Facebook Page Motivasi Usahawan

Saya mempunyai beberapa Facebook Page yang dikendalikan sepenuhnya oleh saya sendiri (buat masa ini).

Salah satunya adalah FB Page Motivasi Usahawan.

Tujuan ia diwujudkan adalah untuk berkongsikan tip-tip motivasi khas untuk para usahawan.

Layari juga Page blog motivasi usahawan ini di Facebook.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

8 thoughts on “Facebook Page Motivasi Usahawan

    1. Jika boleh, blog yang dibina ada perancangan. Contohnya, kita perlu tetapkan dahulu kategori-kategori untuk blog yang dibina. Kedua, penulisan seeloknya lebih banyak dalam bentuk penyampaian dengan bahasa betul. Kelak, tulisan-tulisan ‘sambil malas’ itu mudah untuk dijadikan buku. Kategori-kategori tadi boleh menjadi bahagian-bahagian atau bab-bab buku. 🙂

  1. Salam sejahtera.

    Alhamdulillah, saya sudah ‘bookmark’ blog itu bagi kategori motivasi. i’Allah, semoga sama-sama memberi manfaat.

    Terima kasih Tuan SmartZul. 😉

    1. Yup, saya punya. Projek yang tersadai sejak tahun 2007. Hehe.. Jadi sekarang paksa diri. Just do it walaupun tak lengkap sepenuhnya. Dah dapat trafik dari Search Engine walau tidak banyak.

  2. Salam..

    Saya minta maaf sekiranya soalan saya tidak kurang menepati kehendak tuan, tetapi tujuan saya bertanya adalah kerana tuan suda dikenali sebagai seorang blogger mahsyur di internet ini.

    Saya merupakan seorang yang benar2 newbie dalam arena blogging ini, buat masa ini saya masih tidak dapat memastikan apakah kategori penulisan yg satu mahu fokuskan..tetapi saya memang minat dalam bab2 motivasi..adakah ini sesuai dan boleh diteruskan sebagai satu penulisan di dalam blog saya..saya tidak pakar dalam bidang motivasi..tetapi saya berminat dan suka menyampaikan kata-kata motivasi..mohon pendapat dan pandangan tuan.

    Terima kasih

    1. Salam,

      Jika itu yang tuan minat dan suka, teruskan saja. Cuma pandangan saya dari sudut bisnes, rancang dahulu walau secara ringkas. Maksudnya, blog itu ada fasa demi fasa. Satu, siapkan dulu blognya. Kemudian, masukkan content. Ketiga, lakukan promosi dan dapatkan trafik. Fasa seterusnya, bagaimana boleh hasilkan duit dari blog itu? Mungkin jual ebook, promosi afffiliate atau tulis buku.

      Bukan bermaksud kita buat blog kerana duit, tapi hakikatnya, seorang pemilik blog harus ada sumber kewangan untuk sehari-hari, melainkan sudah ada bisnes lain atau sumber dana.

      Untuk menulis mengenai motivasi, tidak perlu menjadi pakar motivasi. Yang penting adalah tulisan kita itu berguna untuk orang lain. Tip yang mudah, banyakkan membaca buku berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *