Hakikat 6: JANGAN target pendapatan besar dalam masa singkat

Apa khabar semua? Moga sihat di sana.

Saya masih dalam percutian, namun tidak semestinya saya tak buat kerja. Dan post ini adalah automatik yang mana saya dah tulis banyak-banyak artikel dan set tarikh bila ia akan keluar satu semi satu.

Ok, tulisan kali ini simple sahaja sebab perkara ni saya rasa semua dah tahu, tapi apa yang saya perhati, ramai juga masih tak faham atau tak mahu mengamalkannya.

Prinsipnya mudah, tapi sedikit susah untuk dipegangi dan difahami : Jangan mengharap pendapatan besar atau tidak realistik dalam masa yang singkat. Ramai yang baru memulakan perniagaan internet mengharapkan akan berlaku keajaiban di esok pagi selepas bangun daripada tidur. Percayalah, kadang-kadang teramat sukar untuk mendapatkan jualan pertama di internet. Namun kadang-kadang, cepat pula mendapat pendapatan yang tak disangka-sangka, rezeki adalah masing-masing.

Tapi, mengapa tidak boleh mengharapkan hasil yang besar dalam masa yang singkat? Sebab, sebab… Apa perasaan anda di saat baru bermula, anda tak dapat hasil seperti yang diidamkan? “Ermm, aku nak RM1000 dalam satu minggu..”. Cukup satu minggu selepas laman web jualan dilancarkan, hasil hanya satu jualan sahaja atau mungkin RM20.

Maka mulalah perasaan sedih melanda, kekecewaan mula menguasai diri, jari akan mula menuding kepada orang lain. “Ni salah dia la ni tak ajar aku betul-betul!”, “ni salah bengkel ni la ni yuran mahal tapi benda yang diajar tak menjadi!”.. Kononnya itulah sebab musababnya yang utama.. Hmm…

Ketahuilah, bukan sebab salah orang lain, bukan salah produk (dengan syarat produk ok lah..), bukan salah laman web jualan, bukan salah apa-apa.. Yang salah adalah DIRI-SENDIRI. Diri anda akan cepat kecewa jika target tidak realistik. Baru je bermula, dah target RM1000 dalam 5 hari. Tak mustahil kan? Saya tiada jawapannya sebab saya tidak tahu rezeki anda.. Cuma, pokok pangkalnya ialah, target besar dalam masa yang singkat terutama di peringkat awal, adalah AMAT MERBAHAYA.

Samalah juga jika anda melakukan sesuatu seperti baru belajar membina laman web, kalau anda nak pakar (expert) dalam masa semalaman dengan diri yang masih terkial-kial, tapi jika keesokannya satu laman web pun tak menjadi, anda akan kecewa lebih-lebih lagi jiwa dan semangat anda tidak kuat. Akhirnya yang tinggal hanyalah mimpi semata-mata.

Teringat dahulu di pertengahan tahun 2005, ia merupakan tahun yang tak dapat saya lupakan. Sebelum Irfan Khairi muncul, saya sudah mula belajar berniaga di internet dengan kawan-kawan di satu forum komuniti. Saya teringin sangat nak ada paling kurang satu laman web jualan. Akhirnya saya nekadkan diri dan menjual satu produk dengan matlamat ingin mempelajari berniaga di internet dan mendapat pengalaman.

Saya tidak letakkan sasaran tinggi dan bukan ingin membuat keuntungan, tetapi saya niat untuk belajar dan ‘trial & error’. Pada saat tersebut, nama SaifulSham, Irfan Khairi, Shuth WangCyber dan lain-lain masih tidak dikenali ramai, rujukan dalam bahasa Melayu teramat susah untuk diperolehi (malah tak ada!).. Saya nekad juga untuk bermula, dan akhirnya saya mendapat pelajaran daripada pengalaman sendiri..

Namun kini, buku, bengkel, seminar, blog dan forum sudah banyak di pasaran dan di internet. Sudah ramai yang munculkan diri untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin bermula… Ok, apa yang saya ingin nyatakan adalah, jika anda baru bermula, jangan target pendapatan yang besar dan letakkanlah matlamat untuk belajar sebagai niat no. 1.

Setelah anda tahu menerima bayaran di internet, menguruskan pesanan produk, mengemaskini laman web dan lain-lain, maka pertingkatkan perniagaan internet tersebut seperti meningkatkan mutu laman web jualan, menambah-baik mutu servis jualan dan lain-lain lagi. Di manakah anda mendapat cara dan ilmu itu semua? Ya, bukan sekadar daripada buku, malah pengalaman di saat awal anda bermula iaitu dalam proses pembelajaran. Begitulah saya bermula.

Produk pertama saya hanya untung kurang dari RM2 sahaja. Saya tidak kisah ia sikit, tetapi saya amat gembira mendapat pengetahuan melalui pengalaman dan sikap mahu mencuba tanpa jemu, kini saya banyak idea yang boleh direalisasikan untuk menghasilkan duit.

Kini, kesilapan sudah banyak boleh dielakkan kerana sudah ramai usahawan internet yang berkongsikan pengalaman mereka, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dilakukan dalam perniagaan internet. Orang putih kata, “don’t reinvent the wheel” atau maksudnya jangan cuba mencipta formula yang baru.

Orang yang berpengalaman sudah merasa terlebih dahulu daripada orang yang baru nak bermula, tapi jika hati anda degil dan ego, anda laluilah apa yang akan berlaku dengan formula ciptaan anda sendiri. Rujuklah buku, rujuklah tulisan usahawan-usahawan internet yang berpengalaman dan telah berjaya kerana mereka tahu apakah jalan-jalan kegagalan dan kejayaan.

Salah satu yang dinyatakan oleh Dr. Irfan dalam bukunya adalah meletakkan matlamat pendapatan. Bermula daripada RM100, kemudian RM1000 dan seterusnya dalam masa yang tertentu.. Matlamat dalam 3 bulan pertama, ada satu perniagaan internet dan hasilnya dalam tempoh itu adalah RM500. Anda yakin boleh mendapat hasil begitu? Ketahuilah, saya target 3 bulan, tapi selepas 5 bulan baru saya banyak belajar. πŸ™‚ Hasil pula kurang daripada RM100.

Alhamdulillah, niat saya untuk projek pertama saya bukan DUIT, tetapi ILMU. Saya tahu menerima pesanan produk, saya tahu cara menghantar produk menggunakan khidmat Pos Malaysia, saya tahu melayan pelanggan dan paling penting saya tahu menyemak bayaran. πŸ™‚ Malah saya juga tahu, apakah sepak terajang dalam perniagaan internet. Dengki, marah, kata sumbang, makian, perbalahan, pelanggan yang cerewet, semuanya saya telah lalui dalam tempoh pembelajaran tersebut…

Banyak dan banyak betul yang telah saya pelajari. Pengalaman adalah segala-galanya jika kita sedar dan tahu apa yang sedang kita buat. Jika anda tidak sedar dan mahu duit besar dalam masa yang singkat, anda mudah jatuh, anda mudah lemah semangat, anda cepat mendapat musuh (hmm??) dan akhirnya anda akan berkata : “perniagaan internet bukan untuk aku..”.

Ahaa, perniagaan internet tidak berdosa tuan puan, yang salah adalah kita tidak tahu dan tidak sedar apa yang kita nak, tak tahu apa yang kita buat dan apa yang patut kita lakukan. Kata mudahnya, main hentam jer… πŸ˜‰ Akarnya adalah, ILMU, bukan DUIT. Jika duit no 1, ilmu dan kewarasan akan menjauhi anda sedikit demi sedikit… Bacalah mana-mana buku motivasi atau kejayaan, semuanya berbicara mengenai sikap, sikap dan sikap, sebaliknya duit akan menyusul kemudian..

Apa yang saya tulis di atas memfokus kepada satu tujuan, kurangkan kesilapan di saat awal, namun jika berlaku kesilapan, ia adalah pengalaman yang amat bermakna, ia adalah guru yang terbaik. Namun, semua elemen tersebut bukan satu pemberi laluan untuk anda membuat target yang besar dalam masa yang singkat. Pelajarilah, laluilah, selamilah dan seriuslah terhadap pelajaran-pelajaran yang anda perolehi melalui pengalaman.

Orang yang bijak, mereka mencatatnya di dalam buku nota apakah pelajaran-pelajaran tersebut walaupun ia mudah kerana walaupun mudah, mungkin ia memberi kerugian sebanyak 80% kepada perniagaan anda. Ehem, termasuk apa yang saya tulis di blog ini juga, anda perlu salin point yang penting sebagai pengingat diri.. Mana tahu blog ini hilang dalam sekelip mata? πŸ˜‰

Jadi, seriuslah dalam perniagaan, ia bukan satu permainan, kerana dalam perniagaan, ia umpama peperangan, musuh yang nyata, musuh dalam selimut, musuh mengendap, musuh menyerang, musuh bermuslihat dan segala-galanya ada. Di kala anda leka, di saat itulah anda akan dipintas oleh pesaing-pesaing anda. Perniagaan adalah peperangan: “bisnes adalah bisnes, kawan adalah kawan..”, yang kuat akan mengatasi yang kalah.

Maka titik tolak terawal adalah: ILMU.

Oklah, sebelum saya melalut jauh dari tajuk asal, baik saya ikat dan simpulkan dahulu topik yang saya bawa kali ini:

1. Jangan target hasil yang besar dalam masa yang singkat, jika tidak anda akan kecewa dan berjauh hati dari perniagaan internet.

2. Perniagaan internet pertama anda adalah medan pembelajaran anda, hasil yang diperolehi adalah bukan matlamat utama, tetapi yang penting adalah PENGALAMAN DAN ILMU.

3. Anda perlu membina sifat serius dalam perniagaan agar berjaya untuk projek-projek yang seterusnya serta membina empayar di internet dan mungkin juga membina perniagaan yang lebih serius (start small, finish big). Pelajarilah dan tuntutlah ilmu sampai bila-bila sehingga ke nafas terakhir..

4. Utamakan ilmu dan pengalaman, usaha tanpa jemu, dan duit akan datang menyusul.

Ohh, indahnya menjadi usahawan.. πŸ™‚ Hanya jauhari yang mengenal manikam. Tuntutlah, pelajarilah ilmu dan pengalaman daripada mereka yang telah melalui. Jangan ego, jangan malu, jangan segan… Yang untungnya adalah diri anda sendiri.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

13 thoughts on “Hakikat 6: JANGAN target pendapatan besar dalam masa singkat

  1. Terima kasih,Zul..saya akui kebenaran artikel di atas. Meletakkan matlamat terlalu tinggi pada awal pembabitan perniagaan internet SANGAT MERBAHAYA. Saya sendiri telah laluinya dan sekarang saya tahu betapa indahnya menjadi USAHAWAN ini πŸ™‚

    1. kalo sekadar matlamatnya nak kejar duit semata-mata memang bahaya dan kita akan dirundung malang yang tak sudah-sudah kecuali kita bangkit dari mimpi yang lena tanpa terpengaruh dengan target yang merapu entah apa-apa tersebut…

      1. tak salah kalau kerja duit semata-mata pun…
        jangan kecewa sudah…
        duit bukan segala-galanya….tapi takde duit takde segala-galanya…

        han

  2. thanks for the info Zul, pada pendapat saya, berpada-padalah dalam meletakkan target, biar yang reliastik dan achieveable dan bukan ikut perasaan saja..satu lagi, diri sendiri perlu bersedia andainya matlamat tak tercapai, sediakan ‘backup plan’ .. ubah strategi, be flexible dan tambahkan kerajinan sehingga merasa puas hati bila matlamat dah tercapai..

  3. Ya.. letakkan ‘matlamat’ sebagai fokus utama daripada ‘wang’. ‘wang’ akan ikut kita kemudian hari. harap saya terus konsisten πŸ™‚ , Mekasih zul atas nasihat Zul.

  4. Saya setuju dengan pendapat Zul. Kalau niat kita kerana ingin belajar, kita akan perolehi pengalaman dan ilmu walaupun kita gagal dalam menjana pendapatan dari internet. Kalau niat kita kerana wang, kita akan perolehi hanyalah air mata kerana gagal menjana wang seperti yang diharapkan.

    1. seringkali pelajaran yang kita dapat adalah melalui pengalaman yang pahit dan terpaksa berhabis duit sebelum bertemu dengan jalan yang diredhai dan terpilih untuk diri kita. kitalah yang membuat pilihan tersebut…

      1. tu biasa la…
        nak sesuatu, kena korban kan sesuatu…
        kalau tak mana nak dapat sesuatu yang kita nak…
        contoh…
        nak beli kasut, kena korban kan duit kita untuk membelinya…

        han

  5. banyak bukti dah menunjukkan jika anda terlalu mengejar target yang begitu banyak dalam masa yang singkat anda akan dilanda kecewa yang amat sangat.

    kenapa peru kejar banyak2 sedangkan hasil yang sedikit itu perlu dilipatgandakan secar beransur2 untuk memperolehi pendapatan yang bersekala besar pada masa depan….

    kalo tak bermula dengan rm10 macam mana nak nilai rm10,000 yang akan kita dapat satu hari nanti…

    sekian terima kasih… πŸ˜€

  6. saya setuju dgn abdfatah…
    kita kena mula dengan target yang rendah dulu…
    bila dah tercapai, baru naikkan sikit…

    memang ramai yang buat target tinggi2 dan bila tak tercapai, mereka akan kecewa….
    dan terus putus asa…
    tu bukan sikap usahawan…

    han

  7. oh betapa kecewanya kalo dah tak dapat apa yang telah ditargetkan. target perniagaan internet satu juta dalam sekelip mata?

    mana mungkin dapat satu juta dalam sekelip mata. berangan aje laa nampak gayanya… namun tidak menjadi mustahil jika kita berusaha mendapatkan satu juta dengan cara yang konsisten tanpa tamak haloba…

    “wah! hari tu dia tu target satu juta dan kemudian 20 tahun kemudian dah jadi jutawan?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *