Bagaimana untuk tidak terus menggunakan FB Ads dan di lain masa hanya hubungi terus prospek yang belum membeli..

Secara ringkasnya begini:

1. Katakan anda sudah mempunyai satu FB Page dan mempunyai jumlah Likes yang banyak.

2. Umum kita ketahui, kalau kita post di page, tidak semua orang yang Likes akan nampak post itu. Maka perlu buat ads. Tapi seperti tajuk di atas, kita tidak mahu buat ads berbayar.

3. Jadi salah satu cara untuk tidak lakukan ads adalah dengan meminta mereka mendaftarkan nama dan emel pada satu “form” autoresponder (perisian online untuk email marketing).

4. Dengan menggunakan email marketing, kita hanya perlu “blast” emel sahaja tanpa sebarang kos untuk setiap penerima. Hanya ada kos bulanan sahaja iaitu bayaran untuk sistem autoresponder.

Topik email marketing ini di luar daripada skop FB Marketing. Ada peluang dan masa, saya akan kongsikan satu hari nanti. 😉

5. Selain email marketing, gunakan sistem “bulk SMS”. Anda minta no. telefon prospek. Masukkan ke dalam sistem bulk SMS. Hantar SMS promosi dalam masa tertentu. Setiap SMS akan dicaj dalam beberapa sen bergantung kepada penyedia sistem SMS. Walaupun dicaj, tetapi mesej yang kita hantar akan terus masuk ke handphone prospek. Daripada kajian, didapati 99% penerima mesej pasti akan baca SMS yang mereka terima. Anda boleh cari penyedia sistem SMS melalui google. Banyak sekarang di Malaysia.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *