Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Graf Blog SmartUsaha.Com

Setelah setahun smartusaha.com bertapak di alam siber, sedikit demi sedikit pencapaian telah diraih terutama dari segi trafik. Tak lah tinggi berpuluh ribu, tapi bolehlah dibanggakan untuk diri-sendiri. :)

Berikut adalah graf yang saya dapatkan dari alexa.com.

smartusaha
Graf di atas adalah untuk setahun dari Sept 05 – Sept 06

smartusaha

Graf di atas adalah untuk 6 bulan yang lepas

Tujuan saya menyatakan hal ini dan menunjukkan graf bukanlah untuk berbangga atau menunjuk, tetapi apa yang ingin saya sampaikan adalah, untuk mencapai sesuatu target atau sesuatu tahap, kita memerlukan masa. Masa tersebut tidak semestinya lama atau singkat, yang penting adalah USAHA.

Usaha di sini bermaksud, kita melakukan sesuatu yang membolehkan orang tahu akan kewujudan blog kita. Bagaimana caranya? InsyaAllah akan saya kongsi nanti. Cuma, apa yang saya ingin katakan, kerja untuk membina laman web atau blog hanya 10%. Selebihnya adalah promosi dan pemasaran.

Apakah pencapaian blog anda setakat ini? Hidup segan mati tak mahu? Seorang sehari sahaja yang masuk? Atau… tak ada langsung pelawat? Usah gusar dan berputus asa, ia adalah normal di peringkat awal. SmartUsaha juga telah melalui keadaan itu.

Tidak kisah blog atau laman web atau apa jenis web sekalipun (forum, portal), promosi adalah bahagian yang terrrrrrrr-amat penting. Saya pernah melihat ‘jatuh’nya sebuah forum yang hidup segan mati tak tahu, serta meniru 100% seperti sebuah forum lain. Sudah pasti, keunikan laman web atau blog anda juga adalah satu aspek kritikal yang perlu diambil serius.

Selain itu, untuk menguruskan blog juga memerlukan fokus dan penjadualan yang teratur. Jika tidak, blog anda akan ‘dipulau’, akan kehilangan pelawat. Pengurusan blog yang teratur terutama pada penulisan yang kerap, akan menentukan wujudnya pelawat yang berulangan dan tetap.

Jadi, formula kita:

Keunikan Tersendiri + Ada Value + Promosi + Fokus = Trafik

Salam sukses, semoga dapat mengharungi segala cabaran dengan tabah. ;)

PS. Sudahkan anda mendapatkan ebook panduan paypal + 2 special report percuma dari smartusaha.com? Jika belum, dapatkan di http://www.smartusaha.com/news

PPS. Masukkan laman web anda ke direktori smartusaha secara percuma di http://smartusaha.com/direktori

Facebook comments:

2 Responses to “Graf Blog SmartUsaha.Com”

  1. cikgubiz says:

    Kalau saya punya takde graf pun yang keluar…. ;)

  2. abdfatah says:

    graf saya buat masa sekarang turun naik laa… banyak menda lagi yang nak kena usahakan sehingga jayanya… apatah lagi dengan graf blog saya yang tidak menarik sebagaimana graf otai yang lain…

    apa yang penting adalah promosi dan promosi dan teruskan usaha peromosi… jika tidak aka tenggelamlah dalam hutan belantara google tersebut…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)