Hakikat 4: Anda perlu ke seminar atau bengkel

* Ini adalah post automatik

Apa khabar semua? Semoga sihat di sana.

Baik, adakah anda sudah membaca 3 hakikat perniagaan internet sebelum ini? Jika belum, bacalah dulu yer. Apapun komen dan pandangan anda, apa yang saya tulis, itulah pandangan saya. πŸ™‚ OK, untuk hakikat ke-4 pula ialah: Anda perlu ke seminar atau bengkel perniagaan internet untuk memulakan perniagaan internet.

Ok ok, saya tahu, ada yang tak suka mendengar perkataan seminar atau bengkel ni, bagi mereka ia hanya membazir duit sahaja. Tak apa lah, simpan duit tu yer.. πŸ˜‰ Tapi kepada yang suka dengan pasal benda ni, haa, ni yang saya nak bawa cerita ni. Tapi kalau yang tak suka tu nak dengar dan baca juga cerita ni, dipersilakan. πŸ™‚

Mengapa perlu ke seminar atau bengkel? Mudah sahaja jawapan saya, nak belajarlah, nak menuntut ilmu. πŸ™‚ Tapi kan, ramai yang menyertai bengkel, seminar atau kursus, dalam kepala mereka ada benda ni: $$$$$. Mereka asyik berfikir, duit, duit, duit. RMXXXX selepas buat ebiz. Tetapi ramai yang tak fokus pada ilmu yang dipelajari di bengkel atau seminar. Ia benar dan saya tak kata semua. Ia adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian saya.

Jika anda mengikuti satu-satu program sebegini, apa yang perlu dilakukan adalah mempraktikkan ilmu yang dipelajari, sebaliknya BUKAN memikirkan berapa yang akan anda dapat dan bukan memikirkan ok ke tak apa yang diajarkan kat bengkel tu. Ramai yang silap perhitungan dan ramai yang salah langkah perkiraan.

“Eh zul, saya join seminar ni saya bayar, so mereka kena bagilah yang sebaik mungkin!”. Ok, giliran saya pula bertanya, “ehem, macam mana nak tahu apa yang diajarkan tu ok ke tak?”. Hehe, kan dah terkunci tak boleh nak jawab. Nak tahu sebab apa kebanyakan peserta bengkel atau seminar ‘tak berjaya’ atau kecewa dan menyalahkan penganjur program?

Sebab mereka tak buat langkah yang diajar dengan konsisten. Malah, lagi-lagi tak ada kesabaran dan asyik fikir $$$$$$ di peringkat awal. Tak semua yer, hanya segelintir sahaja. πŸ™‚

Jika anda ke bengkel atau seminar, anda motivasi anda dalam perniagaan internet akan meningkat secara mendadak. Namun yang lebih penting adalah ilmu bagaimana untuk bermula. Walau anda dah baca buku, dah baca ebook, dah rujuk kat internet, namun itu semua belum mencukupi. Percayalah… Lihatlah dunia perniagaan offline, banyak kursus dan program yang ada.

Maka, apa yang ada untuk dunia perniagaan internet? Kalau anda tak suka dengan bengkel atau seminar, maka tak wajarlah sebab perniagaan internet juga memerlukan juga pengisian yang tersendiri. Bengkel-bengkel yang ada sekarang baru hanya mengenai cara bermula, belum lagi perkara-perkara lain… Ini menunjukkan kita baru sahaja bermula, banyak lagi ruang yang perlu kita isi di Malaysia ini. Maka, janganlah hanya pandai berkata-kata. Lakukan apa yang anda cakap!

Sertailah seminar. Sertailah bengkel.. Kalau ada yang kata program sebegini ada banyak kekurangan, mereka itu silap, sebab mereka hanya tahu berkata, tak tahu bertindak. Kalau lah mereka buat bengkel juga, agak-agaknya ok ke tak? Carilah mana-mana program atas dunia ni, tak ada yang tiada kekurangan.

Manusia, memang suka perbesarkan apa yang kecil, lantas yang baik-baik dibuang dan dicampak jauh-jauh. Macam mana nak berjaya macam ni? Sekali lagi, tak semua bersikap macam ni, tapi ada lah.. Jadi kepada yang asyik tahu komen itu dan ini kepada usaha orang lain dalam buat bengkel atau seminar, ermm, apa kata buat bengkel anda sendiri? Boleh?

Ok, berbalik kepada tajuk, kalau anda baru nak bermula dalam perniagaan internet, selain merujuk buku atau ebook, seminar adalah sesuatu yang perlu dilakukan juga. Anda akan ditunjukkan langkah demi langkah cara memulakan dan melakukan perniagaan internet. Pelajarilah, ikutilah dan lakukanlah secara konsisten apa yang disampaikan oleh mentor di seminar atau bengkel tersebut sepertimana yang saya katakan pada tulisan saya sebelum ini mengenai hakikat ke-3. Ikut, jangan degil dan layan kepala sendiri. Lainlah kalau anda dah expert, maka, lakukanlah yang terbaik bagi anda.

Ok, banyak perkara yang saya nak sampaikan, tetapi anda boleh baca tulisan-tulisan saya yang lepas yang berkaitan dengan bengkel, seminar atau kursus perniagaan internet:

1. Review I Seminar SaifulSham.Com

2. Review II Seminar SaifulSham.Com

3. Kursus 3 dalam 1 Osman Affan

4. Konvensyen SaifulSham

5. Bengkel EbizMalaysia

Oklah yer, semuanya bergantung kepada prinsip dan pendapat masing-masing. Tapi, begitu moleknya jika kita berfikir dan berkata berdasarkan kepada ilmu. πŸ™‚ Bukan main hentam, bukan ikut perasaan dan bukan sebab benci. Ketahuilah, kalau kita cakap sesuatu yang tidak benar, ia adalah fitnah. Jika ia benar dan satu perkara buruk, ia adalah mengumpat. πŸ™‚ Fikir-fikirkan.

Sertailah sekurang-kurangnya sekali. Tak rugi. Percayalah. Namun pesan saya:

1. Sertailah dengan penuh kesedaran dan kewarasan. Perniagaan internet bukan skim cepat kaya, tetapi ia adalah untuk mereka yang nak berniaga, berurusan jual-beli, ada sabar, rajin dan tak mudah putus-asa. Bila masuk seminar/bengkel, faham betul-betul dan bila balik, praktikkan apa yang diajar. Kalau tak faham, hubungi mentor anda, jangan senyapkan diri. Mereka akan bantu anda lambat atau cepat (mereka pun manusia juga yer..).

2. Berapa yuran seminar? RM300? RM200? RM1000? Itu bukan perkiraannya. Yang perlu anda kira ialah, APAKAH LANGKAH PERTAMA YANG PERLU DILAKUKAN? itu yang perlu difikirkan atau dilakukan selepas balik dari bengkel (program). Bukan balik terus kecewa sebab isi pelajarannya simple sangat-sangat, tak berbaloi dengan bayaran! Ini adalah mentaliti negatif. Ia adalah pemikiran kuno. Ia adalah pemikiran lapuk.

Jadi, apa pemikiran yang baik zul? Saya dah cakap, balik je program sebegitu, bertindaklah seperti yang disampaikan oleh mentor. Buat sampai berjaya dan dapat hasil! Lepas berjaya, baru anda tahu, “tak rugi aku join seminar tu, memang berbaloi!”.

Ramai yang join bengkel atau seminar mengharapkan keajaiban akan berlaku. Mereka menganggap selepas menyertai seminar/bengkel, mereka akan terus pakar, tahu dan mudah membina perniagaan internet. Ia adalah pemikiran yang silap. Amat silap. Bengkel atau kursus adalah satu medium pembelajaran dan satu kaedah pendidikan secara intensif (biasanya 1 hari – standard).

Sebaik habis program, para peserta perlu mempraktikkan apa yang dipelajarinya dan melakukan apa yang diperlukan secara konsisten sehingga mendapat hasil. Inilah perniagaan, perlukan daya usaha, ia bukan pelaburan goyang kaki kiri dan kanan. Usaha sendiri + bimbingan mentor, insyaAllah anda akan berjaya.

Hmm, banyak lagi saya nak taip atau terangkan, tetapi ruang dan masa begitu terbatas. InsyaAllah, di lain kali saya akan menulis lagi mengenai hal ini. πŸ™‚

Berikut adalah bengkel atau seminar yang boleh anda sertai:

Senarai Seminar/Bengkel (klik pada link) :

1. Workshop Jutawan Internet – Dr. Irfan

2. Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet – SaifulSham.Com

3. Bengkel 3 dalam 1 – Osman Affan

4. Bengkel EbizMalaysia – EbizMalaysia.Com

Nota kaki 1: Ada yang kata bengkel atau seminar yang ada sekarang tak mencapai matlamatnya.. Amboi, sedapnya berkata-kata. Nak tanya banyak ni, yang berkata tu dah join ke program-program tu? Apa yang tak tercapai tu? Yang dikatakan matlamat tak tercapai tu, ada bukti ke? Mana fakta dan data? Atau, dah buat analisa ke sebelum cakap program sebegini tak menjadi? Kalau dah buat, datanya mana? Statistiknya mana? Grafnya ada tak? Pemberat atau faktor apa yang digunakan untuk kata matlamat tak tercapai? Atau….. kata-kata kosong jer? πŸ˜‰

Cukuplah dulu, nanti menangis tak pasal kan kalau saya tanya banyak-banyak. Tapi kalau tak puas hati juga, apa kata buat bengkel anda sendiri? Nak tengok tercapai ke tak matlamat tuu… Pastu nanti tunggu orang akan kata kat anda pula, apa punya bengkel, tak tercapai matlamatnya… Haa, baru tahu, ingat benda-benda macam ni semudah berkata-kata ke haa?

Serius, susah anjurkan bengkel dan seminar ni, ingat mudah ke. Jangan hanya tahu komen, tapi fikirkan, apa yang perlu dilakukan untuk tambah baikkan program sebegini, bukan dikritik agar terkubur! Change your mindset ok. Time to change brother.. Jangan berfikir cara kuno lagi di zaman alaf 21 ni.

Nota kaki 2: Saya nak capai RM1 juta melalui PERNIAGAAN INTERNET. Ehem, sekali lagi, PERNIAGAAN INTERNET, bukan melalui internet. Kalau melalui internet ni, umum sangat maksud dia. Banyak program skim cepat kaya, yang cari dua orang kiri kanan lah, main lot-lot lah. So, secara spesifiknya ialah RM1 JUTA MELALUI PERNIAGAAN INTERNET. Apa? Materialistik? Tak logik? Ahaa, beli buku Azizi Ali yer.. Dalam tu panjang lebar jawapannya..

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Hakikat 4: Anda perlu ke seminar atau bengkel

  1. Betul kata Zul.. dan dengan menghadiri bengkel atau seminar juga secara tak langsung kita mempunyai “Mentor” yang akan membantu kita untuk berjaya πŸ™‚

    1. adanya bengkel dan seminar sedikit sebanyak akan membuka mata minda mereka berkenaa dunia perniagaan internet masa kini… jom kita pergi ke seminar internet… jangan kedekut nak kuarkan modal dah laaa… nama lagi seminar. ia takkan sama dengan apa yang telah anda tahu sebelum ini…

      1. bukan kedekut abdfatah…
        tapi masih takde kesempatan lagi…
        hati nak sangat pergi bengkel2 tu…
        nak tambah kan lagi ilmu ni…

        han

  2. Yap saya sokong 101%. Saya bergerak dalam perniagaan internet nie pun setelah mengikuti seminar Dr.Irfan tu. La nie nak pun tengah plan nak ikut beberapa seminar lagi.. Ye lain orang lain inputnya. Tak rugi amat berbaloi. cuma dua jer nak pesan, kena ada basic sikit-sikit jugak kalo nak ikut seminar tu.. Kalo tak nanti terpinga-pinga lak kat dalam bilk seminar tu πŸ™‚ . Yang ke2 kena bawa kemera.. dan bergambar dengan orang-orang hebat kat seminar tu.. Anda akan faham sendiri nanti kenapa gambar tu perlu πŸ˜‰ .

  3. Yeah… saya pun berharap dapat hadir seminar suatu hari nanti hehe lepas SPM kot πŸ˜‰ .. sbb saya tahu mesti banyak ilmu yang di bongkarkan jika hadiri seminar πŸ˜€

  4. salam..hurmm..apa yang dicakap tu memang dah betul..cuma..yang bezanya semangat juang je..lain padang lain belalang,lain orang lain ragam..hehe rasa mcm takbetul la plak pepatah yang saya cakap ni..ermm,cuma saya mewakili diri saya yang tak berkesempatan menghadiri mana2 seminar samada kerana yuran yang memang sy terpaksa berfikir banyak kali atau kerana memang susah nak cari masa bila belajar dan berpersatuan..

    cadangan saya untuk sesifu yang sudi memahami, ( hehehe nak bodek )..apa kata setiap seminar yang telah dibuat, di rakam dan d cd kan..kemudian jual la sekali dgn ebook atau mana2 pakej..tawarkan khidmat bantuan atau mentor mcmana yang menghadiri seminar..saya sangat menyokong dan akan menjadi pembeli utama ( abg zul, pakej kit blogger tu saya belum beli lagi..hehe nak beli dah ni walaupun belum ada hosting sendiri lagi )..letak la harga lebih kurang rm70..alaaa, bukan subsidi tapi bantuan bagi yang miskin harta dan ilmu..seeloknya disediakan borang mcm skim pinjaman buku teks untuk tawaran ni…ok ke? cadangan tau..jangan la marah saya balik ye… insyaAllah selepas semester saya yang perit ni,saya akan ke seminar abg zul dulu.. =) insyaAllah..

  5. So selepas baca artikel ni, bakal usahawan kena buat perancangan kursus yang mana kena pergi. Tengok dulu kandungan kursus dan pilihlah mengikut kemampuan.

    Saya telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh ebiz malaysia di UKM. Secara keseluruhannya, banyak ilmu baru yg boleh didapati di sana. Banyak perubahan yang saya lakukan selepas menghadiri kursus tersebut.

    Tapi harus diingat, bila balik dari kursus kena praktikkan apa yg diajar. Disamping juga mencari ilmu-ilmu yang berkaitan di internet.

    1. praktikkan ilmu yang telah diperolehi dengan sebaik mungkin. jangan sia-siakan modal yang telah anda kuarkan untuk masa depan perniagaan internet anda….

      jangan tamak nak pergi seminar dah laaa…

  6. yg bestnya seminar/bengkel ni;

    1. dpt ilmu secara live drpd pakar IM
    2. tanya mereka secara live jika ada keraguan/was2/tak tahu
    3. jadikan mereka mentor
    4. dpt ramai kenalan/contact person dgn IM yg lain

    ish..ish..bilalah dpt hadir bengkel smartzul ni?
    (tengah kumpul duit ni)

  7. ya..selain dari membaca buku, ebook atau apa-apa sebarang bentuk informasi, adalah baiknyer menyertai seminar yang dianjurkan oleh expertise.Jika tidak mampu menyertai seminar yang bayarannya mahal, masuklah seminar yang bayarannya murah sedikit. Sebaik-baik belajar biarlah mempunyai guru. Selain dari itu dapat juga mengenali rakan-rakan baru yang sealiran dalam bidang ini. Jika tidak berkemampuan, wang boleh dikumpul sedikit demi sedikit, adalah tidak rugi membayar sejumlah wang untuk menuntut ilmu.

  8. Yap.. moralnya jangan berkira sangat untuk menuntut ilmu dan suka menyalahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri..

    Target saya tahun ni nak pergi ke seminar SaifulSham. Mungkin dengan Labanon kot.. camner nak x? Saya area Selangor xde masalah nak jalan2.. tempat saya tu πŸ™‚ .

    P/S: Tahun depan 3 dalam 1 pula.. insyaallah.

  9. Terima kasih kepada blog.smartusaha kerana memberi banyak maklumat kepada
    usahawan2 baru … supaya berani mencuba sesuatu yang baru.

    Saya masih belajar lagi daripada pihak tuan, antranya:

    … Petua orang yang pernah berniaga amat penting.
    … Belajar dan terus belajar.
    … Mencari rangkaian penting dalam perniagaan, bukan mencari musuh!

    πŸ™‚

  10. Kena kumpul modal ini. Sebenarnya melalui bengkel la kita boleh dapat segala jawapan yang terbuku dalam kepala dengan cara bertanya terus pada yang pakar. Tapi sebelum attend sesuatu bengkel kenalah buat ulangkaji sedikit. Baru kita pergi dengan keadaan bersedia.

  11. hehe…
    saya belum lagi masuk mana2 bengkel…
    tapi buat masa ni, tak sempat lagi…

    lepas habis belajar nanti, rasa nak masuk juga mana2 bengkel…
    boleh tambah lagi ilmu…
    ilmu lah segala2nya…kalau tak de ilmu susah lah…mcm takde apa dlm hidup ni…

    igt! kita kena sentiasa belajar kerana ilmu tak habis belajar….

    han

  12. bengkel dan seminar memang penting. kita akanlebih jelas dengan apa yang telah kita baca dan ketahui. dari tak tahu apa-apa kita boleh tanya terus bertubi2 secara direct semasa dalam seminar tersebut…

    sekian terima kasih… πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *