Hakikat 5: Anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang negatif

Untuk berjaya, anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang berfikiran negatif dan suka melemahkan semangat anda. Jika di dunia biasa, amat mudah untuk kita ‘larikan diri’ daripada mereka yang sebegitu, namun di dunia internet, tidak semudah di sangka. Dunia maya, semua orang berani berkata dan melakukan apa sahaja kerana diri mereka tidak dapat dilihat, maka mereka akan mudah melakukan sesuatu agar semangat kita jatuh. Hatta budak kecik yang masih sekolah rendah pun boleh memaki-hamun orang dewasa di internet!

Tetapi, nak seribu daya. Orang-orang negatif sebegini mudah sahaja untuk dilawan balik. Tak perlu senjata api, tak perlu ‘side kick’, tak perlu pedang samurai, tak perlu M16 atau tak perlu nak tengking-tengking dan marah-marah. Caranya ialah, SENYUM. πŸ™‚

Apa sahaja yang mereka lakukan agar anda sedih, kecewa, sakit hati atau berhenti daripada apa yang anda lakukan, anda hanya perlu senyum dan jangan hiraukan mereka. Anda terus lakukan apa yang anda sedang lakukan selagi ia baik, halal dan tidak menganggu orang lain. Lakukan sampai berjaya kerana kejayaan anda itulah yang akan melemahkan kejahatan mereka.

Ada yang memandang sebelah mata usaha kita yang ingin berniaga di internet, kononnya satu kerjaya yang tidak teriktiraf. Malah ada yang tidak suka akan usaha kita kerana kita telah berjaya dan sedikit sebanyak membuatkan mereka tercabar (ni kes dengki laa – tak payah pergi jauh, saya dah kena).

Orang yang negatif ini mungkin terdiri daripada orang terdekat kita (keluarga, sedara mara, adik beradik, ermm, mak dan ayah?) atau mungkin juga sahabat handai. Di satu pihak lagi ialah benar-benar lawan (musuh) kita yang kita tak jemput pun, mereka datang sebab tak suka kita berjaya dan tak suka akan kebenaran yang kita sebarkan. Pelik, tapi benar. Kita tak usik, tak kacau, mereka pula sibuk-sibuk nak ganggu kita.. Sakit mental betul diaorang ni.. πŸ˜‰

Kedua-dua kategori pihak yang negatif ini sentiasa cuba melemahkan diri kita. Hal ini lebih-lebih lagi jika anda ingin bekerjaya sepenuh masa dengan perniagaan internet. Hatta si isteri tersayang pun (mungkin?) akan tidak menyukai keputusan anda untuk berkarier sebagai usahawan sepenuh masa. Namun tak kurang juga yang melakukan secara part time, ada juga mereka yang negatif akan memperlekehkan usaha anda.

Di peringkat awal iaitu anda masih baru dalam bidang ini, semangat dan motivasi adalah aspek yang amat penting. Tak cukup jika anda pakar dalam ebiz, namun jika motivasi anda di tahap yang lemah, anda akan mudah jatuh.

Orang yang negatif akan berkata macam-macam: “Kau ni, dari dok bazir duit masuk seminar, baik masuk program ni. Bayar sekali jer, pastu goyang kaki..”. “Haa, kau tengok aku ni, baru sebulan masuk program XXXX ni, aku dah dapat income 10,000 dah tau. Ni nak buat ebiz? Haha, buang masa jer..”. “Apa lah kau buat depan pc ni zul? Orang lain kerja kerajaan, kau entah apa-apa. Pergi la cari kerja tetap…..”.

Kata-kata terakhir itu adalah benar, saya pada mulanya dipandang negatif oleh keluarga sendiri, tetapi kini dan insyaAllah kelak, mereka akan tahu apa yang saya buat. Mereka akan terkesima dengan kejayaan yang akan saya raih.. πŸ™‚ InsyaAllah. Ini adalah dunia saya, USAHAWAN. Mereka yang negatif tesebut terbahagi kepada dua jenis, mereka tahu apa yang kita buat dan satu lagi tak tahu benda yang kita lakukan. Mak dan ayah kita, mungkin tak tahu usaha kita, maka tak apalah, diam diri sahajalah, sebab mereka tak tahu. Tapi mereka yang tahu tu, merekalah yang patut anda tangani sebaik mungkin.

Yang tahu tu pula terbahagi kepada dua. Satu yang bukan usahawan internet (mungkin kaki pelaburan XYZ, atau kaki penyibuk) dan satu lagi, ehem, ni yang sakit jiwa sikit ni.. Merekalah ialah usahawan internet seperti anda. πŸ™‚ Jika anda berjaya atau berkata sesuatu yang membuat mereka rasa tercabar (kita takder niat pun), mereka akan lakukan sesuatu agar usaha anda terbantut. Mereka dengki atau mereka gusar akibat anda berjaya, mereka akan tenggelam! Usahawan internet sebegini juga adalah golongan yang negatif..

Sorry to say, kalau dengki dengan kejayaan orang lain dan cuba perbaiki diri, itu tak apa. Tapi kalau dah dengki dan cuba nak susahkan mereka yang dah berjaya tu, itu dipanggil kerja yang tak cerdik (tak boleh guna perkatan bodoh, kasar sangat. Opss, hehe, terguna juga..). πŸ˜‰ Itulah hakikatnya, usahawan yang negatif suka lemahkan atau suka lihat kegagalan usahawan lain hatta kenalan sendiri. Sepatutnya saling bekerjasama, tapi ni, ermm, susah menyusahkan pula. Apa kes ni?

Tatkala anda sedang berusaha dalam ebiz, income pun zero atau baru seringgit, datanglah si kaki cepat kaya. Anda janganlah terpedaya dengan mereka. Ya, memang cepat kaya, tetapi tahukah anda? Skim cepat kaya ini lebih layak dipanggil sebagai skim tipu-menipu? Anda ditipu dan kemudian anda akan menipu orang lain. Lepas tu, orang yang anda tipu itu akan menipu orang lain.

Sebagai seorang Islam, anda tahu akibatnya bukan? Mudah katanya: dosa. πŸ™‚ Berniaga adalah cara halal untuk dapatkan rezeki dan kenapa belum buat apa-apa telah dikatakan berniaga tu susah? Kita kena ubah mentaliti, cuba dulu berniaga, baru kata susah ke tak. Ni belum buat apa-apa, dah menyerah kalah. Usah terpengaruh dengan mereka yang berfikiran negatif dan tahu nak mudah, lakukan sahaja perniagaan internet anda sampai berjaya.

Kesimpulannya, untuk berjaya di dalam bidang ebiz ini, jauhi mereka yang tak faham atau tidak mahu memahami akan usaha anda. Jauhi diri daripada perdebatan yang tak berkesudahan, sebaliknya tumpu sepenuhnya pada usaha anda. Perdebatan akan tiada akhirnya, percayalah. Usah buang masa dengan mereka yang dengki akan usaha anda, usah buang masa melayan kata-kata negatif mereka dan usah buang masa memikir-mikirkan bagaimana untuk mengatasi mereka. Sebaliknya, BUAT KERJA ANDA! FOKUS…

Tapi zul, kalau kita tak cakap benar, siapa lagi? Ya, saya tahu. Tapi usah risau, yang benar tetap benar, yang salah, tetap salah. Lambat laun, yang salah itu akan jatuh juga. Allah itu Maha Adil.. Kalau mereka itu merancang 1001 kejahatan, rancangan Allah itu lagi hebat.. Berdoalah dan usahalah sebaik mungkin agar anda dilindungi dan diberikan semangat yang kuat dalam usaha seharian.

Eh zul, kalau dah jauhkan mereka, nak dekat dengan saper pulak?

Berkawanlah dengan mereka yang satu usaha dengan kita iaitu usahawan internet yang lain. Berkomunitilah di forum yang ada, ikutilah seminar/bengkel/kursus atau program yang berkaitan. Berhubunglah dan bekerjasamalah di antara satu sama lain. InsyaAllah, anda akan berjaya dan jika semangat sedang jatuh, mereka akan memberi semangat kepada anda.

InsyaAllah, saya amat yakin, industri perniagaan internet di Malaysia akan lebih meriah di masa-masa hadapan. Saya di pihak smartusaha.com kelak akan menganjurkan beberapa program bersama agar ramai yang mendapat faedah. Kelak juga saya berharap, orang Malaysia akan anti dan benci dengan skim cepat kaya, mereka akan terdidik dengan hakikat penipuan skim-skim yang begitu banyak bercambah sekarang. Sebaliknya, mereka akan mengiktiraf industri perniagaan internet.

Saya begitu bangga dengan Dr. Irfan Khairi. Walaupun ramai yang tidak menyukai beliau (saya peduli apa diaorang tak suka), Dr. Irfan telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung akan menyedarkan rakyat Malaysia akan “the real internet business”. Ramai yang mengutuk beliau, ramai yang asyik bincang pasal beliau, semuanya yang negatif-negatif. Tetapi saya bangga dengan beliau, walau ramai yang berkata sumbang, tapi beliau terus berjaya dan terus berjaya.

Mengapalah kita suka melihat kepada secebis kelemahan manusia daripada menyebut-nyebut kebaikan yang ada? Sedarlah, kalau benda buruk tu betul, itu ngumpat namanya, kalau benda yang kita cakap tu salah, fitnah namanya.. Faham tak? Haa, tu ustaz zul bagi tazkirah sikit. Kalau tak tahu benda tu betul ke tak, tak payah cakap bukan-bukan pasal orang lain. Aib orang no 1, aib sendiri disorok-sorok.. Buruk orang cepat dikritik, tapi perangai sendiri, masih di takuk lama.

Apa kes saya cakap pasal Dr. Irfan ni? Sebenarnya saya nak kaitkan dengan tajuk tulisan saya ni. Lihatlah dan teladanilah beliau dalam menangani tohmahan negatif daripada bangsa dan umat seAgama sendiri! Lihatlah, hayatilah, dia semakin jatuh atau semakin berjaya?? Ya, dia semakin berjaya, sebab beliau tak layan orang-orang yang negatif, malah beliau sentiasa senyum, senyum dan senyum.

Kesian, kesian dan amat kesian saya dengan mereka yang bercakap negatif mengenai beliau, mereka banyak buang masa bercakap yang bukan-bukan, mengarut itu dan ini (saya ketawa seorang diri ni..). πŸ˜‰ Kepada yang negatif-negatif tu, gunakanlah masa yang ada untuk bercakap benda yang baik-baik dan memberi semangat kepada orang lain ok. Kita ni hidup sekejap jerrr… Tak rasa bersalah ke dalam hati bila kita lemahkan orang lain? Fikirkan…

Oklah, cukuplah dulu kali ini. Jumpa lagi.

“Kejayaan itu tetap milik mereka yang berusaha gigih, kuat dan rajin. Malah kejayaan juga milik mereka yang sentiasa berfikiran positif dan bijak menangani anasir-anasir yang negatif..”.

PS. Ada yang bertanya, ke manakah saya bercuti? Adakah saya berputus-asa? Adakah saya kecewa? Ermm, saya tiada jawapan untuk diberikan buat masa sekarang. πŸ™‚

PPS. Jauhkan diri terutama yang dekat BUKAN bermaksud putuskan hubungan persaudaraan. Bukan sesekali, tetapi kurangkan masa dengan mereka. Just that..

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Hakikat 5: Anda perlu jauhkan diri daripada mereka yang negatif

  1. Pepatah orang dulu-dulu adakalanya amat berkesan untuk motivasikan diri sendiri.Contohnya sikit-sikit lama-lama jadi bukit & hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

    Komunikasi di dalam diri amat penting untuk kita lebih memahami kehendak diri kita.Selebihnya tutup mata,pekak kan telinga.

    Kehendak kita tak sama dengan orang sekeliling hatta ibu bapa kita sekalipun.Tapi kalau banyak sangat kehendak terdaya ke kita?(Niche)

    Kehendak=kemahuan.

  2. Sikap -ve ada pada setiap orang. Bezanya, orang yang bijak akan sentiasa berfikiran +ve.

    Orang yang -ve cuma pentingkan kelemahan orang lain. Kita jangan layanlah mereka ni. Kalau dilayan nanti kita yang penat. Biarkan mereka. Nanti penatlah mereka πŸ™‚

  3. hi kawan-kawan, shueqry here..apa yang terjadi pada Zul terjadi juga pada saya, dipandang rendah oleh keluarga sendiri ( family saya background perguruan ) sebab nak buat apa yang saya minat, bisnes dan internet..berabis diorang paksa saya apply SPA atau jadi penolong pegawai dengan kelulusan sedia ada ( Banking & Finance )..pulak tu datang pacik-pacik suruh saya masuk MLM, promote barang itu dan labur di sini..what the?? bila kita dah tak nak, mula la diorang kata buat bisnes online ni tak ade HASIL dan buang masa..well, what can i say?

    orang lain takan faham apa yang usahawan internet lakukan, satu lagi diorang takkan pernah try untuk memahami ( mem’blame’ adalah), ini memang alam usahawan, so kena bersedia mental dan fizikal. Kekadang bila kita cakap pasal bisnes online, diorang senyum sumbing dan pandang sebelah mata..tak sementinya join dengan kerja bergaji / join pelaburan /MLM / direct selling / saja boleh dapat hasil, dengan internet pun bole apa…sorry to say, but bagi saya itu pilihan masing-masing..itu cara diorang cari rezeki dan ini pula cara saya cari rezeki, melalui internet..

    Tak semestinya bekerja hanya dengan makan gaji. Rezeki tuhan maha luas. Ia ada di mana-mana, tak semestinya dalam slip gaji saja. Daripada tanam anggur dan tak buat apa-apa, terjun dalam online bisnes lagi ok, tanpa modal pun boleh mula, daftar saja jadi affiliate.

    Walau apapun, tumpukan usaha pada memantapkan bisnes. Maafkan orang yang asyik mengata, lupakan diorang dan GO ON. Set target, tulis matlamat dan cuba sedaya upaya capai matlamat tu ( Biasanya orang yang mengata kita masih lagi di takuk lama ). Thanks for the tip, Zul!

  4. Memang sudah sikap manusia tidak suka jika ada orang “melebihi” apa yang mereka dapat. Sebenarnya, mereka tidak berasa selesa dalam keadaan begitu dan sebab itu jugalah mereka akan mengutuk,dengki dan cuba untuk menjatuhkan orang-orang yang berjaya.

    Bagi saya, asalkan saya tidak menyusahkan hidup dan menganggu orang lain sudah cukup. Kita tidak akan mampu mengawal setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita.

    Oleh itu, bersyukurlah walaupun anda dimusuhi dan disukai. Yang penting, hati kita bahagia! Senyumlah selalu πŸ™‚

    p.s: Bak kata Mr Joe Vitale, “You are the Micheal Angelo of your life and you are the creator of your own world”

  5. Idea untuk menjalankan perniagaan internet sebenarnya masih begitu baru di Malaysia.. ramai yang tak begitu memahami konsep sebenar perniagaan internet ini.. dan yang lebih buruk lagi, internet sering dikaitkan dengan pelbagai bentuk penipuan.. Apa yang lebih penting adalah kita harus bersabar dan tak perlu cepat melatah.. Teruskan Perniagaan Internet anda dengan penuh kesabaran dan kejujuran.. InsyaAllah, pasti akan berjaya..

  6. biasalah… dah sifat semulajadi manusia macam tu… saya setuju dengan pernyataan en zul ni..memang benar, majoriti masih memandang serong dengan perniagaan internet…tambah lagi, ada yang cuba melemahkan semangat kita… kalau yang melemah semangatkan kita tu orang luar, tak kisah, yang payah tuh bila insan tersayang dan yang rapat dengan kita yang cuba lemahkan semangat kita..ui..memang payah..jadi serba salah di buatnya kadang-kadang..tapi nasib baik saya ni jenis bila dah masuk sesuatu bidang, payah nak berhenti..jenis setia ..jadi, saya akan teruskan perniagaan internet ni..kerana terlalu luas pasarannya..rugi tak ceburinya…

  7. assalamualaikum..
    Ini adalah kali pertama saya menulis di ruangan ini. Dan ini juga kali pertama saya baca tulisan yang panjang lebar begini πŸ™‚
    Memang benar apa yang zul tulis. Hakikatnya, bukan senang untuk membuka minda dan mata orang melayu kita ni. Apa yang mereka fikirkan sebenarnya masih di takuk lama. Ini kerana, minda kita ni sedari kecil lagi telah diasuh dan diajar untuk memandang rendah akan keupayaan orang lain. Dan oleh kerana itulah kita susah hendak pergi jauh!
    Saya tak berani untuk komen panjang2. Almaklumlah, orang baru πŸ™‚
    Apa-apa pun, teruskan perjuanganmu zul. Semoga kita yang bergelar usahawan internet ni, dapat memeriahkan lagi industri ini di Malaysia sekaligus membuka mata mereka yang selama ini memandang enteng terhadap industri ini.
    Wallahu a’lam

  8. Internet bagi kebanyakkan orang Malaysia adalah tempat research untuk thesis, chatting (di forums, YM, Skype, GoogleTalk), tempat berkenalan (myspace, friendster, dating sites), tempat meluahkan perasaan (blogging), tempat cari bahan porno dan tempat skim cepat kaya berteduh…

    Kalo company tempatan pun bina website sekadar untuk tepek company profile, organisational chart dan senarai nama shareholders.

    Hakikatnya, ramai nampak usahawan internet sebagai golongan lepak depan PC dan berchatting je. Especially kalo cerita that kita buat bisnes dari rumah.

    So, as internet entrepreneur, kita mestilah tabah, ambil yang jernih buang yang keruh dan fikir secara positif!

    Jangan endahkan kutukkan, sindiran dan kata-kata yang lemahkan semangat.

    Yang penting, berniagalah dengan jujur, pastikan sumber rezeki semua halal dan jauhkan diri dari sifat hasad & dengki!

    You can do it and you can make duit …! πŸ™‚

  9. Kali ini saya setuju dengan smartzul, plus angkat ibu jari lagi.
    Tak senang kalau nak senang, kena usaha. Kalau naik cepat turun pun cepat.
    Paling mustahak dalam perniagaan Internet adalah Visit hit dan Page Hit, so perbanyakkanlah ilmu dalam bidang ini. Kalau content canggih dan menarik tapi kalau tak ada hit-hit ini website anda akan muram. Senang cakap Tak ada hit tak sales walaupun content yang baik juga penting untuk menarik minat pembaca. Wallahualam.

  10. biasalah mereka yang negatif selalunya cara pasal mencari silap orang lain untuk menghentan teruk2 sehingga tak terdaya untuk melawan balik, kita perlu bangkit kembali untuk berjuang… bangkitkan juga magnet rezeki yang perlu kita serlahkan dalam diri kita untuk berdepan dengan apa jua rintangan dengan penuh sabor dan bersyukur…

    sekian terima kasih… 😎

  11. manusia kan …
    memang lah mcm tu…
    kalau yang baik dia tak nampak…
    yang buruk tu tersangat dia nampak walau org tak suruh tengok…
    manusiakan…
    kita jangan lah jadi mcm tu…
    cuba cari kebaikkan org dan ikut jika perlu…

    han

  12. senyumlah selalu kepada mereka yang bersikap negatif terhadap kita. kalo tak senyum positif dah tentunya kita akan gundah gulana bermuram durja asyik duk terfikir apa yang mereka hentam kromo. senyum jangan tak senyum dan tahu apa yang perlu kita lakukan untuk berdepan dengan gejala negatif tersebut… biarkanlah mereka dengan labu peram mereka.. πŸ˜†

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *