Hakikat 11: Perniagaan internet bukan pelaburan singkat

Perkara ini, saya akan ulangi lagi. Sebab, begitu ramai yang masuk bidang perniagaan internet menganggap, inilah cara untuk cepat kaya. Dan perniagaan internetlah satu cara yang mudah untuk mendapat wang lebih! Ya lah, boleh diautomasi katakan.. You sleep, you walk ke apa, duit tetap masuk ke dalam akaun bank.

Hmm, memang perniagaan internet itu mudah. Ya, amat mudah! Tetapi, tidak bagi mereka yang baru nak bermula. Ini hakikatnya. Namun, ia akan menjadi mudah jika anda RAJIN, KUAT USAHA, MAHU BELAJAR, SABAR, FOKUS DAN KONSISTEN! Nah, itu dia beberapa perkara dalaman yang perlu anda ada. Hanya beberapa, bukan semua. 🙂

Saya sentiasa menulis soal sifat dalaman dan jarang menulis trik, tips dan teknik perniagaan internet. Sebab…. TAK GUNA kalau anda ada perisian yang hebat, ada modal yang besar atau produk yang killer, tapi kalau hati anda bersemangat kecil, pemalas, takut gagal, tak ada matlamat, tiada perancangan, GOPOH!, tak tahu bersabar, gelojoh, malas belajar, tak ada fokus, hanya fikir duit sahaja, maka semua itu tidak berguna untuk perniagaan anda. Ahh, banyak sungguh sifat negatif yang menghalang kejayaan seseorang ya? Itulah hakikatnya.

Saya telah berjumpa dengan ramai mereka yang melakukan pelaburan skim cepat kaya yang bermacam-macam sekarang. Semuanya main kaki dan labur-labur. Bahkan, dah ada yang dah jadi jutawan.. Jutawan? Ya, JUTAWAN SKIM CEPAT KAYA yang tak teriktiraf. Sorry to say, skim cepat kaya atau pelaburan yang entah apa-apa amat buruk di sisi mata agama.

Walau dah ada yang jadi jutawan, namun siapa peduli? Wang yang mereka dapat amat diragui. Ramai yang saya jumpa mengatakan, “kat sana (akhirat), tu diri sendiri punya badan laa..”. Mudahnya dia cakap tanpa rasa gentar dan takut pun di hari pengadilan kelak. Kalau macam tu, tak perlu la ulama atau ustadz berdentam-dentum atau menghabiskan air liur untuk berdakwah. Ya lah, masing-masing punya empunya badan..

Saudara dan saudari, banyak cara sebenarnya nak kaya. Tak semestinya kena berniaga (jadi usahawan) baru boleh kaya. TIDAK. Walau anda bekerja dengan orang pun, anda boleh jadi kaya. Jika anda tahu caranya, maka anda akan jelas dan sedar bahawa, pelaburan mengarut bukanlah satu cara sahaja. “zul, ye ker pelaburan tu mengarut? Diaorang bayar hari-hari!”.

Ye ker? Saya pun tanya balik, “sampai bila diaorang akan bayar hari-hari?”. Mereka jawab, “hmmmm….”. Ahaa, jelas, otai-otai skim pelaburan mengarut menyorok hal ini daripada orang ramai yang tertipu. Malah ada yang cakap, “tu semua risiko laa, kalau program tu tutup, tutuplah!”. Kesian saya dengan mereka yang berfikiran sebegitu. Risiko? Apa yang mereka faham dengan perkataan RISIKO tu yer? 😉

Oklah, berbalik kembali kepada topik asal. Ramai juga yang masuk perniagaan internet sebab nak kaya cepat! Kalau saya seorang guru silat dan anda datang mengatakan “saya nak belajar jurus ke-7 dan nak terer malam ni jugak!”. Apa yang akan saya lakukan adalah, “nak tak rasa jurus ke-7 yang tak ada penawarnya?”. Anda mungkin tersedak. Ya, maksud saya di sini adalah, JANGAN GOPOH DAN TAMAK.

Jangan nak cepat kaya walaupun yang kita buat itu adalah benda yang betul. Pola pemikiran yang salah adalah meletakkan DUIT sebagai segala-galanya. Ia adalah amat merbahaya sebenarnya. Amat berbahaya. Tanyalah mereka yang telah berjaya, mereka akan kata, “saya melakukan usaha perniagaan sebab saya suka..”.

Mereka berniaga dan berusaha tanpa memikirkan wang, tetapi apa yang mereka lakukan adalah, mereka buat perancangan yang baik, usaha kuat, melakukan promosi dan sudah semestinya bertindak dengan sistematik. Akhirnya, wang akan datang dengan sendirinya tanpa perlu bersusah-payah memikirkan wang, wang, wang dan wang!

Ketahuilah, perniagaan internet bukan cara atau platform nak cepat kaya.

PS. Automated business? Ramai yang salah anggap dengan automasi perniagaan. Mengautomasikan perniagaan bukan bermakna anda boleh bermalas-malasan, tidur lebih, jalan sana jalan sini, enjoy dan tidak bekerja. Kalau begitulah tujuan anda mengautomasikan perniagaan, kelak anda akan menyesal. Ermm, baru ku sedar.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Hakikat 11: Perniagaan internet bukan pelaburan singkat

  1. Tq..Zul Great point..i jump to this business because i like it..memang benda yang kita suka kita tidak menghadapi masalah untuk maintain..lainlah kalau kita berfikir semata-mata sebab duit..2 hari dah buat kita akan feed up sebab duit tak masuk katakan.percayalah saya satahun lebih dah buat perniagaan internet ni tapi ciput je dapat.tapi saya masih teruskan sebab saya suka internet, saya suka computer, saya suka php, saya suka buat website dan mcm2 lg saya suka pasal it ni.

    Pernah juga dulu mula-mula nak terus melompat dan buat bisnes melalui ebay..tapi pengalaman dan ilmu tak cukup..mcm mana nak buat tu..nak buat bidaan pun tak pandai lg..nanti rugi susah badan sendiri..lebih baik lambat asalkan selamat dan duit yg kita dapat kita tahu darimana dan mcm mana kita berusaha untuk mendapatkannya..

    Balik pada perlaburan yang entah apa entah sekatang ni..memang m benda ni saya tengok sangat bermaharajalela..kat tempat kerja saya pun ada yang berani mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebab dah dapat income tetap ialah setiap bulan dapatlah Rm10,000. percayalah kawan-kawan benda ni paling lama bertahan pun 2,3 tahun je..tak payah tengok lain banyak dah contoh benda macam ni..lepas ni nanti jangan pula nak menangis nak cari kerja balik.

    em satu komen yang agak panjang bagi saya..setelah sekian lama menjadi pembaca tegar Zul..good luck everyone!!

  2. Zul, saya cukup tergelak tang guru silat tu. memang perumpamaan yang tepat. Saya sendiri ambil masa yg lama utk mula serius ngan ebiz ni. Saya mula survey, baca blog2, forum2 pasal ebiz ni dari tahun lepas lagi. Seblm tu saya pun terkena jugak ngan skim ni. Apa nak buat. Saya diperkenalkan ngan ebiz oleh org yg salah. Masa tu rasanya ramai org yg tahu Autosurf.
    Tapi bila start kenal ebiz yg sebenar, saya insaf. Tak pela, lambat kaya pun takper. Seterer-terer Dr Irfan pun amik masa 3 tahun nak naik Jutawan tenet kan. Ini kan pula saya.
    menyentuh pasal pelaburan internet ni, suka sangat saya bagi org baca web Ustaz Zaharuddin ni. Siapa ustaz tu? Profilenya ada dlm web beliau. Kupasan beliau berkenaan skim2 yg semakin menjadi-jadi ni memang padat berserta dalil-dalilnya.
    Boleh baca kat sini http://www.zaharuddin.net

  3. gambaran dapat duit mudah itu yang silapnya. namun sikap mudah terpengaruh itu membuatkan ramai yang berebut2 untuk memulakan perniagaan yang entah apa-apa di internet yang dinamakan sebagai pelaburan yang tidak menguntungkan sesiapa kecuali penyangak mata duitan semata-mata…

  4. perniagaan internet memang berbeza sangat dengan pelaburan singkat…
    pelaburan kalau jenis skim memang membahayakan…
    kalau nak duit cepat pun, baik jangan sesekali sertai skim cepat kaya…
    cuba cari pelaburan yang selamat…seperti ASB ke…

    atau kita juga boleh melaburkan duit sebagai modal untuk perniagaan internet kita…
    ingat perniagaan internet tidak memulangkan modal yang cepat…
    ia kena usaha yang lebih…

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *