Mengapa Ramai GAGAL Buat Duit Di Internet?

Saya banyak juga menerima emel daripada mereka yang telah banyak mencuba buat duit di internet. Malah ada yang mengatakan mereka banyak juga tertipu dengan program SCAM.

Malah yang agak mengecewakan adalah, setiap kali saya bercakap mengenai perniagaan internet, ada yang mencelah, “eh, ni program apa ni?”. Oh, mereka hanya tahu program sahaja.

Di luar sana, banyak program skim cepat kaya. Saya tak nak komen hal ini. Bagi saya, sendiri buat, sendirilah tanggung. Pihak kerajaan, media, pendakwah, bloggers, semua dah pesan agar jauhi program sebegini. Jadi, menjadi tanggungjawab kita lah untuk peka dan serius dengan hal-hal sebegini.

Rahsia Perniagaan Internet?

Sebenarnya, tiada rahsia di dalam perniagaan internet atau buat duit di internet. Hakikatnya apa yang perlu adalah:

1. Cara yang BETUL

2. Fokus dan terancang

3. Konsisten

4. Usaha yang RAJIN

5. Tak mudah putus asa

Rata-rata yang gagal buat duit di internet adalah bermindakan mahu wang semata-mata. Sebab itu mereka gagal. Matlamat awal dan akhir mereka, tujuan utama mereka, fikiran mereka, HANYA DUIT SEMATA-MATA.

Jadi, disebabkan mereka telah berusaha kuat dan tidak mendapat hasil, akhirnya mereka berputus-asa dan paling teruk akan menyalahkan orang lain.

Sepatutnya, mereka perlu terus belajar dan belajar, mencuba dan mencari apakah yang berkesan untuk mereka. Namun hakikatnya kebanyakan orang tidak rela melakukan semua ini. Mereka hanya mahu duit cepat. Mereka tidak mahu bersusah-susah dahulu.

Terkadang saya terfikir seketika, adakah orang zaman sekarang sudah tidak mahu berpijak di bumi nyata? Jiwa mereka yang suci telah dicemari dengan kehendak-kehendak yang merendahkan martabat dirinya sendiri yang mana Allah jadikan mereka dengan begitu sempurna.

Kalau inilah mentaliti orang-orang kita, amat susah kita mahu berganjak daripada keadaan kemunduran yang dihadapi sekarang kepada satu tahap yang lebih baik. Amat sukar..

Memanglah kita mahukan duit. Siapa yang tak mahu duit yang banyak. Saya pun nak juga. Semua orang nak. TAPI, kita jangan utamakan fokus pada hasilnya, tapi fokuslah pada usaha yang dilakukan. Kalau kena usahanya, hasilnya pasti ada.

Usaha itu perlulah BETUL dan TERANCANG dengan baik. Saya katakan usaha yang betul kerana ramai yang buat sesuatu dengan cara yang kurang betul. Jadi bagaimana nak dapat hasilnya kan? Nak tahu cara yang tepat dan menjadi, perlulah BELAJAR.

Bila sebut belajar, hmm, tak semua orang sudi, rela dan mahu ambil masa untuk belajar. Mereka hanya tahu cepat, cepat dan cepat. Kalau boleh tak nak lah susah-susah ni.

Realiti yang mengejutkan!

90% mereka yang mahu berniaga di internet adalah kerana fikiran mereka yang kusut memikirkan masalah wang! Mereka juga ingin lari jauh daripada pekerjaan makan gaji sebab bosan dengan karenah bos dan politik pejabat!

Ya, ramai yang menghubungi saya menyatakan mereka ingin lari daripada masalah wang dan kekusutan hidup. Memang tidak salah niat tersebut. NAMUN, jika ia dijadikan sebab utama untuk berniaga, amat sukar untuk perniagaan bertahan lama.

Kalau setakat berniaga untuk cari duit TAPI anda tidak minat berniaga, tidak mahu belajar, tidak mahu usaha kuat, kekusutan hidup akan semakin bertambah.

Apa yang betulnya adalah, perlu niat di hati melakukan perniagaan adalah kerana mahu membina sebuah perniagaan yang maju dan berjaya. Kekusutan semua itu hanyalah masalah yang akan selesai jua kelak. Jangan jadikan ia sebab utama melakukan perniagaan.

Kesimpulan

Berjaya atau gagal usaha yang dilakukan adalah bergantung kepada mentaliti kita dan gaya kita berfikir. Jika arah pemikiran kita adalah POSITIF, insyaAllah hasilnya juga positif. Jika cara kita berfikir adalah negatif, sudah tentu susah untuk dapat hasil.

Berusahalah dengan rajin, sentiasa belajar sedikit demi sedikit dan bina empayar perniagaan atau kekayaan yang anda mahukan dengan cara FOKUS kepada usaha. Bukan fokus kepada DUIT semata-mata.

Akhir kata, tukarlah cara kita berfikir kepada pemikiran yang lebih POSITIF, tenang, tidak kalut dan sentiasa berdoa dan tawakal kepada ALLAH SWT.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Mengapa Ramai GAGAL Buat Duit Di Internet?

  1. Pembelajaran adalah satu proses yang berterusan. Bak kata pepatah, “menimba ilmu hingga ke Tembok Cina”. Saya juga masih dalam proses pembelajaran.

    Penyakit yang banyak membelenggu orang kita adalah penyakit ‘M’…MALAS. Kalau dah MALAS, nak tunggu ‘duit jauh dari langit’, semua nak senang, tidak mahu susah sikit, semua nak kena suapkan…memang susah la jawabnya.

    1. Saya teringin nak bertanya pada otai otai IM yang dah berjaya. Soalan ni pun general je.

      Anda buat ebook, lepas tu ada newbie beli ebook anda, macamana anda nak asuh newbie yang dah melabur untuk mendapatkan ilmu dari anda. Adakah hanyak cukup sekadar buka forum tertutup (kononnya khas untuk pembeli ebook) atau pun cukup hanya sekadar hantar link download ke email newbie tadi.

      1. Itu kena tanya IM masing-masing lah.

        Ada yg Ok, ada yg tak.

        Depends pada apa yg mereka janjikan.

        Bagi saya, adalah amat MENGERIKAN bagi janji macam2.

        Cara saya simple: Kalau saya jual ebook, saya jual sahaja TANPA bagi banyak sangat janji itu ini. Kalau saya boleh over deliver, saya akan bagi. Kalau tak, tak ada lah.

        Cukuplah bagi apa yg kita sedang termampu. Mati tu bila2 masa. Jangan mati tinggalkan janji yg belum tertunai sudahlah. Sebab tu saya kata ia AMAT mengerikan. πŸ™‚

        Itu view saya tanpa belah mana2 pihak. Saya pun manusia biasa. Ada kurang, ada lebih.

        Moga Allah bantu kita perbaiki apa yg kurang tersebut.

        InsyaAllah.

  2. Saya sering jugak tengok minisite kawan kawan yang jual produk terutamanya yang jual ebook. Dalam promosi ebook tersebut macam macam dijanjikan termasuk personal online coaching dan forum tertutup. Ada juga yang menawarkan link exchange di blog.
    Pembeli ebook tersebut biasanya newbie yang baru nak berjinak jinak dalam arena IM dan tentunya menjadikan penjual ebook itu sebagai mentor. Dan sudah tentulah mengharapkan mentornya itu turun padang seperti menjenguk sekali sekala ke blog anakbuah tersebut. Beri teguran mungkin pada kesesuaian grafik, atau pada ayat promosi pada posting di blog tersebut. Apa yang saya nampak hari ini, rata rata nya hanya tertumpu pada blog yang mempunyai PR tinggi. Blog yang PR tinggi dah tentu lah ramai pengunjung.
    Pendapat saya, andainya nak bagi support, supportlah blog yang baru nak naik, barulah sama sama dapat merasa kemeriahan berniaga atau mencari pendapatan di Internet ni.

    Harap betulkan sekiranya saya salah.

    1. Itu mereka, bukan saya. πŸ™‚

      Saya TAK SUKA janji lebih seperti:

      1. Online coaching (saya jual PANDUAN, bukan coaching)
      2. Support sepanjang hayat (saya boleh mati bila-bila masa)
      3. Support 24/7 (saya perlu juga rehat, tido, makan..)
      4. Itu dan ini (saya manusia biasa, bukan robot)

      Cara saya:

      1. Saya berikan panduan (ebook, video..)
      2. Support melalui emel
      3. Hubungi saya kalau ada masalah
      4. Janji saya HANYA ruang lingkup kandungan produk. Selebihnya perlulah ada ikhtiar sendiri.

      Saya tak suka janji macam2. Saya berterus terang apa yg akan saya bagi (jual). So kalau setuju, beli. Tak setuju, tak apa lah. Bukan rezeki saya lah tu.

      Tak ada jalan mudah nak senang. Usaha tetap kena usaha. Jangan hanya mahu bergantung kepada orang lain sahaja. Kena banyak ikhtiar dan kena usaha dan usaha.

      Sebagai seorang yg mahu belajar, dia perlulah ada DAYA USAHA. Bukan menanti dan tunggu disuruh. Kena buat apa yg disaran dan ada sikap mahu BELAJAR dan terus belajar (ada ikhtiar sendiri).

      Dan satu sifat yg perlu dijauhi adalah jangan suka salahkan orang lain seperti “bangau oh bangau”. Kalau jelas orang tu salah, tinggalkan dia dan pergi cari orang lain. Mudah cerita, bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jangan mengeluh, jangan menuding, jangan fikir masalah. Hanya kita yg boleh tentukan apa yg terbaik kepada diri kita. Bukan orang lain.

      Sebab tu saya kata dalam artikel di atas. Kalau betul cara kita berfikir, insyaAllah kita tak akan banyak cakap dan tak banyak menuding. Fikiran kita akan menentukan apa yg akan kita buat dan apa tindakan kita.

      Saya tak mahu komen panjang2 sebab saya dah banyak tulis hal ini kat blog ni.

      Kesimpulan: Rata2 mahu cari jalan yg mudah, suka salahkan orang, suka mengharap 100%. Rata2 tak mahu berpijak pada bumi yang nyata. Hakikat orang zaman sekarang kot. Maybe?

  3. salam perkenalan,

    hm…
    Topik yang banyak diperkatakan, dan terus selagi ada yang tak dapat duit lagi..,termasuk saya!

    saya abru saja ubah niat berblog untuk pendapatan sampingan.Banyk nak explore..dan perubahan ni membuatkan rasa selesa lagi masa berblog sekadar syer pendapat suatu ketika dulu.

    Belajar dari pengalaman otai’an2 sekalian, bukan mudah nak berjaya-no instant way!walau banyak kelebihan guna internet nio,kalo orang tu ter’ambil mudah’ dan kemudahan internet,-rasanya sampai bila pun takkan jana steady income..

    -melangkah masuk ke mulut buaya?
    hati2!(..juga pada diriku!)

    wasalam

  4. yup..betul tuh..
    sape tak nak duit..cuma biarlah menggunakan cara yg betul..
    terima kasih atas nasihat bro zul yg sgt berguna..

    yup, setuju juga dgn andak, semua newbie memerlukan support, wlubagaimanapun, newbie yg perlu disupport adlh newbie yg betul2 ingin belajar, dn bkn hny nk jalan mudah shj..

    sket2, lama2 jadi bukit..

    ?? ?? ???? ???? ????? ??? ?????…

    | dgn hrpn semoga niat kita sama2 betul.. πŸ˜‰ |

  5. Faisal, memang best salah satu emel yg saudara hantar kat list tu. Serius ada, lawak ada. Memang berkesan lah. Terus menusuk ke hati kalau sape baca. πŸ˜‰

  6. Betul la sangat..
    Dan ada sedikit sebanyak terkena batang idung saya..
    Tapi tang putus asa tu belum lagi sebab saya telah berjaya sedikit sebanyak buat duit dari internet..
    CUma perlu mendapatkan konsistensi sahaja…

  7. itu macam saya saja. Dah agak lama juga hanya membaca panduan-panduan yang diberi tapi sehingga sekarang saya tak dapat memanfaatkan semua yang saya baca. Mungkin saya dah tersalah memanfaatkan ilmu2 tersebut. Dan kini saya ingin bangkit sekali lagi. Semoga kali ini usaha saya lebih gigih dan berjaya mencapai target saya.

  8. Betul 2..saya pun baru jinak2 dalam bidang nie..skarang tgh usaha jd affiliate clickbank je dulu..mudah-mudahan berjaya la….

  9. Pingback: Mengapa Ramai GAGAL Buat Duit Di Internet? | mohdhafizi.com
  10. Pada saya gagal yang pertama kerana tiada minat. Kedua gagal kerana mungkin minat dah ada tapi ilmu tiada. Ketiga yang boleh menyebabkan gagal apabila tiada saluran untuk mencari ilmu tersebut dengan tepat. Maka akan hilang semangat dan mula putus asa. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *