Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?

Saya telah menulis 14 hakikat selama hampir 2 minggu tanpa henti. Tak tahulah, pembaca ambil serius atau tidak. Tapi banyak yang saya nyatakan, ia akan menentukan berjaya atau tak perniagaan Internet yang dilakukan. Kalau tak ambil serius, I’m sorry if you in trouble. Jangan datang kat saya dan minta bantuan sebab anda tak serius akan pesanan-pesanan saya.

Okay, saya akan tambah lagi hakikat ekstra (tambahan). Agak-agak anda, apakah sebab tak ramai orang Malaysia yang beli produk yang anda jual di Internet? Produk tak bagus? bukan… Laman web tak bagus? tidak… Anda tak buat promosi? Ermm, dah buat… Abis, apa lagi sebabnya yer? Oh ya, mungkin sebab tak ramai orang Malaysia yang melayari Internet kot… Jawapannya juga tidak sebab pengguna Internet terus meningkat setiap hari. Habis, apa sebabnya zul? Nak tahu ke jawapannya? Jawapannya, baca artikel ini sampai habis. ๐Ÿ™‚

Senario Terkini:
Kita lebih menumpu kepada PERNIAGAAN INTERNET, tetapi kita tidak banyak melakukan sesuatu untuk menyedarkan atau mendidik rakyat Malaysia menggunakan online banking, kad kredit secara online atau payment processor seperti paypal.

Jika inilah senarionya, maka industri perniagaan Internet lambat berkembang kerana TANPA pembeli, perniagaan Internet tiada gunanya.

Maka, kita perlu mendidik rakyat Malaysia agar membeli sesuatu barangan melalui Internet dan juga mendidik mereka mengenai sesuatu perkara seperti produk digital seperti ebook (ada yang tak tahu apa itu PDF!) yang masih baru di pemikiran rakyat Malaysia.

Pengalaman saya sebagai usahawan Internet yang menumpu pasaran Malaysia mendapati, masih ramai yang tidak tahu menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMBClicks dan lain-lain. Malah, peratusan yang menggunakan kad kredit atau kad debit secara online masih juga di tahap yang rendah.

Saya menyeru semua usahawan internet agar melakukan sesuatu jika anda inginkan kesenangan dan kemudahan di dalam perniagaan masing-masing terutama jika anda menumpu kepada pasaran Malaysia. Tanpa kuasa beli rakyat Malaysia di Internet, kita sebagai usahawan Internet berniaga umpama mengharapkan hujan di musim kemarau.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mendidik rakyat Malaysia?

1. Jelaskan kepada mereka hakikat sebenar perniagaan Internet

2. Jelaskan kepada mereka, apa itu online banking, kad kredit/debit dan juga online processor seperti paypal, worldpay dan 2checkout

3. Yakinkan mereka bahawa transaksi melalui Internet adalah selamat dan merekalah yang sebenarnya menentukan pembayaran melalui Internet itu selamat atau tidak. Percayakah anda, ada para profesional bertaraf Dr, Profesor dan sebagainya masih TIDAK PERCAYA akan online banking? Saya bukan reka cerita, tapi mereka sendiri yang berkata begitu kepada saya. ๐Ÿ˜‰ Maka, mereka ini cerdik atau tidak, perlu dididik agar berani dan yakin membuat transaksi bayaran/pembelian melalui Internet.

4. Gunakan sedikit ruang di blog anda atau hasilkan ebook atau artikel mengenai hal yang berkaitan

5. Adakan seminar/ceramah ringkas atau edarkan pamplet dan sebagainya mengenai pembelian secara online

6. Fikirkan apa sahaja cara yang boleh dilakukan agar kadar pembelian melalui Internet di Malaysia terus meningkat

Ketahuilah, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu hasil yang tinggi jika TIADA golongan pembeli yang ramai di Internet. Maka, lakukanlah sesuatu. Jangan hanya membincangkan mengenai perniagaan, perniagaan dan perniagaan sahaja di blog anda atau lain-lain medium. Itu semua umpama mencurah air ke daun keladi jika tak ramai yang tahu membeli walaupun mereka mahu. Seimbangkanlah isi penyampaiannya kerana industri jual-beli di Internet Malaysia masih lagi di tahap rendah.

Usahlah kita bercakap mengenai duit puluhan atau ratusan ribu andaikata pembeli di Internet hanya 1% daripada rakyat Malaysia keseluruhan. Juga, usahlah kita bercakap teknik-teknik hebat perniagaan Internet ANDAIKATA di sana masih ada lagi mereka yang tidak faham bagaimana perniagaan Internet itu BOLEH DIPERCAYAI. Jangan ambil mudah, ia adalah tanggungjawab kita sebagai orang yang memahami. Pastikan mereka tahu dan akhirnya mereka juga mungkin akan menjadi salah seorang pembeli anda.

PS. Jika kita mengeluh tiada orang membeli produk kita, salah satu sebabnya bukan tiada
pembeli, tetapi mereka tidak tahu cara hendak membeli melalui Internet. Maka, didiklah mereka..

PPS. Artikel ini lebih fokus kepada pasaran Internet Malaysia.

“Jangan mengharap mimpi yang indah di siang hari..”.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Hakikat Extra 1: Kenapa Tak Ramai Orang Malaysia Membeli Produk Anda?

  1. Bagus Zul. Satu topik yg jarang diperkatakan. Kebanyakan kita terutamanya newbie mcm saya ni just concentrate ttg web menarik, cara promosi yg bagus dsb yg mana semuanya adalah isu di pihak kita. Kita ( mungkin saya jer kot ), tertinggal pendapat dari sudut pembeli. Membina pengetahuan dan kepercayaan mereka bab membeli secara online. Memang ramai rakyat M’sia belum berani lagi membeli secara online.
    InsyaAllah saya akan memuatkan sedikit sebanyak ilmu bab ni yg saya ada ke dlm blog saya nanti. Skali lagi trima kasih Zul krn menyedarkan saya…

  2. Emm.. Betul jugak.. Semua asyik menjual je, tak tahu pembeli tahu ke tak nak membeli macam mana. Kalo membeli kat kedai senang la, hanya hulurkan duit. Namun kat internet kena ada ilmu juga sikit-sikit tentang internet dan internet banking. Kalau tak macam maner nak berurusan jual beli. Sesuatu harus dilakukan ๐Ÿ˜‰ .

  3. Good post Zul,

    Team SS sdg dalam rangka untuk mencetak beribu-ribu keping pamplet mengenai perniagaan internet. Tidak semestinya kita terus menjual produk, adalah lebih baik dengan mendidik.

    Dan akan ada returnnya pada masa hadapan.

  4. Satu cara saya mengatasi masalah ini ialah dengan memaparkan nombor telefon di laman web – macam hotline lah! Saya kerja sendiri, takde masalah sangat. Bagi yang makan gaji, mungkin cara ini bermasalah sikit dan mengganggu tugas.

    Memang ramai yang telefon untuk bertanya pelbagai kemusykilan yang timbul samada tentang produk ataupun kaedah pesanan/bayaran.

    Saya kira hampir 50% jualan saya terhasil selepas mereka berbicara sendiri dgn saya. Mereka ini golongan yang tak pernah buat pembelian online tetapi berminat mendapatkan produk tersebut yang hanya dijual secara online.

    Memang agak melecehkan melayan pelbagai kerenah tetapi itulah caranya yang berhasil buat masa ini…

  5. bagus pendapat zul. Saya akui dan sedar akan kelemahan ini.

    Mungkin kita boleh sama-sama menyedarkan/menyakinkan mereka.

    Senario ecommerce di Malaysia sendiri tidak begitu baik. Ramai yang terpaksa gulur tikar dan saya percaya tidak yakin/pandai menggunakan cart/online trasaction yang lain adalah masalah utama!

  6. Bagus jugak cadangan En. Tazilan tu kalau yang buat sepenuh masa tu patut letak no tel. Bagi yang makan gaji ni susah sikit & akan menyebabkan tugas terganggu.

  7. Inilah sebabnya saya beri penerangan ringkas tentang ebook di blog saya.Ramai yang masih menyangka ebuku itu adalah buku.

    Saya juga dah letih menjawab soalan yang sama berkali-kali.Lain kali jika ada orang tanya lagi, saya akan suruh mereka rujuk pada post tu saja.

  8. Sukeri. Betul tu. Orang Malaysia ni belum faham sepenuhnya lagi apa itu ebook, PDF file dan yg berkaitan. Saya sendiri pun begitu juga, saya dah cakap kat web jualan bahawa yg dijual adalah ebook, tapi masih ada yg tanya, ni buku ke download jer?

    Ermm, nampaknya kita perlu lakukan sesuatu untuk perkara ini. Saya ingat kata2 Irwan Dahnil masa konvensyen, “kita mesti didik dahulu bakal pembeli (dalam kes ni rakyat Malaysia lah) sebelum jual produk sebenar..”.

  9. kalo begitu sekiranya pengguna internet dah banyak kena berikan tumpuan laa untuk mmbuat tutorial berkaitan dengan perbankan internet. memang rugi kalo dah ramai pengguna internet tetapi tidak tahu nak gunakan kemudahan internet tersebut…

    tutorial perbankan online???

  10. rakyat malaysia kurang membeli mungkin kerana tak tahu guna kemudahan yang ada…
    dan mungkin juga takut membeli melalui internet kerana takut kena tipu…
    sebelum ni banyak sangat penipuan di internet…
    sebab tu mereka takut…

    tapi jangan risau…
    beberapa tahu lagi, rakyat malaysia akan mula membeli melalui internet…

    jadi kita yang berniaga di internet ada peluang yang cerah utk terus berniaga…

    han

  11. nampaknya kena tumpu pasaran luar untuk produk yang niche dan unik baru bleh untung banyak. pasaran malaysia mungkin hanya sedikit sahaja selain faktor security tatkala online…

    1. buat masa sekarang ni,
      kita boleh buat pasaran luar abdfatah…
      sementara buat pasaran luar tu, kita mesti belajar sesuatu…
      nanti bila negara kita dah tahu menggunkan kemudahan sepenuh nya…
      itu lah peluang kita…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *