Buat Duit: Antara Kepentingan Diri dan Etika Kemanusiaan

Buat duit. Bermacam-macam cara untuk kita buat duit di internet. Cara salah atau betul, beretika atau tidak, semuanya ada. Cuma apabila memilih jalan yang ‘hitam’, biasanya keberkatan hasil yang diperolehi juga adalah ‘hitam‘.

Jika kita seorang manusia yang berjiwa luhur dan menyintai rezeki yang berkat, maka amat perlulah kita memilih-milih dahulu sesuatu yang akan kita lakukan. Sebelum melakukan sesuatu, kita mesti melihat dan menilai adakah apa yang akan kita lakukan itu akan merosakkan hidup orang lain? Adakah perkara itu walau bagus untuk kita tetapi memberi kesan buruk kepada orang lain?

Jangan sesekali bersikap melepas tangan atau berprinsip “biarlah apa nak jadi, janji aku dapat duit”. Pegangan ini jelas menunjukkan yang hati itu tidak bersih dan duit (dunia) telah menguasai diri.

Etika atau sikap di dalam usaha mencari duit, pendapatan atau rezeki perlulah dijaga baik-baik. Salah satu sikap yang amat tidak patut ialah mengambil semua peluang yang datang tanpa meneliti dahulu dari segi etika kemanusiaan. “Yang penting duit. Yang penting aku dapat trafik. Yang penting adsense earning aku meningkat”. Sikap sebegini adalah sikap yang menunjukkan hati pelaku itu amat lemah sekali di dalam pertimbangan. Rakus.

Habis semua dilakukannya demi kepentingan diri semata-mata. Halal haram, salah atau betul, bukan lagi satu perkara yang utama baginya.

Perbuatan seperti spamming, mempergunakan aib orang lain untuk kepentingan diri, melanggar perjanjian, tidak jujur, dengki dan 1001 lagi sikap yang buruk adalah antara contoh sikap dan perbuatan yang tidak wajar dimiliki oleh manusia yang berjiwa luhur. Dalam sudut yang lain, ia adalah contoh etika perniagaan yang tiada nilai di sisi Agama mahupun di sisi manusia sendiri.

Berusahalah untuk memiliki hati, sikap dan etika yang luhur dan murni. Walaupun kita manusia biasa, tetapi jangan jadikan ia alasan utama untuk melakukan sesuatu kesalahan yang melanggar peraturan-peraturan di dalam kehidupan ini. Jika tidak tersengaja, itu cerita lain. Tetapi apabila sudah melakukannya dengan sengaja dan sedar, atau tidak mahu menilainya dahulu, maka tidak wajarlah sekali.

Ketahuilah, hidup kita bukan keseorangan, tetapi kita saling berhubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Maka di sinilah pentingnya etika kemanusiaan yang luhur dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.

Semoga usaha kita mencari pendapatan di internet diberkati olehNya dan rezeki yang kita perolehi adalah dengan cara yang bebas daripada syubhah atau jalan yang jelas haram. Tak guna kaya harta tinggi menggunung tetapi sumber rezeki itu adalah daripada 1001 jalan-jalan yang hitam.

ps. Selamat tahun baru Islam (1429 H) kepada yang berAgama Islam. Mulakan tahun baru ini untuk kita ‘berhijrah’ kepada sesuatu yang lebih baik.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Buat Duit: Antara Kepentingan Diri dan Etika Kemanusiaan

  1. Ehm. Soalan dan persoalan maut dari zul. BIasalah zul. Diorang bukan kira tu semua dan 5 tahun dulu, aku pun camtu. Janji dapat apa yg kita nak. Tapi skrg..cara yg biasa lebih bagus dari jalan yg ‘hitam’ tu.. :mrgreen:

  2. Betul! Saya sangat setuju dengan Zul! Pada saya biarlah miskin daripada membuat atau mendapatkan kekayaan dengan jalan yang salah. Tetapi kalu jadi miskin, jadilah orang miskin yang kuat berusaha dan rajin untuk mengubah corak hidup ketahap yang lebih baik.

    Sebagai orang Islam kita adalah dituntut untuk memberi daripada menerima. SALAM TAHUN BARU 1 MUHARAM 1429H!

    P/s: Blog saya baru jer siap. Hari ni sempena awal tahun Islam, saya mula membuka laluan untuk anda berhijrah ke blog saya. :wink: http//wanwma.com/blog

    sory yer Zul tumpang buat iklan skit…hehehe :oops:

  3. saya setuju dengan zul. Harta yang kita kumpulkan ini akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak. Tak kira la sama ada sec online atau offline. Tak kira saham internet ke, rasuah ke, atau apa sahaja.

  4. Memperolehi wang dengan cara yang HALAL dan “HITAM” memberikan kita satu kehidupan yang berbeza. Sebagai contoh, apabila kita buat duit dengan cara yang betul, insyaAllah kita akan mempunyai ramai kawan dan pelanggan yang percaya dengan kita berbanding musuh..

    Tapi kalau buat dengan dengan cara “JAHAT”, of course kawan melarikan diri dari kita dan pelanggan tidak akan percaya pada kita lagi.. malah musuh juga bertambah ramai.. > macam mana hidup nak tenang kalau asyik diburu jer.. :wink:

  5. Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah.
    =======================

    Satu Muharam detik permulaan
    Perkiraan tahun Islam Hijrah
    Perpindahan Nabi dan umat Islam
    Dari kota Makkah ke kota Madinah

    Atas keyakinan dan iman yang teguh
    Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
    Rela berkorban
    Harta dan nyawa
    Demi menegakkan Islam tercinta

    Hijrah itu pengorbanan
    Hijrah itu perjuangan
    Hijrah itu persaudaraan
    Hijrah membentuk perpaduan

    Oleh itu mari semua
    Kita sambut Maal Hijrah
    Tingkatkan semangat
    Tegakkan syiar Islam
    Untuk sepanjang zaman

    =====================

    1. **off topic**
      NayanMohd saya minta izin post lirik lagu maal hijrah dalam blog saya ye :smile:

      Kalau tak ble bgtau kat blog saya, nanti saya removed k :lol:

      ***********************************************************************
      Kepada suma IM elakkan daripada memilih jalan hitam, sesungguhnya hitam itu kesesatan…

      Nanti jadi darah daging, hidup tak berkat… :twisted:

    2. Eh Nayan, siap ada lagu2 lagi nie…
      hehehe
      bagus2x…
      tp yang lebih penting adalah kita menghayati lirik dan amalkan apa yang dinyanyikan…
      mendalam 2 makna lirik lagu ni kalau diperhatikan btul2..

  6. :mrgreen: Macam kena atas batang hidung saya plak abg zul. Ni mesti pasal kes chua soi lek tu ek? Betul tak?

    Saya selalu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang saya fikir nakal ( kurang beretika ). Contohnya saya buat blog chua soi lek. Memang hot topik ni. Dalam masa 3 hari je 6000 pengunjung datang ke blog baru tu.

    nampaknya kena berubah dah la lepas ni. Thanks atas nasihat ni.

    ps: salam maal hijrah jua. Kenapa takde plak yang muslim buat post ttg azam maal hijrah ek? huh! nak kena buat ni…

  7. zaman skang susah nak cari betul2 halal, cuma kita cuba berusaha menggunakan pendekatan yang hahal dan mengelak a.k.a menempis sikit demi sikit. saya masih ingat lagi, kawan saya yg baru jadi graduan. dia kata kat saya, tak yah la buat biz internet,haram! mungkin dia terkeliru oleh skim cepat kaya kot. lepas tu saya jawap balik. yang kau bekerja kat pam minyak sambilan tu, halalkah??? . Dia jawap,halal! sebab dari titik peluk dia sendiri.
    Okay, kalau van bawak arak datang isi minyak, kau pergi jugak isi minyak dia, halalkah?? dia diam membisu.
    (moral of the sotry- jangan mencari kelemahan orang, nanti kelemahan kita terserlah- aku sendiri pun banyak kelemahan)

    1. kalau macam tu berat juga bro…

      ada satu hadis nabi

      ” Yassiru Wa la Tua’ssiru, Basshiru Wa la Tunaffiru”

      aukamaqaalarasulullah…

      maksudnya lebih kurang begini

      “mudahkan dan jangan susahkan, sampaikan berita baik dan jangan berita derita”

      apa yang saya faham..dalam dunia yang penuh dengan seribu satu helah ni..susah nak cari yang betul2 bersih.Betulkan? Contohnya dari segi perbankan pun.Memang betul sudah ada perbankan islam. Tapi berapa ramai yang masih menyokong perbankan konvensional. Contoh seperti Maybank..Kalau ada “free interest” bagaimana plak dengan pinjaman atau pelbagai aktiviti kewangan lain yang menerajui ekonomi negara. Dunia dibawah sistem kewangn dengan faedah.Susahkan? itu sebab nabi pesan mudahkan pada apa yang menjadi kemudharatan dan keperluan.

      Kemudiannya..tentang berita gembira dan bukannya penderitaan plak. Saya faham baginda berpesan2 dengan kebaikan terlebih dahulu. Mungkin sebab tu ramai IM yang menjual akan letak ayat2 manis dalam surat jualan. Hohoho..ikut sunnah nabi.

    2. Salihin…saya kurang setuju pendapat pekerja pam minyak yang tak boleh isi minyak van penjual arak. Itu dua perkara yang berbeza. Kecuali kalau driver van bawa arak tu muslim, memang hasil pendapatan driver tu HARAM.

      Tapi tak dak hubungkait dengan pekerja pam minyak tu.

  8. Salam Maal Hijrah.

    Ingatan kepada semua, kalau kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. Kat Padang Mahsyar nu malu woo… Ramai tengok aib kita. :neutral:

  9. Saya teringat pesan ustaz saya…
    dia pernha cakap, jika kita memulakan sesuatu perniagaan dengan jalan yang haram. Kemudian, hasilnya kita perolehi berlipat2 ganda sehingga bertahun2 lamanye…Kita akan menyesal kerana semuanya bermula dgn yang haram…
    kesimpulannya, jangan mulakan perniagaan gn perkara yang haram…
    :smile:
    Rezeki yang barakah akan lebih menyedapkan tubuh badan.. :cool:

    1. betul tu Syed..kalau dah tak berkat, sampai bile2 pun x senang..kalau pun skarang ni senang, sure x lame, kat akhirat lagi confirm x senang..

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.