Hakikat 7: Anda perlu usaha kuat, konsisten dan fokus

Perkara ini telah banyak kali juga saya tulis di blog ini. Namun, perkara baik tak salah untuk diulang-ulangi.

Saya, mengambil masa setahun untuk benar-benar merasa pendapatan yang memuaskan (bagi diri sendiri lah.. lain orang, lain..). Kebanyakan usahawan internet banyak mengatakan, mereka ambil masa paling kurang 3 bulan untuk benar-benar mendapat pendapatan yang baik, namun itu pun masih banyak perlu diperbaiki. Nampak susah je kan perniagaan internet ni. Tidak, ia tidak susah.

Ia tidak akan susah bagi mereka yang tak kenal putus-asa dan ada usaha yang kuat. Saya, di saat awal menceburkan diri dalam perniagaan internet, banyak masa saya digunakan menghadap komputer dan internet untuk mengkaji, belajar dan mencuba. Malah, masa untuk saya tidur juga dikorbankan termasuklah masa untuk berehat.

Kini, saya sudah mula dapat rentak dan sudah jelas apa yang saya mahu dan apa yang patut saya lakukan. Alhamdulillah, usaha yang kuat memang akan memberikan ganjaran di akhirnya..Tetapi awas, berjaya mana sekali pun kita, usaha perlu diteruskan, jika tidak empayar yang dibina akan roboh.

Namun, usaha kuat siang dan malam memerlukan konsisten dan fokus. Ahaaa, fokus lagi. Zul ni tak habis-habis dengan fokusnya yer.. Percayalah, kalau tak ada fokus, tak jadi kerja.. Kalau tak konsisten usaha anda, terganggu usaha tersebut bukan? Kejap itu dan kejap ini. Bahkan dalam Islam sendiri pun mendidik kita agar biarlah beramal baik sedikit-sedikit secara konsisten daripada buat banyak, tapi sekejap-sekejap.

Konsistenlah pada apa yang anda lakukan. Fokuslah pada usaha yang dilakukan. Jika anda sudah memilih model perniagaan tertentu seperti drop ship ke, affiliate ke, ebook ke, adsense ke, maka fokus betul-betul pada usaha anda itu. Kaji, belajar, try & error, buat penyelidikan, track prestasi dan sebagainyalah sampai anda berjaya. Ingat, anda perlu fokus pada apa yang anda buat. Jangan tamak untuk melakukan semua perkara secara serentak.

Tengoklah mereka yang telah berjaya.. Joel Comm dengan google adsensenya, Mike Filsaime dengan viral marketingnya, Jim Edwards dengan ebook dan multimedianya, Armand Morin dengan produk softwarenya.. Eh, orang kita pun ada juga… 😉 SaifulSham dengan model drop ship dan produk fizikal, Dr. Irfan Khairi dengan khidmat design grafiknya, En. Suhaimy (Shuth) dengan buku bercetak (maskahwin) dan webhosting murahnya, Alang dengan bidang publishernya dan ramai lagilah tak tersebut di sini.

Lihat dan hayatilah, mereka fokus pada pilihan utama mereka secara konsisten dan usaha dengan sepatutnya.

Saya? Anda? Ya, kita juga perlu fokus dan usaha secara konsisten agar kita juga berjaya. Saya ulangi…. Fokus dan usahalah secara konsisten samada smart work atau hard work.

Nota kaki: Apa yang anda ada sekarang? Komputer ‘buruk’? Internet dial up? Usah kecewa dengan apa yang anda ada, gunakan sepenuhnya fasiliti yang anda ada dan usahalah untuk mendapat hasil yang baik. Manfaatkannya. Kemudian belilah sesuatu untuk kegunaan perniagaan.

Saya bermula dengan sebuah komputer yang berusia 5 tahun dan menggunakan talian internet percuma di universiti dan di kolej kediaman di kampus, saya sewa talian internet. Manfaatkan juga perkara percuma dengan sebaiknya kerana ia dapat menjimatkan wang ringgit anda.. Jangan salah faham, perkara percuma dan berbayar, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Wassalam.

* Siapakah anda? Tukang masak? Ada restoran? Atau ada perniagaan offline di serata negara? Jika ya, anda memerlukan blog untuk mempromosikan perniagaan anda. Anda jangan ingat blog hanya untuk perniagaan internet sahaja, tetapi blog adalah untuk sesiapa sahaja. Pasang blog anda sendiri dengan panduan yang mudah diikuti. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Hakikat 7: Anda perlu usaha kuat, konsisten dan fokus

  1. Satu motivasi yang bermakna utk semua orang. Tapi kita tetap manusia adakalanya ada pasang surut juga tapi kena pasti had tertentu dengan target yang positif.

  2. hi semua, shueqry here..pada pendapat saya, untuk memulakan bisnes internet cukup dengan apa yang ada dulu, pc buruk ke, keyboard rosak ke atau mouse yang dah ‘tak normal’ lagi ke, gunakan semaksima mungkin, dalam masa yang sama pelajari skill bisnes, skill teknikal dan cara promosi. Kekadang rasa rendah diri juga, sebab orang lain ada laptop, tetapi saya ada pc yang dibeli dari 2003 lagi, uaaaa!!..tapi, saya jadikan itu sebagai motivasi untuk memacu usaha ke arah yang lebih baik dan lebih cemerlang..walaupun serba kekurangan, yang penting tambahkan ilmu, bina network dan tak berhenti belajar benda baru..bagi diri saya, jual eBook lagi sesuai, buat masa ni..mungkin dalam beberapa bulan akan datang, maybe akan spread pada niche lain. Thanks pada Zul atas tip kali ni..untuk maintain momentum, perlu ada motivasi juga, kata Irfan Khairi.

  3. putus asa adalah musuh utama apa jua perniagaan atas dunia ini. baru bermula sehari dua dah putus asa? kerja pun tak banyak mana yang buat… macam mana nak berjaya kalo usaha seciput cuma…?

  4. Fokus.Memang tepat kata Zul,buatlah satu2 jangan semua bidang kita nak cuba kerana terpesona dengan
    kejayaan orang lain.Biar satu bisnes je tapi berbaloi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *