Home » Usahawan Internet » Hakikat 2: Anda perlu tahu bagaimana berniaga di internet

Hakikat 2: Anda perlu tahu bagaimana berniaga di internet

Baiklah, mungkin ramai yang panas telinga dengan hakikat 1 semalam. Saya terpaksa meluahkan apa yang saya simpan sebab saya sudah lama menyatakan, anda perlu tahu asas komputer dan internet, belajar dan mahirkan walaupun yang asas sebelum nak mula ebiz.

Tapi masih ramai yang datang kepada saya dengan kosong dan berharap 100% bantuan saya. Minta maaf, saya tidak dapat bantu. Ia adalah tanggungjawab anda sendiri, saya hanya tunjuk jalan, bukan mengajar caranya satu-persatu.. Ringkasan hakikat 1: Belajar asas komputer dan internet.

Ok, hakikat yang ke-2 pula. Setelah anda tahu guna komputer, faham hosting dan domain name tu apa, cpanel tu apa, ftp tu apa, forum tu apa, PHP tu apa, HTML tu apa (tahu dan faham pun dah memadai), maka seterusnya barulah kita boleh memulakan perniagaan internet. Eh, silap. Belajar dahulu baru mula. :)

Ramai yang melakukan langkah songsang dalam permulaan, sebab itu tak jadi-jadi dan tertangguh niatnya nak ada perniagaan internet sendiri. Sebelum memulakan ebiz, yang perlu adalah belajar dahulu, BUKAN mula sambil belajar. Cara ni silap dan songsang. Percayalah, kalau anda MULAKAN ebiz sambil belajar (baca dan buat), anda akan keluh-kesah, berkerut dahi, mudah kecewa dan sebagainya. Dalam bahasa modennya, tak sistematik.

Ya, inilah akibatnya melakukan sesuatu dengan langkah songsang. Dah la tak tahu asas komputer, tup tup dah nak buat ebiz. Nanti dulu, belajar dan mahirkan dulu penggunaan komputer dan internet, lepas tu BELAJAR DAN FAHAM BETUL-BETUL macam mana nak buat perniagaan internet. Haa, tu baru aliran yang betul. Bukannya sambil belajar, sambil bina perniagaan internet terus… Boleh memang boleh, tapi jika anda seorang newbie yang tersangat-sangat baru dalam bidang ini, anda akan mudah putus-asa sebab hasilnya kadang-kadang amat mengecewakan.

Belajar sikit buat sikit, ermm, bagi saya cara ni tak berkesan dan efektif. Macam belajar silat, si laksamana dah khatam ilmu dan teruji baru dapat membantu mempertahankan negara.. Sama juga dalam kes ebiz, belajar dan faham betul-betul dahulu ilmu perniagaan internet, kemudian baru mula.

Jadi, bagaimana nak belajar cara buat ebiz ni? Jangan tanya saya soalan yang asas macam ni yer. “Zul, boleh ajar saya buat ebiz?”, atau “zul, ajar saya dari A-Z pasal ebiz” atau “zul, saya baru dalam bidang ni, terang kat saya boleh?”. Anda jangan kata saya reka-reka soalan ni, saya banyak kali terima emel soalan pendek satu baris macam tu, dah lah salam tak bagi, tanya khabar ke, ni tak, terus mintak-mintak, saya nak jawab pun nak tak nak jer. ;)

Jawapan saya sama kepada soalan-soalan begitu, BELI BUKU dan MASUK SEMINAR atau BENGKEL. Mudah kan? Mesti ada yang kata, tak semestinya beli buku dan masuk seminar sahaja, ebook free kan ada. Ok, tak apa, kita tengok hakikat yang seterusnya nanti. :)

Saya bukan tak mahu ajar atau membantu, tetapi soalan sebegitu menunjukkan tiada sebarang usaha dilakukan. Nak cepat dan nak mudah. Sorry, saya sudah jemu melayan emel sebegitu dan saya jarang balas atau kalau saya balas pun, saya akan cakap pada mereka, beli buku atau masuk bengkel, atau paling kurang bagi link rujukan. Ketahuilah, ingat mudah ke nak ajar-ajar melalui emel ni? Tak efektif.

Entahlah. Saya tidak mahu bercakap mengenai soal mentaliti sebab saya bukan pun hebat sangat, tapi itulah hakikatnya terutama mereka yang banyak duit. Nak beli buku yang harganya 2,3 puluh ringgit pun berkira. Tapi kalau beli majalah entah apa-apa, tengok wayang, VCD, memang laju tak berkira. Ok stop, saya tak nak cerita pasal mentaliti, nanti orang kata saya ni penyibuk pulak.

Jadi, anda perlu belajar bagaimana cara memulakan perniagaan internet. Langkah no 1 apa, langkah kedua apa, software apa perlu ada, dan lain-lain. Bagaimana nak belajar? Ahaa, di pasaran dah ada 4 buah buku (nanti saya senaraikan) dan di Malaysia juga dah ada 5 buah bengkel dan seminar. Itu tak termasuk ebook lagi tu (memang dah banyak pun termasuk yang free). Maka, tiada alasan lagi untuk anda belajar.

TAPI! Haa, ada tapinya. Hati-hati dengan ebook yang anda download percuma di internet, ramai yang mengadu kepada saya, “zul, saya dah baca banyakkkkk sangat ebook, tapi saya blurr lah. Tak tahu nak mula!”. Aii, dah baca banyak, tak boleh nak mula-mula ebiz? Pelik tu.. Saya yang baca dua tiga buah ebook ni (betul, tak tipu – maksudnya boleh dikiralah berapa buah yang saya baca) pun boleh start ebiz, ni anda dah banyak buah baca masih terkial-kial?

Sorry to say, ramai yang tamak ilmu. Kononnya nak berjaya kena tahu banyak-banyak. Kononnya-lah… Ketahuilah, saya hanya menggunakan beberapa teknik sahaja, tetapi memberikan hasil yang lumayan setiap bulan. Bahkan satu projek tu, guna 2 cara sahaja untuk cari pelanggan. Pelik, orang yang baca banyak dikalahkan oleh mereka yang baca sikit.. Ermm? Agak-agak anda, apa sebabnya yer? ;)

Sebenarnya, saya dah bagi jawapan tu : TAMAK ILMU tak bertempat. Jika anda baru nak mula, pilih bidang yang mampu anda lakukan mengikut kepakaran anda, hobi, minat atau pengetahuan yang ada dan pilih mana-mana model ebiz (affiliate, adsense, ebook, ebay..). Kemudian, pilih satu dua teknik promosi/marketing sahaja dahulu seperti forum, blog, artikel, atau viral marketing.

Tumpu (fokus) pada bidang anda dan teknik yang anda ingin gunakan tu. Bila dah ‘pakar’ teknik-teknik tu, barulah beralih kepada teknik yang lain. Ingat, jangan tamak.. Sekarang ni saya perhati, ramai yang asyik ‘mengikut angin’, kejap myspace, kejap youtube, kejap craiglist, kejap squidoo, kejap blackhat… Hmm, nampak gaya kerjanya hanya melompat-lompat sajalah yer, bukan buat ebiz dah.. hehe.. ;)

Oklah, dah mula lari tajuk dah. Apapun, anda perlu tahu flow memulakan perniagaan internet selepas anda dah tahu perkara-perkara asas komputer dan internet. Biasanya, aliran asas membina perniagaan internet ialah:

1. Menentukan produk yang ingin dijual
2. Membina laman web
3. Menerima bayaran
4. Promosi

Setiap satu perkara, anda perlu pelajari dan memahaminya.. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika anda sudah tahu membina laman web, maka di langkah ke-2 di atas, anda dengan senangnya dapat membina laman web dan inilah yang saya katakan, anda akan mudah membina perniagaan internet tanpa ‘stuck’, ‘blurr’ atau tertangguh! Sebab tu saya kata, belajar asas komputer dan internet dahulu kalau nak mudah bina perniagaan internet.

Nasihat saya sebelum terlupa, rujuk ebook yang betul-betul mudah difahami sebab banyak ebook di internet ni. Ada yang lama, ada yang baru, ada yang lengkap, ada yang ok, ada yang tak ok. Inilah dunia tanpa batasan, semua ada. Maka saranan saya, dapatkanlah produk berbayar. :)

Biasanya produk yang perlu bayar ni ok, tersusun dan ada mutu. Saya tak nak cakap banyak pasal free atau berbayar ni, sebab saya dah mengulasnya sebelum ini. Terserah kepada anda lah yer.. Tapi bagi saya, produk berbayar tetap nombor satu.

Kesimpulan hakikat 2: Belajar membina dan melakukan perniagaan internet. Faham dahulu dan baru lakukannya. Bukan belajar sambil buat, TETAPI belajar dahulu sampai faham, kemudian baru buat. Ingat, kita nak buka bisnes. Perniagaan ni bukan benda main-main ok. Maka, faham dulu adalah amat penting sebelum memulakan sebarang tindakan.

Sekian.

Senarai Buku Perniagaan dan Pemasaran Internet (bahasa Melayu) :

1. Rahsia Buat Duit Dengan Internet (RBDDI) – SaifulSham.Com *

2. Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar – Dr. Irfan

3. 15 Teknik Internet Marketing Efektif – Fuad Latip

4. Klik Untuk Kaya : CEO Cyber – Rosli Jamal

* Saya dah baca semua buku di atas. Semua ada kekuatan masing-masing. :) Tapi, kalau anda baru nak mula, saya cadangkan anda beli buku RBDDI. Ada di kedai buku atau boleh beli terus di laman web http://www.saudagar.com.my. Bila dah khatam dan faham buku tu, dapatkanlah pula buku lain pula (boleh beli di internet atau di kedai buku). Semuanya bagus-bagus..

Senarai Seminar/Bengkel (klik pada link) :

1. Workshop Jutawan Internet – Dr. Irfan

2. Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet – SaifulSham.Com

3. Bengkel 3 dalam 1 – Osman Affan

4. Bengkel EbizMalaysia – EbizMalaysia.Com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. juragan niaga says:

    a’kum,

    pada pendapat sy apa yg zul postkan ini memang terserlah kebenarannya. Sy kata begini psl sy ada buat apa yg zul ceritakan di atas “tamak ilmu tak bertempat” (terkena batang hidung sendiri). tp itu cerita dulu la, skang ni sy fokus pd satu je (terus membaca apa yg ada dlm blog zul ni). Sy cuba ikut step by step apa yg telah zul suruh dlm panduan asas tu dan apa yang disarankan dlm blog ini. thanks zul

    mengenai perkara asas komputer dan internet tu, memang patut kena tahu dan belajar. dari pengalaman sy, sememangnya ebook/buku yg dibeli lebih memberikan kepuasan dan yang lebih penting banyak maklumat khusus yg dapat diperolehi. jika nk dibandingkan dengan ebook free, banyak kekurangan dan terlalu am walaupun masih boleh dijadikan sumber rujukan.

    oh ya, sy pun ada beli 2 buku yang zul senaraikan tu. memang best dan anda patut ada buku2 yg zul sarankan tu.

    • abdfatah says:

      kalo dah banyak memang tak tahu nak mula kat mana sebab semuanya nak kena faham satu persatu. berbeza sekiranya sedikit dan faham apa yang perlu dilakukan untuk bermula…

      kalo jawab soalan peperiksaan sebelum membaca soalan bleh dapat jawab dengan tepatkah??

    • Han says:

      kalau benda percuma tu, tahu-tahu jelah…
      takkan nak bagi yang baik2 punya…

      kalau nak yang baik kenalah beli…
      semua tu bernilai tu…

      han

  2. cume buku chef li jer saya belum baca.. mula2 sekali saya baca buku irfan khairi.. hehehe.. maklumlah.. nak tahu, apa rahsianya.. hehehe.. lepas tuh saya beli buku saiful sham.. memang menarik.. lepas tuh terjumpa pulak buku fuad latip dan buku chef li.. tapi duit cuma cukup untuk satu buku jer.. hehehehe.. timbang punye timbang beli buku fuad latip dulu.. cara dia ulas setiap langkah tuh, memang macam buku panduan.. dan mudah difahami..

    • abdfatah says:

      cukuplah 2,3 bijik buku tersebut untuk mereka yang serius untuk bermula berniaga dalam internet. tatkala dah berjaya memulakan perniagaan internet barulah memulakan langkah belajar menda lain yang seangkatan dengannya…

    • Han says:

      saya hanya beli buku DR irfan je…
      yang lain kebanyak ebook…

      rasa2 nak beli juga buku tu…
      tapi nak tengok pada isi tak boleh buka…
      takut2 beli nanti terlalu asas…
      so kena lah cari yang tahu isi kandungan buku tu baru saya beli…

      han

  3. tuan says:

    Promosi Sape nak free hosting
    100 MB
    1 GB jalurlebar

    Boleh la sape nak cuba buat blog..

    nak email la saya @t info[@]guide.edu.ms

    Ps: Utk rakyat malaysia sahaja.

  4. Galadriel says:

    tuan,
    Tolonglah post iklan kat wangcyber.com/forum.
    Blog ni adalah tempat kita berdiskusi. Zul pun ada sediakan ruang Direktori Web kat atas sana.

    Balik pada topik…

    Zul,
    ni posting yang memang patut ditulis pun!
    Ramai bercita-cita tinggi tapi tak mahu usaha dan tak sanggup luangkan masa, tenaga dan wang untuk berjaya.
    Ramai lagi sanggup take short-cuts dan akhirnya rugi…

    Kak Galadriel.

    • abdfatah says:

      shortcut dah ada, cuma kena tahu mana satu nak pilih. dan pilihannya telah ada untuk bermula. dari itu kita boleh mulakannya langkah demi langkah tanpa tamak haloba…

    • Han says:

      take short-cut kadang2 betul dan kadang2 tu tak betul…
      kalau nak short-cut beli ebook betul lah…
      kalau nak short-cut join skim cepat kaya, memang tak betul sepenuhnya…

      han

  5. hapisol says:

    tq for info;

    alhamdulillah, saya dah miliki buku ini;

    1. Rahsia Buat Duit Dengan Internet (RBDDI) – SaifulSham.Com *
    2. Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar – Dr. Irfan
    3. Klik Untuk Kaya : CEO Cyber – Rosli Jamal

    dan hadiri seminar ini;

    1. Workshop Jutawan Internet – Dr. Irfan

    hujung thn ni akan hadiri bengkel ini pula;

    1. Bengkel EbizMalaysia – EbizMalaysia.Com

    ok ka?

  6. hustlesoft says:

    betul ke ..kepada mereka2 yang dah tau mengenai komputer atau internet juga student yang belajar komputer memang merupakan satu bonus buat mereka . kerana secara tidak langsung ianya memudahkan proses untuk memulakan perniagaan internet . jangan harapkan kat smartzul saja ..banyak lagi koje dia nak buat .. :)

    • abdfatah says:

      aahaaa… banyak sangat soalan yang nak kena jawab nanti. nampak gayanya kena layan soalan forum smartusaha aje laa. tak terbuat dan tak terlayan laa kalo banyak sangat soalan yang hendak dilayan…

      layaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan….. zaassssssssssssssssssssss….!

    • Han says:

      em..betul tu…
      tanya apa yang patut je…
      jangan nak meleter banyak2 pula…hehe

      han

  7. hustlesoft says:

    yg kat atas tu bukan betul ke ..tapi betul tu …sory taip mistake ..hehehehehe

  8. Yap sokong 100%.. Saya dah baca kesemua buku tu.. Untuk kursus ebiz dah g kursus Dr.Irfan.. Tengah planning nak ikut bengkel ebizMalaysia & Saifulsham.com. Nak berjaya jangan dalam ebiz nie tak boleh kedekut :-) .

  9. tasyacyber says:

    saya ni budak baru belajar….mana nak dpt buku 15 teknik internet marketing efektif, fuad latip tu ye? Saya di Sg. Buloh, Selangor…mana kedai yang terdekat? Tengah minat ni…

    Buku Chef Li dan Rosli Jamal tu dah beli dah…tengah timba ilmu secara sendiri bila free, almaklum keje…

  10. batagolek says:

    memang betul zul, saya pun alami masalah sama bila berdepan dgn klien yg mmg buta IT dan newbies…kadangkala rasa nak mengalir air mata kerana kita terpaksa terang satu2, dari A-Z…harapan supaya mereka tak keliru dan pilih jalan salah nanti, join program ntah apa2 tapi last2 bila mereka give up kerana banyak sgt nak kena belajar, mereka balik semula join skim2 cepat kaya…

    macam roda..zul, banyak saya belajar dari u…ebook wordpress tu banyak membuka mata saya, dan melihat potensi wordpress …kalau ada lagi ebook2 yang berkualiti dan bagus dari zul, mmg saya akan beli lagi… cuma sekarang ni saya sedang belajar sket2 cara nak customize design sket2, jadi cam gobala punya/yaro starak punya, suka tengok camne depa design tu…kalau zul ada add on bagaimana utk design slow2, ok..;)

  11. Amer says:

    Bila bercakap mengenai cara nak kaya, semua nak. Tapi bila bercakap mengenai modal yang perlu dikeluarkan, semua tarik muka. Saya pun dulu begitu. Tapi bila memikirkan kualiti dan nilai yang diperolehi berbanding harga yang dibayar, saya rasa tak ada masalah. Cuma mungkin faktor masa membataskan :-)

    • abdfatah says:

      ramai yang terpikat nak cepat kaya, maklumlah duit masyuk cepat dan senang dapat. kalo belajar menda2 sedemikian rupa memang liat nak kuarkan modal… modal untuk skim cepat kaya cepat pulak boleh dikuarkan… nak senang cepat punya pasal malas pulak nak layan perkara teknikal dalam perniagaan internet…

      • Han says:

        modal untuk skim mereka boleh keluar kan sebab ingat dapat balik modal dengan cepat…bahkan skim tutup lagi cepat…hehe…
        kalau suruh buat bisnes internet dan keluar kan modal, ramai yang tari muka…entah lahh…

        han

  12. abdfatah says:

    wohooo… cabaran kepada mereka yang abru nak mula. memang kena belajar langkah demi langkah. kalo dah bagi joran kena belajar cara nak handle joran tu dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan ikan pilihan hati anda.

    menda ebiz sambil menyelam minum air memang takkan menghasilkan apa-apa yang bermanfaat tatkala anda berdepan dengan masalah teknikal yang tak reti nak selesaikan sendiri.

    anda dah tentu akan rasa kecewa dan putus asa. ini yang tak best punya citer… yang bestnya kena step by step… jika tidak, jawabnya adalah lingkup laaa masa depan ebiz anda…

    sekian terima kasih… :lol:

  13. Han says:

    hah..
    nak belajar ebiz, bukan senang…
    kita kena belajar dari bawah…
    kalau terus keatas, mesti pening kepala punya…

    bila dah pening kepala, mulalah malas…
    bila dah malas mulalah nak putus asa…
    bila dah putus asa, makna nya bye bye la jawab nya…

    han

  14. abdfatah says:

    belajarlah dengan cara yang sistematik mengikut apa yang telah disarankan oleh mereka yang telah berjaya. nak berjaya ke tidak?

    kalo tak nak… jangan ikut laaa…

  15. hariharuduit says:

    saya nak berniaga dalam internet tapi tak tahu cara………….

    • smartzul says:

      Mulakan dengan membaca. :)

      InsyaAllah, boleh baca artikel-artikel di blog ini dan juga di blog usahawan lain.

      Kedua, buang perkataan tidak tahu itu (limited belief) dan tukar kepada saya berusaha untuk memahirinya atau mempelajarinya. Dengan mindset ini, baru mudah untuk belajar dan memahami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.