Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Blog SmartUsaha Berehat 1 Minggu…

7 08 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Sebelum saya sentuh pasal topik di atas, baca dahulu pelbagai topik di bawah…

Penulisan Blog, Idea Bukan Masalah…

Ada pembaca ternanti-nanti tulisan terbaru saya, katanya di manakah saya berdiam diri selama dua hari tanpa ada tulisan yang terbaru. :) Terima kasih kepada anda. Saya amat menghargai kesetiaan anda.

Saya sekarang bukan tidak ada idea untuk menulis, sebaliknya di dalam database blog saya ini ada lebih kurang 100 tajuk yang belum di’publish’kan lagi. Ada yang draf, ada tajuk sahaja dan ada belum siap. InsyaAllah, masalah idea penulisan bagi saya sekarang bukan menjadi masalah besar.

Jika anda masih ingat sebelum ini, saya ada menulis yang mungkin tahun ini penulisan saya sedikit perlahan daripada kebiasaan. Usah perlu ditanya mengapa, kerana jawapannya adalah saya mempunyai beberapa urusan dan kerja yang perlu diselesaikan pada tahun ini sebelum bermulanya tahun hadapan.

SmartUsaha, Akan Genap 2 Tahun!

Apapun, apabila sampai 1 September 2007 ini, SmartUsaha.com telah berusia 2 tahun rupanya. Maka, selaras dengan pertambahan umur blog ini dan juga semakin bertambah bilangan tahun saya menjadi usahawan Internet, saya perlu lakukan sesuatu untuk lebih maju ke hadapan.

Tahukah anda, saya sebenarnya tak pernah bercita-cita pun mahu menjadi usahawan Internet sebelum saya bermula dahulu? Hakikatnya, pada saat saya bermula dahulu, saya hanya mahu mencari pendapatan sampingan untuk saya gunakan semasa pengajian saya di kampus UTM (ada kisah pahit yang panjang). Namun takdir Allah tiada siapa yang tahu, keusahawanan Internet rupanya ‘kerjaya’ yang amat ideal bagi saya!

Mungkin saya perlu membuka satu topik lain untuk membincangkan bagaimana saya boleh ‘terjebak’ di dalam bidang ini…

Ya, saya AMAT MINAT keusahawanan, malah sayalah orang pertama di dalam keluarga saya yang belajar tinggi-tinggi tapi mahu jadi usahawan, padahal sayalah sahaja yang berjaya masuk ke IPT. Bayangkan, keluarga mengharapkan saya bekerja di sektor kerajaan yang banyak ‘jaminan’ tetapi saya pula bertegas mahu menjadi usahawan yang mencabar ini.

Kerjaya Usahawan Internet di Malaysia

Sesungguhnya kerjaya ini mempunyai prospek yang luas kelak di Malaysia. Walaupun sekarang kita melihat ia banyak masalah, namun mengapa hanya mahu melihat masalah? Jadikannya sebagai peluang! Kalau sekarang anda sudah berputus asa, anda sukar untuk merasai hasil yang lumayan dan memuaskan kelak.

Inilah yang saya perhatikan, ramai usahawan Internet mahu lari keluar dan tidak mahu ‘mendominasi’ market Malaysia. Soalnya, kenapa? Sorry to say, ia bukan satu sifat usahawan yang sejati. Sifat lari-lari ni, sepatutnya tidak ada dalam kamus hidup seorang usahawan. Itu bagi saya lah. Saya pernah berkata, anda larilah ke mana pun, masalah tetap mengejar anda.

Duit Cara Cepat, Black Hat…

Di dalam bidang perniagaan, terdapat dua cara pendapatan, iaitu cara cepat dan lambat. Kebiasaannya keuntungan dan kejayaan yang cepat tidak bertahan lama kerana biasanya teknik yang digunakan hanya untuk short term. Kalau di dalam Internet Marketing, salah satu teknik ‘fast track’ adalah teknik Black Hat.

Melalui teknik tersebut, kuantiti adalah MELEBIHI kualiti. Sebagai contoh, anda upload banyak-banyak website untuk mendapat BANYAK pendapatan bagi Google Adsense. Pada saat permulaan, anda dapat banyak hasil, tetapi kemudian, pendapatan anda mula perlahan, agaknya kenapa yer? Haa, saya tak akan bagitahu kerana saya mahu anda kaji pasal black hat. ;)

Pesan saya kepada yang guna suka guna teknik sebegitu, usahlah dibanggakan pendapatan di peringkat awal kerana ia hanya ‘fast track’: Cepat dan banyak tarik trafik, maka cepat dan banyak income. Tapi kemudian, ia merudum… Kemudian up lagi website lain. Dapat income, kemudian merudum, kemudian up lagi yang lain. Itulah kerjanya. Lama kelamaan anda menjadi bosan dengan kerja sebegitu…

Mengapa bosan? Sekali lagi saya mahu anda mengkajinya sendiri.

Itu pandangan saya sahaja mengikut ilmu saya yang sedikit ini. Hal ini ada dikatakan oleh Kidino di blognya lebih kurang begini, “kalau kita nak bertahan lama dalam bisnes, binalah website/blog yang kandungannya unik dan fresh…”.

Tahukah anda, sebuah blog atau website yang unik jika sudah berusia dan ada nilai, ia boleh diibaratkan sebagai sebuah tanah yang bernilai tinggi? Di dunia Internet, ia dikenali sebagai Virtual Real Estate (VRE). Tapi jika anda guna template atau kandungan yang tidak unik, apa yang akan anda dapat?? Sekali lagi, anda cuba cari jawapannya.

Saya tetap berpegang kepada cara White Hat yang lebih selamat dan bertahan lama walaupun mengambil masa yang lama… Tak apa, saya sanggup mengambil masa yang lama. Saya yakin, inilah sahaja satu-satu cara untuk kekal lama. InsyaAllah. Namun saya tetap ‘menghormati’ pengamal black hat, tapi saya tidak mahu masuk campur. :)

Jalan Yang Lambat, Tetapi Selamat

Cara yang lambat lebih kepada pembinaan tapak dan asas yang kukuh dalam suatu tempoh yang mungkin lama. Inilah yang sedang saya lakukan, saya masih memperkukuhkan tapak perniagaan saya kerana saya tidak mahu hanya ribu-ribu RM tetapi tiada asas yang kuat. Ini kerana duit yang banyak tak dapat bawa saya ke mana-mana jika saya tiada tapak yang kukuh…

Ikut Kata Hati Anda…

*hati orang yang berilmu berbeza dengan hati orang yang jahil. Ikut kata hati anda jika anda ada ilmu sahaja…

Pilih cara mana yang anda mahu. Jika anda hanya mahu duit, cara cepat menjadi pilihan. Jika anda serius mahu membina empayar perniagaan, cara lambat adalah jalannya. Saya tidak mahu ambil kisah dengan kejayaan orang lain yang pendapatan mereka puluhan ribu sebab itu adalah usaha mereka.

Saya hanya jadikan kejayaan mereka sebagai sumber semangat sahaja, tetapi saya tidak mahu ambil pusing dan mahu meniru mereka. Saya hanya mahu jadi diri sendiri, ikut jalan sendiri…

Bunyinya macam seorang yang ego, tetapi kalau kita sudah tahu jalan yang kita sedang dan akan tempuhi itu adalah baik untuk kita, lalui sahajalah. Bagi saya, selagi kita hidup, kita berhak untuk melalui apa sahaja jalan yang sesuai untuk kita selagi ia terbukti tidak memudaratkan.

Contohnya, jika anda mahu lakukan cara A, tetapi ada orang katakan cara A tidak bagus, mana buktinya? Tanpa bukti, maka tiada sebab untuk anda tidak melakukan cara A itu. Selagi anda hidup, anda berhak untuk merasai pelbagai pengalaman pahit dan manis kerana ia akan menjadikan anda seorang yang matang!

Kalau hanya mahu ikut orang 100%, sampai bila? Ingat lagi tulisan saya yang lepas? Jangan biarkan hidup anda dihakimi oleh orang lain. Anda perlu berani mencuba sesuatu yang orang lain tidak berani mencubanya. Tapi orang kata, jangan berani ‘bodoh-bodoh’ lah. :) Anda faham maksud saya kan?

Saya dan Blog SmartUsaha Berehat…

Sampai kepada topik utama. Saya sengaja tulis banyak-banyak di atas sebelum saya berehat seminggu. :)

Bermula pada hari ini, saya tidak akan menulis lagi sehinggalah minggu depan. InsyaAllah, saya akan kembali menulis pada hari Isnin atau Selasa ini. Saya juga mungkin tidak atau jarang masuk ke forum WangCyber. Kalau masuk pun, hanya untuk delete post-post yang spam.

Bagi yang hantar emel pula, saya hanya utamakan soalan-soalan yang penting dan relevan sahaja. Soalan yang jawapannya sudah ada di blog saya mungkin tidak akan dijawab. TRY TO FIND FIRST BEFORE EMAIL TO ASK ME…

Apa yang akan saya buat hanyalah berada di ruang support Pakej Kit Blogger dan menguruskan perniagaan Internet saya sahaja. Itupun tetap mengikut jadual dan dalam waktu-waktu tertentu sahaja. Saya mahu rehat seketika kerana ada beberapa perkara yang perlu saya lakukan di samping merehatkan jari-jemari saya ini. ;)

Sebenarnya di dalam ‘blogging’, blogger mesti berehat jika telah lama menulis ‘tanpa henti’. Ada dua cara bagaimana anda boleh ‘meninggalkan’ blog anda di saat anda bercuti atau berehat:

1. Umumkan seperti yang saya lakukan ini. Jangan sama-sekali buat pembaca anda tertanya-tanya ke mana anda pergi. Saya perhatikan ramai yang hilang sepi tanpa berita. Anda perlu tahu, blog anda adalah umpama akhbar harian, ada pembaca setia. Hargailah mereka dengan tidak membuat mereka tertanya-tanya.

2. Anda boleh gunakan penulis bersama yang mana mereka yang akan bertugas sewaktu anda berehat. Anda perlu tahu, sistem Wordpress mempunyai beberapa tahap user.

Baiklah semua, saya akan mulakan sesi rehat saya selama satu minggu ini.

Jumpa lagi, salam bahagia.

usahawan internet

Berkongsi apa yang seadanya…

Perkara Penting:

1. Jika anda mahu menerima berita, tips dan sebagainya terus ke emel anda, daftarkan diri anda secara PERCUMA di sini.

2. Pastikan anda mendownload video-video percuma daripada dua orang sahabat saya dari New Zealand (Dave & Aaron). Klik di sini untuk cara mendownload video.

3. Pakej Kit Blogger versi Terhad terus mendapat sambutan. Beli Kit Blogger + Produk Resell Rights + Percuma Cetakan Pelan Tindakan = Dihantar terus ke rumah anda. [Tak perlu download]. Klik di sini untuk pertimbangan anda…

.

.

Last but not least, Anda wajib saksikan Video Motivasi ini:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Blog SmartUsaha Berehat Dua Hari + Video Percuma
  • SmartZul ‘Berehat’ Buat Sementara..
  • Google KidSanse!
  • Pindah rumah | Streamyx | Diri Saya.. :p
  • Lawak Jenaka Di Hujung Minggu..
  • Berita Terkini daripada SmartZul
  • Merdekakan Diri Anda…
  • Ebook Percuma Lagi…
  • Pasaran Ebiz Tempatan Perlahan | Bayaran Komisen
  • Baru Balik dari KL + Jalan-Jalan

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    18 Comments »

    Comment by Raymond
    2007-08-07 08:54:38

    Oh, Zul belajar kat UTM juga. Dulu saya belajar kat sana juga. Ambil kursus Fizik Bahan. Zul ambil kursus ape?

    Patut lah tinggal kat Pulai. Dulu saya tinggal kat Tmn U juga.

    Video tu bestlah. Thank you.

     
    Comment by zool
    2007-08-07 09:35:33

    Selamat berehat..
    Dan selesaikan apa2 yang patut..

     
    Comment by dik mal Subscribed to comments via email
    2007-08-07 11:54:44

    Salam
    Zul, saya dh terima sampul pos ekpres, dan item2nya :) terima kasih sekali lagi :)

    Keduanya, selamat bercuti :D Cuti-cuti Malaysia.

    Ketiganya, semua orang yang nak bergelar usahawan internet perlu tahu ada 6 cara utama,untuk jna duit melalui internet. Perlu saya nyatakan? ya akan saya nyatakan sebab ada ketidakwajaran yang timbul :) Jual produk anda, jual pekhidmatan anda, buat drop ship (cube cari dari pakcik google), program AFILIATE, lelong site, mahupun apa2 ppc program. Dalam erti kata lain, seorang usahawan internet akan menjual produk ( ebook/audio/video/buku/beg tangan/baju -semua buat sendiri), adakan workshop ( belajar komputer, apa2 saja la :) ), drop ship ( produk orang, anda tak simpan stok), afiliate - termasuklah jual buku orang, ebook orang, atapun tempate orang, lelong2 kat lelong site, mahupun join google adsense! :)

    maka kalau di dunia realiti, and mungkin perlukan sebuah kedai, beberapa orang pekerja baru di gelar usahawan. Malahan, kalau anda berniaga kek dari rumah pun, anda masih seorang usahawan kecil-kecilan. jadi, apa yang nak di pertikaikan? kan lebih baik masa yang ada digunakan untuk mempelajari seuatu yang baru dan berusaha memperbaiki diri :)

    sekadar renungan..

    p.s : Zul boleh delete komen saya kiranya tidak bersesuaian atau menganggu perbincangan di sini :) Thanks sekali algi to smartusha u ntuk hadiah tu ya! :)

     
    Comment by Raymond
    2007-08-07 12:10:18

    Saya amat bersetuju dengan pendapat Dik Mal. :grin:

    Nampaknya ada sedikit gelombang negatif kat sini. Tapi jangan bimbang Zul, menurut the Law of Attraction, sumber yang mengeluarkan gelombang negatif akan memikat lebih banyak tenaga negatif kepadanya.

    Harap-harap Zul berfikiran positif selalu untuk memastikan aliran tenaga positif sentiasa berada pada tempatnya.

    Apa salahnya kalau jadi affiliate? Penjual sayur pun tak tanam sayur sendiri. Penjual ikan pun tak lahir sendiri ikan-ikan tu. Padahal saya juga menjual beberapa produk clickbank sebagai affiliate dan tak pernah berasa bersalah pun. Janji HALAL :grin: :grin:

    Tapi gembira pula rasanya apabila mengetahui ada juga golongan masyarakat yang mempunyai pendapat yang berbeza. Inilah yang mewarna-warnikan dunia kita. Dalam istilah sains, inilah yang dipanggilkan kepelbagaian benda hidup. :razz:

    Oh ya, lupa nak ucapkan selamat bercuti. :lol: :lol:

    Cuti kat mana? Gunung Pulai ke? Isyk, sibuknya Raymond ini… tak habis-habis nak tanya pasal peribadi orang … :twisted:

     
    Comment by dik mal Subscribed to comments via email
    2007-08-07 12:26:09

    ebook belajar buat blog, akan ajar anda untuk buat blog. kemudian anda sendiri perlu belajar macam mana nak jadi usahawan internet. blog anda boleh diguna pakai untuk perkara-perkara lain. salah satu contoh, advertisement.

    ibarat, anda nak jadi pelajar paling pandai. tapi, mahu orang tunjukan 100%? maka anda takkan jadi pandai. adalah lebih elok jika orang tunjukan anda, ajarkan anda mengenai ABC dulu. sekiranya ABC dah lepas, anda layak proceed ke tahap seterusnya. yakni, cari guru yang sepadanan. apa gunanya, tanya soalan matematik, pada guru guru bahasa melayu?

    dan, yang paling pasti, mereka tetap adalah guru. tempat kita belajar :) bezanya pada stage yang berbeza. anda nak sertai bengkel macam mana nak buat duit, kenapa anda nak cari blog yang ajar anda tentang teknikal buat blog? tapi anda tetap mencari orang yang tahu.

    anda nak beli baju dari usahwan yang jual baju, kenapa anda nak pergi kedai usahawan jual tayar?

    betl Raymond, LOA is around us :) beware all the time.. eh Raymond, this month kan, MPH online buat diskaun la kat bku LOA :D p la tengok.hehhehehehe :)

     
    Comment by dik mal Subscribed to comments via email
    2007-08-07 12:30:55

    nak jadi usahawan blog memang bukan mudah. dan perlukan kerja keras. tak pernh saya baca atau dengar untuk jadi usahawan melalui blog tak payah bersusah payah :) kita semua tahu tu..

    Tuhan saja la yang tahu, apa income mereka. Yang penting, dan mesti fokus adalah income sendiri :)

     
    Comment by naim
    2007-08-07 12:42:56

    salam..dik mal ( rasanya akak kot ) and bro raymond ( serta la mamat yang letakkan link utusan kat sini..hehehe)

    saya nak tanya skit..di blog saya, saya ada buat contest komen berbayar..Secara logiknya, ini cara cepat utk saya tarik pengunjung dan traffik ke blog saya..so ini cara cepat la kan, jadi adakah ia dikategorikan sebagai black hat? :roll:

    buat masa ni, alhamdulillah, jalan mengikut perancangan..cuma untuk bulan 9 nanti saya kena anjurkan contest lain le plak..

    maybe saya tak tawarkan wang tapi boleh jadi ebook pertama saya pula kot..( masih dalam pembikinan )

    ps: dikmal,raymond, and MAMAT, kalo ada masa lapang, sudi2 la menjengah blog saya tu..kalo komennya agak tak membina, habis le saya .hehe :mrgreen:

     
    Comment by dik mal Subscribed to comments via email
    2007-08-07 12:50:36

    naim, blackhat tu kena tanya bro Zul :) beliau lebih berhak menjawab memandangkan ini bog beliau :D

    eh saya suka blog kamu :)

    p.s : jika kejayaan itu mudah, tentu semua orang tak berputus asa. kejayaan untuk mereka yang tak mencipta alasan tapi mencipta jalan :) salam kejayaan!

    p.s : Dik Mal tu trademark :D eh, biasanya cume dalam ni saja orang panggl Dik Mal. Di luar takde pon: :)

     
    Comment by Raymond
    2007-08-07 13:26:56

    Hey Dik Mal, ada promotion buku ke? Tak tahu pula aku ni, macam katak di bawah tempurung. (Tapi katak ni tahu pakai internet untuk blogging dan buat sales, :grin: shhhh…..)

    Kalau ada masa nanti aku pergilah. Dik nak ikut sama? :razz:

    Naim, bagus blog naim ni. Pada pendapat saya, kontest komen berbayar ini bukan black hat sebab ia tidak mengelirukan search engine dan para pembaca serta tidak memanipulasikan mana-mana pihak. Mungkin SmartZul ada pendapat yang berbeza. :idea:

     
    Comment by shueqry
    2007-08-07 14:30:30

    Asmkm Zul, Zool, DikMal dan Naim. Utk Raymond, salam sejahtera.

    Kecewa gak saya ngan en Mamat tu, tadi baca ada lagi komen negatif dia, skrang ni dah takde maybe Zul dah padamkan. Yang saya heran, link dia ke Utusan Malaysia online. Dalam hati saya “eh, dia ni wartawan Utusan ke?” Nyatalah dia berselindung, ibarat umban batu lalu lari bersembunyi.

    Kita berniaga di Internet ni selain dari jual beli produk, dalam masa yang sama establish relationship ngan pembeli, bahkan sampai jadi memberi rapat lagi walaupun tak pernah bersua muka. Business is not about making the sale, but giving useful products and helping people. Money is the second matter.

    Walaupun saya tak menulis pasal bisnes Internet dan keusahawanan, tapi blog Zul ni banyak memberi inspirasi dan memberi semangat pada saya, sejak dari tahun lepas. Saya tak banyak tahu pasal bisnes Internet dan cara buat duit dari Internet, saya cuma menulis apa yang banyak saya tahu dan yang menjadi passion pada saya, straight form the heart.

    Buat Zul, thank you, your writing helps me alot.

    Terima kasih :-)

    - shueqry -

     
    Comment by Han
    2007-08-07 16:11:32

    slmt ptg zul dan semua rakan2,
    Thanks 4 video tu, zul…
    btl tu zul, kalau cepat dapat cepat hilang….
    mcm orang tua2 selalu cakap, biar lambat janji sampai destinasi kita…
    mcm juga iklan di TV, cuai sesaat sensara selamanya…

    nak tanya sikit, kalau blog yang hanya ade video adalah black hat juga ke?

    han

     
    Comment by Maizul
    2007-08-07 18:30:49

    Selamat Berehat Zul. Bagus ye video motivasi tersebut terima kasih.

     
    Comment by zool
    2007-08-07 20:20:43

    saya pun dah baca tadi gelombang negatif oleh mamat tadi..
    nampaknya telah dikeluarkan..
    tak kisahlah apa pun.. kita dengan cara kita dan mereka dengan cara mereka…
    apa dehal kan .. selagi tak menyalahi undang-undang dan syariat agama teruskan je.. nak dengo cakap orang sampai mati tak betul.. cam kisah anak, bapa dengan untanya yang mengembara … rasa dah ramai tau citer nie.. samalah kisahnya ragam manusia..

     
    Comment by Abu Jarir & Ummu Aisyah
    2007-08-07 23:36:21

    akum..

    baru pagi tadi terima pos ekspress pakej terhad, baru baca2 pelan tindakan. CD belum sempat explore. Zul pos petang jumaat, hari selasa pagi baru kami di tawau terima. Apa boleh buat, kami berada di luar zon penghantaran pos ekspress.

    Tetapi walaupun di luar zon pos ekspres, kami di sabah tidak mahu ketinggalan dalam dunia ebiz. Nantikan kemunculan kami, pasangan suami isteri dalam dunia ebiz tak lama lagi.

     
    Comment by titan
    2007-08-08 02:52:47

    Terus terang..aku suka yang youtube tu. manalah dapat ek. Leh share tak embed dia..

    Apa2pun. selamat bercuti.. :mrgreen:

     
    Comment by shueqry
    2007-08-09 06:41:37

    Abu Jarir & Ummu Aisyah,

    di Tawau kat mana? Saya di Kota Kinabalu, asal dari Semporna.

    mana tahu boleh ziarah di Tawau nanti :)

    - shueqry -

     
    Comment by discovery
    2007-08-09 21:35:11

    Sememangnya Zul kena berehat.Selama ini Zul asyik membantu pejuang-pejuang tulen yang mahu menjadikan ruang cyber sebagai punca rezeki mereka.Saya cadangkan Zul kena cari teman hidup berumahtangga.Bila ada masalah, si dialah yang paling mengerti isihati zul dan si dialah penghibur dikala zul memerlukannya.
    SELAMAT BEREHAT.

     
    Comment by yasir
    2007-08-12 02:33:09

    best entry kali nih….memotivasikan aku yang tengah down nih….

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: