Hakikat 13: Jika anda ‘newbie’, istilah 3 atau 7 hari mungkin mustahil

Jika anda amat baru dalam bidang perniagaan internet, istilah membina perniagaan internet dalam masa 3, 5 atau 7 hari mungkin ia mustahil bagi anda. Maksudnya, proses membina sebuah perniagaan internet dalam masa singkat sedikit sukar bagi anda.

Ok, jangan sedih dan kecewa dengan pernyataan saya ini. Tujuan hanya satu, ingin menyatakan kebenaran. Ramai orang termasuk saya, sering mengatakan perniagaan internet itu mudah, bahkan kami sering mengatakan buat itu dan ini, begitu mudah kami berbicara kan? Ia betul, bukan sebarang cakap, tetapi untuk anda yang baru nak berkecimpung, asas teknikal tak ada langsung, hosting dan domain pun tak tahu, nak guna komputer pun TAK TAHU, itu belum lagi internet, guna jarang-jarang sekali…

Maka, mustahil anda boleh membina perniagaan internet dengan mudah. Bahkan tak berguna pun anda tahu teknik-teknik advance ebiz (teori je laa..) kalau tak tahu sangat komputer dan internet.

Maka, sebab itulah saya nyatakan selalu, orang-orang yang tak tahu asas komputer dan internet, BELAJAR DULU perkara-perkara yang berkaitan agar tahu menggunakannya. Sebaliknya, BUKAN terus belajar atau nak bina perniagaan internet. Ramai yang berminat, bahkan sudah ramai yang bertindak untuk membuat duit di internet, tetapi sedih, teramat sedih, mereka tak tahu sangat guna komputer dan internet. LAGI SEDIH apabila mereka menunggu orang lain suapkan untuk mereka tanpa mereka tidak berusaha.

Namun, tidak semua begitu. Saya amat kagum dan mengucapkan syabas kepada mereka yang tak kenal putus-asa dalam mempelajari hal-hal teknikal (penggunaan perisian, internet dan yang berkaitan) untuk melakukan perniagaan internet sendiri. Sebagai contoh, ada pembeli-pembeli ebook saya mereka begitu cekal membina blog sendiri walaupun mereka begitu kekok dengan komputer dan dunia internet. Berkat kesabaran, mereka telah mendapat hasilnya. Anda? Adakah begitu juga seperti mereka? Jika ya, syabas. Jika hanya menunggu bulan jatuh ke riba, maafkan saya, saya tak dapat bantu! πŸ™‚

Ramai yang bertanyakan kepada saya, zul, saya amat zero sangat-sangat tersangatlah pasal IT dan internet ni, tapi saya amat-amat teramat nak buat perniagaan internet. Jawapan kepada persoalan ini saya dah nyatakan banyak kali, satu sahaja jalannya yang perlu anda buat dahulu. BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET sebelum anda berkecimpung dalam dunia ebiz ini. Tak kisahlah anda nak buat adsense ke, affiliate, resell rights, produk sendiri, shopping cart ke apa, anda WAJIB tahu asas-asas komputer dan internet yang diperlukan.

Jika tidak, susah.. Sekali lagi saya ulangi kepada yang tak tahu atau masih kurang ilmu komputer dan internet, BELAJAR DAHULU komputer dan internet. Ketahuilah, ia adalah kunci pertama untuk pintu perniagaan internet. Tak tahu atau tahu sikit sangat perkara itu, anda amat sukar nak membuka pintu perniagaan internet. Percayalah…

Jadi, kalau anda nak tanya saya atau mengadu kat saya, “zul, saya tak tahu komputer”, “zul, saya tak pandai internet”, “zul, saya nak buat ebiz, tapi tak tahu buat laman web”… Maka, jangan emel saya dengan soalan-soalan sebegitu. Sebab saya dah bagitahu jawapannya di sini: BELAJAR. Tak ada cara lain selain belajar perkara teknikal tersebut, dan jalan untuk belajar yang paling efisyen adalah bukan hanya melalui buku, tetapi masuklah kursus komputer dan internet, saya rasa berlambak-lambak di seluruh Malaysia ni.

Kalau anda staf kerajaan, saya yakin, anda banyak peluang untuk memilih dan mengikut kursus-kursus teknikal sebegini (asas komputer, cara baiki komputer, bina laman web, dan lain-lain) secara percuma, siap makan minum lagi. Saya tahu, sebab saya pernah kerja kerajaan (part-time), kursus sebegini nak tak nak sahaja. Tapi sedih, ramai yang malas nak belajar walaupun percuma.. πŸ˜‰ Kalau ambil pun, nak cukupkan syarat semata-mata. Mungkin anda yang kerja kerajaan tahu apa yang saya maksudkan.

Yang kerja swasta pula, saya tak tahu lah macam mana, tapi secara asas untuk semua orang, masuklah kursus berbayar atau kalau nak jimat sangat, beli buku yang begitu banyak di pasaran mengenai komputer dan internet. Atau cara lain, upah individu tertentu untuk latih anda secara personal.

Carilah student universiti yang ambil sains komputer atau yang tengah menganggur tu dan bayar mereka untuk ‘train’ (latih) anda guna komputer dan internet. Nah, nak 1001 jalan ada kan? Ada duit, beli lah buku, masuklah kursus, tak perlu membazir benda yang tak perlu untuk hidup kita. Jadilah orang yang pandai urus duit, bukan membazir duit.

Sedikit kisah saya, semenjak sekolah menengah lagi, saya teramat minat bidang komputer dan elektronik. Duit yang ada, saya simpan dan beli majalah komputer iaitu majalah pc terbitan karang kraf. Setiap hari Khamis, saya beli sisipan akhbar Megabait. Satu demi satu saya beli sehingga bertimbun di rumah sehingga saya bawa juga ke universiti! Saya ulang dan ulang baca tanpa jemu (tapi sedih, member pinjam tak pulang-pulang sampai sekarang!!).

Masa sekolah, saya tak ada komputer lagi di rumah. Kali pertama menggunakan komputer adalah semasa tingkatan 4. Itupun jarang-jarang, bergantung kepada kebenaran guru. Nak ikut kursus komputer, tak mampu. Di rumah, tak ada komputer atau internet. Tapi, sebab nak tahu sangat, saya hanya baca dan berangan-angan dalam kepala sahajalah seolah-olah saya ada komputer. Saya pernah buat lawak dengan ibu saudara saya, “nak beli pc tak mampu, tak apa lah, beli sikit-sikit lah, ada keyboard saja dulu pun takper!”.

Saya belajar komputer secara TEORI (baca sahaja), saya labur duit beli majalah pc dan… Pada suatu hari, saya terbaca satu tawaran kursus komputer secara percuma. Bayar RM5 jer kalau nak sijil. Apa lagi, saya rebut peluang itu dan saya belajar cara guna komputer terutama aplikasi komputer. Semasa di sekolah pula, saya guna komputer semasa kelas subjek Rekacipta (subjek SPM) dan curi-curi guna (tapi dengan izin laa) untuk aplikasikan apa yang saya tahu, apa yang saya baca, hehe..

Paling tak dapat lupa, saya tak mampu nak beli sebuah buku aplikasi komputer, ya laa, sekolah lagi. So, apa yang saya buat, saya hanya mampu belek-belek sahajalah buku tersebut di kedai buku berulang-ulang kali. πŸ™ Di perpustakaan sekolah, satu buku pun tak ada pasal komputer..

Kini, saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya sudah ada komputer (bukan hanya keyboard ok!) ;). Saya juga sudah tahu guna komputer dan internet. Cerita tadi adalah 10 tahun yang lepas! πŸ™‚ Bila kenang kembali, rasa sedih dan gembira pun ada. Ia adalah usaha saya dan sudah semestinya atas kehendak Ilahi. Tapi Allah telah berpesan, hanya yang berusaha sahaja akan berubah (maju) dan mendapat hasilnya.. πŸ™‚ Adil bukan?

Yang rajin belajar, yang sabar, yang kuat usaha, Allah sentiasa bersama mereka. Persoalan di sini, adakah anda sanggup bersabar belajar dalam masa yang lama? Saya ambil masa hampir 10 tahun sejak saya kenal komputer untuk sampai ke tahap ini. Tapi…. Jika anda baru kenal komputer dan internet semalam dan terus nak pandai hari ini, fikirkan kembali kehendak anda itu.

Belajarlah dengan sabar dan jangan kedekut untuk membelanjakan duit untuk membeli buku atau masuk kursus. Jika ketika saya sekolah dulu boleh buat, anda yang bergaji beribu (lagi-lagi bujang!) kedekut nak beli buku atau nak jejak kaki ke kedai buku pun sekali-sekala, anda patut malu kepada seorang budak sekolah yang bukan dari keluarga yang senang —> saya la tu. πŸ™‚ Kalau dia boleh usaha sikit-sikit dan sabar, mengapa anda tak boleh? Saya anak orang susah… Tapi saya nak ubah diri dan hidup keluarga saya. Sebab itu saya usaha kuat.

Ok, stop kisah saya, kita sambung kepada topik asal.

Jadi, selepas anda tahu asas-asas komputer dan internet terutama cara membina laman web, asas domain name dan hosting termasuk cara guna cpanel, cara upload file ke server, cara guna winzip dan sebagainya, maka barulah mudah kerja anda untuk melakukan aktiviti perniagaan internet… Saya bercerita ini berdasarkan pengalaman saya, bukan main cakap-cakap dan saya tujukan ini kepada individu ‘one-man-show’ iaitu si usahawan internet atau mereka yang buat semua kerja, tak upah orang atau tak ada rakan niaga.

Pesan saya kepada newbie, usahlah anda perhabiskan duit untuk beli ebook atau buku atau course yang tahapnya advance, TANGGUH DAHULU. Mahirkan diri anda dengan asas komputer dan internet dahulu. Mahirkan dahulu, fahamkan dahulu, cuba dulu, belajar, belajar, belajar….. Percayalah, kalau anda dah tahu guna komputer dan internet macam membina web, asas HTML dan perkara berkaitan, anda akan mudah membina dan menjalankan perniagaan internet.

Lebih kurang 90% (atau 100%?) kerja-kerja perniagaan internet akan melibatkan penggunaan perisian, komputer dan internet. Kalau tak tahu benda ni semua, anda susah untuk bergerak lebih jauh. Hmm, kalau boleh saya nak ulang 1000 kali, belajar, belajar dan belajar. Beli buku, masuk kursus intensif, cari coach/trainer dan lain-lain. Itulah sahaja cara yang efektif. Kalau hanya belajar melalui emel, tanya-tanya, ya, ia boleh, tetapi agak lambat dan susah untuk anda fahami. Belajar lah yer, jangan hanya fikir mudah.

Kebanyakan orang, hanya nak hasil cepat, tapi tak nak bersusah dahulu termasuk melaburkan sedikit wang untuk belajar.. Maafkan saya, jika anda seorang pemalas atau tak nak berusaha lebih, saya beritahu awal-awal, saya tak dapat bantu anda. Bahkan kadang-kadang, saya tak bersemangat nak membantu jika apa yang saya dah pesan banyak kali, anda endah tak endah. Selain itu, belajarlah cara bertanya dengan baik dan tanyalah soalan yang patut ditanya.

Jika soalan anda begini, “zul, macam mana nak guna cpanel?”, “bagaimana nak upload file?”. Saya kadang-kadang serba salah nak menjawab. Bagaimana lagi cara nak guna kalau tak dengan belajar? Lain jika anda bertanya, “zul, ada tak panduan atau laman web untuk saya rujuk cara guna perisian ni?”. Haa, yang ni saya tak kisah. Bahkan lagi pelik, benda yang sudah ada pun, masih ditanya lagi.

Sebab apa? Sebab nak cepat, rujukan yang kita bagi, tak dibaca. Jadilah seorang yang bijak dalam bertanya… Bukan apa, ia memudahkan anda, dan memudahkan orang lain juga. Bertanya untuk ilmu, tak sama memesan burger istimewa yang kita siap bayar sahaja (“bang, burger special satu!”). Ilmu itu perlu didatangi (kena usaha), bukan ia datang kepada kita.

Jika anda seorang yang newbie (oh, ada yang tak tahu apa itu maksud newbie??, ok ok, newbie ni secara mudah orang yang baru sangat-sangat nak buat sesuatu, banyak tak tahu..), maka datanglah selalu ke blog smartusaha.com ini. InsyaAllah, saya tak akan tulis sangat perkara-perkara teknikal dan begitu mendalam. Target saya adalah anda. Nak bantu mereka yang baru nak mula. Bantu buat ke? TIDAK. Tapi bantu dari segi panduan yang mudah difahami, insyaAllah.

“Yang akan merubah diri anda adalah diri anda sendiri… Allah hanya ubah nasib orang yang ada usaha sahaja. Ada usaha, anda akan melangkah lebih jauh. Tak ada usaha dan takder sabar, i’m sorry…”. πŸ˜‰

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Hakikat 13: Jika anda ‘newbie’, istilah 3 atau 7 hari mungkin mustahil

  1. Betul tu Zul kalau boleh mintak dekat majikan cakap nak pergi kursus komputer. Paling kurang pun beli lah majalah PC (majalah kegemaran saya) kalau terjumpa keluaran yang saya takde yang lama-lama punya dekat pasar saya akan beli.

  2. Majalah PC.. Saya memang langgan majalah nie. Susah nak cari kat kedai sekitar melaka. Selalu habis! La ni langgan lagi senang. Betul ape yang zul cakap tu.. Saya sampai kini tak habis-habis lagi nak belajar pasal komputer nie. Salah satunya minat dan yang keduanya, nama pun perniagaan internet.. tiada asas macam maner nak buat berniaga tu πŸ™‚ .

  3. Memang teramat nya benar…hakikat utk berjaya kena BELAJAR.
    Semua perkara kena belajar.Apatah lagi komputer & internet.Sentiasa berlakunya
    pembaharuan.Yg dah pandai pun kena mengejar & sentiasa adanya proses pembelajaran.Apatah lagi cam saye yg baru mengenal komputer & internet….

  4. Dalam kehidupan zaman sekarang, semuanya hendak cepat, hendak segera. Kadang-kadang ada tempatnya kita perlu cepat atau segera begitu juga sebaliknya.

    Bagi saya, kita ikut suasana, kita kena think smart.

    Proses pembelajaran Komputer bukan mudah dan mengambil masa yang panjang.

    Contoh.
    1. Anda kena pelajari ‘Hardware’
    2. Anda kena mahir dalam banyak ‘Perisian’
    3. Anda kena mahir dalam bidang ‘programming’
    4. Anda kena mahir dengan ‘server’, ‘networking’
    5. Anda kena mahir dalam bidang ‘web traffic-internal/external’
    barulah anda jadi pakar internet.

    Untuk jadi pakar bisnes internet pulak, anda kena mahir dalam bidang bisnes yang anda pilih.

    Rasanya banyak yang angkat tangan(surrender), kerana tak sanggup ikut step begitu.

    Tapi ada jalan mudah.
    1. Anda upah orang buat blog anda mengikut kesesuaian.
    2. Anda perlu pelajari macamana nak tulis artikel kat blog anda.
    3. Pelajari features program blog anda.
    Ada lagi?
    Tiada, itu saja. – think smart

    Minat?
    hubungi: cruzer@bicarakita.com

    1. “oh banyaknya yang nak kena belajar. saya nak cepat kaya laa… saya perlukan duit segera. macam mana nak dapatkan duit segera?”

      nak buat duit dengan internet nih dari jauh nampak mudah je. namun dari dekat dan semakin dekat anda perlu tahu apa yang perlu anda lakukan untuk menimba pengalaman dan mencipta kejayaan milik anda sendiri…

    2. untuk jadi pakar internet tu memang lah susah sikit…
      jarang lah orang yang sanggup mengharungi semua tu…
      tambah lagi kena banyak belajar tentang yang mereka tak tahu langsung…

      kalau upah pula, mereka takut nak keluar kan wang pula…

      senang2, mereka belajarlah sendiri dengn membeli ebook atau cari di pakcik google tu…

      han

  5. Setuju dengan pendapat saudara Zul.

    Kena ambil masa 1 – 5 tahun untuk belajar semua itu dari Asas Komputer, Networking, Belajar Buat Web, Basic Programming ,Animation, Database, Photoshop dan sbgnya.

    p/s: Abang Ngah pun..Sekarang, tengah belajar lagi….try & error.

    Saudara Zul, thanks a lot sebab banyak membantu melalui blog ini.

    Kepada newbie, bersabar itu saparuh dari iman.

    Abang Ngah

  6. emm..saya suka baca Majalah PC World sebab selain dr tambah ilmu tentang IT ni, boleh juga improve BI sekali..2 in 1 effort..hehe πŸ™‚

  7. Emm… Betul kata Zul…
    Memang kita kena belajar… melalui buku atau berguru…
    Namun, bagi saya, belajar ada caranya… cepat atau lambat ditentukan oleh kita sendiri… kalau berusaha dengan bersungguh-sungguh, yang lambat dapat dicepatkan… jika orang lain dapat belajar sesuatu sampai 5 tahun, mungkin kita dapat belajar dalam masa 2 tahun sahaja… “study smart”…

    Mungkin yang belajar sampai 5 tahun tu dapat berikan tips untuk kita, melalui kaedah yang betu,l untuk hanya belajar dalam masa 2 tahun…

    Contoh, bengkel yang Zul adakan: “Bengkel Asas Perniagaan Internet, 4 Modul Dalam 1 Hari”… Bengkel yang sepatutnya diadakan sehingga beberapa hari dapat dipendekkan sehingga hanya satu hari… anda setuju dengan saya?

    Saya juga bersependapat dengan kaedah “think smart”… teramatlah perlu pada zaman globalisasi ni… tak gitu?

    OK… study smart anda think smart!

  8. satu hari saya di cyber cafe dan terdengar la kata-kata “tak reti nak guna” “tak reti nak guna…” akak tersebut macam mengelak aje nak guna komputer… macam taku2 je dengan komputer. takut meletup…

    tersenyum sendirian jadinya. teringat masa mula2 terkial2 menggunakan komputer… punya hangin tak reti nak guna sebab tak tahu apa-apa. bila dah tahu… oh mudahnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *