Erti Kejayaan Diri & Perniagaan

Mencapai kejayaan…

Erti kejayaan adalah terlalu subjektif. Setiap orang mempunyai tafsiran masing-masing.

Bagi saya, kejayaan untuk diri kita adalah melakukan perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain selama masih hidup di dunia ini. Orang-orang yang sentiasa memenuhi hidup dengan melakukan perkara yang baik walaupun sedikit demi sedikit adalah orang yang berjaya.

Usahawan ataupun organisasi perniagaan yang berjaya adalah mereka yang benar-benar memberikan nilai, kemudahan, penyelesaian dan membantu orang lain (pelanggan) untuk hidup lebih bermakna.

Perniagaan yang berjaya juga berurusan dengan pelanggan menurut cara, undang-undang dan etika yang betul, malah menjaga kebajikan pelanggan dengan baik. Inilah bisnes yang betul-betul berjaya yang bukan hanya bersandarkan kepada ukuran jumlah pendapatan semata-mata.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *