Hakikat 3: Anda perlu ada mentor, kumpulan dan mastermind group

Seperti yang saya nyatakan pada ebook ringkas saya baru-baru ini, pentingnya anda ada mentor untuk mendidik anda, pentingnya ada kumpulan untuk saling bantu-membantu dan hebatnya jika anda ada mastermind sebagai satu medium perkongsian ilmu.

Mentor: Mereka adalah umpama guru iaitu mendidik anda, menunjukkan apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan. Ada yang kata, “tak semestinya kita ikut 100% apa yang mereka ajarkan..”. Saya balas balik kata mereka itu, “kalau awak nak mudah mulakan ebiz, ikut langkah yang mereka bagi..”.

Tapi si dia itu degil dan keras kepala. Akhirnya, akibat kedegilannya itu, dia menghadapi satu penyakit information overload dan stuck! Tak tahu nak mula.. Itulah, kalau dah ada mentor, ikut sajalah. Bukannya yang diajar tu ilmu sesat. Ingat, kita ni baru nak mula, bukannya dah mula.

Bagaimana nak dapat mentor? Ada dua cara. Satu, jika tengok zaman sekarang, apabila anda pergi ke bengkel atau seminar, anda secara automatik akan menjadi protege atau anak didik mereka. Kedua, mungkin usahawan internet yang berjaya adalah kawan anda, sauadra anda, iaitu orang yang anda kenali. Rapatkanlah diri dengan mereka dan mintalah mereka membimbing anda langkah demi langkah.

Tapi ingat pesan saya, bila anda dah berjaya, jangan biadab dengan mereka dan jangan lupakan mereka walaupun mereka hanya membantu anda dengan satu perkataan. Yang dikenang itu adalah budi.. Sudah jadi adat kebanyakan manusia, mudah lupa budi dan jasa orang lain. Cukuplah menghargai, bukan membalas yang dipinta.

Jadi, bila dah ada mentor tu, ikut sahajalah apa yang mereka sampaikan. Kalau mereka suruh anda buat A dulu, jangan dibuat C. Dan pesan saya lagi, mereka yang membimbing dan menunjuk cara dan langkahnya, TAPI yang melakukannya adalah anda sendiri.

Kumpulan: Apa yang dimaksudkan dengan kumpulan (team) di sini adalah rakan kongsi perniagaan iaitu anda dan mereka bersama-sama melakukan perniagaan internet dan kongsi keuntungan. Ada kumpulan begini amat memudahkan kerja anda dan mereka. Seorang buat laman web (hal-hal teknikal) dan seorang lagi jaga bahagian jualan dan pemasaran. Contoh terbaik adalah team SaifulSham.Com dan juga team FlareBiz.Com.

Mereka membahagikan tugas dan kesannya, perniagaan mereka berjalan lancar. malah dengan melakukan secara berkumpulan, anda ada seseorang yang boleh memberi motivasi dan semangat tatkala diri anda menghadapi masalah. Juga, andaikata anda sakit atau ada perkara ‘urgent’ (balik kampung ke..), maka anda tidak perlu risau akan perniagaan kerana anda ada team. ๐Ÿ™‚

Mastermind Group: Kumpulan mastermind ini berbeza dengan kumpulan (team) yang saya terangkan di atas. Mastermind group adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada mereka yang melakukan perkara yang sama, ada visi dan matlamat yang sama dan berkongsi apa sahaja idea, strategi dan pengalaman. Konsep mastermind group dikatakan diasaskan oleh Napoleon Hill dalam 1900 yang mana katanya mengenai prinsip asas mastermind group: “The coordination of knowledge and effort of two or more people, who work toward a definite purpose, in the spirit of harmony.. No two minds ever come together without thereby creating a third, invisible intangible force, which may be likened to a third mind”.

Ringkasnya, kumpulan mastermind ini terdiri daripada beberapa orang usahawan internet yang mana mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman tersendiri. Apa yang dikongsi dan dibincangkan, adalah menjadi rahsia oleh setiap ahli mastermind ini. Malah, apa yang dikongsi kadang-kadang adalah ‘rahsia’ kejayaan mereka iaitu kunci kejayaan perniagaan mereka yang sebenar di mana tidak ramai yang tahu tentangnya. Tetapi untuk ahli mastermind, mereka biasanya tidak akan berahsia, sebaliknya akan kongsi walaupun sesuatu itu mahal harganya. Jika mereka ingin menerima, mereka perlu juga memberi sesuatu. Inilah konsep asas mastermind group.

Kesimpulan hakikat ke-3 ini, carilah mentor dan ikutilah bimbingan mereka. Jadikanlah mereka sebagai tempat utama rujukan dan di saat awal, janganlah sibuk-sibuk untuk mencari mentor lain. Ingat pesan saya, mereka adalah mentor, BUKAN hamba anda walaupun anda bayar. Jaga adab dan ikut apa yang mereka sarankan. Seterusnya, jika anda ingin mudah, lakukan ebiz secara berkumpulan, banyak lebihnya. Dan jika nak hebat lagi, sertailah atau wujudkan satu kumpulan mastermind dalam 3 hingga 6 orang (jangan ramai sangat).

Inilah hakikat ke-3 jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet dan menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Wassalam

PS. Download ebook saya yang lepas : Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Hakikat 3: Anda perlu ada mentor, kumpulan dan mastermind group

  1. tambah lagi ilmu hari ni, tq zul.

    setakat hari ni, banyak ilmu saya dpt drpd;

    1. smartzul-(dpt pelbagai input drpd blog,support forum, email, sms)
    2. sham(rajaAds)-blog, sms.
    3. irfan khairi-blog, personal coach secara email.

    jutaan terima kasih kpd mereka bertiga.

  2. Saya juga sedang mencari team utk melancarkan lagi semua projek ebiz akan datang :-). Masa agak terbatas sekarang utk kembangkan ebiz disebabkan sibuk dgn bisnes.

    Saya juga amat berminat dgn mastermind group yg Zul sebutkan. Kebiasaannya saya lihat usahawan Melayu lebih gemar sendiri-sendiri dlm jalankan ebiz masing-masing. Soalnya, mampukah kita memenuhi konsep asas Mastermind Group yg memberi dan menerima atau berkongsi maklumat tanpa menjejaskan mana-mana ahli kumpulan tersebut?

    Saya bisnes dlm bidang pengiklanan. Curi idea dan bocorkan strategi/maklumat perniagaan menjadi duri dlm industri pengiklanan. Tak tahulah saya dlm internet biz.

    Saya cemburu bila lihat Team saifulsham dapat berkumpul dgn internet marketers bukan Melayu di Midvalley. Bagaimana kita boleh berbuat demikian?

    Namun Konvensyen Saifulsham baru2 ini memberi harapan kepada fenomena ini. Ia mewujudkan peluang kerjasama antara peserta.

    Jika Zul masih ingat, saya pernah cadangkan konsortium perniagaan internet dlm WC. Saya dah terbiasa berdiskusi secara berkumpulan secara langsung, tetapi tidak pasti secara online.

    Sesiapa ada cadangan?

    1. wah… nampak menarik tu. dan bisnes tazilan makin berkembang pesat sekarang. lain kali zul pulak bleh buat konvokesyennya yang tersendiri 3 tahun dari sekarang???

  3. emm.. Mentor + Kumpulan + MasterMind Group memang formula terbaik! Bagaimanapun, bagi memastikan kejayaan sistem “kumpulan & mastermind group”, setiap ahli perlu “saling mempercayai” dan “jujur” di antara satu dengan yang lain ๐Ÿ™‚

    1. dah ada mentor, mastermind group, kumpulan dan pengikut tersendiri tu kenalah ada kerjasama antara satu sama lain untuk membantu mereka yang baru nak bermula dalam perniagaan internet nih…

  4. saya rasa kita dah ada sebenarnya shuth telah memulakannya di wngcyber.com kat sana ramai pakar pakar cuma secara formal belum lagi kot. Kovensyen saiful sham satu cth yg bagus Zul juga penah komen pasal nih kat blog ni juga. Kalo bagus why dont we support…

  5. Konvensyen? Idea menarik juga itu. Mungkin pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Tak sabar rasanya nak tunggu bila agaknya akan diadakan konvenseyen yang menghimpunkan otai-otai internet dari Malaysia yang menjana pendapatan ๐Ÿ™‚

  6. amer,
    tempat otai2 berkumpul, biasanya di wangcyber.com la…
    di situ nak cari otai mana pun ada…tp malaysia punya otai la…

    saya banyak belajar di wangcyber.com…
    berita gempak pun ada disitu…
    boleh kira mcm2 ada…hehe…

    han

  7. hahaaa… memang patut kena ada mentor, kalo takder mentor macam mana nak berjaya. macam mana nak ikut jejak langkah mereka? kalo dah ada mentos lain citer laa… eh eh mentos tu gula-gula daaa…

    pentingnya mentor adalah sebagai pembimbing kepada menuju kejayaan perniagaan yang ingin kita usahakan. namun jangan terlalu mengharapkan 100% semuanya mentor yang nak kena buat… belajar dan berdikari…

    1. memang lah IM2 kita sibuk…
      mereka ada keje mereka untuk dibuat setiap hari…
      kalau nak belajar kena lah korban kan sedikit duit untuk masuk bengkel…
      disitu IM akan ajar kita…

      hamid buat mcm mana no 2 kecil kat atas IM tu??? โ“ (kuasa 2)

      han

  8. kalo nak berjaya dalam adsense kena ikut rentak mentor raja adsense. namun terpulanglah mana-mana mentor yang anda nak pilih asalkan ia boleh menghasilkan keuntungan yang maksima melalui mentor pilihan hati anda tersebut…

    p/s : cuba try google “apa itu pingback?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *