Gelumang Bisnes Internet | Erti Kejayaan
Gelumang? Hmm, yer kot perkataan ni.. hehe..
Ya, selama bergelumang dengan perniagaan internet ini, yang mana saya lebih fokus kepada model perkhidmatan seperti pendaftaran domain name, hosting, pembangunan portal dan laman web, saya rasa, memerlukan sedikit masa untuk ‘berehat’ untuk mencari ‘ilham’ agar cita-cita untuk menjadi usahawan siber yang berjaya akan tercapai. Selama ini bukan tiada perancangan, tetapi orang kata, suatu ‘formula’ baru perlu dirumuskan agar kejayaan akan cepat dicapai seperti yang dirancangkan.
Melakukan bisnes yang berbentuk perkhidmatan amat letih, ikhlas saya katakan. Satu tips yang belum saya praktikkan adalah mengupah orang lain, tetapi keuntungan perlulah dibahagikan.. InsyAllah, tips ini akan saya gunakan dalam masa yang terdekat nanti. Sekurang-kurangnya dapat membantu orang yang pakar menambah pendapatan sampingan. Cuma kini, saya melakukan sesuatu projek dengan seorang sahabat saya yang juga melakukan ebiz ini. Mudah cerita, beliau adalah hanya rakan kongsi, tetapi beliau bukan individu yang ada kaitan dengan smartusaha.com. Hanya perkongsian bagi projek terntentu sahaja.
Sebelum itu, ingin saya tekankan di sini, mengapa saya menulis serba-sedikit mengenai hal peribadi di blog ini? Mudah sahaja, saya ingin menunjukkan perjalanan hidup saya di dalam usaha menjadi usahawan internet yang berjaya. Begitulah tujuannya.. Dengan harapan, blog ini akan menjadi rujukan dan pelajaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi usahawan internet. Selain itu, sedikit-sebanyak ia akan menjadi bukti bahawa saya bermula dari bawah dan orang mengenali saya. Maka mungkin suara belakang, “betul ke dia ni usahawan internet? Berapa lama dah dia ni buat ebiz?….” tak akan berlaku atau kedengaran seperti mana sekarang yang mempertikaikan kebenaran sesetengah usahawan internet.
Baiklah, tidak malu untuk saya katakan, cita-cita dan impian saya ialah, saya mahu duduk sepentas dengan mereka yang telah berjaya seperti Dr. Irfan Khairi, SaifulSham, Kidino, Gobala, Sunny Tan, Zamri Nayan dan lain-lain lagi.. Bagi saya, kejayaan ialah satu balasan atau anugerah dari Allah yang patut kita hargai kerana ia menunjukkan bahawa kita telah berusaha melalui hidup ini dengan sebaik-baiknya untuk menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Tidakkah begitu? Sebaliknya, ramai yang tidak melihat sedalam-dalamnya erti kejayaan ini yang mana kebanyakan mudah berdengki dan tidak menyenangi kesenangan orang lain. Malah ada yang menganggap usaha sebegini adalah keduniaan. Ternyata, mereka menafsir dengan sebelah mata dan tidak ber-asas sama-sekali. Hati manusia, tiada siapa yang tahu. Hanya Yang di Atas sahaja yang Maha Mengetahui segala niat manusia.
Saya cabar diri sendiri dan juga sahabat semua terutama yang sedang meningkat naik (nak sebut ramai sangat) atau yang telah memulakan perniagaan internet, kita jumpa di sebuah “pentas kerjasama” kita nanti bersama-sama dengan mereka yang telah berjaya.
Semoga Allah merahmati usaha kita semua.
Zulfadli.









benar tu. Kepuasan apabila bermula dari bawah. Tak kiralah walaupun dah memang asalnya kaya ke, mak bapak kaya ke tapi bermula dari bawah adalah satu pengalaman yang paling manis dalam sesebuah kejayaan. Saya pun tengah memikirkan langkah kerjasama di kalangan warga kita.
Saya pun nak tempah kerusi duduk sebaris… teruskan usaha saudara Zulfadli. “Semoga tercapai cita-cita suatu hari nanti” – Amin.
hasrul, naper guna nick insyaAllah.. Ingatkan saper.. hehe… Ya, pepatah omputih kot ada mengatakan, “kejayaan itu adalah perjalanan, bukan tujuan..”. Dan benar, bila kita dah berjaya nanti, kita akan rasa nothing dah.. Dan masa tu kita akan rasa, manisnya masa kita berusaha dulu kan?
cikgu, jom!
apalah gunanya kejayaan tanpa kegagalan. jangan sisihkan kegagalan lantaran anda telah berjaya di puncak jaya. sayangilah kegagalan masa silam anda tersebut…
wah! sayangilah kegagalan???
sayangi lah?
taknak tinggal kan ke?
em…sayang sebagai pengajaran bagus juga tu…
han
Sy percya Zul akan mencapai tahap tersebut. Usah dgr kata-kata org, biasalah, SaifulSham pun pernah mengalaminya. Tetapi, teruskan usaha anda dan lambat laun, org2 yg memandang sinis akan diam. Bagi saya, anda lebih baik dari mereka kerana, anda berusaha dan buat, bukan hanya tahu mengkritik.
Nak tahu, ada yang mengkritik usaha SaifulSham menghasilkan buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Ada yang mengatakan tiada apa-apa isitimewa. Tetapi, saya tidak kisah jika itu kata orang sebab, buku yang tidak ada apa-apa itulah yang mambantu cheapestcovers.com membuat sale hampir setiap hari.
Sekurang-kurangnya, kami membantu orang lain membina perniagaan internet mereka sendiri. Yang pasti, akan ada 2,3 lagi usahawan seperti cheapestcovers hasil dari buku kami. Kami tidak akan dedahkan lagi siapa mereka.
Okla Zul, keep up ur work!
buku saifulsham untuk mereka yang baru nak bermula. apa yang hendak dipelikkan dengan mereka yang nak mengkritik itu ini. dah itunya kerja mereka yang takder kerja lain nak mengkritik yang bukan bukan. kritik yang membina okeh jugak laaa untuk masa depan negara dan orang ramai…
marah nampak abdfatah ni…
sabar je lah…
dah tu mulut dia… dia nak cakap apa…cakap je lah…
tak pyh peduli…
han
kritikan memang tak boleh lari dari dunia ni…
mana kita pergi mesti ada orang yang tak suka atau dengki…
jangann peduli dengan benda2 mcm tu…
buang masa je…
han
rasanya ada yang beli dan terus kritik agaknya. kenapa beli untuk kritik atau belum beli dah kritik…? buku yang terbaik sekalipun tak ada maknanya kepada sesiapa kecuali ia akan menghasilkan keuntungan selepas dilaksanakan sedikit demi sedikit isi-kandungan yang ada di dalamnya… kalo tak cukup kenalah usaha sendiri… tak gitu? kenapa beli?
Saya juga sokong perjuangan saudara Zul, bermula dari bawah memberi banyak pengalaman, pengetahuan menjadi perintis dalam perniagaan internet boleh dijadikan sumber kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini. Saya juga baru mula kenal perniagaan internet ini semua bermula dari Dr Ifran Khairi yang telah mula menempa nama di dada akhbar.
Semua portal dari sumber tempatan seperti SaifulSham, Mohd Suhaimy, Ifran Khairi, Kidino dan lain-lain menjadi sumber pada saya dalam perniagaan internet.
Teruskan usaha kalian
Malaysia Boleh!
P/s: Minta komen atas blog pertama saya.
takder pengalaman takkan dapat hasil yang menguntungkan. pengalaman adalah guru kepada kejayaan masa depan…
betul kata abdfatah tu…
pengalaman adalah satu dari punca kejayaan…
dan banyak benda yang perlu dibelajar…
han
blog dah didelete..
nak tengok camne…
insyaAllah…. kita semua berjaya…. usahawan internet melayu macam kita pun kena saling tolong-menolong…. macam usahawan internet luar negara sana (mereka saling kongsi maklumat).
Yang penting, kita tak tipu orang.
Yup..Zul kita sama2 kongsi pentas..saya dah rasa mcm mana penatnya berusaha untuk berjaya. Walaupun banyak benda terutamanya masa yang perlu di korbankan namun saya benar-benar berpuas hati. Saya harap semoga semua yg benar2 berusaha untuk menjadi usahawan internet akan mencapai apa yg diimpikan.
assalamualaikum..
saya nak jadi usahawan internet..tapi saya tak tahu mcm mana caranya..saya nak ubah nasib keluarga..harap dapat membantu
Secara tak sengaja saya masuk ke blog ini…
hmmm… bagus… boleh buat ref.
Boleh share idea dengan guru yang bijak pandai…
anyway… jangan ler malu-malu masuk ke blog aku yg tak sebarapa nie..
http://zaiharm.blogspot.com/
thanks
kejayaan memang cukup bermakna kalo dah berkali-kali gagal yang bermakna belum berjaya. tanpa gagal apalah ertinya kejayaan. kejayaan bermula dengan kegagalan…
kita akan lebih sayang kan kerjayaan yang susah untuk berjaya berbanding yang mudah…
kita mengharungi bersama…mesti kita lebih sayangnya…