Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Giliran Anda Pula Menulis!!

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar para pelawat blog smartusaha.com? Diharapkan anda sihat dan sukses di dalam melakukan aktiviti seharian anda.

Baiklah, pada kali ini saya tidak akan menaip panjang lebar seperti mana di hari-hari yang lepas. Pada hari ini, saya ingin anda pula menaip di bahagian komen. Itupun jika anda mahu sajalah.

Apa yg perlu ditaipkan oleh anda? Mudah sahaja, saya hanya mahukan anda memberi pendapat anda terhadap industri perniagaan internet di Malaysia, adakah rakyat kita sudah bersedia atau belum? Bagaimana dengan kelengkapan, kemudahan dan teknologi? Penggunaan kad kredit? Kesedaran rakyat Malaysia terhadap perniagaan internet dan tahap kefahaman mereka di takat mana? Mengapa program skim cepat kaya menyalahgunakan nama perniagaan internet? Apakah jalan penyelesaian? Atau, apa-apa sajalah komen, pendapat, harapan dan pandangan anda mengenai perniagaan internet di Malaysia.

Kepada para pembaca, tidak kiralah anda zero atau tak tahu langsung pasal perniagaan internet, taip sahaja, saya tak tahu, atau saya baru nak bermula, atau saya baru nak ambil tahu.. Kepada yang dah berpengalaman, kami mengalukan pendangan dan kritis ilmiah anda terhadap perkembangan bidang ini di Malaysia.

Saya akan menunggu anda menaip walau sepatah perkataan.. ;-)

Terima kasih.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

23 Responses to “Giliran Anda Pula Menulis!!”

  1. hemrul says:

    saya nak tahu tentang perniagaan internet…..student

  2. Ryco says:

    Rakyat bukan belum sedia… The market is always there. We just have to understand them.. Maybe the approach will going to be different. From my opinion, Malaysian, especially malays, they are more sensitive, although not as sceptical as the foreign people.

    Contoh nak tackle orang melayu [satu je contoh..nak bagi banyak2 karang takut salah lak..sbb saya budak baru belajar] ni ialah kalau kita buat blog, nak orang tu minat ngn blog kita, kita kene more persoinalized, jujur and ikhlas..biar orang kenal kita…

    Saya ada datang blog2 yang featured kat wangcyber.. antara blog2 tu, saya akan suka melawat blog yang ayat nya sedap didengar, macam orang biasa sembang ngn kita…tak kira la bahasa inggeris atau melayu..tapi ada gak yang ayatnya cam blagak smacam, memang aku tak lawat dah…hehe..sori la … kene tukar approach..

    Tapi stakat ni blog smartusaha ni bjaya menambat hati saya…tak kira la walau kita sama2 masih blaja atau pon dah expert gila…dan saya pasti blog ni akan improve dari smasa ke smasa..

    Good Luck

  3. Hello smartusaha,

    Gud2 ! Nnti bleh laa ktorang Team SaifulSham nk sumbang pape artikel laa ek. BTW, SaifulSham.com menghadapi masalah kritikal buat masa ini. Domain name kami di block atas sebab sikap hasad dengki sesetengah pihak. Kami sedang cuba sedaya upaya nak kembalikan balik domain kami. Well, sorilaa kalau samrtusaha tk bleh masuk SaifulSham

  4. smartzul says:

    Laa, ye ker.. Patutlah.. Hmm, saya doakan moga web saifulsham.com kembali baik seperti sedia kala. Saper la yg dengki tu. Tak apa, jika kita benar, Allah takkan mengsia-siakan kita. :-)

    Ok, actually saya baru tambahkan satu kategori baru kat blog ni : Penulis Jemputan. So, bolehlah saifulsham atau sesiapa sahaja nak sumbang artikel ke apa ke yg berkaitan dengan perniagaan internet. Saya buka kategori ni sebab blog ini adalah ‘milik’ semua. Saya tak saya seorang sahaja yang bercakap, lagipun i’m still newbie.

    Oh ya, projek ebook kompilasi yg tertangguh tahun lepas tu (saifulsham ada sumbang satu), akan dilancarkan malam ni. InsyaAllah.

    Moga SaifulSham.Com dapat balik domain tu. InsyaAllah.

  5. robotys says:

    Laa.. patutla takleh bukak. Ape kes la nak ber-hasad dengki nih. rezeki Allah berterabur kat bumi nih, Kongsi la sesama.

    BTW, setuju dengan statement ryco. Rakyat dah bersedia nak spend but nasib tak baik biler segala scam2 atas nama “Perniagaan Internet, e-Commerce and etc.” yg amik peluang dulu. Ader yg betul tuh (non-scams) baguslah. Lagipun, ader “Internet Business” nih yg guna model MLM+piramid sket2 yg discourage pengguna and memburukkan keadaan.

    Tapi sekarang, its going to be better. I take a lot of time to sedar segala scam2 tuh tak bermanfaat and the only business that can survive is purely business: Ader Jual-Beli. Yg penting: HALAL.

    projek ebook kompilasi? best nih! NAK! :P

  6. azwan says:

    Tahniah smartzul. Satu langkah lagi ke hadapan. Lagi ramai boleh share knowledge on internet business. Semoga semua yg baca dapat manfaat.

    Pendapat saya pasal internet business kat malaysia masih baru nak bermula. Penerimaan agak perlahan untuk peringkat mula2 ni kot. Harap2 makin lama makin diterima ramai.

    Dan yang paling bagus, dah semakin ramai orang kita menceburi bidang ni. Semoga sama2 berjaya. Tak kira dah lama buat atau baru buat. yang penting buat.. jgn tak buat langsung. hehe :)

    p/s: ni pun satu penyakit gak hasad dengki ni. pantang tengok orang berjaya.. mula la nak khianat. good luck geng saifulsham semoga dpt settle problem cepat..

  7. Tazilan says:

    A’kum!

    Tahniah smartusaha @ zulfadli…

    Saya ni newbie lagi dlm biz internet ni. Cakap pasal ruang perbincangan & info ttg biz internet ni, blog anda ni adalah favourite saya, selain wangcyber.com.

    Byk benda baru saya belajar dari 2 ruangan ini.

    Saya pun sedang draf rencana, dah siap nanti saya post kat sini, boleh ye?

  8. arejae says:

    Assalamualaikum,

    Saya pun orang baru dlm internet biz nie.So kadang rasa segan pun ada nak bagi pendapat sebab kita pun baru nak merangkak-rangkak.Tapi kalau takder langkah pertama,manakan dapat langkah kedua kan.

    Dlm industri internet banking di malaysia,maybank merupakan pelopor dlm bidang nie.Ingat lagi masa mula-mula dulu,cam takut jer nak register maybank2u. sekarang nie….rasanya dah ramai org yg berani buat transaksi.So rasanya,tahap kefahaman masyarakat kat m’sia nie dah bertambah.

    ermm…kepada saifulsham.com,ada gak eh org dengki sampai buat camtuh.sifat yang nie..mmg takleh nak ubah..hasad dengki nie…ermm…

    anyway..semoga kita semua berjaya dlm bidang masing-2.

    see u. :D

  9. citiroz says:

    A’kum,
    Tak tahu la mcm mana boleh tersesat kat blog saudara ni. Maklumlah saya ni pun baru juga menceburi dlm bidang internet bisines ni. So merayau-rayau le cari maklumat2 apa yg patut dan terjumpa blog anda. Apa lagi saya pun baca, baca dan bacalah dan alhamdullilah menarik juga pandangan anda , bolehlah juga berkongsi idea mcm nak mempertingkatkan ilmu dlm bidang online bisnes ni.
    Sebenarnya saya dapati potensi bisnes d internet ni memang besar cuma kita di malaysia ni mungkin belum meluas tetapi pada masa akan datang who knows? Jadi pada sesiapa2 yang nampak peluang bisnes ini hebat jgn berlengah2 untuk menceburi dlm bidang internet bis. ni. Jadilah orang2 yg terawal berjaya dlm bidang ni dan jgn hanya menjadi golongan ikut2an setelah nampak org lain berjaya baru nak mula.
    Kita kena ubah cara pemikiran kita dan lengkapkan diri dgn ilmu sebanyak mungkin . JGN hanya CAKAP nak buat tapi BUAT .
    ok itu saja… jumpa lagi kot

  10. chikadon says:

    Tahniah….~~!!

    Atikel ko memang bleh dipakai…~~!!

  11. smartzul says:

    Terima kasih chikadon! ;)

    Masih belajar lagi, banyak yang perlu dipelajari terutama cara menulis.. :)

  12. fareast75 says:

    Assalamua’laikum wbt

    Saya pun semakin meminati blog smartusaha ni….dlm 2 hari ni, byk yg dipelajari…almaklum la org baru nak menceburi internet biz ni…Mudah2an byk yg dpt dikongsi di sini…dari segi kesedaran sekarang ni..rasanya ramai yg dah celik bisnes online ni…rata2 kwn2 ramai yg semakin ketagih.

    smartusaha – teruskan usaha anda.

  13. smartzul says:

    Terima kasih fareast.. Sama2 juta berjaya yer..

  14. Hamid says:

    InsyaAllah
    saya akan berusaha dalam penulisan ni.
    Terima kasih kepada Zul kerana tidak henti² dalam membantu kami semua
    semoga usaha anda diberkati.

  15. abdfatah says:

    yeah… inilah gilirannya dan masa anda untuk mulakan penulisan anda secara sambilan atau sepenuh masa. yang penting anda perlu mulakan menulis dari sekarang dan menengokkan hasilnya satu hari nanti selepas anda bermula hari ini…

    jika tidak bermula hari ini… bila lagi nak mula???

  16. abdfatah says:

    selalunya menulis dah tentunya dapat duit. buat duit dengan menulis buku dan ebook dan juga menulis blog. dapat hadiah tu hanya sampingan aje… lain citer dapat hadiah lumayan ribu-ribu…

    • Han says:

      menulis memang seronok bila ada idea…
      tapi bila kekeringan idea, isk… susah jugak nak menulis…
      kalau pandai menulis, memang boleh buat duit sangat2 ar…

      han

  17. abdfatah says:

    menulis blog memang berbeza dengan menulis untuk apatkan duit dari majalah atau suratkhabar atau dari televisyen. atau hasilkan novel dan dapat royalty.

    menulis blog sepenuh masa atau secara part time itu adalah pilihan anda sendiri. buat masa nih saya belum lagi jadi penulis blog sepenuh masa. banyak lagi menda yang nak kena belajar. kalo sekadar nak menulis itu ini memang boleh laaa…

  18. Shukor says:

    Salam utk semua..
    saya rasa peluang dalm bisnes ni dah terbuka didepan mata kiter. Cumer ada yang tak nampak.
    Tentang kemudahan memang banyak,tapi kadang2 tu kiter rasa takut nk mencuba..takut2 kalau tertipu.

    Tapi yang penting sekarang, industri biznes internet ni sedang berkembang dan insyaallah lebih banyak yg akan menceburinya bg memeriahkn lagi suasana…

    adios

  19. starline says:

    Waktu paling best menulis bila time happy dan idea mencurah-curah..contohnya baru dapat duit ke :)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)