Pentingnya Fokus Pada Satu-Satu Model Perniagaan Internet

Salah satu pelajaran terbesar yang pernah saya terima sebelum ini ialah, pentingnya FOKUS di dalam usaha perniagaan Internet yang dilakukan. Salah satu fokus yang perlu diberi perhatian besar ialah terhadap model perniagaan yang dilakukan dan fokus kepada kekuatan yang ada.

Jikalau anda lebih pakar dan tahu bagaimana menjual produk-produk digital seperti Ebook, maka teruskan berusaha sehingga anda mengecapi hasil yang besar. Jangan begitu mudah terpesona dengan model perniagaan lain yang menggiurkan anda. Ia boleh dilakukan kelak dan anda tidak perlu risau mengenai kerugian jika tidak melakukannya.

Sebaliknya, jika anda belum berjaya dalam bidang yang anda tahu atau sedang lakukan seperti bisnes Ebook, dan kemudian menyibukkan diri dengan perniagaan barangan fizikal di Ebay katakan, maka anda akan hilang fokus.

Kekuatan anda ialah di dalam model produk digital, bukan pada produk fizikal. Walaupun perniagaan model lain memberikan hasil yang lumayan, tetapi masalah di sini ialah anda perlu meluangkan banyak masa untuk mempelajari perkara-perkara baru. Ingat, anda bukanlah menjalankan sebuah perniagaan yang besar yang mempunyai ramai staf untuk membantu anda, tetapi anda melakukan perniagaan kecil (small business) banyak melakukan kerja secara sendiri.

Tambahan pula, jika anda masih mencari-cari rentak atau masih menyesuaikan diri lagi dengan perniagaan Internet.


Disebabkan tahap kemampuan anda adalah terbatas, maka fokus pada satu-satu bidang atau model perniagaan Internet itu amat perlu. Walaupun ada orang yang melakukan program Google Adsense mendapat ribuan ringgit sebulan, ia tidak bermaksud anda juga perlu melakukannya. Andaikata ada yang kaya-raya dengan perniagaan Ebay atau Lelong, tidak semestinya anda juga perlu turut sama.

Model Apa Yang Sesuai?

Jikalau anda masih tertanya-tanya, apakah model perniagaan Internet yang sesuai untuk anda sekarang, caranya amat mudah. Soal diri anda sendiri, model apakah yang paling anda tahu dan tidak memerlukan banyak masa untuk memahami dan mempraktikkannya. Maka itulah yang lebih bagus untuk anda lakukan.

Daripada membazir masa untuk perkara baru yang entah apa hujung pangkalnya bagi anda, lebih baik melakukan sesuatu yang anda telah tahu, faham atau yang sedang dilakukan. Teruskan belajar dan berusaha agar model perniagaan yang dilakukan itu lebih mendapat hasil yang berlipat kali ganda.

Bukanlah bermaksud di sini anda tidak perlu melakukan model perniagaan atau model buat duit yang lain di Internet, tetapi apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah, hasil dan keadaan semasa.

Jika anda masih belum berjaya dalam model perniagaan tersebut, maka mengapa perlu ‘membuang masa’ dengan model yang tidak banyak anda tahu? Lagi-lagilah jika anda baru bermula dalam perniagaan Internet, maka lagilah anda perlu fokus dan menumpu pada satu model perniagaan sahaja.

Tetapi, apabila sudah tiba masa yang sesuai dan ada masa yang terluang, maka anda bolehlah melakukan model perniagaan yang lain sebagai sumber pendapatan baru selain daripada usaha sebelum ini.

Semoga kita mempunyai ‘kuasa fokus’ di dalam perniagaan Internet dan seterusnya hasil pendapatan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Salam kejayaan.

ps. SistemRahsia dapat membantu anda untuk fokus di dalam perniagaan Internet dan seterusnya melipatgandakan pendapatan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on “Pentingnya Fokus Pada Satu-Satu Model Perniagaan Internet

  1. kadang kadang mencari fokus untuk satu-satu perniagaan tertentu agak susah. Lebih lebih lagi bila ghairah mengejar peluang yang banyak terhidang di internet. Sehinggakan kita sendiri tidak tahu di manakah sebenarnya bentuk perniagaan yang kita ingin lakukan dan boleh lakukan dengan berjaya.

    Peringatan dan panduan yang zul berikan ini perlu untuk peringatan kepada semua yang masih baru seperti saya dalam mencari kebolehan diri membentuk fokus dan membina perniagaan internet yang berjaya.

    1. Salam. Saya masih baru dalam biz internet dan masih tercari2 apa yg saya boleh ‘offer’ dlm bidang ini. Harap kawan2 dapat memberi tunjuk ajar. Masih tercari-cari ‘starting point’…..jual ebook, program affiliate, web hosting, ermm…

    1. raymond peruntukkan 1jam sehari je ke untuk blog dan dapat beribu-ribu?
      hebat tu…
      macam mana raymond buat?
      boleh kongsi kat sini?

      1. Bukanlah gitu lah. 😯

        Saya memperuntukkan 8 jam sehari untuk blog aku.

        Apa yang saya maksudkan ialah saya akan memperuntukkan 1 jam sehari untuk mengkaji teknik “Pay Per Click”.

        Sumber dah ada. Tapi belum ada masa untuk mengkajinya. πŸ˜‰

        Adalah dapat sikit untung daripada PPC tapi masih belum master teknik ini lagi. πŸ™‚

        1. ooo gitu…hehe…
          salah faham rupanya…
          tak terbaca PCC tu…hehe…
          tapi kalau dah capai 4 angka tu…hebat dah tu…
          sekarang masih ramai yang 100ringgit pun tak capai…

          han

    1. Nak outsource mcm mana tu yer? Ada banyak bentuk sebenarnya:

      1) Kita kongsi keuntungan. Masing2 buat tugas masing2. So, cukup tempoh, bahagilah hasilnya.

      2) Kita suruh orang lain buat model tu untuk kita 100% dan sebagai timbal balik, kita kena bagi something lah kat mereka. Bayar ke, bagi apa2 ke.. Ramai juga yg guna cara ni.

      3) Kita buat pada permulaan, then ‘tinggalkan’. Suruh orang lain jaga dan maintain. Kat sini, nak share profit ke, nak bayar upah ke apa, terserahlah ikut perjanjian atau kehendak masing2.

      4) Suruh orang lain buat 100% sampai dapat hasil, then kita bayar. Lepas tu kitalah yg akan maintain sepenuhnya. Yg ni, tak semestinya suruh dulu. Salah satunya kita boleh beli ‘produk’ yg dah establish tu dari tuan empunyanya. Contoh mudah kat sini, beli website Adsense yg sudah stabil incomenya.

      – zul

  2. saya bersetuju dengan artikel ni. semakin banyak yang kita sumbangkan untuk sesuatu perkara, semakin banyak hasilnya. begitu juga dengan perniagaan internet ini, lebih baik fokus kepada satu bidang yang memang sudah kita mahir

  3. Bercakap ttg fokus, pagi tadi saya baru melawat sebuah kilang di sekitar Ipoh. Managernya bagitau antara satu sebab mengapa perusahaan bungkus tikar ialah tidak memberi fokus kepada “core business” apabila cuba berkembang (diversify). Pelanggan sedia ada lari ke syarikat lain apabila “core business” diabaikan.

    1. Yup. Dalam erti kata lain, kalau kita tak fokus pada matlamat organisasi, maka mcm mana nak sukses utk core bisnes tu. Inilah dikatakan sebagai “bisnes berasaskan matlamat”. Kena fokus pada matlamat company.

      Kalau matlamatnya nak berjaya dalam bidang import eksport ikan kering (contoh jer ni πŸ˜€ ), janganlah berlebih-lebih dengan ikan basah. πŸ˜‰

      Sama lah juga dalam Ebiz, kalau kita nak berjaya dalam bisnes produk digital katakan, so fokuslah pada matlamat itu sampai berjaya. Kalau nak sukses dengan blog, fokus pada apa yg perlu.

  4. Setuju dengan pendapat Zul. Bukan saja perlu fokus dalam internet bisnes tapi dalam apa jua bisnes kita perlu fokus. Contohnyer dalam MLM bisner, kalau asyik dok kejor syrikat baru jer memang susah la nak berjaya… πŸ‘Ώ

    1. ni memang saya sgt setuju…
      saya tengok ramai penyerta MLM asyik lompat-lompat je…
      ada yang baru tinggal yang lama…
      padahal yang lama tu dah nak berhasil dah…
      ni kena mula dari 0 balik…
      sia2 usaha selama ni…

      han

  5. Fokus sangat penting kalau nak sukses dalam perniagaan internt..
    Pandangan saya, kalau nak mencuba teknik perniagaan yang lain, pastikan kita benar2 mahir dulu dengan teknik yang lama…

    ada pandangan lain??
    leh diskus kat sni… ❓

    1. Actually, ramai yg salah anggap:

      1) Perlu tahu banyak teknik baru boleh berjaya. Padahal, kalau tahu sikit dan kita memahirinya dgn baik, kita dapat gunakannya utk melipat-gandakan pendapatan bisnes kita. Tak perlu 101, atau 1001, cukup hanya sedikit dan tumpukan pada kualiti usaha. Then, guna pula teknik yg lain satu demi satu.

      2) Satu bidang, sikit hasil. Sebenarnya pandangan ini kurang tepat. Kalau kita fokus pada satu topik niche katakan, kita sebenarnya boleh hasilkan banyak produk dan tumpu pada setiap segmen masing2. Then, satu produk tu pula boleh di-double-triple-kan hasilnya. πŸ™‚

      3) Perlu guna banyak teknik utk satu-satu usaha promosi produk. Bagi saya lah, kalau ikut pengalaman saya, saya guna tak lebih dari 10 cara promosi utk apa-apa produk saya. Saya fokus kepada beberapa teknik sahaja. Tapi ingin saya tekankan, lain orang, lain keperluannya. Mungkin untuk saya ia berkesan, tapi mungkin tidak utk orang lain.

      – zul

  6. Salam bro Zul,

    Saya nak tambah sikitla yek. Maaf kalau ayat dibawah ‘kasar’ sikit.

    Dengan fokuslah kita dapat bezakan samada kita ni ‘opportunity seeker’ ataupun ‘business builder’.

    Contoh ‘opportunity seeker’:

    Hari ini buat AdSense sebab dengar si A dapat generate USD XX, XXX dari teknik dia,

    Esok masuk pulak emel cakap si B generate income USD XX, XXX dengan membership site, tak jadi buat AdSense sebab nak belajar buat membership site pulak.

    Lusa datang pulak offer dari si C cakap dia buat duit dengan program reseller. Dek terliur dengan ayat2 manis dan income statement, tak jadi buat membership site, join pulak program ni.

    At last satu apa pun tak dapat dek mengejar ‘pil ajaib’ untuk kaya di Internet je kerjanya.

    Contoh ‘business builder’:

    Mudah je, dia akan cakap:

    “Argh, aku ada plan aku sendiri, aku nak buat benda ni sampai aku berjaya. I don’t care how much you made, how popular you are, as long as I follow my gut, my plan, strategies and tactics then success will be mine someday.”

    …bila datang offer2 seperti diatas.

    Kita dibahagian yang mana? πŸ™‚

    Amirul Faisyal

  7. Sebenarnya saya rasa macam saya dulu pun tergolong dalam ‘opportunity seeker’ seperti yang Amirol Amirul cakap :-p Pantang nampak peluang di depan mata, terus sign up. Tapi sekarang lebih berhati-hati. Yela bila dah kerja ni, duit tu dapat dari hasil titik peluh kita sebulan. Fikir dua tiga kali juga nak ‘melabur’ duit dalam apa-apa program. Sekarang ini saya cuba untuk concentrate pada satu benda pada atu-satu masa. Nak jadi ‘business builder’ πŸ™‚ Insya ALLAH

  8. Sebenarnya benda ni mungkin menjadi benda yang sangat lazim buat orang – orang baru yang baru nak belajar tentang perniagaan menerusi internet. Biasanya, orang – orang yang baru nak faham and belajar ni, kita bagitahu beberapa kali pun untuk fokus, dia pasti “tak akan dengar” atau “kurang ambil berat”…

    Macam amirulfaisyal katakan, tengok pelbagai macam tawaran yang menggiurkan.. itu yang buat pendirian tak tetap. Semuanya “nampak menarik”, dan “nampak senang” untuk buat duit. Tetapi hakikatnya bukanlah begitu.

    Saya sendiri pun pernah mengalaminya dan rasanya ramai atau rata – rata orang yang baru nak belajar, Mereka “otai – otai” juga pernah mengalami situasi ini. Dan kerana itulah mereka sering kali memesan serta memberi tahu bahawa fokus amat penting. Mengalami information overloaded dan perasaan nak tahu semua benda memang akan membuat hilangnya fokus.. πŸ˜†

    InsyaAllah, masa demi masa (sama ada cepat atau lambat), mereka “orang baru” akan sedar betapa pentingnya fokus itu. Siapa yang tersedar awal, alhamdulillah, dapatlah dia berkembang dengan lebih pesat.

    Bukan untuk perniagaan di internet sahaja, tetapi apa sahaja perkara yang kita ingin lakukan, kita perlu fokus. Kalau tak memang tak siap – siap kerja. Dan saya juga sekarang masih lagi ingin menguasai tahap fokus yang lebih tinggi daripada sekarang. Banyak juga lagi yang perlu saya pelajari. πŸ™‚

  9. betul zul,
    sekarang saya hanya fokus kpd PPC saja.

    alhamdulillah, walaupun part time saja bergelar IM,
    dpt juga income 4 angka sebulan.
    tq di atas bantuan zul selama ini kpd saya mengenai IM ni.

  10. Salam sejahtera zul,
    bulan oktober zul ada perkatakan tentang fokus, dan saya cuba mengamalkannya. kini saya fokus untuk mempromosi affilate (ebook) yang saya join.

  11. betul lah zul, saya dan mungkin ramai yg sedang tercari2 arah nak bisnes apa ni selalu tersasar lepas jumpa satu model, jumpa lagi model lain. Kata orang tu information overloaded. Yelah nampak org punya statement ribu riban, kelabu juga biji mata. Tapi ada yg tipu juga.

  12. Pingback: ‘Perempat MLM’ atau ‘MLM Junkies’
  13. assalamu`laikum dan salam sejahtera semua…

    Saya setuju juga dengan apa yang dipaparkan. Sebagai orang baru, nak cari duit `online’ memang la tak terlepas dari godaan pelbagai kaedah dan program yang semuanya ngaku mampu memberikan pulangan lumayan.

    Dalam memilih, kita dihadkan dengan soal masa dan kos. Takkan nak pilih mana satu nak concentrate pun amik masa setahun? Habis tu bil `online’ setahun tu kira macam mana? Hangus?

    Cadangan saya, kalau ada para senior yang dapat menunjukkan jalan… bagi orang baru misalnya dengan modal terhad, silalah cuba program begini…begitu… kalau dah ok dan ada masyuk…poket tebal sikit, boleh kaji sistem program begini begitu pula…..

    Setakat ni…saya masih teraba-raba…semua data iklan pun baca..nak buat mana tak tahu lagi…nak belajar semua satu masa tak dan maaaa….

    Oh ya untuk sdra. hapisol, PPC awak kata dah masyuk 4 angka..boleh kongsi macam mana stepnya?

    saya 1 USD pun belum nampak lagi nih…..baru 0.1000 USD…..uwaaa….

    ada panduan menarik berkesan, terjamin dan memerlukan modal rendah?

    Wassalam.

    1. Wa’alaikumussalam.

      Seorang jutawan pernah berkongsikan satu tip: Berubah dengan pantas.

      Maksudnya, setiap kali kita dapat ilmu, terus praktikkan. Tidak perlu tunggu banyak tahu baru nak buat. Dengan sedikit demi sedikit, ia dapat menolak kita ke hadapan untuk mencapai hasilnya. Padah menunggu ilmu banyak dahulu adalah, ilmu yang banyak belum tentu dapat menjanjikan keberhasilan kerana ilmu sahaja tidak cukup, kemahiran juga perlu.

      Mengenai model bisnes pula, ada sesetengah model apabila kita sudah berjaya, ia dapat dipecahkan kepada peluang lain pula. Atau, kita amat mudah untuk buat model atau bisnes jenis lain dengan mengaplikasikan ilmu sedia ada. Jadi kita perlu kreatif dalam merancang untuk lebih ke hadapan.

      Sukar untuk dapatkan bimbingan secara percuma sebab semua orang ada komitmen masing-masing. Saya banyak lihat bimbingan percuma berakhir dengan kegagalan kerana kekurangan sumber modal untuk support perjalanan usaha itu. Jalan mudah adalah sertai mana-mana kursus yang dianjurkan dan secara ‘automatik’ boleh merujuk pengajar/trainer di kursus itu setiap kali memerlukan. Kalau tiada modal untuk itu, boleh simpan sikit-sikit. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *