Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pengumuman Penting: Hak Jualan Produk SmartUsaha.com

Salam sejahtera semua.

Sebelum ini, saya banyak keluarkan ebook Hak Jualan (resell rights), namun daripada beberapa pengalaman saya, ia agak meletihkan juga memberikan hak jualan ini.

Apa yang ingin saya umumkan di sini adalah, selepas ini saya mungkin tidak akan buka lagi sebarang hak jualan terhadap mana-mana produk saya yang lepas dan yang akan datang. Kalau ada pun, mungkin hanya PLR di mana dengan PLR, saya tidak ada kaitan dengan pemegang hak PLR tersebut.

Menjadi seorang penerbit sesebuah produk dan melesenkannya memang nampak mudah. Tapi pemilik produk tersebut perlu melakukan banyak kerja seperti support (pembeli dan reseller) dan update produk. Malah sebenarnya pemilik produk tersebut juga mempunyai risiko yang tersendiri.

Selepas ini, kalau saya buka peluang hak jualan (resell rights), ia mungkin hanya secara tertutup dan mereka yang terpilih sahaja yang layak untuk jadi reseller. Saya sudah merancang dua cara untuk saya memilih reseller secara bertapis dan terkawal dan bukan seperti sebelum ini di mana saya buka kepada semua orang.

Tujuan saya lakukan cara ini agar perjalanan pemasaran bagi produk tersebut berjalan lancar. Dan yang penting, para reseller tidak memberikan sebarang masalah kepada saya. Setakat ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah kecil.

Sedikit perkongsian saya, jika anda ingin melesenkan produk anda, pastikan hanya berikan kepada mereka yang ada asas perniagaan internet dan juga perkara teknikal. Dan yang penting, mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan melalui pemasaran internet. Maksudnya, mereka tahu etika dan undang-undang siber.

Daripada pengalaman saya, ada produk-produk saya dijual secara salah, malah dengan cara yang tidak beretika. Inilah salah satu sebab saya tidak akan berikan hak jualan kepada orang yang saya tidak kenal lagi selepas ini. Saya akan utamakan mereka yang ada pengalaman dalam bisnes internet dan mempunyai rekod yang baik.

Dan berikut adalah beberapa perkara penting yang saya ingin umumkan:

1. Saya tidak akan buka lagi peluang hak jualan terhadap ebook Pakej Kit Blogger. Selama-lamanya. Jadi beruntunglah para reseller sedia-ada. Pakej Kit Blogger merupakan produk saya yang terbaik dan terlaris sejak hampir tiga tahun yang lepas.

2. Ebook Panduan FTP dan Sistem EZSurvey akan terus dikekalkan statusnya iaitu MRR. Ebook Panduan FTP diwujudkan bersama dengan ‘sistem EMS’ untuk memudahkan reseller mula menjual. Namun masih ramai yang tidak nampak keunikan pakej ebook yang saya hasilkan ini. Saya akan update ebook ini nanti.

3. Sistem DPP mungkin akan dijadikan sebagai produk PLR di mana tiada lagi istilah reseller. Reseller-reseller sedia ada akan ada hak mutlak terhadap sistem tersebut dan tiada kaitan lagi dengan saya. Namun ini masih dalam perancangan. Saya belum buat keputusan lagi.

Perubahan ini hanya berlaku untuk reseller sedia-ada Sistem DPP sahaja. Dan bermula hari ini, saya telah tutup peluang hak jualan Sistem DPP ini. Saya tidak akan buka lagi.

4. Saya akan lakukan rombakan terhadap beberapa perkara selari dengan perkembangan semasa perniagaan saya. Rombakan ini berbentuk perubahan, pengurangan, ‘penghapusan’ dan juga penambahan (4P).

Kesemua lima perkara di atas dilakukan agar urusan perniagaan saya lebih lancar dan tidak mengalami banyak masalah. Ini juga adalah untuk kepentingan dan manfaat para pelanggan saya juga. Tambahan pula, saya mempunyai ‘blueprint’ terbaru untuk diri saya dan juga perniagaan saya. Selagi beberapa perkara belum selesai, saya tidak dapat melangkah dengan laju untuk capai apa yang saya azamkan.

Sekian, harap maklum.

ps. Kuota untuk hak jualan ebook Kuasa Forum tinggal 34 sahaja lagi. Saya hanya buka kepada 50 orang sahaja. Bila dah cukup, saya akan tutup selama-lamanya. Modal untuk jadi reseller, RM85.00 sahaja. Maaf, harga ini tak boleh dikurangkan dah. Saya dah banyak buat kerja. Kalau saya letak murah, kiranya saya dah menzalimi diri saya sendiri.

pps. Haa, yang ni paling penting. Mana-mana pembeli dan juga reseller yang belum daftar ke list tu, daftar lah ya. Saya dapati, ramai yang tak daftar. Bukan apa, kalau saya ada pengumuman penting, anda tak dapat apa-apa info. Nanti, saya juga yang akan disalahkan. ;) Harap daftarkan diri ya. Link ke page pendaftaran ada dalam emel link download produk yang anda terima. Harap maklum.

Facebook comments:

One Response to “Pengumuman Penting: Hak Jualan Produk SmartUsaha.com”

  1. Zainun Mat Deris says:

    Wah, agak gempar juga pengumuman ni ya Zul. :)

    Nampaknya hak jualan untuk produk Pakej Kit Blogger dan DPP sudah pun ditutup. Selama-lamanya… Saya baru saja berhajat untuk sedikit masa nanti dapatkan hak jualan untuk produk Pakej Kit Blogger (setelah begitu puas hati dengan mendapatkan hak jualan untuk produk Kuasa Forum).

    Apa pun, moga-moga rombakan-rombakan ini akan lebih memberi Zul semangat yang baru dan terus maju. Pastinya, rakan-rakan online yang lain akan lebih juga mendapat kebaikannya. Terima kasih ya, Zul di atas usaha-usaha selama ini. :)

    ps. Sebelum ini, saya panggil Zul sebagai Cikgu Zul. Tetapi kini tidak lagi. Kerana setelah saya bacakan semula page ‘Siapa Saya?’, saya dapati Zul pinta untuk rakan-rakan (sebolehnya) panggil Zul sebagai SmartZul. Jadi, mulanya, saya nak panggil SmartZul juga, tetapi, setelah seringkali bacakan kepada komen-komen rakan-rakan lain yang hanya memanggil dengan nama Zul (tampak lebih mesra dan santai), saya juga berkeputusan untuk memanggil Zul saja. Harap, Zul tidak mengapa ya. Walau apapun, Zul tetap Cikgu saya. Cikgu yang saya tidak akan lupa, insyaAllah selama-lamanya. :)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)