukan musuh sebenar sebab mereka boleh dikawal bahkan ditolak sama-sekali. Tetapi musuh utama dan paling dekat adalah diri sendiri. 🙂 Jika anda asyik mengeluh, cepat putus-asa, tak reti nak bersabar (tahu makna sabar pun jadi laa.. tapi kalau tak tahu, ermm, teruk tuu..), dan lain-lain sifat negatif, maka anda jangan persalahkan orang lain jika anda gagal atau tak berjaya.

Di saat awal perniagaan internet, ikhlas saya beritahu, anda perlu banyak memberikan masa dan tenaga kepada usaha perniagaan internet anda. Lagi-lagi jika anda buat seorang diri dan lagi-lagi anda bermula dari ‘zero’. Buat website tak tahu, pasal domain name dan hosting tak tahu, nak upload file tak tahu, bahkan perisian laman web (macam Frontpage) pun tak pernah tahu… Maka, lagi-lagilah anda perlu memberikan banyak masa di peringkat awal, perlu guna banyak tenaga dan mengerah akal fikiran. Bahkan sampai satu masa, anda akan bersengkang mata tak cukup tidur semata-mata serius akan usaha anda.

Tapi, saya tak galakkan begitu. Lakukan secara terurus dan langkah demi langkah. SABAR… Mulakan dengan belajar perkara teknikal dahulu, asas pun dah ok, tak perlu advance atau sampai pakar… Saya cakap sebab saya sendiri pun hanya tahu asas-asas walau saya seorang budak sains komputer! Kalau ada orang kata anda kena pakar dulu dalam sesuatu perkara teknikal, jangan percaya mereka. 😉

Di sini, saya lebih suka bercakap mengenai wang.. Ya, pelaburan dari aspek wang. Ramai yang kedekut nak keluarkan duit untuk beli buku. Ramai yang berkira-kira nak beli perisian yang amat berguna. Mesti ada yang cakap, yang free kan ada. Ketahuilah, tak semua benda adalah free, bahkan tak ada! Sebagai contoh, saya telah membeli satu perisian berharga USD67 yang mana anda carilah kat internet ni, TAK ADA YANG PERCUMA!

Saya beli untuk memajukan usaha perniagaan saya dan ia memang berguna untuk jangka masa panjang dan ya, ia melipat-gandakan strategi promosi dan pemasaran produk saya! Bukan setakat balik modal USD67 tu, bahkan berkali-kali ganda. Labur sekali, dapat lebih dari sekali. Maka terbukti, kalau ada orang kata membazir sahaja beli, mereka silap.

Dan mesti ada yang kata, “kau takper la zul, banyak duit”. Saya tanya balik, “saper kata saya banyak duit??”. Saya tak banyak duit, tetapi di tahap awal pembinaan perniagaan saya, saya kena ikat perut, kena berjimat cermat untuk perkara yang kurang penting. Sebaliknya, duit yang ada saya beli buku, saya naik-taraf komputer, beli aksesori komputer, beli perabot untuk SOHO, printer dan sebagainya sedikit demi sedikit.

Saya kurang shopping sakan, saya jarang jalan-jalan, tetapi saya sering ke kedai buku. Sebut pasal buku, kalau saya masuk sahaja ke kedai buku, paling kurang saya akan bawa balik satu buku. Saya bukan nak riak (moga Allah jauhkan sifat ini), tetapi saya nak kongsi sesuatu yang baik.

“zul, saya takder duit laa”. Ermm, saya tak nak ulang kali menyatakan itu hanya alasan. Kita sering beralasan begitu, tetapi kita JARANG bertanya kepada diri sendiri, “BAGAIMANA NAK DAPATKAN DUIT NI YER?”. Ada tak yang bersifat sebegitu? Tukarkan pola atau cara pemikiran kita. Sama juga semasa menghadapi masalah, kita jangan mengeluh, sedih dan duka (tapi tak salah bersedih, sebab ia normal, dengan syarat tak berlebih-lebih), kita jangan kata, “mengapalah masalah datang bertimpa-timpa, hmmm..”.

Mengeluh panjang dan merenung jauh ke langit. Cara itu tak menyelesaikan masalah, sebaliknya kita perlu berani menghadapi masalah dan tanya diri kita, “bagaimana nak selesaikan masalah ini?”. Saya tahu, kita manusia biasa, kadang-kadang semangat jatuh mendadak. Bukan maksud saya anda perlu hebat setiap masa dan dengan segara, tidak. Bagi saya ia mustahil sebab kita ada hati dan perasaan. Tetapi maksud saya ialah, nak selesaikan sesuatu, itulah caranya.

Kalau anda sedang berduka, tenang-tenangkan dulu hati dan fikiran. Kemudian, fikirlah cara menyelesaikannya. Saya juga begitu, saya tak perlu ego untuk mengatakan saya sentiasa bermotivasi. Saya juga adalah manusia! Tetapi sampai satu masa selepas kecewa atau sedih, saya bangkit untuk melawan masalah yang datang! 😉

Maka jelas, kita jangan hanya tahu memberi alasan, tetapi tukar pemikiran kita kepada sifat bertanya bagaimana nak selesaikan sesuatu masalah atau kekangan seperti tiada duit tadi. Apakah jalannya? Apakah sumbernya?…. Maka, selepas kita bertanya, kita akan dapat jalan keluar. Kalau kita beralasan, semua pintu akan tertutup.

Ok, kita tinggalkan dahulu pasal alasan itu tadi. Change our mindset ok. Usaha sikit demi sikit untuk berubah.

Akhir kata, kalau anda nak berjaya, anda kena sanggup berbelanja untuk menambah ilmu. Jangan berkira-kira sangat! Beli buku, masuk seminar, bengkel, beli perisian atau tools untuk perniagaan internet anda dan lupakan domain dan hosting yang free, tetapi beli hosting dan domain berbayar. Ini semua mudah dilakukan JIKA anda serius. 😉 Soalan saya, adakah anda serius? Jika ya, maka anda tidak akan mudah beralasan. Tetapi kalau anda ada berderet-deret alasan, jawapan yang betul adalah, anda tidak serius.

Sekian.

Tambahan: Pencabulan Kesucian Perniagaan Internet!

Tajuk gempak tak? Tak kisahlah.. Yang penting, apa yang saya nak sampaikan ni..

Pernahkah anda menerima emel atau ditawarkan dengan apa-apa produk seperti ebook dan sebagainya yang mana kata mereka, “saya hasilkan RM10,000 dalam masa 7 hari sahaja!”. Atau, “Saya jana pendapatan RM24,000 dalam masa 24 jam sahaja!”. Mereka betul, dan mereka tak tipu. Tapi, mereka sorok cerita belakang tabir, tak semua, tapi ramai…

Mereka hanya cerita apa yang mereka dapat dan mereka beritahu cerita-cerita yang indah belaka. Hakikatnya, mereka tak cerita berapa kos pengiklanan? Mereka tak cerita apa mereka buat sebelum mereka lancar jualan.. Mereka juga tak cerita apa halangan-halangan dan kesusahan untuk dapat pendapatan cepat dan banyak itu. Mereka tak cerita faktor-faktor lain yang berkaitan.

Akhirnya… Ramai yang tertipu. “Ambik kau, RM10,000 dalam masa 1 hari konon!”. Rupanya, nak dapat RM10,000 tu, kena bina list dahulu, kena buat laman web, kena buat produk yang killer dulu (tak time!), kena buat pre-launch dulu, kena itu dan ini.. Ingatkan lepas beli ebook tu terus dapat RM10,000 dalam sehari., rupanya kena ambil masa berbulan juga yer sebelum tiba hari yang satu tu, hehe.. Ya la, dalam laman jualan tak cakap pun kena buat benda-benda tu semua!!

Ketahuilah, perniagaan internet bukan pelaburan cepat kaya!! Jika anda sebagai usahawan internet, jujurlah dalam memberikan cerita kejayaan, jangan sorok jalan cerita susah atau senang. 😉 Lambat laun, orang akan tahu juga dan tak mustahil anda akan dituding dengan lima jari sekaligus oleh pembeli produk anda. Anda akan dipersalahkan! Jagalah ‘kesucian’ bidang perniagaan internet terutama apabila kita membicarakan mengenai bidang ini melalui apa sahaja medium. Jangan terlampau over-hype, jangan terlampau berlebih-lebih, sebaliknya besederhanalah.

Saya menyatakan hakikat ini sebab saya perhatikan, salah satu sebab mengapa orang benci ebook pasal internet marketing dan mengapa orang benci perniagaan internet, sebab… sebab… sebab usahawan internet itu sendiri yang mencabuli kesucian perniagaan internet! Sebab itulah saya tak takut berterus-terang atau ‘strict’ dalam emel, forum support atau penulisan di blog, sebab saya nak semua orang tahu apa sahaja cerita yang benar.

Saya cakap apa hakikat sebenar yang patut semua orang tahu. Saya akan terus tulis dan tulis. Ketahuilah, tak semua cerita adalah indah belaka dalam perniagaan internet, tetapi semua jenis cerita ada. Dan itulah yang akan saya kongsi bersama. InsyaAllah.

“Kalau anda sudah termasuk ke lubang biawak sekali, nak masuk lagi tak?”. Persoalan ini mengakhiri tulisan saya kali ini. Kalau tak faham soalan tu, abaikan jer lah.. 🙂

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Hakikat 9: Anda perlu sanggup melabur (keluar modal)

  1. Hi Zul,

    I have bought blogging kits from u and it work. Now i’m just finished setting up my first blog. This is my blog http://portaljutawan.com

    If u people here need the same theme like i’m using rite now please contact me. Go to my blog and klik contact us link.

  2. Pelaburan itu memang perlu bagi setiap usahawan, di internet mahupun di luar, konvensyenal biznes…

    DAN pelaburan yang paling utama adalah pelaburan untuk diri sendiri.

    Sekali melabur, pulangannya seumur hidup. Jadi, janganla lokek untuk pergi seminar, membeli buku, audio CD atau perisian software untuk mendekatkan diri anda ke arah kejayaan. 🙂

    The pragmatic, practical man with the best knowledge wins… 😛

  3. tq for info,

    setelah memiliki ebook zul, saifulsham, irfankhairi, rosli jamal, azizi ali, billi ps lim, pi seminar irfankhairi, rahsiaebook, chapter-m, kidino, rajaAds.

    semakin bertambah ilmu ebiz saya.
    bila buntu/hang idea, saya akan rujuk semula ebook2 tersebut.

    bagi saya, walaupun jika apa yg dipraktikkan drpd ebook2 tadi,
    menyebabkan saya gagal mendapat pendatapatan yg banyak, saya tak kisah.
    yg penting saya dah milikinya, amalkannya.

  4. Pelaburan usaha, tenaga, masa dan wang ringgit memang satu kemestian dalam perniagaan internet.. Tetapi sekiranya masih di peringkat awal pembelajaran (dan modal pun belum ada), maka tak salah jika kita berusaha untuk mencari maklumat percuma terlebih dahulu.. contohnya, maklumat tentang teknik efektif analisa trafik boleh didapati secara percuma di http://free.mirul.com

    Wassalam.

    1. sudah semestinya. jika tidak macam mana nak buat perniagaan internet kalo takder domain name, hosting, pc, talian internet, panduan perniagaan percuma atau berbayar… semuanya memerlukan pelaburan yang bukan sedikit… kalo nak cepat, lupakan sahaja perniagaan internet anda…

  5. memang susah nak berjaya kalo modal nak kuar terlalu liat. modal nak cari ilmu kena kuarkan jika sekiranya serius untuk berniaga. tanpa modal macam mana bisnes nak berjalan lancar…???

    1. nak berniaga kena lah berani…
      tapi kalau dalam ebiz ni, berapa lah sangat modal tu…
      hanya beli domain, hosting dah cukup buat permulaannya…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *