Faktor Daya Tahan Emosi Usahawan Internet

Dah lama tak menulis artikel yang panjang. Harap anda sudi membacanya.. πŸ™‚

Untuk berjaya di dalam perniagaan internet, anda memerlukan ketabahan yang amat tinggi. Saya cuba mengkaji usahawan-usahawan internet yang berjaya dan daripada kajian ringkas itu maka saya dapati, mereka mempunyai sifat dan prinsip yang sama.

Sebelum itu, mari kita lihat tiga faktor utama yang menentukan tahap emosi seseorang usahawan internet untuk konsisten di dalam usaha perniagaannya:

1. Diri sendiri

2. Orang terdekat (keluarga, kawan..)

3. Orang luar (pesaing, ‘musuh’)

Diri Sendiri

Kadang-kala, datang satu perasaan malas, kecewa, putus-asa dan tiada keinginan untuk meneruskan usaha perniagaan anda. Mungkin akibat jualan yang tidak begitu memuaskan, atau mungkin akibat ‘terasa’ dengan teguran orang lain. Dalam kes ini, diri usahawan itu sendiri yang boleh merubah perasaan dan emosinya.

Jika sampai pada satu tahap, beliau amat perlu merujuk atau mengeluh kepada sesiapa yang faham dengan keadaan yang beliau sedang hadapi itu. Faktor sebegini biasanya adalah datang dari diri sendiri seperti mudah terasa dengan kritikan orang lain, tiada keyakinan, takut dan sebagainya.

Orang Terdekat

Mereka ialah sahabat baik, saudara mara dan ahli keluarga. Saya mempunyai seorang kawan di mana keinginan beliau untuk menjadi usahawan dipertikai oleh ahli keluarga sendiri. Akibatnya, kini beliau bekerja makan gaji. Jika beliau selesa dengan pekerjaan itu, semoga berjaya. Tapi jika jiwanya terseksa, ahli keluarganya perlu bertanggungjawab.

Saya telah menulis berkali-kali mengenai cabaran yang datang dari keluarga sendiri pada artikel yang lepas. Apa yang dapat disimpulkan ialah, terangkan kepada mereka sebaik-baiknya apakah itu kerjaya usahawan internet. Beritahu mereka bahawa, usahawan internet ialah usahawan juga. Cuma sahaja usahawan internet itu hanya satu istilah.

Cara saya di dalam menerangkan kepada keluarga atau kawan saya ialah memberikan contoh usahawan internet yang telah berjaya. Contohnya bertanya soalan begini, “Kenal tak Irfan Khairi?”. Memang mereka kenal dan dari situlah mereka tidak banyak membuka mulut kerana sudah terbukti bahawa kerjaya usahawan internet adalah satu cabang yang tidak dapat disangkal lagi. Lagi-lagilah sekarang, sudah ramai yang berjaya.

Satu lagi cara saya ialah, saya tidak menyebut yang saya ialah usahawan internet sebab ‘orang kampung’ akan pelik dengan istilah itu. Apa yang saya katakan ialah, “Saya kerja sendiri. Usahawan.”. Jika ditanya jual apa, saya akan jawab, “Saya jual apa-apa sahaja yang orang perlu. Tapi sebahagian besar produk saya ialah berkaitan Internet dan Komputer”. Ya, pasti mereka akan bertanya dan bertanya lagi. Hadapilah mereka dengan ketenangan. πŸ™‚

Pesaing dan Musuh

Pesaing. Ada yang baik dan ada yang jahat. Kita bicarakan mengenai pesaing yang mahu anda jatuh, gagal dan bankrup. Mereka ini bukan usahawan sejati. Mereka adalah usahawan penakut. Jika menurut sunnah Rasulullah, persaingan perlulah sihat dan paling bagus jika saling membantu. Orang kita amat susah nak maju jika semuanya nak makan seorang diri dan nak kaya sorang-sorang.

evilDulu, saya pernah dihubungi oleh seorang usahawan internet gara-gara saya membongkarkan satu teknik perniagaan internet yang mereka gunakan. Katanya, “Rugi besarlah kami macam ni sebab Zul bagitahu benda tu”. Dalam hati saya, “Penakut dan tamak betul dia ni”. Walhasilnya, sudah ramai yang berjaya dengan perkongsian yang saya berikan tersebut.

Cuma, ingin saya nyatakan, internet ini besar dan setiap orang sudah ada bahagian rezeki masing-masing. Jangan tamak sebab akhir kisahnya ialah, anda tak dapat apa-apa. Bawalah harta menggunung itu ke akhirat yang sudah tak bernilai. Harta yang bernilai ialah yang dikongsi-kongsi sama ada sebahagian harta itu atau ilmu untuk mendapatkan harta sebegitu.

Bagi anda usahawan internet yang jika ada pesaing sebegini, usah ambil pusing dengan mereka. Fokus kepada usaha anda dan wujudkanlah komuniti sendiri serta mempunyai rakan perniagaan internet. Yang satu biasanya akan kalah dengan yang ramai. Apapun, anda tetap benar dan yang salah tetap mendapat balasannya. Usah takut.

Itu kisah pesaing. Bagi musuh pula, mereka ini biasanya ‘anynomous’ (tidak dikenali). Biasanya mereka ini bukan ahli di dalam perniagaan internet, tapi mahu cakap lebih. Mereka suka mengkritik usahawan internet, tapi kritikan mereka itu tiada asas yang kukuh akibat mereka tidak tahu.

Mungkin anda pernah terbaca tulisan mereka yang mengatakan menjadi kaya-raya melalui internet adalah karut marut. Jika saya jadi anda, saya mungkin ketawa terbahak-bahak sambil menggeleng-geleng kepala (cuba bayangkan macam mana ketawa begini?).

Saya ‘ketawa’ kerana orang sebegitu mahu bercakap di luar bidang pengetahuannya. Mereka seperti ahli nujum yang tahu serba serbi (Hmm, ada ke ahli nujum sebegini? Atau hanya nujum Pak Belalang?). Kita bersimpati dengan mereka.

Contoh lain pula ialah mereka yang dengki dengan anda. Mereka ini akan lakukan apa sahaja untuk merudumkan emosi anda. Menyerang anda melalui emel, komen di blog dan juga membuat fitnah di saluran internet yang lain.

Sekali lagi. Usah ambil pusing dengan manusia sebegini. Fokus sahaja pada usaha anda. Dekatkan dan bergaul dengan mereka yang sama usaha dan matlamat dengan anda. Jika boleh, cari mentor untuk membimbing dan memberikan anda kata-kata perangsang dan semangat.

Tidak cukup untuk kita hanya mengetahui punca-punca emosi menjadi lemah atau faktor mudah berputus-asa. Berikut ialah saya kongsikan satu formula untuk anda berjaya seperti jutawan internet yang biasa anda dengar..

Formula Kejayaan

Ini adalah perkara yang saya ingin kongsikan seperti yang saya nyatakan di mukadimah artikel ini. Bagaimanakah Rusell Brunson (jutawan internet muda), Frank Kern, Mike Filsaime, John Reese, Eben Pagan, Irfan Khairi, Derek Gehl dan ramai lagi berjaya di dalam perniagaan internet?

Hanya satu sebab mudah yang ramai juga yang tahu, tapi tak ramai yang mengamalkannya:

“Mereka yang berjaya ini amat lebih di dalam tindakan, kurang kerisauan, tidak takut dan tidak banyak bercakap perkara yang tidak perlu”.

Mereka ini walau sehebat dan seteruk mana pun dikritik, mereka tidak banyak membazir masa dengan kritikan tersebut. Mengapa? Adakah mereka dayus dan bukan anak lelaki yang ori? Tidak.. Sebab mereka tahu mereka di jalan yang benar. Dan mereka sedar bahawa jika mereka ada terbuat silap, mereka boleh memperbaiki kesilapan itu dan kemudian fokus sepenuhnya pada usaha.

Inilah rupa-rupanya punca kejayaan mereka, tak banyak cakap seperti pengkritik yang entah bila akan menjadi jutawan.. Mungkin mereka ini hanya layak menjadi jutawan pengkritik dan kaya-raya dengan banyak cakap, tapi bukan jutawan hartawan.

Pernahkah anda mendengar Eben Pagan dan Frank Kern (dia ni baru ‘meletup’)? Saya yakin anda jarang mendengar nama mereka. Tapi mereka berdua ini terkenal dan ‘hot’ di dalam arena ebiz dalam masa yang singkat sahaja. Rupa-rupanya selama ini merekalah ‘mastermind’ di dalam kejayaan kebanyakan usahawan internet. Mereka berusaha dalam senyap dan apabila sampai masanya barulah mereka keluar dengan produk dan identiti mereka. BOOM!

john reeseHebat bukan? Begitu juga John Reese. Sebelum beliau mendapat usd1 juta dalam masa 24 jam, beliau sebenarnya bermula beberapa tahun lagi sebelum itu. Begitu kuat usaha beliau dan memang wajar beliau mendapat hasil besar sebegitu dalam masa yang singkat. Beliau ada menyatakan dalam satu ‘report’nya bahawa bukan satu atau dua produk yang beliau jual, malah beribu-ribu laman web dan banyak saluran pendapatan yang beliau miliki (Adsense, VRE, Ebook…).

Menarik Diri..

John Reese telah menyingkirkan dirinya dari forum WarriorForum.com pada pertengahan tahun lepas. Dengan tulisan terakhir di forum tersebut beliau menyatakan, “Saya lihat forum ini sudah hambar dan jauh tersasar. Bahkan ramai ahli forum yang asyik membincangkan sesuatu yang tidak bermanfaat, bahkan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Malah yang lebih mengecewakan ialah ramai yang cuba mem’blame’ saya dengan cara yang tidak sepatutnya”.

“Ketahuilah bahawa, jika anda banyak bercakap dan kurang tindakan, anda susah untuk berjaya. Jauhilah sesuatu yang ‘crap’ (tak bermanfaat) dan menghabiskan duit anda. …Kemudian jika anda asyik risau ada orang mencuri (hack) ebook anda, jangan terlampau risau. Sebaliknya, berusahalah untuk mencari 10 lagi pembeli yang baru (mungkin terjawab untuk si pencuri ebook mengapa usahawan internet berjaya tak serius dalam soal security – sebab mereka tak risau seperti si pencuri itu!). …Dengan ini, saya menarik diri dari forum ini..”.

Ayat terakhir di dalam pernyataan beliau itu ialah, “Best of luck everyone. The internet truly can provide any financial lifestyle you desire. You just have to be willing to put in the work.

Kata-kata beliau memang benar. Dan beliau berkata apa yang beliau lakukan sendiri. Beliau banyak berusaha dan berjaya. Dan beliau ikhlas menasihatkan agar jika mahu cepat dan mudah berjaya, jangan banyak cakap dan membazir masa dengan sesuatu yang jelas tidak bermanfaat.

Lihatlah mereka yang berjaya. Mungkin anda mahukan contoh orang kita sendiri? Ya, sekali lagi Irfan Khairi sebagai contoh. Tengoklah beliau, adakah beliau mengeluh atau berhenti berusaha? Tidak. Padahal di luar sana ramai yang membenci beliau. Tapi lihat sekarang, siapa yang terus berjaya? Orang yang hanya tahu mengkritik (banyak mulut) atau Irfan Khairi? Sudah tentu Irfan Khairi yang terus berjaya. Beliau antara contoh terbaik extraordinary person.

Kesimpulan

Tiada rahsia sehakikat rahsia di dalam perniagaan internet. Rahsia itu hanya dari segi perkataan sahaja. Fokuslah pada tindakan dan jangan peduli kepada cakap orang lain. Biarkan mereka bercakap apa sahaja mengenai anda kerana itu adalah satu promosi percuma untuk anda. Kebenaran akan tetap menang dan anda tahu anda melakukan sesuatu yang betul. Jadi, mengapa anda harus gentar?

Akhir kata, jangan takut kalah dan beranilah untuk menang!

ps. Saya ada menulis satu artikel mengenai faktor kejayaan di dalam usaha perniagaan internet. Ia bukanlah satu-satunya faktor, tapi salah satu di antara banyak-banyak faktor. Untuk mengetahuinya, dapatkan Majalah-IM keluaran Mac nanti.

pps. Panduan terbaik Webmaster Ebiz – Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Faktor Daya Tahan Emosi Usahawan Internet

  1. SmartZul, terima kasih banyak atas artikel ini.
    Ianya menaikkan semula semangat dan motivasi saya yang selalu turun naik.
    Dalam banyak-banyak perkara yang disentuh,
    yang paling terkesan kepada saya ialah tentang pesanan yang diberikan ole h John Reese iaitu ;

    “Ketahuilah bahawa, jika anda banyak bercakap dan kurang tindakan, anda susah untuk berjaya….”

    “You just have to be willing to put in the workÒ€œ.

    Dan pesanan daripada SmartZul iaitu ;

    “Fokuslah pada tindakan dan jangan peduli kepada cakap orang lain…”
    “Jangan takut kalah dan beranilah untuk menang!”

    aduh…benar sekali kata-kata tuan.

  2. huh…menarik zul…
    menaikkan semangat ni…hehe
    dah lah pagi2 ni dah bersemangat…
    tambah lagi artikel zul ni…lagi bersemangat…hehe

    han

  3. Biasalah .. Setiap kejayaan akan beserta dengan dugaan mendatang…
    Dengki mendengki tu biasa..
    Yang penting selagi kita tak melanggar ajaranNya …
    Jangan terlalu tamak dalam mengejar sesuatu…
    walaupun saya bukan seorang IM tapi banyak yang saya belajar dengan Zul .. Lepas ni belajar silat cekak ngan ZUl plak.. Ha ha ha..

  4. Salam…

    Satu post yang menarik.Tak dinafikan ramai kat luar sana yang lebih ‘banyak mulut’ dari ‘banyak kerja’.
    Bab-bab dengki ni pun satu.Memang payah nak buang dari tabiat ‘orang kita’.

    Saya tertarik dengan baris ayat ini…

    “…Sewaktu dr. irfan khairi mula-mula muncul di khalayak umum dan memperknalkan diri beliau sebagai seorang jutawan internet sewaktu masa dahulu.. ada juga yang tidak berpuas hati dan membencinya dan mengatakan ianya adalah penipuan semata-mata.. apa lah agaknya nasib orang-orang itu sekarang yer.. dah jadi jutawan internet jugak ke?..”

    He..he..no komen

  5. Kalau dah tak percaya. Nak buat macam mana. Masa aku buat bisnes online nih. Ramai yang kutuk dari yg menyokong. Ada masa depan ke dan bla..bla..bla..

    Tapi yg selalu wat aku ketawa. Hujung bulan. Merungut tak cukup duit. Tak cukup itu ini. Dan memacam lagi. Belanje sakan. Buat itu ini bukan main sakan. Ye, tak salah nak habiskan duit, tak salah nak berbelanja dan berhappy sakan. Tapi agak-agakla..bila hujung bulan. Aku tanak la korang makan megi aje..dan tak perlula dok cari aku bila susah? Pengalamanan aku selama 4 tahun selepas buat biz online. Orang yg kutuk aku, adalah orang yg sama buat pinjaman tanpa riba dengan aku tetapi liat sungguh nak bayau..

    Ah..biarla diorang. So far, kita kene pandai2la. Dunia internet nih orang kata dah lama. Tapi aku still rasa masih baru. Newbie setiap hari datang dan pergi. Tapi jumlah otai yg lahir amatlah sedikit. Lagi2 di Malaysia nih. So, all the best.

    Kalau kita yakin. Insya-Allah, Allah bantu kita. Kalau tak yakin, jangan dok pinjam duit aku lagi aa. Gi cari keje makan gaji. Ada lagi faedahnya dari dok tanam anggur yg tak leh jual kat pasar malam tuh..

    1. A’aah.. Tak ramai nama orang Malaysia terutama Melayu yg ‘femes’ di dalam arena ebiz ni (peringkat antarabangsa). Ini bukan isu bangsa, tapi at least dengan cara ni orang luar yakin dengan kita. Mana la tau Clickbank nanti support Malaysia..

      Teringin sangat melihat nama sebangsa disebut-sebut di arena ni.

      Kawan pinjam duit? Hehe, kita sekaki titanium. Sabar je lah.. At least dgn cara tu boleh buka mata diaorang bahawa jangan gatal mulut nak cakap bukan-bukan. Kalau tak tahu, tanya. Kalau tak nak ambil tahu (tak minat), dok diam-diam. :p

      1. Sebab tu la tak ramai. Bila aku tanye bebudak forum luar. Korang ada kenal tak sesape member dari Malaysia yg pandai buat ebiz online nih? Diorang cakap. Takde.. Sedih gak aku dengar..Tapi nk wat cane, sabo jela..

        Aku harap sangat clickbank support Malaysia semula..Tapi ntahla. Taktau diorang nk ke xnak..

        Bab meminjam tu dah jadi budaya kat universiti. Dulu, aku ingat depa bayarla. Punye lurus dulu. Sekali budak tu ilang terus tukar universiti. Aii..takkan camtu sekali lari..Tapi yg sudah tu, sudahla. Mungkin betul dia xde duit..Tapi bab ngutuk aku, nombor satu..cakap itu ini..Ikut hati, bagi siku potong..

        budaya meminjam orang melayu. Waktu meminjam, bagai nak rak. Sumpah nama Tuhan, family anak semua. Tapi bab bayar, cukup liat. lum lagi bab bagi alasan..

        Sabar jela zul..

  6. Salam smartzul,

    artikel ni memang bermanfaat pada semua terutamanya pd sy.

    yg penting, kita perlu yakin pada diri sendiri, tahu dan fokus pada apa yg kita buat serta sentiasa berdoa pada yang Maha Kuasa.

    apa2 pun sy akan tetap menyokong usaha smartzul dan IM M’sia yg lain:p

  7. Fuhhh!….dah lama tak baca artikel Zul yang menyengat macam ni, maybe Zul dok fokus pada projek terbaru untuk bulan Mac ni.

    Terima kasih Zul atas pesanan yang cukup berguna bagi semua usahawan.
    Semuga apa ilmu yang di kongsikan disini akan di berkati.

    Salam kejayaan.

  8. wow mmg penuh motivasi artikel en zul kali ni…saya selalu lihat byk komen2 yang menjatuhkan apabila seseorang itu mengeluarkan produk dia sendiri. mereka yang memberi komen menjatuhkan ini seolah olah dengki dengan kejayaan mereka yang berjaya mengeluarkan produk yang bagus..

    p/s :baik banyak BERTANYA dari banyak mengkritik..huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *