Fokus: Mudah Diucap, Sukar Dibuat

Walaupun tajuk di atas berbentuk negatif iaitu ada perkataan SUKAR, namun itulah realitinya. Tidak kisahlah sesiapa pun, fokus adalah satu perkara yang menjadi ujian bagi setiap orang. Apabila sudah tahu sukar, maka perlulah berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh.

Di dalam perniagaan, fokus adalah amat penting. Perbincangan mengenai fokus perlulah sesuai dengan diri setiap orang kerana ia tiada satu maksud yang sama. Namun secara konsepnya, fokus adalah sama sahaja asasnya kepada sesiapa sahaja.

Sebagai contoh, jika kita mahu menjadi seorang pakar, maka kita amat perlu fokus terhadap bidang yang kita ceburi, sama ada ia spesifik mahupun umum. Namun jika kita suka melompat dari satu bidang ke satu bidang lain, maka bermulalah ‘bencana’ terhadap diri di mana diri kita mudah jatuh dan bangun berulang kali.

Contohnya, jika anda mahu menjadi seorang Pakar SEO, maka perlulah membaca banyak bahan bacaan berkaitan SEO, mencubanya, melakukan kajian dan eksperimen serta belajar daripada pakar yang lain. Semakin lama kita mempelajari topik tersebut dan semakin banyak kita melakukannya sendiri atau terhadap orang lain, maka kita semakin pakar.

Bagaimana untuk fokus?

Ini adalah soalan cepu emas.

Untuk fokus, kita perlulah melupakan sahaja hasrat untuk memasuki bidang lain dan menjadikan ia sebagai bidang utama. Namun jika ada masa dan ruang, boleh jadikan usaha lain terutama yang 100% berbeza dengan bidang utama sebagai sumber pendapatan sampingan.

Saya pernah menulis artikel bertajuk “Buat Duit Dengan Kepakaran“. Dengan hanya satu kepakaran sahaja, kita sebenarnya boleh mewujudkan pelbagai sumber aliran pendapatan.

Salah faham maksud fokus

Fokus mempunyai beberapa maksud seperti:

  1. Fokus terhadap BIDANG UTAMA perniagaan.
  2. Fokus terhadap tugasan kerja yang dilakukan.
  3. Fokus melakukan usaha-usaha perniagaan (banyak jenis perniagaan).

Fokus itu tidak semestinya hanya pada satu sahaja. Ia boleh lebih daripada satu. Yang penting adalah kita perlu fokus kepada semua usaha yang dilakukan itu. Bagaimana untuk fokus kepada banyak perkara? Mudah sahaja. Bahagikan masa untuk setiap usaha tersebut dan fokus pada usaha itu dalam masa tersebut.

Namun, tidak semua orang mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk melakukan banyak jenis perniagaan yang berbeza. Kekal pada satu dan memperbanyakkan cabang pendapatan adalah pilihan yang terbaik dan tidak pernah gagal.

Kita boleh lihat sebuah syarikat penerbitan, mereka memiliki kemahiran penerbitan. Jika dahulu mereka boleh hidup dengan kaset-kaset dan CD sahaja, kini mereka mula menerbitkan majalah dan buku. Walaupun usaha mereka pelbagai, namun ia masih dalam bidang yang sama iaitu penerbitan.

Bagaimana cara tahu bidang kepakaran?

  1. Orang sering ‘memuji’ kita dengan berkata kita amat tahu mengenai sesuatu perkara. Pujian itu sama ada dalam tulisan mereka, semasa bertemu atau di mana-mana sahaja.
  2. Lihat buku-buku yang kita beli, apakah topik yang paling banyak dibeli? Semakin banyak membaca topik tersebut, kita mampu menjadi pakar (dengan syarat melakukannya juga).
  3. Dikatakan, minat sahaja tidak cukup. Kepakaran akan lebih hebat terhasil jika ia atas pertimbangan penilaian bakat dalaman. Kita boleh minat sesuatu, namun jika tiada bakat, hasilnya kurang memuaskan. Contohnya minat menyanyi, namun tidak semestinya kita boleh menjadi penyanyi terbaik. Bakat memainkan peranan penting.
  4. Tidak bosan melakukan perkara tersebut, malah rela melakukannya walau tidak mendatangkan hasil.
  5. Orang sering meminta bantuan kita untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Maka kemungkinan kita ada kepakaran berkaitan bidang tersebut.
  6. Bercakap ‘tanpa henti’ mengenai sesuatu topik.

Selepas mengenalpasti bidang kepakaran kita, maka bolehlah berfikir dan merancang untuk FOKUS terhadap bidang tersebut. Seterusnya berusaha untuk menjana pendapatan. $$$$$…

Saya menulis mengenai kepakaran kerana saya selama ini menceburi bidang ‘Professional Services‘ (perkhidmatan), iaitu perkhidmatan kepakaran pemasaran internet. Saya tidak mampu memberikan contoh lain seperti perniagaan runcit, bisnes trading dan lain-lain kerana saya tiada pengalaman dalam bidang tersebut.

Namun apa yang cuba disampaikan adalah, kita perlu fokus terhadap usaha yang kita lakukan. Fokus sehingga mencapai puncak kejayaan.

Secebis Perkongsian….

Sepanjang empat tahun saya melakukan perniagaan internet secara sepenuh masa, saya telah melakukan banyak kesilapan. Untuk mengelak kesilapan, ada beberapa cara:

  1. Membaca banyak buku berkaitan.
  2. Ada mentor dan ‘coach’ sebagai pembimbing.
  3. Belajar daripada usahawan lain.
  4. Merancang sebaiknya dan fokus pada perancangan itu.
  5. Menghadiri majlis-majlis ilmu seperti kursus, seminar dan bengkel.

Orang yang melakukan kesilapan telah tahu di manakah lopak, lubang atau jalan mati yang perlu dielakkan, dan tahu bagaimana untuk bermula kembali. Mereka bukan sekadar tahu, tetapi telah melaluinya. Belajarlah dengan mereka dan kita mampu menjimatkan kos masa, tenaga dan wang ringgit.

Jika kita sedang kecewa, putus harapan atau tidak nampak sebarang sinar, ingatlah… ALLAH sentiasa memberikan kita peluang untuk memilih yang terbaik dan bila-bila masa sahaja kita boleh bermula sekali lagi. ALLAH juga mahu kita berDOA, SABAR dan PERCAYA bahawa kejayaan pasti dimiliki oleh orang-orang yang tetap dalam kesabaran dan penuh percaya kepada-NYA.

Pendek kata, kita perlu komited dan bersungguh-sungguh!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Fokus: Mudah Diucap, Sukar Dibuat

  1. Syarikat besar yang punya ramai tenaga kerja dan punya wang berjuta-juta pun hampir lingkup kerana mereka tidak memberi tumpuan [fokus]pada kepakaran mereka, mahu ceburi banyak bidang yang bukanpun kepakaran mereka. Hanya bersandarkan banyak tenaga kerja dan banyak wang saja.
    Inikan pula kita yang masih menjalankan perniagaan kecil. Benarlah, fokus itu penting. Tiada keraguan lagi

  2. Inilah aspek yang paling susah di buat, betul-betul kecewa di buatnya kerana hilang fokus. Terima kasih Zul kerana artikel ini dapat mengingatkan saya supaya kembali fokus.

  3. Betul kata-kata tuan zul. Fokus sangat penting dan kritikal dan jika kita tersilap langkah,kita tak akan ke mana-mana pun. Saya pernah melalui situasi seperti ini. bak kata TV9, Stay Tune.

  4. Salam bro zul,

    Terima kasih atas perkongsian yang baik tentang isu penting ini,fokus.Perkara yang amat penting dalam menentukan kejayaan,tetapi diabaikan.

    Fokus juga akan menjadikan apa yang kita fokus itu satu trademark yang boleh mendatangkan kejayaan kepada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *