Bagaimana Cara Untuk FOKUS?
Mesti ramai yang berkata, “saya tahu fokus itu penting, tapi soalnya, bagaimana untuk mendapatkan fokus itu?”. Saya dah tahu APA, tapi saya nak tahu BAGAIMANA?
Baik, di dalam artikel ini saya akan kongsikan dua cara mudah untuk anda mendapat fokus di dalam usaha perniagaan Internet anda, terutama di dalam melaksanakan satu-satu projek.
Cara 1: Buku Idea dan Kaedah TTL
Jika sebelum ini anda mencatat idea tanpa terurus, sudah tiba masanya anda mendapatkan satu buku catatan KHAS untuk menulis idea-idea yang terlintas atau yang anda terfikirkan tanpa diundang.
Mengapa buku? Jika anda menulis pada kertas, biasanya ia akan menyemakkan meja anda atau jika diletak dalam file, ia tidak enak untuk dipandang kerana ia ‘bercerai-berai’. Dengan sebuah buku catatan, ia nampak lebih tersusun dan kemas serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Adalah amat tidak digalakkan anda menyimpan idea di dalam ingatan anda kerana idea yang datang tiba-tiba biasanya mudah juga hilang begitu sahaja. Cepat datang cepat pergi. Saya yakin, anda pernah melalui situasi sebegini.
Buku idea itu jika boleh jangan campur-adukkan dengan lain-lain maklumat yang tidak berkaitan. Buku itu khas untuk IDEA sahaja.
Tulis, Tutup, Lupa (TTL)
Katakan sekarang anda sedang menyiapkan sebuah projek A. Tiba-tiba datang idea yang mencurah-curah tanpa diduga. Buka buku catatan idea tadi dan tulis idea-idea tersebut seperti mana yang anda terfikirkan. Kemudian, tutup buku idea itu dan ‘lupakan’ idea-idea baru tersebut.
Inilah langkah mudah yang boleh anda lakukan. Tulis, tutup dan lupa. Hanya tiga langkah sahaja. Fikirkan kembali idea-idea tadi di lain masa yang terluang atau setelah projek A yang anda lakukan telah siap dan sudah tercapai matlamatnya.
Ada kebanyakan orang apabila datang sahaja idea, terus dilayan dan memikirkan itu dan ini untuk idea tersebut. Jangan amalkan begitu jika boleh. Cukup hanya catat dan fikirkan kembali di lain masa yang sesuai.
Cara 2: Senarai Keutamaan Projek
Cara ini saya dapat daripada Armand Morin semasa di WIMS Singapore pada Mei yang lepas. Katanya, kita perlu mengutamakan projek yang lebih mudah untuk dihasilkan, kosnya rendah dan cepat untuk disiapkan.
Faktor tersebut ialah kos penghasilan produk, kadar kepayahan penghasilan dan tempoh untuk menyiapkannya (3K) : Kos, Kepayahan dan Kecepatan.
Maka, projek yang patut anda dahulukan ialah:
“Projek yang boleh disiapkan dalam masa yang cepat, berkos rendah dan mudah untuk dihasilkan”.
Dan projek yang patut dikemudiankan ialah:
“Projek yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan, berkos tinggi dan lebih susah untuk dihasilkan”.
Aspek ini dapat digambarkan seperti rajah berikut:

Setelah anda menentukan projek mana yang perlu didahulukan dan projek mana perlu dikemudiankan, maka bolehlah sediakan satu senarai keutamaan projek:
1. Projek 1
2. Projek 2
3. Projek 3, dan seterusnya…
Dengan mempunyai senarai keutamaan, sudah pasti dan pasti anda akan lebih mempunyai kuasa fokus yang tinggi. Ini kerana, anda mengikut keutamaan yang telah ditentukan satu-persatu tanpa memikirkan projek lain. Mula-mula, siapkan projek satu sehinggalah dapat hasil (matlamat). Kemudian, baru mulakan projek dua dan begitulah seterusnya.
Tambahan: Lagi bagus jika setiap projek anda menyatakan tempoh untuk projek itu dilaksanakan/disiapkan. Dan lagi amat bagus jika anda sediakan satu perancangan (kertas-kerja) bagi setiap projek iaitu apa yang perlu anda buat langkah demi langkah dari proses brainstorming idea sehinggalah kepada proses promosi dan pemasaran produk, pre-launch, laman web, teknikal dan sebagainya.
Kesannya…
Maka walhasilnya dengan cara-cara di atas, anda akan memiliki kuasa fokus yang baik untuk perniagaan Internet anda!
Salam maju jaya, dan jumpa lagi pada hari Isnin depan bersama satu artikel yang lebih mantap!
Wassalam.









Terima kasih saudara zul.
Inilah artikel yang saya tunggu selama ini bagi menyelesaikan masalah saya dalam perniagaan internet-tidak fokus.
Fokus dan usaha = kejayaan
yeaa… tanpa fokus tiadalah kejayaan yang sebenar…
slmt mlm zul,
wow kuasa fokus yang sangat menarik…
sebelum ni saya pernah ada buku TTL…hehe…
dalam buku tu banyak idea…tp baru satu yang dijalankan…
selepas ni kena ikut tip buat dahulu… kos rendah, mudah dihasilkan dan cepat disiapkan…
sebelum ni tak terfikir pl…
han
Pyan,
belajar dan terus belajar
InsyaAllah ilmu akan terus berkembang.
Norfazli dan Han, walau kita dah tahu cara nak fokus, TAPI kita kena ada disiplin pula lah untuk betul-betul ikut apa yg kita rancang tu.
Ada idea yg hebat, perancangan yg baik dan sebagainya belum memadai kalau kita tak PAKSA DIRI kita ikut apa yg kita rancang.
Pyan, mcm mana sy boleh tulis artikel mcm ni? Hmm, susah nak jawab tu sebab boleh sy katakan, utk menulis kita kena ada skill juga selain banyak membaca dan mengkaji. Skill dapat diperolehi sama ada dari pengalaman kita, atau belajar atau memerhatikan corak penulisan penulis yg lain (intip!).
- zul
I just want to type “Thank you for a great post”
Terima kasih zul,
Tips yang sungguh berguna. Kalau tak fokus, kot last2, satu projek pun tak berjalan
Terima kasih Ryco dan Shuk.
Zul,
dah 2 idea saya dah dijalankan…(projek baru 1)
buat masa skrg, sedang promosi idea ni…
selepas idea ni berjaya baru nak fikir buat idea lain pl…
displin lah benda yang agak sukar utk kita ikuti…
tapi sekarang ni, ok lagi displin saya ni…hehe…
semua yang dirancang ok je…
han
fokus memang penting dan fokus jugak kena ada disiplin dan disiplin juga memerlukan komitmen yang mantap.
kalo sekejap nak buat itu dan sekejap nak buat ini, maka semuanya tidak akan menjadi terurus tanpa sebarang hasil yang menguntungkan untuk masa depan perniagaan internet atau perniagaan yang biasa-biasa yang berbunyi rm100++ aje… kat sana untung rm200++ aje…
sekian terima kasih…
betul tu abdfatah…
sekejap nak buat ni sekejap nak buat ni…
mana boleh…kita mesti buat siap satu per satu baru boleh selesai dengan berjaya…
kalau buat ni tinggal..buat tu tinggal…bila nak berjaya…??
han
susah nak fokus ni
bila bukak PC ada jer kerja lain yang dibuat…
lebih² lagi bila dalam keadaan lalai.
InsyaAllah saya akan cuba ikuti tips yang diberikan.
Zul Teruskan usaha anda.
Sebenarnya masalah hilang fokus ini sudah jadi sebati dengan diri kita. Sejak dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman pekerjaan. Perkara itulah yang selalu ditekankan oleh motivator, bos2. Bukan senang nak fokus pada sesuatu kerja kecuali dengan latihan dan usaha yang berterusan. Paling penting kena letakkan sesuatu itu mengikut ‘rangking’ keutamaan seperti yang disarankan oleh Zul
Amer,
kita kena belajar untuk fokus…
kalau tak sukar utk berjaya…
buat apa yang patut dulu…
jangan sampai yang dikendong tercicir…yang dikejar tak dpt…
hehe…
han
Bab fokus nih, saya sendiri mempunyai masalah. bayangkan saya mempunyai blog(blogspot) sebanyak 10 tapi tak ada hasil, kerana fokus tu kadang-kadang lari. Sekarang nih saya cuma fokus dengan blog kedai ebook saya.
He eh sama la kita..
sebelum ni kalau tak silap aku ada 5 blog.
sekarang da senyap da tak jengok lagi.
Kalau nak lebih fokus kena pakai blog yang berbayar la, beli domain dan hosting
sebab benda percuma ni kurang dihargai sikit.
Salam,
Kadang-kadang fokus juga lari sebab fokus dipecahkan kepada banyak aspek/projek/idea. Salah satu cara yang baik adalah, downsizing idea masing-masing. Bina tapak yang kukuh dulu, sistem kerja yang sesuai dulu. Bila dah kukuh, barulah buka balik buku TTL tu, dan mulakan projek yang membawa kepada multiple income.
p.s : sistem kerja yang baik adalah penting, untuk menghasilkan satu pattern yang boleh diulang guna…
kena istiqamah la jangan buat sekerat jer
tul tak
mcm ana ni sampai sekarang kerja tak siap lagi
InsyAllah nanti cuba ubah perlahan².
ronald,
kalau buat 1000 pun kalau tak fokus, susah nak berhasil…
biar jadi satu dulu baru buat yang lain pula…
betul kata dikmal tu…bila dah kukuh baru buka buka TTL tu…
han
TTL
apa maksudnya tu?
TTL tu maksudnya
tulis, tengok dan lupa…kalau tak salah saya…
zul yang cipta ayat tu sendiri kot…
hamid tak baca ke artikel lepas?
kan zul cerita pasal TTL…
han
nak fokus lebih mudah lagi kena solat istikharah laa dan mudah laaa dapat jodoh perniagaan yang sesuai dengan hati nurani… dan lebih fokus lagi buat solat tahajud jangan lupa… kalo ada yang buat laa…
tambahan lagi buat meditasi cara Islam… meditasi? apa itu meditasi fokus?
adesh…
Interesting TTL method you have listed there. This may be related to the “Zeigarnik effect” cos once you have written it down, then the matter can be considered closed, and the mind can move on to the more important stuff.
Thanks for that.
Shafir Ahmad
Oic apa maksudnya tu?
hehe…
saya pun tak faham bahasa ingeris…
yang saya tahu,
TTL tu
T – tulis apa idea yang kita fikir kan
T – yang ni dah lupa lah…kalau tak salah TENGOK kot
L – lupakan je setelah ditulis
tu jelah yang boleh saya bagi tahu…
han
Apa yang dimaksudkan TTL ni?
huhu nanti aku cuba godek² artical yang ditulis oleh Zul mengenai perkara ni.
tak faham lagi hamid?
buku TTL ni ialah buku kecil yang sentiasa berada dalam poket kita ni…
ia digunakan untuk menulis idea yang keluar bila kita terfikirkan sesuatu walau di mana saja…
bila terfikir satu idea, cepat2 lah tulis di buku TTL ni….
jadi tak lupalah pada idea yang kita fikir tu tadi…
ni saja…
dan bila ada masa, tengok2 lah buku TTL tu…
dan kaji idea yang mana boleh digunakan…
dan yang boleh disiapkan dalam masa yang cepat, berkos rendah dan mudah untuk dihasilkan akan didahulukan…
han
Huhu
baru lebih faham dengan jelas
thanks han
welcome…
lepas ni kena cuba la…
jangan sia2 kan idea yang kita fikir tu…
tulis je apa yang keluar dalam fikiran tu…
han
Betul tu,
supaya kita tak lupa
tulis tu pun belum tentu tak lupa…
kalau tulis saja je tak guna juga…
kena lah tengok2 bila ada masa tu…
han
Han,
betul tu, kalau dah tulis kena la guna.
Seperti ilmu juga kalau ada ilmu kena la beramal
tulis laa kat dinding , mudah nak ingat sikit. ataupun tulis setiap kali nak menulis… menulis hari-hari….
Eh eh,
cam ngarut jer hang ni?
takkan tulis kat dinding kot
ahahaa… boleh la kat dinding pun. dinding dalam bilik kita yang tertulis atas kertas A4 dengan tulisan yang menceriakan suasana…
Haa, kalau tulis kat A4, bila dah penuh terus koyak, so tak mengotorkan dinding.
kalau nak tulis kat dinding, jangan lupa sediakan white board…
kalau tak, habis lah dinding tu…hehe…
nanti kena cat semula pula sebab raya dah dekat ni…
han
Maksudnya tulis kat white board la tu
Kalau kat dinding lain citer lagi
Disiplinkan diri kita
tul tak Han
btl tu hamid…
displin kena ada utk fokus…
kalau takde displin jadi fokus pun takde la…
benda yang sama je …
han
Kena peringat selalu,
sebab manusia mudah lupa
hehe…
betul tu hamid…
manusia ni memang pelupa…
saya sendir pun terlupa kadang2…
so kena buat satu jadual utk perancang atau projek esok hari…
lebih senang utk dapat keesokkan yang lebih lancar…
han
terkadang seringkali terlupa dan dilupakan untuk fokus…
tak bagus tu abdfatah…
kena sediakan perancangan juga tu…
baru lancar rancangan kita…
han
hehe hang pun kena
Siap ada graf lagi..
dasyat..
memang fokus sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek.
kalau hilang fokus alamat kita akan kelam kabut n projek takkan berjalan dengan baik..
ini berdasarkan pengalaman saya..
Salam,
Artikel yang menarik. Tak dapat dinafikan fokus terlalu penting kalau nak teruskan perjalanan ke sasaran yang telah ditetapkan. Tip-tip yang disebutkan tu memang praktikal dan senang dibuat. Cuma perlu keyakinan dan usaha saja..