Hakikat 14: Perniagaan Internet, tak semudah disangka

Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya.

Akhirnya, kita sudah sampai ke hakikat 14 mengenai perniagaan Internet. Daripada hakikat 1, saya telah banyak menyatakan hakikat-hakikat yang ada dalam perniagaan Internet sama ada dari segi pro dan kontranya. Mungkin tulisan saya nampak lebih kepada ‘berleter’ tetapi itulah hakikatnya, saya tak mahu simpan apa yang patut diberitahu.

Kali ini, saya akan ulangi lagi apa yang telah saya pernah sebut dahulu, perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Ye ker zul? Habis, kenapa ramai yang kata, “buat duit mudah dengan perniagaan internet!”?? Ya, betullah tu, mudah bagi mereka yang dah ada asas komputer, Internet dan juga pengetahuan ebiz.

Ingin saya tekankan, apabila saya kata belajar dan ambil tahu tentang sesuatu perkara, bukanlah bermaksud anda perlu belajar secara mendalam. Cukuplah dulu asas dan tahu guna, itu sudah memadai, dan teruskanlah belajar dan belajar… Orang kata, pandai-pandailah fikir apa yang patut, sebab anda perlu ukur baju di badan sendiri.

Perniagaan Internet memerlukan anda paling kurang ada asas ilmu perniagaan dan keusahawanan serta ilmu komputer dan Internet. Ramai yang terjun ke bidang keusahawanan Internet adalah semata-mata nak lari daripada kerja dengan bos yang garang, nak bebas, atau sebab nak cari duit tambahan. Ingin saya nyatakan bahawa, perniagaan bukanlah semata-mata jalan keluar untuk anda lari daripada semua masalah itu.

Jika anda bermasalah di tempat kerja, maksudnya anda ada masalah dengan kerja anda. Jika tak suka bos, cuba buat permohonan tukar ke Jabatan lain atau cari kerja lain. Tak semestinya perniagaan adalah jalan keluar dan sesuai untuk anda. Ramai yang gagal dalam perniagaan sebab mereka berniaga atas dasar nak kebebasan, padahal mereka tak pandai berniaga atau tak ada jiwa usahawan walaupun mereka tahu menggunakan Internet.

Saya berpesan akan hal ini kerana, ia adalah untuk masa depan anda. Tak semua orang sesuai berniaga, tetapi mereka lebih sesuai bekerja makan gaji. Ramai yang bermasalah dengan bekerja adalah kerana tak bekerja dengan baik. Anda jangan ingat, dengan berniaga anda akan bebas. TIDAK! Malah, anda perlu lebih kuat bekerja apabila melakukan perniagaan. Hal ini anda perlu tahu. Buat ebiz secara part time? Boleh. Tapi part time atau full time pun, anda tetap kena ada ilmunya. 🙂

Jika anda masih bekerja dan ada hasrat nak berhenti kerja, lupakan niat anda itu. Anda ada keluarga untuk disara, itu tak termasuk lagi nak sara diri sendiri, duit minyak, duit rumah, makan minum, duit kereta dan pelbagai lagi. Itu tak kira lagi kalau anda sudah beristeri dan beranak-pinak.

Jangan berhenti kerja kerana belum tentu dengan berniaga anda dapat lari daripada masalah dan kaya cepat. Bekerjalah dengan baik dan rancanglah apa yang patut anda lakukan untuk tambah pendapatan seperti melalui Internet. Syukur kepada Allah dengan teknologi Internet ini, anda boleh automasikan perniagaan Internet, malah hanya perlu luangkan sejam dua sahaja sehari di internet.

Anda mungkin tak perlu jual produk sendiri, tetapi sertailah program affiliate yang begitu banyak sekarang. Sebagai contoh, program affiliate Pakej Kit Blogger yang komisen untuk satu jualan ialah sebanyak RM20. Sekali lagi, ia nampak mudah, tapi anda tetap juga perlu belajar bagaimana nak melakukan program affiliate dengan berkesan dan berhasil.

Ok, tulisan di atas menjadikan contoh orang yang makan gaji yang nak berhenti kerja, pesan saya jangan berhenti kerja dan terus terjun dalam ebiz. Ia tak mudah disangka.

Tak kisahlah siapa anda, pastikan diri anda dah betul-betul bersedia nak berniaga baru buat. Dah ada motivasi, dah ada ilmu perniagaan (asas) termasuk keusahawanan, tahu guna komputer dan Internet dan sudah semestinya tahu cara nak buat perniagaan Internet.

Kebanyakan orang yang buat ebiz, mereka terus terjun. Mereka terus asyik bersibuk-sibuk belajar trik, taktik dan teknik, tapi mereka tak kisah motivasi, tak mendalami asas keusahawanan dan tak faham dulu asas perniagaan Internet. Akhirnya, taktik tinggal taktik, trik hanya tinggal trik. Apabila gagal, barulah mereka terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah sebab aku gagal?? Baru mereka sedar, tapak dan asas yang penting mereka tak pedulikan. Tak percaya apa yang saya cakap?

Ok, cuba anda belajar apa sahaja satu topik tentang taktik atau trik TANPA anda belajar bagaimana nak urus perniagaan. Buat dalam beberapa bulan dan lihat hasil perniagaan anda. 😉 Ramai sangat yang saya lihat, usahawan Internet begitu fokus kepada taktik dan teknik sehingga mengabaikan erti perniagaan yang sebenar. Sebab apa ini terjadi? Siapa boleh jawab? Saya boleh jawab, tapi tunggu tulisan (artikel) saya yang akan datang. 🙂

Akibat satu faktor, ramai usahawan Internet menyangka apabila mereka buat duit ribu-ribu, maka mereka adalah usahawan Internet yang hebat… Kononnya… Saya telah pelajari satu pengajaran yang amat bermakna sekali akan hal ini. Saya akan kongsi kelak, bukan esok, bukan lusa. InsyaAllah, jika diizinkanNya, saya akan kongsi jika berkesempatan. Cuma pesan saya kepada bakal usahawan Internet dan juga kepada usahawan Internet sedia-ada, lakukan semakan, ADAKAH ANDA USAHAWAN YANG SEBENARNYA?

Akhir kata, jangan ingat perniagaan Internet itu hanya sekadar buat duit semata-mata dan jangan fikir ia semudah ABC.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Hakikat 14: Perniagaan Internet, tak semudah disangka

  1. Betul tu Zul tidak semudah yang disangkakan… Rasanya Dr. Irfan dahulu pun berkerja juga sehingga pendapatan internetnya melebihi gajinya barulah beliau mengambil keputusan untuk melakukannya sepenuh masa.

  2. Memang bisnes internet tak semudah yang disangka…
    Yang ada ilmu + minat + usaha boleh berjaya…
    Kalau tak, tersungkurlah jawabnya…

  3. Ya.. bukan mudah untuk berniaga ni. Banyak ‘seninya’. Mekasih Zul.. saya baru dapat RM pertama dari internet iaitu dengan affiliate kit blogger Zul tu.
    Gembiranya.. harap dapat kekalkan semangat ushawan saya ni.. amin 🙂 .

  4. Ramai orang menyangka mereka boleh kaya cepat melalui internet.
    Ramai juga yang ambil kesempatan buat bisnes atas dasar ini.
    Hakikat yang sebenarnya adalah seperti yang smartzul cuba jelaskan.
    Hakikat yang dinyatakan adalah dari hatinya sendiri(I can feel that).

    Mereka yang nak kaya harus ada ciri-ciri berikut. clik sini

  5. hi Zul, shueqry here..wow! another good post from Zul! betul apa yg Zul tulis dalam blog ni..saya juga dulu bermula part time, then bila income part time saya melebihi gaji full time, saya beranikan diri untuk meletak jawatan dari Astro Kota Kinabalu sebagai Customer Service Officer ( memula jual eBook pakai line internet kat office tu! hehe.. )

    gaji kat sana memang besar, tetapi, saya nak buat apa yang saya minat, bisnes, komputer dan internet di samping nak meluangkan lebih masa gi swimming, membaca dan main muzik…dengan jual eBook diperingkat awal, tak sangka minat mendalam pada sukan renang memberi saya income (oppss, saya terpaksa bagitau, ni niche market saya! ). Lepas baca buku Corey Rudl dan Irfan Khairi, saya ikut apa yang dikatakan dalam kedua-dua buku tu, “do what u love first and money will comes later”..

    Satu peringatan yang baik dari Zul. Memang kena muhasabah diri terlebih dahulu, sebab apa buat bisnes online, sama ada nak kejar duit, minat mendalam atau mahu beri peluang pada diri untuk menjadi usahawan. Internet hanya satu medium. Ada 1001 cara buat duit melalui internet, tetapi saya memilih untuk jual produk sendiri. Bagi saya bisnes ini didorong oleh minat, lebih-lebih lagi lepas baca buku Irfan Khairi. Thanks pada Zul, sebab sudi berkongsi ilmu dan motivasi di blog ni. Satu hari nanti, maybe kita boleh bersua muka. 🙂 Hidup Zul !

  6. betul zul;

    bagi saya, selagi dlm akaun ASB belum ada RM1,000,000
    dan pendapatan sebulan RM100,000
    saya takkan berhenti kerja.
    lagipun saya gembira dgn pekerjaan saya skrg ni,
    disamping buat ebiz pada waktu mlm/masa lapang.

  7. Yup Zul… Great topic! Memang ramai yang saya dengar nak terus brenti kerja bila terjumpa satu peluang bisnes. Saya ceburi biz part time dah hampir 6 tahun termasuk ebiz ni yg baru bermula. Tak yah lah crita biz sebelum ni :).
    Bagi saya, saya ada target sendiri. Memang saya nak buat biz full time suatu hari nanti. Dah lama saya merancangnya. Cuma belum diizinkanNya.
    Antara matlamat saya sebelum buat ebiz ni full time, nak pastikan dulu duit dlm ASB maksimum. At least kalau income biz time jatuh, duit ASB boleh cover. Berkenaan ASB boleh juga baca buku Azizi Ali. Income dari ebiz mesti jauh meninggalkan income gaji pekerjaan saya. Itu antaranya. Then barulah boleh buat biz full time. Tidak perlu kalut2. Azizi Ali pun jutawan walaupun masih bekerja…

  8. JIka anda adalah pekerja sektor awam atau swasta…JANGAN BERENTI KERJA!!! Lakukan ebiz secara sambilan dulu..belajar dari basic kalau anda adalah newbie. Belajar sikit2. Jangan tergopoh-gopoh. Biar lambat salkan apa yg anda harapkan membuahkan hasil yang memuaskan.

    Cari peluang untuk tambah ilmu dalam bidang perniagaan dan internet. Jangan lupa juga MOTIVASIkan diri untuk berjaya.

    AWAS!!! jangan nak jadi KAYA CEPAT, anda masuk skim pelaburan di INTERNET yg HARAM!!! Pelaburan yang perlukan modal sedikit sekitar USD20 hanya nak kaburkan mata dan butakan hati kita sahaja. Nasihatlah kawan2 yg terlibat dalam skim pelaburan intenret yg tak psti hukum halal haram nya.

    Binalah perniagaan intenet anda sendiri yang halal. selamat dunia akhirat.

    IKHLAS…

    1. berhenti kerja tu bahaya juga tu…
      bisnes pun belum kukuh lagi dah berhenti kerja…
      memang cari nahas…

      kalau dah kena buang kerja tu memang tak boleh buat apa lah…
      cuba cari kerja lain atau buat perniagaan internet ni betul2 mcm zul…
      beribu2 sebulan…hehe…

      han

  9. memang bukan mudah nak mulakan perniagaan internet nih. nak kena belajar dan nak kena mengharu-birukan dahulu minda dengan istilah perniagaan internet dan macam-macam citer yang berkaitan dengan perniagaan internet.

    sekiranya rasa teruja yang amat sangat nak berniaga dalam talian dan secara serta merta nak berhenti kerja, bermakna tiada lagi sumber kewangan yang dapat anda perolehi untuk biaya ebiz anda. mana nak cari duit tambahan lagi kalo duit dah habis, ebiz pulok tak menjadi…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *