Hakikat 1: Anda perlu tahu perkara asas teknikal dan komputer

Saya ulangi, di dalam penulisan bersiri saya ini selama 14 hari, tiada bahasa tersirat atau manis-manis, tiada ayat untuk menjaga perasaan orang termasuk anda (bukan tak nak jaga, tapi cuma kemungkinan tulisan saya sedikit membuat ada yang terasa, mungkin termasuk anda).. ๐Ÿ™‚

Saya dahulukan dengan permohonan maaf jika ada hati yang terasa, tetapi saya terpaksa meluahkan hakikat sebenar yang perlu anda ketahui dan kita hayati agar yang keruh dibuang, yang jernih kita ambil, yang buruk kita jauhkan, yang baik kita usahakan. Kita mulakan dengan hakikat pertama..

Ramai yang nak buat perniagaan internet atau dalam bahasa lain, buat duit di internet. Erm, sebelum tu saya nak bagitahu, istilah buat duit dan perniagaan internet ada perbezaan walaupun ada sedikit samanya. Lain kali saya sentuh apa yang bezanya..

Hakikat 1 dalam perniagaan internet, anda perlu tahu asas komputer dan internet. WAJIB! Pengalaman saya, ramai yang nak buat ebiz tapi tidak mahu belajar komputer dan asas-asas internet yang perlu diketahui. “Eh zul, saper kata saya tak nak?”. Mesti ada yang kata macam tu sebab tercabar dengan kata-kata saya kan?

Oklah, untuk puaskan hati anda yang tak ada usaha nak belajar asas komputer sungguh-sungguh tu, saya tanya satu soalan sahaja. Apa yang anda dah buat untuk perkara ini? Terus lompat belajar pasal perniagaan internet? Download ebook tu dan ini tapi satu pun tak rujuk? Ada tak beli ebook/buku pasal asas komputer atau ikut kursus? Berhenti. Mula dari awal sebelum anda memulakan perniagaan internet JIKA anda tidak mahu sakit kepala, menyusahkan orang lain atau paling teruk, menyalahkan orang lain.

Apa yang awal? Anda perlu tahu asas penggunaan komputer dan internet. Tahu cara nak create folder, tahu apa itu windows, tahu guna file zip (ada orang tak tahu!), tahu apa itu browser, tahu guna forum, tahu asas domain dan hosting, tahu guna FTP, tahu guna emel (anda jangan ketawa, ada yang tak tahu!), anda tahu menaip menggunakan microsoft office, tahu guna Adobe Reader dan tahu apa itu file PDF dan.. tahu apa lagi???

Anda perlu tahu apa yang perlu agar semasa proses pembinaan perniagaan internet, anda mudah melaksanakannya kerana 90% proses dan kerja di dalam ebiz menggunakan komputer dan internet!

Pengalaman saya dapati, ada mereka yang tak tahu apa-apa pasal internet atau komputer, sudah terus melompat untuk memulakan ebiz. Dan kemudian, 100% berharap kepada orang lain. Ditanyanya pada orang, “bagaimana ini, bagaimana itu?”, “yang ni macam mana yer?”. Siapa nak jawab soalan sebegitu?

Dari soalan pun sudah nampak tiada usaha untuk mencarinya sendiri (perkara yang mudah sahajalah, lain kalau dah cuba dan usaha, tiada salah bertanya). Orang pun akan naik bosan dengan soalan-soalan yang mana ia boleh dipelajari dengan mudah.

“Macam mana nak buat web?”. Soalan begini mudah sahaja jawapan saya, iaitu saya akan berikan mereka link laman web yang menjual panduan sebegini. Begitu juga dengan mereka yang bertanya berjela-jela pasal adsense, jawapan saya mudah, dapatkan ebook RajaAdsense. Dah ada banyak panduan buat web, murah pulak tu harganya samada ebook, VCD atau buku.

Tapi kenapa tak beli? Sebab kedekut (kebanyakannyalah). Sorry to say, ramai yang terlalu berkira-kira untuk tambah ilmu dan majukan diri, semuanya nak free. Atau ada juga jadikan kedai buku sebagai perpustakaan percuma padahal duit berketul-ketul dalam poket. Tak dapat nak bayangkan la orang yang banyak duit tapi kedekut nak beli buku… Sebaliknya kalau meminta, bukan main laju. Hmmm??

Jika nak mudah dalam menggunakan buku secara percuma, perpustakaan kan ada (terutama yang masih belajar universiti), gunakanlah manfaat yang ada tersebut. Maaf saya katakan, ada pelajar sains komputer (IT) tak tahu di manakah rak-rak buku komputer di perpustakaan.

Masuk perpustakaan cari/pinjam buku sebab terpaksa buat tugasan semata-mata, bukan nak bina kemahiran dengan ilmu dalam buku tersebut. Ini realiti, sebab saya student sains komputer. Saya pernah ditegur oleh seorang kawan, “alah, tak payahlah beli buku ni..”. Tapi akhirnya, dia ambil buku tersebut dan pergi fotostat TANPA MINTA IZIN SAYA. Macam mana tu?

Mentaliti dan banyak alasan, inilah penyebab susah nak berjaya. Ok ok, takder duit tak apa, maka jika ada kawan, pinjamlah dengan mereka (tapi jangan lupa pulang balik). ๐Ÿ˜‰ Di akhir artikel ini, saya akan senaraikan di mana anda boleh mendapatkan rujukan berbayar (bukan yang free). Sudah tiba masanya mindset kita berubah, “kalau nak berjaya, aku mesti keluarkan modal!”. Sedarlah, sedarlah, tak semua benda free boleh membantu anda.

Jadi, untuk hakikat yang pertama ini, ikhlas saya nyatakan, JANGAN MULA perniagaan internet anda jika anda masih haru-biru perkara asas komputer dan internet. Bukan maksud saya anda perlu jadi sampai pakar atau tahu semua, cukuplah perkara-perkara asas seperti membina laman web, tahu asas domain dan hosting, tahu guna perisian FTP dan tahu penggunaan komputer.

Dapatkanlah ebook, buku atau ikutilah kursus. Tak rugi, percayalah.. ‘Pelaburan’ hanya sekali, tapi ilmu boleh digunakan berkali-kali. “zul, takder duitlah..”. Itu hanya alasan. Sebelum anda berkata takder duit tu, dah usaha ke dapatkan duit? Tak boleh ke usaha dapatkan duit? Kumpul sikit-sikit atau buat pinjaman?

Buangkan tabiat berbelanja untuk perkara yang tak perlu, buang jauh-jauh dan gunakan wang untuk hasilkan wang. Inilah cara orang yang berjaya zaman sekarang. Jangan bagitahu saya atau orang lain anda tak ada duit, melainkan anda dah usaha bermati-matian untuk dapatkan duit. Orang yang nak berjaya, mereka tidak cepat beralasan, tetapi mereka terus usaha setiap masa sampai dapat apa yang diinginkan.

Jelas, ciri-ciri orang yang susah untuk berjaya ialah kedekut, berkira-kira untuk kejayaan sendiri, banyak alasan dan malas berusaha. Jika anda ada ciri ini, maka perbaikilah. Jika tidak mahu baiki, maka ketahuilah hakikat bahawa, sifat malas dan lain-lain itu tidak akan membantu anda berjaya di dalam perniagaan internet. Bahkan mungkin perniagaan internet bukan untuk anda.

Kesimpulan: Belajar asas komputer dan internet dahulu. Beli buku, berlatih guna apa yang dipelajari, ikuti kursus atau kelas komputer dan……. SABAR. Bahagian sabar inilah TIDAK RAMAI yang sanggup. Semuanya nak cepat. Kalau boleh dalam semalaman nak jadi pakar atau terus berjaya buat sesuatu.

Pengalaman saya yang amat menyakitkan hati, ada mereka suka menyalahkan orang lain bila mereka buat sesuatu tapi tak jadi, tapi sebab sebenar adalah mereka tak belajar dulu sebelum buat. Tiba-tiba disalahkan orang lain. Jangan mudah menyalahkan orang lain dengan satu jari, sebab 4 jari lagi mengarah kepada diri anda sendiri..

Biarlah tak jadi, janji terus mencuba tanpa putus-asa. Akhir kata : BELAJAR ASAS KOMPUTER DAN INTERNET SEBELUM MULA EBIZ. Sekali lagi, BELAJAR DAHULU, BUKAN BELAJAR MASA NAK BUAT EBIZ.

Sekian.

Ebook dan VCD belajar buat laman web (klik pada setiap link) :

1. Bengkel Membina Laman Web (Ahmad Azwan)

2. VCD Membina Laman Web (video)

3. CD-Rom Membina Website 1-2-3 (Dr. Irfan) – paling direkemenkan!

AWAS: Ebook panduan blog wordpress saya bukan untuk mereka yang tiada asas komputer dan internet.. Jika anda beli, saya tidak dapat bantu anda mengajar perkara-perkara asas, sebaliknya anda perlu belajar sendiri. Ini nasihat ikhlas saya.

PS. Selama ini kita disogokkan untuk belajar dan buat ebiz, tapi tidak ditekankan agar belajar perkara asas komputer dan internet terlebih dahulu. Sebab itu ramai yang pergi seminar atau bengkel terbantut usaha atau lambat membina perniagaan internet (bukan salah seminar atau bengkel, tapi peserta tiada asas komputer dan internet). Pelajari dan mahirkan diri dahulu sebelum memulakan ebiz.

PPS. Saya tak mengharapkan anda setuju dengan tulisan saya, tapi apa yang saya tulis biasanya yang telah saya alami dan perhatikan. Sesuaikanlah dengan diri anda jika perlu, atau tidak perlu ambil kisah dengan tulisan saya jika ia tidak berguna bagi anda.

Saya selalu berpesan kepada pembaca blog ini, saya hanya menulis dan ia hanya pandangan saya semata-mata, tidak semestinya benar, bahkan mungkin jauh sama-sekali… Anda nilailah dengan akal yang jernih dan ambil mana yang baik. Begitu juga dengan penulisan orang lain, ia hanya satu tulisan, bukan satu titik noktah untuk anda. ๐Ÿ™‚

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

38 thoughts on “Hakikat 1: Anda perlu tahu perkara asas teknikal dan komputer

  1. Zul..

    Memang patut pun tulisan mcm ni ada kat blog atau website perniagaan internet. Ia amat sesuai utk semua orang termasuk bakal usahawan, cikgu atau sifu kepada bakal usahawan. Baru ada cabaran dan cabaran ini akan memberi semangat yang luara biasa kelak..insyALLAH.

    Kekadang saya rasa terkilan dan terharu juga apabila terbaca artikel atau iklan yang menyatakan kalau menyertai kursus atau membeli ebook ini, bakal usahawan tersebut dpt membina laman web atau yang lebih manisnya dapat membina laman web perniagaan. Adakah penyataan atau motto yang digunakan relevan utk semua orang. Sebab banyak sudut yang perlu diketahui untuk membina laman web antaranya pengetahuan komputer, bahasa asas utk membina laman web iaitu HTML, pengetahuan tentang server atau web hosting dan banyak lagi. Apatah lagi membina laman web perniagaan yang mempunyai skop yang lebih besar. Adakah dlm masa yg singkat bakal usahawan dpt memahami ini semua? Memang benar kata “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Yang pasti tepuk dada tanya selera.

    Selain itu juga, bakal usahawan haruslah tahu mengenai level pengetahuan terutamanya yg berkaitan pembangunan laman web. Jangan terus terpedaya dengan ayat manis yang terdapat di iklan atau di mana-mana. Mungkin benar penggunaan ayat bagi setiap penyedia kursus tapi hakikatnya tiada jalan mudah utk berjaya di dunia mahu pun kehidupan selepas di dunia ini.

    1. kalo nak bermula kena laa belajar dulu asasnya, kalo tak ada asasnya macam mana nak bina perniagaan. sebagaimana anda mahu membina blog kena ada tapak dan nama perniagaannya dan nak mewujudkan blog pula kenalah tahu menda yang berkaitan komputer atau internet… sudah tentunya kena berusaha untuk belajar dan sedia diajar…

      1. nak jadi usahawan internet kena lah tahu guna komputer dulu…
        lepas tu belajar pasal internet pula…
        mcm mana nak hantar email…
        lepas tu kena tahu buat tranfer duit melalui bank atau prossesor2…

        dan banyak lagi…
        yang penting biar tahu guna komputer ni…

        han

  2. Yap..kita tak boleh lah nak minta semua disuapkan..perkara yang utama kena tahu adalah basic..jadi laburkanlah duit sedikit untuk mempelajari basic..lepas tu barulah explore sendiri..memang betul kalau nak buat bisnes kena ada pelaburan..ini adalah hakikat..kalau tak nak keluarkan bajet untuk menimba ilmu saya percaya bisnes yang diusahakan tidak ke mana..

    1. jangan kedekut nak kuarkan modal untuk berjaya. kalo taknak rugikan masa maka kena kuarka sedikit pelaburan untuk kepeningan masa depan perniagaan internet kita jugak…

      nak berniaga dalam internet tak? keluarkanlah sedikit modal…

    2. nak beniaga tapi disuap…
      mcm mana nak niaga mcm tu…
      kalau niaga disuap, tapi keuntungan tu penyuap yang dapat takpe la…hehe…
      ni dia yang dapat…
      apa salahnya keluarkan sedikit wang untuk belajar…

      han

  3. Skang si topeng merah nak menulis.

    Belajar dan terus belajar, jangan nak kena suap jer, belajar suap sendiri tapi kalau korang tanya eh mdpai, apsal aku masuk ‘;’ jadi error bla bla , kalau pasal programming tak per lah, nak belajar ambik masa tapi kalau tanya benda yang sepatutnya tahu sebagai usahawan internet , ni yang nak kena m**i ni:).

    Tolong lah, newbie cari sendiri jawapan atau anda kena m**i tahap dewa. Sesapa pun akan buat cam tu , kalau korang tanya kepala merah , lagi kena m**i tahap dewa kepala merah. Oleh itu cari sendiri jawapannya .

    1. yup… menda yang boleh kita cari sendiri memang sepatutnya kita cari sendiri… jangan terlalu mengharapkan orang nak beri dan beri kepada kita setiap masa… jangan terlalu manja sesangatnya…

    2. apa perkataan m**i tu muaz?hehe…
      yela…
      benda2 tak patut tanya tu jangan lah tanya…
      cuba cari penyelesaian nya dulu…

      han

  4. wah panjang sungguh tulisan hari ni…. seperti saya jugak… benda yang paling tak boleh terima adalah menyelahkan orang lain…. bila orang buat ecommerce dia pun nak jugak tapi dia zero dengan computer…. satu hapa pun tak tahu… camner bila orang ajar tak boleh terima dan macam2 alasan diberikan… tapi nak berjaya… kemudian nak ada orang buatkan untuk dia tapi nak bayar ciput… atau taknak kuar modal lansung….

    bila bab suruh beli buku semuanya kedekut nak keluar duit…. saya jugak dulu ada lah sikit… tapi dalam hati tetap bercita cita nak beli buku tu… sampai dah mampu sebulan saya target 2 buah buku or ebook saya beli…. dan akhirnya saya dapat apa yang saya kehendaki dan rasa memang tak rugi membayar… tapi kalau sesiapa yang tak mampu just rajin belajar dan cari info…. tapi jangan sampai overload info…. nanti susah tak tau nak pilih mana…

    1. berapa banyak mau download sehingga tak terbaca? download menda yang kita perlu sahaja mengikut kemahiran dan minat yang kita ada. kalo semuanya nak download takkan terbaca semuanya…

      1. kalau download tu, baca lah terus…
        kalau nak baca esok, mungkin susah lah…
        sebab mungkin dah hilang mod atau lupa…
        lama2 berdebu ebook dlm harddisk tu…
        las2 hilang kena format…hehe

        han

  5. Kalo anda nak tahu saya ni bukan reti sangat bab2 komputer dan internet (bukan x tahu tapi x berapa mahir) jadi disebabkan minat saya yang mendalam maka semakin hari saya semakin mahir.. alhamdulillah x la seperti dulu (akhir tahun 2005).

    Sama jugak dengan ilmu e-biz ni, dulu saya memang x tahu apa benda pun (serius saya cakap). Kelakar jugak bila mula-mula start dulu baca buku e-biz pertama iaitu buku Irfan Khairi. Tiga kali baca x faham2 jugak. Pening duduk fikir hosting tu apa benda la, link tu apa la, dan lain2.

    Jadi point penting di sini adalah MINAT+USAHA (selalunya usaha itu datang secara automatik apabila kita berminat) ๐Ÿ˜‰ .

    1. saya sendiri di sebabkan terlalu minat pasal perniagaan internet ni sampai sanggup pergi belajar komputer…
      masuk kolej untuk belajar semula…hehe

      han

  6. Sebenarnya, tak tahu itu cuma alasan.

    Bagi saya, jika seseorang itu beria-ia dan bersemangat untuk maju dalam diri, dia akan berusaha walau macam mana cara sekalipun. Macam nak tackle awek yang diminati jugak.Selagi tak dapat, selagi tu berusaha dengan pelbagai cara kan ;).

    Konsepnya tetap sama sahaja.

    Lastly, STOP COMPLAINING! ๐Ÿ™‚

      1. yang penting kena ada minat dalam diri kita tu…
        kalau tak minat memang susah lah…
        nak buat ni rasa malas…
        nak buat tu rasa malas…
        semua tu sebab takde minat…

        kalau ada minat, sampai lubang cacing pun boleh cari…

        han

  7. zul, tq for info.

    ni yg best post drpd zul,
    walaupun pedih dihati,
    namun ia adalah luahan yg patut kita ambil iktibar.

    cuma, bagi saya pula,
    apabila berkongsi ilmu ebiz dgn
    sahabat2 disini,
    mereka tidak dpt terima yg
    mendalami & buat ebiz ni perlu ambil masa sedikit/
    kadangkala beberapa bulan,
    barulah cekap dan dpt buat duit.
    tapi, setakat hari ni,
    ilmu yg dpt drpd blog zul ni,
    saya terangkan kpd mereka sedikit demi sedikit.
    walaupun ada yg tak percaya/tak puas hati dgn penjelasan saya.
    tapi saya gembira sebab wife saya faham ilmu ebiz ni,
    dan saya minta berilah masa kpd saya untuk mendalaminya
    sekaligus buat duit melalui ebiz ni.

  8. A’kum…

    Lama tak jengok sini coz sibuk bebenor lately ni …

    Tapi memang betul apa Zul katakan.
    Ramai orang tak nak keluarkan tenaga dan modal untuk bisnes…

    Sedangkan dalam ofis pun company hantar kita training, sometimes training tu sampai ke luar negara,
    tapi time bisnes sendiri kita takut pula nak keluarkan modal… walaupun RM30 untuk beli buku.

    Memang perlu ada asas komputer.
    Benda-benda macam ni boleh dipelajari slow-slow, boleh baca buku.
    Yang penting kita nak atau tak nak je.

    Saya salute kepada mereka yang sudah berumur tapi masih ingin belajar dari orang muda macam Zul…

    Knowledge ni tak kira datang dari orang muda atau orang tua.
    Sometimes budak kecik pun boleh beri pengajaran kepada orang tua …

    Macam iklan raya hari tu … yang pasal mamat tu kasi bapa mertua dia makan pakai pinggan plastik tu dan diluar rumah, last-last dia sedar kesalahannya bila anak-anak kecik dia tegur kata, simpanlah pinggan plastik tu, nanti bila abah dah tua, untuk abah lak…

    Oopss..terkeluar topik jap. Tapi at the end of the day, kita harus open-minded dan amalkan prinsip orang Jepun iaitu continuous learning dan continuous improvement…

    Jangan malu menimba ilmu baru.
    Pepatah orang tua2 – malu bertanya, sesat jalan.

    Wassalam.

  9. Askm Zul…..betul kata hapisol tu …..walaupun pedih dihati,
    namun ia adalah luahan yg patut kita ambil iktibar.

    Telah tersurat apa yg tersirat dihati……semoga ketenangan kembali menyinari sanubari… (amboi..amboi..amboi…)

    Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Setiap kejayaan perlu ada usaha yg gigih dan semangat yang tinggi. Jgn hanya mengharap org menyuapkan kita sedangkan kita dikurniakan akal dan fikiran sbg sumber utk menilai dan membuat keputusan.

    Bersabar banyak2 ya dik….

      1. huh…
        kasar bunyinya abdfatah…
        sampai guna kelapa lutut…hehe
        ye betul tu…guna lah akar yang diberi tu…
        rasalah, kalau haiwan ada akar, mesti dah lama ebiz ni haiwan yang buat…hehe

        han

  10. Aรขโ‚ฌโ„ขkumรขโ‚ฌยฆ

    Memang benar tanpa pengetahuan komputer dan bahasa Inggeris susah nak maju dalam bisnes internet ini

    armier

  11. saya setuju dengan apa yg dinyatakan saudara, kerana terlalu ghairah nak buat duit, kita lupa dari mana nak bermula. Walhal saya dari dulu step by step bermula belajar dari tak tahu, kepada boleh guna, dan sampai kepada boleh baiki sendiri. Semua ini kena berani cuba try and error, dari kesilapan dulu kita boleh perbaiki apa-apa kelemahan yang ada.

    p/s : bukan mudah nak mencapai sesuatu matlamat, kenali diri dan perbaiki apa yg patut, paling penting bermula dari bawah. Kenal asal usul diri dan jangan mudah mengalah.

    p/s : walaupun bagi saudara perkara ini remeh temeh, tapi bagi newbie seperti saya adalah sesuatu yg sukar untuk dicapai, tapi saya akan berusaha untuk mencapainya.

    1. ghairah lantaran teruja dengan apa yang oranga lain dah dapat hasilnya. mereka berjaya mengikut langkah2 yang tertentu dalam jangka masa yang tertentu bukannya hari ini bermula dan esok lusa dah dapat duitnya…

      1. ghairah tu perkara biasa lah…
        biloa tengok sesuatu yang faedahnya besar mesti lah ghairah…
        apa tah lagi duit…terkeluar huruf $ di mata tu…hehe…
        tapi ingat…fikir dulu sebelum buat sesuatu tu…

        han

  12. Internet itu sendiri merupakan gudang ilmu yang sangat luas. Semua subjek yang hendak kita tahu, ada di internet. Dengan adanya Pakcik Google dan Pakcik Yahoo! itu sendiri sudah memudahkan kita hendak mencari ilmu. Tepuk Dada Tanya Diri ๐Ÿ™‚

    1. dari itu tanyalah pakcik google dan yahoo dengan membuat carian berkenaan apa yang anda tidak tahu sebelum anda bertanyakan mereka yang dah tahu untuk melangkah gagah membina perniagaan internet anda sendiri…

      1. ada juga sesuatu yang takde kat pakcik google tu…
        tak semua benda ada…
        kalau untuk benda asas memang berlambak lah…
        sebab tu benda asas tak perlulah bertanya sangat…
        kalau betul2 tak faham baru lah tanya…

        han

  13. huhuuu… memang kedokut betul kalo sedemikian rupa kalo semuanya nak free. nak belajar teknikal pc pun nak yang free jugak? takkanlah semunya nak free…? macam mana nak menghargai menda yang free kalo semuanya nak free? kalo kena bayar sedikit apa salahnya untuk belajar pc…

    pergi je kursus yang mana patut untuk mengetahui asasnya trlebih dahulu sebelum bermula…

    sekian terima kasih… :mrgreen:

    1. benda free sapa lah taknak…
      tapi sesetengah benda tak boleh kasi free…
      kena lah beli…
      kalau kedekut tak payah beli…
      simpan lah duit tu…hehe

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *