Formula Jadi Usahawan Hebat

Kadang-kadang saya tertawa sendiri apabila mengingat kembali awal-awal perniagaan saya dahulu. Punyalah baca begitu banyak buku bagaimana cara jadi usahawan yang hebat. Satu buku demi satu buku, namun belum jumpa formula yang dicari. Adakah anda hadapi pengalaman yang sama? πŸ™‚

Sebenarnya (bagi saya), kita terlalu terikut pemikiran barat di mana “usahawan” begitu diagung-agungkan. Dalam Islam, segalanya amat mudah. Kita usahawan ataupun bukan, untuk berjaya (dalaman), formula yang sama boleh diguna pakai. Bacalah Al-Qur’an dan hayati pesanan-pesanan Allah S.W.T seperti sabar, solat, zakat, berbuat baik dan sebagainya. Itu semua adalah formulanya.

Apabila kita melakukan apa yang Allah minta dan sarankan, kita akan menjadi seorang usahawan yang memiliki roh dan spiritual yang hebat. Jika barat menekankan kita mesti menolong diri kita sendiri, Islam pula mengajar, selain kita berusaha, Allah juga pasti akan bantu. Malah, dalam soal tertentu seperti rezeki, kita tidak perlu terlalu memikirkannya kerana ia semua sudah diaturkan oleh Allah. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha.

Kesimpulannya, jika mahu menjadi usahawan yang hebat dalamannya, jadilah seorang Islam yang hebat.

*Artikel ini mengenai jati diri dalaman, bukan mengenai marketing ataupun pengurusan perniagaan. Untuk memiliki perniagaan yang berjaya, sudah pasti ia memerlukan usaha pemasaran yang hebat (yang selari dengan syariat dan muamalah Islam).

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *