Fokus dan dalami bidang perniagaan kita

Dalam satu seminar yang saya kendalikan, pelbagai soalan ditanya oleh peserta. Ada soalan yang teramat menguji, termasuklah soalan-soalan yang asas.

Syukur, dengan pengalaman selama 6 tahun, soalan-soalan itu dapat saya jawab dengan baik walaupun ada peserta yang seperti mahu menguji.

Jadi, apabila kita melakukan bisnes, tidak kisah apa jua bidang, sewajarnya kita tahu dengan mendalam bidang itu dalam segenap segi. Ini lebih penting apabila kita kerap menulis, memberi ceramah dan menganjurkan / mengendalikan seminar.

Seperti saya, saya lebih kepada perniagaan internet secara umum selain ada pengkhususan. Maka saya perlu banyak membaca buku, majalah berkaitan, mendengar, menyertai seminar, belajar dan lain-lain cara agar saya sentiasa mendapat info terkini bidang perniagaan. Pernah sekali saya menyatakan maklumat yang telah berubah, walhal telah ada perubahan. Ia mampu mengakis kredibiliti kita.

Setiap usahawan terutama yang mahu menjadi pakar bidang, harus sentiasa membaca perkembangan semasa bidang itu, selain sentiasa menambah pengetahuan dan pengalaman.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *