Erti Sebenar Seorang Usahawan Internet?

Menjadi seorang Internet Marketer dan usahawan internet adalah tidak sama, walaupun nampak serupa. Internet Marketer boleh menjadi seorang usahawan internet, tetapi usahawan internet tidak semestinya seorang internet marketer.

Internet Marketer adalah seorang individu yang mempunyai kemahiran-kemahiran teknik pemasaran internet tertentu, dan kemudian membantu para usahawan sama ada dengan membantu melakukan promosi atau mengajar para usahawan cara melakukannya.

Manakala usahawan internet pula adalah individu yang mempunyai produk ataupun servis dan menjualnya melalui internet dengan pelbagai kaedah atau platform. Mereka adalah pengamal teknik-teknik pemasaran dan tidak perlu menguasainya sehingga menjadi pakar.

Seorang usahawan internet yang bukan internet marketer haruslah memfokus kepada menjual produk-produk mereka dan melakukan promosi untuk bisnes mereka, TANPA perlu begitu mengajar orang lain cara berniaga dan melakukan pemasaran.

Ia tidaklah salah untuk berkongsi tetapi sebagai usahawan, kita perlu fokus kepada bidang perniagaan kita sebaik mungkin. Gunakan masa yang ada untuk memahami dengan lebih mendalam bidang perniagaan itu agar kita lebih cekap di dalam memberikan informasi kepada para pelanggan, di samping memperbaiki lagi bisnes. Sesungguhnya masa adalah amat berharga.

Tetapi jika kita kongsikan ilmu-ilmu promosi dan pemasaran, maka kita sudah ada dua tugas dalam satu masa. Bayangkan, kita perlu mengurus hal-hal perniagaan, tetapi dalam masa yang sama juga sibuk membantu perniagaan lain.

Mungkin adalah lebih bagus jika kita serahkan sahaja tugas-tugas bimbingan dan perkongsian ilmu pemasaran itu kepada mereka yang lebih fokus sebagai Internet Marketer. Kita pula berniaga dan mengaplikasikan ilmu-ilmu pemasaran untuk perniagaan kita sahaja.

Jika mahu menulis juga mengenai internet marketing? Boleh. Saranan saya, wujudkan satu blog khas dan tidak dicampurkan dengan blog utama perniagaan anda. Kemudian wujudkan satu ‘identiti rahsia’ tanpa mendedahkan siapa kita sebenarnya.

Bukan apa… Berdasarkan pengalaman saya, apabila kita melakukan banyak perkara, orang ramai (para pembaca) akan keliru, “apa yang kita pakar sebenarnya?” Nilai kepakaran akan mula hambar apabila kita melakukan banyak perkara ‘secara terbuka’.

Selain itu, kita akan mula sibuk melayan pelbagai soalan dan pertanyaan itu ini mengenai cara berniaga dan pemasaran internet. Satu soalan, dua soalan, tiga soalan, dari satu balasan emel dan kemudian berbalas-balas emel. Padahal, tiada manfaat yang diperolehi. Sebagai usahawan, kita ada banyak kerja yang lebih penting untuk dilakukan. Jagalah bisnes sebaik mungkin.

Pelbagai Sumber Pendapatan

Ia adalah penting, tetapi memerlukan sedikit seni. Seperti cadangan saya di atas, jika mahukan pendapatan daripada pelbagai sumber, kita boleh lakukan secara rahsia, lagi-lagi melalui internet. Kalau secara offline, ramai orang melakukan pelaburan emas, amanah saham, hartanah dan beberapa lagi. Itu semua adalah ‘income’ secara pasif (senyap).

Di Internet, kita boleh lakukan affiliate, adsense, ebay, lelong, web flipping, servis dan sebagainya tanpa mendedahkan identiti kita sama ada mewujudkan ‘identiti rahsia’ ataupun menggunakan orang lain sebagai tenaga kerja.

Kita perlu fokus kepada kekuatan (bisnes) kita yang utama kerana orang tidak akan mengatakan kita seorang yang pakar atau berautoriti jika mereka tahu kita melakukan banyak perkara. Pakar biasanya dikaitkan dengan hanya SATU BENDA sahaja. Itulah realiti yang perlu kita terima di dunia ini.

ps. Siapa ada Facebook? Dijemput Like Page SmartUsaha.com! πŸ˜€

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Erti Sebenar Seorang Usahawan Internet?

  1. terima kasih untuk artikel ini . Saya sendiri masih tidak tahu ape kepakaran yang saya ada . Masih banyak lagi ilmu yang saya kena cari dan belajar . & trima kasih juga untuk tips2 dan ilmu yang terkandung dalam artikel ni πŸ™‚

  2. As-salam Tuan Zul.
    Perlu ada identiti sesuatu blog tu. Dari sini akan ramai pengikutnya tapi perlu ada kemas kini yang bermanfaat kepada pembaca sesuatu blog tu.:D

  3. Salam zul,dah lama saya tunggu artikel terbaru dari zul.lama tak update?Tak sihatke atau sibuk?

    Saya rasa saya ni mungkin usahawan internet kot(walaupun belum rancang produk apa nak jual).Tapi saya nampak saya lebih kepada itu.Dan sekarang saya masih belajar tentang teknik-teknik untuk memajukan perniagaan saya.

  4. terima kasih tuan zul,
    rupanya sy dh tersilap konsep selama ni..
    terima kasih atas peringatan..
    sngt sy hargai..tq

  5. Barulah saya faham yang usahawan itu membangunkan produknya sendiri yang bagi saya tentulah tidak semudah itu.

    Mana kala Internet Markerter boleh jadi usahawan atau boleh jadi bukan usahawan.

    IM Menjadi usahawan bila beliau fokus dalam membangunkan sesuatu produknya sendiri tetapi beliau bukan seorang usahawan jika hanya memasarkan produk orang lain.

    Dalam kata lain hanya menjadi ajen pemasaran.

  6. ..saya di antara yg masih keliru antara IM & Usahawan internet sehingga blog & beberapa laman web saya buat masa ini saya offkan dulu. Sekarang dalam proses menyusun semula hala-tuju dlm bidang perniagaan internet nih. Betul kata zul..untuk menjadi pakar kita kena fokus pada bidang kepakaran yg hendak kita kuasai. Tetapi kebanyakan ‘mereka’ pakar kepada semua bidang! Agak lama juga saya menunggu update artikel terbaru daripada zul πŸ™‚ Oh, ya kebetulan dah mengomen di sini..nak gak tumpang tanya bagaimana dgn versi update “Panduan Asas WordPress Starter Kit” untuk pembeli zul yg terdahulu termasuk ler saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *