Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ebook Vs Buku

Secara asas, ebook dan buku adalah sama sahaja, tapi jika ditinjau lebih jauh, kedua-duanya mempunyai banyak perbezaan. Saya tertarik dengan ‘persoalan’ yang Sham nyatakan di blog beliau, adakah ebook boleh disebar-sebarkan, disalin atau dipinjam-pinjamkan seperti buku biasa?

Jawapannya bergantung kepada jenis ebook tersebut. Apa yang dapat saya katakan, ebook mempunyai beberapa jenis ‘hak’ atau ‘lesen’. Jadi, boleh atau tidak anda sebar atau jual ebook itu bergantung kepada lesen yang dinyatakan oleh penulis (pemilik asal) ebook tersebut.

1. Distribution Rights (Hak Edaran)

Jika anda memiliki ebook jenis ini, anda boleh mengedarkan ebook tersebut tanpa sebarang halangan dengan syarat tidak mengubah kandungan ebook. Hak yang anda miliki hanyalah hak mengedar, bukan memiliki hakcipta ebook tersebut.

2. Personal Use Only (Kegunaan Sendiri)

Dengan membeli sebuah ebook jenis ini, anda hanya boleh menggunakannya untuk kegunaan anda sahaja. Tidak boleh disebar kepada orang lain.

3. Resell Rights (RR)

Untuk mendapatkan lesen ini, anda perlu membeli atau mendapatkannya secara sah daripada pemilik asal ebook. RR bermaksud anda boleh menjualnya, tapi para pembeli anda tidak boleh menjualnya (hanya boleh guna sahaja).

4. Master Resell Rights (MMR)

Ebook jenis MRR bermaksud, anda boleh menjual ebook itu dan para pembeli anda pun boleh menjual ebook tersebut.

5. Private Label Rights (PLR)

Jika empat jenis lesen (hak) di atas tidak boleh diubah-suai isi kandungan ebook, PLR pula berbeza. Anda boleh mengurangkan, mengedit, menambah atau melakukan apa sahaja terhadap isi kandungan ebook. Pendek kata, anda mempunyai hak terhadap isi kandungan tersebut. Namun semuanya bergantung kepada garis panduan (syarat) yang diberikan oleh pemilik asal ebook.

Kesimpulan

Itulah sedikit sebanyak mengenai jenis ‘hak’ yang ada pada ebook. Untuk buku, saya tidak pasti perkara ini ada diaplikasikan atau tidak. Cuma yang pasti, buku bercetak boleh dipinjam-pinjamkan, dijual balik (buku terpakai) dan disebar-sebar. Yang tak bolehnya, mencetak rompak sahaja iaitu membuat salinan buku dan menjualnya. Ini jelas salah jika ia dilarang oleh pihak penerbit.

Tidak kisah buku atau ebook, ketahui dahulu apakah yang anda boleh lakukan untuk produk tersebut. Boleh disebarkan? Boleh dijual semula? Boleh difotostat? Boleh disalin semula? Jika boleh, boleh lah. Jika tak boleh, jangan melakukannya kerana ia jelas menggunakan hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Kita semua setuju dan tahu bahawa menyalahgunakan hak orang lain adalah SALAH di sisi Agama dan undang-undang.

Wassalam.

ps. Artikel menarik: Produk untuk perniagaan Internet? Klik di sini untuk mengetahuinya.

Facebook comments:

13 Responses to “Ebook Vs Buku”

  1. bizmalaya says:

    zul…mintak maaf kalau salah tempat untuk bagi komen…saya begitu kagum dengan saudara zul…kagum dari segi gaya penulisan , dari segi pengisian tulisan dan dari segi update blog…

  2. wanwma says:

    kalau nak tahu pasal ‘hak’ berkaitan dengan buku, anda boleh baca ebook Hak Cipta daripada Zamri Mohammad…saya lupa la apa link dia, tapi kalau korang nak, rajin2 la cari dekat search tu..lagipun ebook tu diberikan secara percuma…terima kasih..hhuhuhuhu

  3. wanwma says:

    http://www.zamrimohamad.com try cek kat sini kot2 ada link download tu, saya agk bz la nak godek2 web tu sekarang…

  4. beduz says:

    baru je godek2 laman web zamrimohamad. baru tahu rupa2nya dia la penulis buku nak jadi penulis bebas. saya x berapa expert sangat mengenai hak cipta ni tapi bagi saya jualan ebook lebih menguntungkan dari jual buku. kerana kita dapat berurusan sendiri dengan target market kita. contohnya jikalau zul membuat buku dan disebarkan oleh PTS dikedai2 buku seperti mph dan juga popular, rasa2nya ada x orang nak beli?ada, tapi tidak sebanyak mlalui jualan di internet. tambahan pula royalti yang diterima tidak banyak,mungkin x sampai dalam 10% dari harga jualan.kesimpulan dari cerita ni kalo zul menjadikan panduan membuat blognya itu sebagai buku maka lambatlah dia kahwin. .

  5. sham says:

    Buku bagus untuk branding nama..Orang akan lebih respek penulis buku berbanding penulis ebook.. kalo p mana, dia ni penulis buku bla bla bla…kalo ebook, siapa yang beli jela yang tahu..

    • titan says:

      betul.betul. hanya pembeli dan rakan online je la yg tahu..masa aku melawat kawan eksiden kat hospital jengka. kawan aku tanye.

      “macam mana ko leh buat buku kat internet aa?? pastu leh jual kat orang dan ada plak orang beli? ”

      pendek cerita. ingatkan nk melawat sejam je. jadilah lebih dekat 2 jam. semua dok cite pasal perniagaan internet. dia setat nk wat duit dr internet. tapi tak tahu caranya.

      aku cakap, first. ko kene ada line internet..hehe :D

  6. Benar e-book hakcipta penulis saya edarkan percuma di http://sembangkehidupan.forumotion.com/komuniti-penulis-ump-f14/

    Berkenaan entri kelima-lima hak itu kita panggil sebagai hak pelesenan karya. Iaitu siapakah yang berhak mengedarkan karya itu,

    Hakcipta karya masih dipegang oleh pemilik asal.

    Entri ini adalah entri yang bagus!

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  7. Raymond says:

    Terima kasih Zul kerana menyedarkan orang ramai tentang hak penyebaran ebook ini.

  8. abdul wahub says:

    “Kita semua setuju dan tahu bahawa menyalahgunakan hak orang lain adalah SALAH di sisi Agama dan undang-undang.”

    Tapi org yg ciplak tu mana kira agama & undang-undang..Stakat ni ada ka org kene dakwa sbb copy & jual ebook org lain??

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)