Fokus: Menentukan Anda Cepat atau Lambat Berjaya

FOKUS pada apa yang anda buat!

Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pengalaman ialah, dahulu saya nak lebih dan nak tahu lebih daripada orang lain serta buat apa yang mereka buat. Ia menyebabkan saya hilang fokus dalam masa beberapa tahun! (ruginya…..).

Ada tiga jenis penyakit yang menyebabkan kita tak dapat fokus:

1. Nak lebih: Apabila melihat orang lain mendapat RM10,000 sebulan, maka saya mula lemah semangat. “Alahai, ketinggalannya aku. Aku punya income RM1000 hingga RM2000 je sebulan..”. Sifat mengeluh dan memperbandingkan diri dengan orang lain dari segi pendapatan bukan tidak boleh, tetapi ia bukan kayu ukur utama. Apa yang perlu anda lakukan atau fikirkan ialah: “Bagaimana aku boleh mendapat income RMXX,XXX untuk bidang/model yang aku sedang lakukan ini?”. Saya bukan sebarang cakap, sebab saya sudah mendapat pendapatan 5 angka dengan hanya satu soalan ini. Jika anda mengeluh semata-mata dan lemah semangat, anda akan bertambah kecewa dengan diri sendiri.

Maka, fokuslah pada usaha anda, perbaikilah usaha dan pertingkatkan lagi strategi perniagaan. Jangan gundah gulana, kerana masih ada mereka yang lebih kurang atau tak tahu daripada anda. Bersyukurlah apa yang telah diperolehi kerana itulah rezeki anda buat masa itu.. Tetapi dalam masa yang sama, tambahlah lagi usaha yang sepatutnya. πŸ™‚

2. Nak tahu lebih: Ini juga penyakit saya (dulu lah). Apabila melihat dan tahu orang lain hebat dalam sesuatu perkara, saya juga nak tahu. Apabila seseorang itu tahu hal tertentu, maka saya juga nak tahu dan nak lebih! Akhirnya, saya keliru.. Namun itu dulu, sekarang saya berpegang kepada konsep KISS atau dalam bahasa Melayunya, jadikan sesuatu yang dilakukan secara mudah (simple). Orang lain tahu lebih, orang lain dapat lebih, itu hal mereka, bukan hal saya. πŸ™‚ Itu adalah diri mereka, bukan diri saya. Saya adalah saya, kerja saya adalah kerja saya, tak ada sesiapa berhak nak halang dan nak persendakan apa yang saya buat. Anda buat kerja anda, saya buat kerja saya. πŸ™‚

Maksudnya, setakat mana pun ilmu anda, fahamilah, praktikkanlah dan dalam masa yang sama, tambah dan tambahlah lagi ilmu. Orang lain, tu hal mereka. Kalau mereka dah berada di puncak gunung pun dan anda masih di kaki gunung, maka lakukan kerja anda, daki dan daki sehingga ke puncak! Mereka yang dah sampai ke puncak gunung tu, itu adalah hasil usaha mereka. Anda? Ya, usaha anda adalah usaha anda.

Pendek kata, apa yang anda tahu, gunakan. Kemudian, tambah dan mantapkan apa yang anda tahu. Kongsi, bincang dan buat pertukaran ilmu dengan mereka yang lain. Jangan dengki, jangan lemah semangat. Belajarlah sedikit demi sedikit. πŸ™‚

3. Nak buat apa yang orang lain buat: Ini juga penyakit saya dulu-dulu. Al-maklumlah masih baru mula. Tapi sekarang tidak lagi. Saya buat apa yang saya nak buat. Saya enjoy apa yang saya lakukan. Saya gembira apa yang saya laksanakan. Orang lain punya kerja dan pencapaian, itu hal mereka. Hal saya adalah saya perlu fokus dan buat sebaik mungkin kepada apa yang saya buat. Penyakit nak buat apa yang orang lain buat adalah amat merbahaya. Mula-mula nak buat program affiliate, namun selepas lihat si A buat drop ship, dia mula mengkaji dan nak buat juga. Dalam asyik ketika itu, dia membaca kisah kejayaan si B melakukan program google adsense.. Maka dia stop buat drop ship dan mula sibuk kaji pasal adsense… Selepas tu, begitulah… πŸ™‚ Akhirnya, satu sen pun tak dapat sebab… sebab apa? Sebab TAK ADA FOKUS. Saya ulangi dan tekankan:

PILIH SATU MODEL PERNIAGAAN INTERNET DAN FOKUS BETUL-BETUL.

Orang lain yang berjaya dalam bidang mereka, itu hal merekalah. Anda? Buat model yang anda pilih sampai berjaya walaupun kini anda masih ‘terkial-kial’! Kalau itu nak buat, ini nak buat, sorry to say, ia adalah satu sifat ‘tamak’ yang amat merbahaya. Sekali lagi, pilih satu model dan fokus. Saya ulang lagi… Pilih satu model dan fokus… Nak saya ulang lagi tak? πŸ™‚ Kalau boleh saya nak ulang beribu-ribu kali sebab ramai yang tak endah hal ini. Fokuslah sehingga anda berjaya.

Apa yang saya tulis adalah pengalaman dan kisah benar diri saya sendiri. Saya sudah serik dengan penyakit tidak fokus ini dan 3 jenis virus yang saya nyatakan di atas. Hati-hati, mungkin anda salah seorang yang ada penyakit sebegini. Kini, saya sudah boleh tarik sikit nafas dengan lega dan bersyukur. Dengan asbab FOKUS, saya dah menghasilkan pendapatan di Internet sehingga ke hari ini.

Walaupun tak sehebat orang lain, tapi saya gembira apa yang saya lakukan sebab saya telah menjadi diri saya sendiri. Saya tak dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain, sebab saya telah sedar bahawa, saya perlu menjadi diri sendiri. Saya buat apa yang perlu dan ingin saya buat, saya fokus sebaik mungkin. Kejayaan orang lain adalah hasil usaha mereka, tetapi bukan kejayaan kita secara khususnya, walaupun kejayaan orang lain adalah kejayaan ‘bersama’ jika dipandang dari skop Agama, bangsa dan negara. Tetapi, setiap orang perlulah berjaya dalam apa yang dilakukan untuk dirinya sehingga berjaya di samping bekerjasama di antara satu sama lain.

Bagaimana dengan anda? Sudah ada Kuasa Fokus?

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

34 thoughts on “Fokus: Menentukan Anda Cepat atau Lambat Berjaya

  1. Tahniah Zul kerana telah buktikan bahawa Zul telah berjaya hasil dari amalan sikap fokus dan juga sering konsisten dalam apa yang Zul lakukan.

    Pada pendapat saya, itulah sikap yg mesti ada dalam setiap insan, tak kira apa bidang yg mereka ceburi. Tak kira samada newbie atau seasoned… jika ada sikap sebegini, pasti boleh berjaya, insyaallah.

  2. Saya juga melalui proses yang sama dan kini saya tahu apa yang saya suka dan melakukan apa yang seronok saya lakukan.

    Sudah tidak ambil peduli sangat peluang-peluang lain yang ditawarkan sekalipun dijanjikan perdapatan berlipat kali ganda. Jengah-jengah saja, kemudian terus melakukan apa yang sedang dilakukan.

    Halatuju sudah jelas, tak perlu lagi turun naik bas yang akhirnya tak tau akan sampai ke mana.

    1. pedulikan sahaja peluang2 yang terpaksa hendak direbut dengan tawaran yang berlipatganda namun hasilnya belum tentu. kalo dah tahu apa yang kita suka memang mudah untuk kita fokus dan meneruskan kejayaan kita dan seterusnya mengucapkan selamat tinggal kepda tawaran yang entah apa-apa…

        1. memang la abdfatah…
          mana boleh tenang kalau seseorang tu nak jahanam kan hidup orang…
          mesti dia dapat balasannya…

          han

  3. A’ah. Fokus. Jangan nak buat semua sebab anda akan hilang semua jika anda berniat sedemikian. Anda tidak perlu tahu semuanya.Memadai tahu tentang apa yang anda fokuskan.

    Buat la model yang sesuai dengan jiwa dan gaya hidup anda. jika anda ada masa yang banyak kat rumah,boleh buat adsense. jika anda suka berjalan², boleh pilih jual product fizikal seperti ebay & etc sebab asyik kene ke pejabat pos.

    1. adsense pun bukan senang…
      kalau hati tak kuat pun susah juga sham…
      ebay pun ada cara sendiri…

      pilih dengan kesesuaian kita…

      han

  4. Ya.. kena fokus.. banyak kali tengah jalan, kita jumpa simpang yang nampak menarik.. hahaha.. sampai bila pun nanti tak sampai.. jadi macam Lebai Malang lah pulak..

    Our Greatest Enemy Is OURSELVES!

    1. saya suka dengan ayat “jumpa simpang” tu cikgu…
      jumpa simpang?
      mana nak pergi ek?

      disini kena fokus lah…
      ingat tujuan utama kita…

      han

  5. Sependapat dgn Abg tazilan kita.. Cari minat anda, apa yg anda suka dan bg 1000 fokus :)..sifirnya mudah..

    Gud luck zul!

  6. Betul kata Zul. Tak fokus menyebabkan kita hilang arah dan sentiasa terikut -ikut…. Walaupun dah terlambat nak ucapkan Selamat Hari Lahir Buat Zul. Moga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki.

  7. Satu artikel yang amat menarik, saya pun sekarang cuba fokus pada satu perkara..mungkin sekarang nie saya agak low profile ckit…sbb hasil kejayaan belum nampak lg…

    Moga2 dalam masa terdekat ini saya berjaya mendapat pendapatan yg konsisten drpd internet…

    TQ Zul for this article..I like it…

  8. Yup, buat apa yg anda suka. Inilah satu formula yg akan tentukan kita kekal lama atau tak dalam apa sahaja usaha yang dilakukan.

    Sham, betul tu. Saper yg tak suka duk rumah, buat produk fizikal, aktif sket. πŸ˜€

      1. benda tak suka pun belum tentu kita tak minat…hehe…
        walaupun tak suka, ramai yang berjaya dengan benda yang mereka tak suka…

        han

  9. Yes. That’s right. Focus hanya kepada satu. Macam focus pada isteri atau pakwe/mak we sendiri. Jangan jeling-jeling pada yang lain walaupun nampak cantik! Sorry laa adik-adik manis, abang/pakcik bergurau aje. Abang Ngah sekarang focus pada satu saja bidang. Dan hasilnya baru nampak sedikit, walaupun tidak seberapa. Bye.
    Abang Ngah.

  10. ye….info yg begitu mantap dan kukuh sekali……sy pn sprt kes itu masa mula2…mmg btul klu xfokus kita sukar nk berjaya..kita manusia dikurniakan 1 akal dan sebaik2nya fokus pada satu perkara agar kita lebih expert dalam satu2 bidang..yg pntg trial n error..dlm hidup ni kita kene menghadapi sesuatu cabaran baru kita akan lebih mengetahui apakah silap kita sblm ni dan bljr drpd kesilapan disamping memperbetulkannya dan timba pengalaman..sesungguhnya kita manusia tidak akan lari drpd membuat silap!!

    1. kesilapan adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tersebut. maka jadikannya sebagai teladan yang berguna dalam kehidupan untuk lebih fokus kpd apa yang telah kita rancangkan…

  11. nak ini nak itu…
    nanti semua tak jadi…
    pilih satu…buat betul…
    mesti berjaya…

    kalau gagal, cuba lagi…
    belajar dari kesilapan…
    ambil kegagalan sebagai pengajaran…

    han

    1. yaa pilih satu dan usaha serta foku dengan 1 soalan 5 angka tersebut. bertanyakan soalan bagaimanakah saya boleh mendapatkan berapa2 ribu yang kita nak dan bukannya bertanya bilakah nak dapat ribu2.

      kalo tanya bila? bila-bila pun takleh nak dapat selagi tak tanya bagaimana nak dapatkannya…

  12. yea… saya mahukan fokus dan saya mahu fokuskan untuk mendapatkan rm10,000 sebulan dengan blog yang saya bina dan bin dan bina… berapa banyak blog daaaa mau bina….?

    1. RM10000?
      isk banyak tu…
      kena sediakan banyak produk juga tu…
      kalau nak buat adsense kena dapat traffic yang banyak juga tu…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *