Fenomena pelik di Facebook

Apakah ‘fenomena pelik’ yang saya maksudkan?

Fenomena yang kebanyakan peniaga di Facebook sudah sedar (dan ada yang tidak) adalah berniaga di Facebook semakin sukar. Ia bukan sahaja berkaitan dengan kos pengiklanan, malah pihak Facebook juga semakin “naik kepala”. Itu belum lagi dikira dengan aspek persaingan yang semakin tinggi dan kadar “reach” yang kritikal.

Situasi ini menyebabkan para peniaga yang sudah sedar akan perkara ini mula memikirkan strategi jalan keluar agar perniagaan mereka tidak begitu terkesan dan tidak terjejas teruk.

Daripada apa yang kita bincangkan ini, suka saya nyatakan, kembalilah kepada dunia perniagaan yang sebenar. Jadilah seorang usahawan tanpa begitu terikat dengan satu-satu cara jualan sahaja. Facebook hanyalah sebuah platform. Begitu banyak teknik / platform jualan online yang lain seperti laman web minisite, blogshop, forum online, shopping cart, laman jualan lelong dan sebagainya. Malah tidak salah juga jika sesekali mencuba jualan secara offline (tidak semestinya membuka kedai, tetapi begitu banyak pihak yang menganjurkan program jualan offline untuk usahawan online).

Namun apa yang sedang berlaku sekarang bukanlah bermaksud berniaga di Facebook sudah tidak berkesan. Ia tetap memberikan keuntungan, tetapi kita sebagai usahawan haruslah bijak merencana strategi jangka panjang. Jangan hanya fokus pada jualan semata-mata.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *