Hakikat 12: Anda perlu ada rangkaian usahawan, jangan bersendirian

Anda adalah seorang usahawan internet. Tatkala anda kurang bersemangat, anda tiada tempat mengadu, bahkan tiada sesiapa pun yang ambil tahu dan bertanya khabar.

Mengapa tiada sesiapa? Sebab…. Sebab anda individualistik dan tidak tahu dan tidak mahu berkomuniti. Tidak ada sahabat, tak ada rangkaian dan juga usahasama dengan usahawan internet yang lain. Anda suka buat kerja seorang diri anda tanpa berkawan dan bersosial dengan usahawan internet yang lain. Itulah sebabnya.

Namun, anda tetap ada kawan. Kawan serumah, kawan sepengajian, kawan jauh dan dekat, tetapi, mereka kebanyakkannya bukanlah seperti anda iaitu seorang usahawan. Malah mereka berfikiran negatif lagi dengan keusahawanan dan perniagaan internet. Lagi parah jika mereka seorang yang tidak bermotivasi, pemalas, kaki lepak, kaki disko atau yang sewaktu dengannya. Mereka tidak dapat memberikan anda semangat dan motivasi sebab mereka sendiri pun seorang yang negatif. Mereka tak dapat memberikan anda panduan berbisnes sebab mereka sendiri pun tidak tahu berniaga!

Begitu bahaya sebenarnya berseorangan dalam usaha keusahawanan. Anda tidak boleh bersendiri. Anda tidak boleh penting diri sendiri. Jalinkanlah hubungan persahabatan dengan usahawan internet yang lain. Tidak rugi, malah merekalah yang akan banyak membantu anda di saat yang memerlukan. Tatkala anda kebingungan, mereka akan memberikan panduan dan sinar harapan. Malah, anda juga boleh berusaha-sama dengan mereka. Tak cukup dengan itu, mereka juga mungkin akan berkongsikan rahsia-rahsia perniagaan mereka dengan anda!

Berusaha-samalah, berkomunitilah, dan janganlah anda dendam dan prasangka dengan usahawan internet yang lain. Jadilah seorang usahawan yang baik.

Ketahuilah, pemikiran satu orang TAK SAMA dengan pemikiran ramai-ramai. 🙂

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Hakikat 12: Anda perlu ada rangkaian usahawan, jangan bersendirian

  1. Betul tu Zul.. semenjak saya berkawan dengan usahawan internet yang lain ‘banyak’ perkara yang saya ‘belajar dan dapat.’

    Sama juga kita di dunia yang nyata.. kat intenet pun xleh duduk sorang2 tau 🙂 .

  2. hi zul, how r u? mantap info dalam blg Zul hari ini.

    Pada pendapat saya, networking amat penting, selain bina rangkaian bisnes, ia juga berguna bagi memotivasikan diri sendiri. Bak kata Chef Li dalam buku Jutawan Senyap, kalau jadi usahawan, berfikir cara usahawan, bekerja cara usahawan dan bergaul juga dengan usahawan! Dengan orang lain boleh juga, tapi dengan group usahawan lagi ok.

    Dengan orang yg bukan usahawan boleh juga, sekadar untuk suka-suka atau bertukar idea. Tapi, bagi saya bergaul dengan orang bukan usahawan ni negatif aje lebih! diorang anggap berniaga ni banyak kerja, tak cukup tidur dan income tak menentu! diorang takut lingkup dan bisnes tak jalan.

    Anyway, kepada kawan-kawan dalam online bisnes semua, saya ucapkan selamat bekerja dan, keep up the good work! salam usahawan dari shueqry.

  3. Memang benar apa yang Zul katakan..rakan serumah tak semestinya memahami apa ya usahawan internet ni buat..malah ada yang marah sebab on komputer 24jam katanya bil naik mendadak nanti.

    Tapi sebagai usahawan internet kita tidak boleh mengalah, kalau boleh bila dah berjaya nanti tunjukkan hasilnya pada mereka..bukan untuk menunjuk just nak buktikan yang usahawan internet ni “real Business” .Lagi satu network sangatlah penting untuk memperkembangkan perniagaan dgn cepat.

    Cuba kita perhatikan Business kat luar terutama kedai makanan segera seperti Mc Donald dan KFC mereka cepat berkembang disebabkan rangkaian mereka yang banyak..mereka mulakan membuka rangkaian kat bandar-bandar besar, lepas tu ke bandar-bandar yang lebih kecil, ke daerah, pastu masuk ke kampung-kampung..itulah kuasa network ni..sangat menakjubkan

  4. betul tu zul, aku mungkin dah terlambat hantar komen kat sini tapi aku memang mencari kenalan utk usahawan internet ni. minta tolong siarkan alamat email atau berikan alamat utk aku hubungi kekewan usahawan dah jadi dan usahawan nak jadi. tengah usahakan blog. tak siap2 lagi. tengah sibuk giler. tengah mencari celah utk menyiapkan blog tu. tolong kabo kat aku macam mana nak dapatkan group. blog tu mungkin sesuai utk adsense ajer kut. tunggulah minggu depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *