Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ecover Sebegini Memberi Saya RM3000++

Semasa Pakej Kit Blogger (awalnya diberi tajuk Panduan Asas WordPress) dilancarkan dahulu (tahun 2006), inilah ecover yang saya hasilkan sendiri:

wordpress-ebook

Sekarang ni, kalau saya tengok balik ecover ni, saya tersenyum keseorangan.. :)

Manakan tidak, ecover ala kadar ini memberi hasil lebih RM3000 dalam sebulan ia dilancarkan. Walhal pada masa itu bidang perniagaan internet di Malaysia baru nak naik.

MALAH, designer di market tempatan pun susah nak jumpa. APATAH lagi JV partner yang ada list, tak ada. Susah sikit masa tu untuk market Malaysia ni.

Kemudian Nurul (LuvLee – cheapest-design.com) pun menghubungi saya melalui emel dan kami bertukar-tukar pandangan satu sama lain mengenai perniagaan internet. Semenjak itu, sudah tiga kali beliau lakukan design untuk Kit Blogger sehinggalah ke versi sekarang.

*Kalau saya nak buat design lain untuk Kit Blogger lepas ni, saya hanya gunakan khidmat Nurul sebab sejak 2006 lagi dia design untuk saya. Jadi sudah pasti dia sudah faham benar dengan Kit Blogger ni. :D

Ecover Yang “Killer”

Ada orang kata, ecover ebook perlulah cantik dan ‘mantap’, baru hasil jualan akan mantap juga.

Betul ke?

Jawapannya adalah kita kena “track” / analisa.

Ecover yang bagus pun kalau produk tak diperlukan orang (tak ada demand), ecover tu tak memberi kesan terhadap jumlah jualan.

Dan kalau ecover bagus tapi conversion sales letter tak tinggi, tak guna juga.

Kalau ecover cantik tapi trafik rendah, maka sikitlah jumlah jualan.

Apa pun, design ecover hanyalah salah satu faktor. SEBAB kita perlu ingat, banyak lagi faktor yang lain untuk menghasilkan jualan.

Buktinya, ecover “buruk” saya di atas memberi saya hasil lebih RM3000 dalam masa satu bulan. Saya juga tak guna JV partner pun pada masa tu, malah saya hanya ada kurang daripada 2000 orang subsciber sahaja (mungkin kurang lagi rasanya – bawah 1000). Di awal pelancaran pun saya tak ‘setup’ program affiliate.

Sedikit info, saya mula bina senarai emel pada September 2006. Dan saya launch ebook Kit Blogger pada November 2006. Program affiliate pula seingat saya, ia dilancarkan awal 2007.

Jadi, apa yang dapat kita simpulkan di sini? :)

PS. Ini pula ada ebook pertama seumpamanya di Malaysia di arena IM Malaysia dalam Bahasa Melayu:

Ebook percuma ini dilancarkan pada Mac 2006.

Quote for today:

“Yang manis adalah PERJALANAN, bukan HASILNYA.”

-

Facebook comments:

8 Responses to “Ecover Sebegini Memberi Saya RM3000++”

  1. olie says:

    Kesimpulannya, “don’t judge the book by its cover”. Jika kandungan ebook bagus dan sales letter yang ‘mantap’, pasti jualan dapat dilakukan.

  2. Adilla says:

    Salam!

    Saya membaca yang saudara ni sedang mengenang keindahan yang ditempuh dalam berada di tahap saudara sekarang. Walau saudara merasa ecover tu buruk, tapi itu tidak melambangkan isi kandungan dan qualitinya (rasa saya) kerana itulah masih mampu meraih hasil. Pasti usaha giat saudara dibahagian lainnya memainkan peranan penting atas keberhasilan itu.

    Betul! Kita tidak wajar menilai sesuatu hanya dari luaran (dari apa segi sekali pun). Luaran adalah hanya ‘first impression’. Dalaman juga mustahak diambilkira demi penafsiran yang lebih adil dan benar dan seimbang.

    Salam

  3. ok la tu bro kalau guna ecover lawa2 lg mesti bleh smpi 20-30k kan hehe…tahniah bro

  4. Norfazli says:

    Kagum dengan perjalanan perniagaan saudara zul

    Semoga bila dah berpindah kat K.L nanti

    Banyak peluang business online dan offline yang akan saudara zul dapat

    Nasihat saya kepada saudara zul

    ” Buat business sampai akhir hayat “

  5. amirol says:

    Setiap produk yang dihasilkan, ada kenangannya yang tersendiri, pahit atau manis. :)

    Ebook Pakej Kit Blogger ni boleh dikatakan salah satu “lagendary” produk digital yang terawal yang dijual di pasaran Malaysia.

    Tahniah Zul!

  6. Faily Noor says:

    Wah..!!satu kenangan manis yg terkenang sumur idup nih..: )

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)