Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Hakikat 10: Anda tidak perlu mencipta formula baru untuk berjaya

Apa khabar semua? Moga sihat hendaknya.

Untuk berjaya dengan ‘mudah’ dan melakukan perniagaan internet dengan lancar, anda hanya perlu mengikut sahaja apa yang telah dilakukan oleh mereka yang telah berjaya.

Anda tidak perlu mencipta atau melakukan kajian tersendiri bagi memulakan perniagaan internet anda. Anda tidak perlu ada makmal dan alatan untuk membuat kajian tersebut. ;) Tetapi, cukuplah melakukan perniagaan internet dengan cara seperti yang telah dilakukan oleh mereka yang telah berjaya.

Biasanya, langkah asas dalam membina perniagaan internet adalah seperti berikut :

1. Menentukan produk yang ingin dijual
2. Membina laman web
3. Menerima bayaran
4. Promosi / Pemasaran

Ia adalah langkah yang asas, tetapi boleh digunapakai untuk menghasilkan pendapatan di internet. Atau, adakah cara lain selain cara di atas? Tidak. Atau, mungkin anda ingin menterbalikkan proses tanpa turutan seperti di atas? Jangan, walaupun anda seorang yang genius. Orang yang bijak, dia tidak membazirkan masa untuk mereka-reka teknik terbaru. Orang yang bijak, dia akan melakukan cara yang sudah terbukti boleh diikuti.

Ok, anda sudah mahu ikut cara mereka yang telah berjaya bahkan sudah melakukannya.
Tetapi, anda masih belum berjaya atau tidak berjaya. Apakah sebabnya? :)

Saudara/i, antara sebab mengapa kita rasa kita belum berjaya walaupun sudah mengikuti dan mempelajari daripada mereka yang telah berjaya adalah kerana :

1. Diri kita sendiri. Kita tidak ada sabar, nak hasil yang cepat dan melakukan langkah-langkah pembinaan perniagaan internet secara GOPOH dan tiada perancangan!
Nah, inilah sebabnya. Ramai yang tahu produk apa yang perlu dijual dan ramai yang tahu buat itu dan ini, tetapi, ramai yang TIDAK TAHU bersabar dan ramai juga yang TIDAK MERANCANG dengan baik sesuatu projek. Buat bila rasa nak buat, mati segan hidup tak mahu. Macam mana nak berjaya kalau begitu cara dan perangainya?

2. Tidak faham secara mantap setiap proses. Sebagai contoh, pada langkah menentukan produk yang ingin dijual, ada proses-prosesnya yang tersendiri. Ada faktor-faktor yang perlu diambil kira dan perlu dilakukan secara terancang dan sedar. Ramai yang elakukan sesuatu langkah atau proses, mereka masih belum faham sepenuhnya. Dalam kefahaman yang masih kabur dan meraba-raba, mereka terus melakukannya. Inilah sebab mengapa ramai yang gagal membina perniagaan internet yang berjaya. Maka, belajar dan fahami dahulu sebelum memulakan!

3. Tiada bimbingan. Melakukan seorang diri di saat pertama kali kita menceburkan diri dalam perniagaan internet adalah salah satu punca mengapa ramai yang gagal, tertangguh atau lambat. Anda memerlukan bimbingan daripada mereka yang tahu. Tiada mentor? Carilah kawan yang tahu dan sudah berjaya. Susah? Ya, ia tak mudah.

Namun, nak seribu daya, anda berusahalah mendapatkan pembimbing dengan apa cara sekalipun. Tukang komen pun dah kira ok walau mereka tidak membimbing anda secara langsung. Pendek kata, jangan syok sendiri, jangan terseksa sendiri. Tanya pendapat orang lain dan minta bimbingan daripada mereka yang tahu.

Akhir kata, tidak perlulah anda mencipta formula yang baru. Berpada-padalah dan bersederhanalah untuk melakukan sesuatu. Lainlah jika anda sudah berjaya, cipta 1001 formula, maka ia sudah tidak kisah sebab anda sudah berjaya. Tetapi, jika anda baru nak bermula, usahlah bersusah-payah memerah otak untuk mencipta cara melakukan perniagaan internet. Tak perlu semua itu sebab yang ikut cara yang sudah terbukti pun ada yang gagal, inikan pula nak cuba formula yang baru.

Wassalam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • cara asas ingin berjaya
  • formula orang yang berjaya

8 Responses to “Hakikat 10: Anda tidak perlu mencipta formula baru untuk berjaya”

  1. ijoi7007 says:

    ;-)

    Satu jalan mudah utk berjaya..just buat apa yang orang telah berjaya lakukan. Ni adalah teknik asas utk orang baru yg ingin menceburi apa bidang sekali pun. Dengan teknik ini, kuranglah keperitan yang harus ditanggung. ;-)

    Seperti yg zul katakan “trial and error” adalah satu teknik yang memerlukan motivasi yang tinggi selain kental mencari penyelesaian tetapi teknik ikut apa yang orang berjaya buat adalah teknik “mudah” utk orang yang suka akan cabaran yg minimum.

    • abdfatah says:

      memang mudah kalo difikirkan mudah. dan susah kalo difikirkan susah… taknak susah atau taknak mudah jangan buat apa-apa…

      • Han says:

        nak mudah tapi taknak susah…
        ni semual jadi manusia…
        kalau mudah memang semua orang nak…
        tapi bila kita tak tahu benda tu, mesti jadi susah…
        bila susah, agak kan ia senang,mesti jadi senang… :wink:

        han

  2. Imo Imora says:

    Ya.. pada ‘permulaan’ kita memang perlu ikut orang yang berjaya tetapi apabila kita mendapat ‘rentak’ tidak salah untuk mencipta formula baru.

    X cuba maka x tahu :) .

    • abdfatah says:

      kalo ikut suka hati aje mengikut kemahuan kita memang laa kita takkan berjaya sepenuhnya. macam mana nak mencipta formula baru an gempak dengan pengalaman yang tersendiri kalo taknak ikut rentak orang2 yang telah berjaya???

      • Han says:

        mula2 nak belajar tu, kena lah ikut orang yang berjaya…
        bila dah berjaya, baru boleh cuba buat formula sendiri…]
        tapi biasanya formula yang digunakan oleh orang yang berjaya lebih kurang sama je…
        jadi kalau kita buat formula sendiri pun begitu juga…

        han

  3. abdfatah says:

    sekiranya kita baru nak bermula, maka kena ikutlah rentak orang lain sebagai pedoman untuk kita bergerak dan berdikari pada masa depan. kelak nanti kita akan ketemu rentak kita yang tersendiri untuk memulakan bisness idaman hati dengan jayanya…

    • Han says:

      tu dah mestinya abdfatah…
      nak mula kena ikut dulu…apa yang mereka buat…
      lepas tu buat lah apa mereka buat tu…
      kalau rasa susah belajar lagi untuk rasa nya senang…

      han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)