Hak Cipta Itu Adalah….

Umum mempercayai dan mengatakan, ilmu itu hanya hak ALLAH dan manusia tidak berhak meniagakannya. Benar, sesiapa pun mengakuinya. Ia benar. Tetapi ada kekeliruan yang tersebar…

Segala jenis ilmu memang milik ALLAH, tetapi hasil tulisan atau karya (contohnya seperti tulisan ini), siapa yang menulisnya? Ya, sudah pasti ia tidak akan tertulis dengan sendirinya bukan? Pasti ada manusia yang telah berusaha mengerah tenaga menulisnya, masa yang diambil, tenaga elektrik, kos bayaran internet dan sebagainya telah digunakan, malah dikorbankan…

Hak cipta itu maksudnya, yang dilindungi adalah tulisan, penemuan, formula, reka bentuk, karya atau bentuk hasilnya -hasil kerja-, sebaliknya bukan ilmu. Ilmu bersifat abstrak; tidak dapat disentuh, dirasa dan tiada bentuk. Tetapi bentuk penzahirannya itulah yang dilindungi dan haknya pula ‘dimiliki’ oleh si penzahir tersebut. Segala keputusan sama ada untuk mengenakan harga, percuma, boleh di’copy’ atau tidak, ataupun diwakafkan, empunya hak itulah yang akan menentukan.

Beliau berhak memiliki hak itu kerana telah mengerah otak, melalui penat lelah ‘terabai’ makan & minum, rela tidak bergaji demi menyiapkan satu ‘penzahiran’, menggunakan banyak masa dan tenaga, malah mungkin kos wang ringgit.

Jadi amat perlu menghormati hasil kerja orang lain atau menggunakan hak mereka itu dengan cara yang betul mengikut saranan syarak dan juga undang-undang, jika kita juga mahu hak-hak kita dijaga dan dilindungi oleh ALLAH SWT. Insya Allah.

Buku berkaitan Harta Intelek yang amat bagus dibaca: Harta Intelektual Menurut Fiqh Islam – http://bit.ly/e96erx

ps. Artikel ini juga dilindungi oleh Akta Hakcipta.

*Sudah melawat dan membaca artikel Facebook Marketing di sini? http://smartusaha.com/notafacebook

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Hak Cipta Itu Adalah….

  1. Tentang hak cipta ini memang satu bentuk polemik juga. Memang kita tak nafikan malah saya sendiri pun amat menghromati hak cipta terpelihara. Namun apabila sehingga peringkat yang ‘melampau’ seperti tidak dapat berkongsi ilmu tanpa bayaran adalah perkara yang tidak wajar.

  2. memang patut pun dilindungi..kadang2 masa untuk sosial pun terabai sebb nak hasilkan produk terbaik. kadang2 tu sampaikan diri jd tertekan pula..sabar je la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *