Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Fasa I Perubahan SmartUsaha.Com

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Alhamdulillah, hampir dua jam gitu saya melakukan proses pengalihan blog saya dari subdomain ke main root server. Proses mengalih blog ni nak kata mudah tak juga, tapi mudah cerita agak BERISIKO TINGGI juga kalau tak buat betul-betul. Menangis tak berguna.

Jadi, akhirnya berjaya juga saya menempatkan blog saya di domain smartusaha.com iaitu dalam istilah server, root directory. Jadi lepas ni, kalau anda nak akses blog saya, terus taip smartusaha.com lah yer.

Mengapa saya meletakkan blog saya di main directory, sebab agak cerewet dan nak jimat masa. Selama ni saya perlu maintain dua web iaitu portal dan blog. Kepada pelanggan banner di portal saya tu, jangan risau. Saya tak akan lupakan anda walau tempoh klik impression belum habis. Saya simpan semua rekod-rekodnya ok. Beritanya baiknya, saya akan letak banner anda atau menggunakan kaedah lain yang lebih kurang sama kesan dia. Kalau anda nak tahu, trafik ke blog saya lebih tinggi berbanding portal sebelum ini.

Jika anda meletak link URL saya di laman web anda menggunakan subdomain seperti sebelum ini, bolehlah anda menukarnya yer. Tapi tak nak pun tak apa sebab saya akan set redirection sahaja nanti.

Berbalik kepada tajuk fasa 1, ya, selepas ini akan beberapa fasa lagi untuk perubahan wajah smartusaha.com.

Wassalam.

PS. Huuuh, lotih den.. ;)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

16 Responses to “Fasa I Perubahan SmartUsaha.Com”

  1. matzfain says:

    wah.. Tahniah Zul..

    Penat lelah yg bermakna..

    Smoga bjaya..

  2. smartzul says:

    Terima kasih… :) Cepat yer bagi komen.. hehe..

  3. matzfain says:

    He he.. Biasela.. Bkn slalu..

    Saya pun nak buat satu la mcm zul.. Terus ke blog tanpa portal

  4. anas says:

    nanti boleh cite skit kaedah nak transfer blog tu zul, sbb ada ‘risiko’ nya tu..

  5. Xpe ke ni Zul?

    Link ke individual post dari search engine macam mana?

    Apa pun, gud luck! ;)

    Nak tgk betul tak teori 2 website dulu menjadi. Kalau betul means ranking SE Smartusaha akan terjejas la pasni eh? hihi… ;)

    Dun worry, kami bersedia take over…kui3… :p

  6. Zack says:

    saya lebih prefer baca blog smartusaha dari singgah ke portal smartusaha…

  7. alang says:

    Sebenarnya, saya dah byk kali buat proses pemindahan forum/blog/gallery dari direktori ke direktori lain atau mainpage. Masa first time, memang la lama gak ambil masa, tapi sekarang, less than 10 minutes. Senang jer, mula2 tukar configuration kat wp-admin, save, pastu dia akan keluar error page not found, lepas tu transfer semua file dari subdirectory ke main directory. refresh balik page not found tadi, done. Tapi sblm tu, sebagai peringatan, kena backup database, disable permalink. Dan selepas tu pulak, kena redirect dari page yg lama ke page yg baru supaya ranking dlm search engine tak terjejas.

  8. sham says:

    Banyak kene ambik perhatian ni..mcm alang cakap tu..ranking kat SE tu kene redirect..kalo tak kene start over again la..saya buat blog,wat kat root terus..

    Mati² ingat kene hack semalam,rupenye pindah..yela,smartusaha selalu kene hack,ingat kene lagi.

  9. Labanon says:

    Wah…… sampai begitu sekali bro Zul.. anywah tahniah kerana berjaya ;)

  10. Labanon says:

    Try search kat google “cara menguruskan wang” atau “pengurusan wang” kui kui blog lama saya di page 1…

  11. myelectones says:

    wah..dah tuka ke main pages..bagus2..tapi xde ape2 masalah ke nanti? hope xde ape2 la ye..neway tahniah smartzul

  12. aku says:

    ya.. aku offtopic lagi… kompem kod verifikasi memang yang ni saje.. wahai comment spammer.. makanlah kod ini.. hahahaha..

    lagi satu offtopic..
    Labanon, aku tak tahulah orang lain, tapi kalau aku search, biasanya aku tak guna imbuhan.. try test result tanpa imbuhan tengok..

    ok, amacam smartzul? bleh setel ke isu ranking SE ni?

  13. smartzul says:

    hehe, memang soal ranking SE saya fikir sangat2 sebelum nak alih blog. Tapi, sebagai trial & error dan nak buktikan secara praktikal, saya nak lihat sendiri apakah kesan dia. So, kita sama-sama tengoklah yer. Nak kata tak kisah kena mula dari bawah, bagi sesetengah orang, ia satu jawapan yg tak menunjukkan kita ni serius. Tapi bagi saya, saya rela.. Aiman tak kisah.. hehe.

    Pasal kod verifikasi, saya selalu tak sempat untuk buat yang random. Lagipun kekadang, yg random ni bagi problem pada sesetengah orang. Sebab tu letak yg sama. Kepada spammer, huhu, sorrylah yer, saya ada guna plugins yg power. Saper2 yg masukkan url lebih dari dua, akan dimasukkan ke list spammer. Saper yg masukkan perkataan tertentu seperti mencarut dan caci-maki dan ayat2 spam yg standard, saya dah set masuk ke list spammer juga. Alhamdulillah, plugins ni berkesan. Sebab tu skang saya dah setkan segala komen akan keluar terus, tak perlu tunggu saya approve. So kalau nak elak komen anda dianggap spammer, tak perlu letak apa2 URL dalam komen lah. :lol:

    Pasal SE, sekali lagi, kita wait & see. Apa yg saya lakukan sekarang adalah sebagai ujian dan eksperimen. Tak salah kan? Lagipun, dah ramai yang tahu URL smartusaha. hehe.. ;)

  14. alang says:

    apsal tak guna spam karma jer? Saya guna plugin tu, 99% masalah spam settle. Sebab kadang2 visitors malas gak nak taip verification code ni semata-mata utk nak buat komen.

  15. smartzul says:

    Ok Alang, sebaik sahaja saya taip komen ni, saya baru jer pasang spam karma 2. Dah lama tahu, tapi baru activatekan. So lepas ni saya tak akan guna verification code lagi. Actually, saya ada guna 3 plugins spam. hehe.. Tujuan, nak tahu mana yang ok dan dengan andaian, lagi banyak lagi power. :lol:

    Thanks Alang.

  16. aku says:

    ni pesanan untuk semua kot2 terlupa…

    kalau tak guna plugin, jangan activate.. sebab masa load akan bertambah..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)