Ebook: Terbit sendiri Vs Penerbit

Kini, penerbitan ebook atau ‘digital publishing’ semakin mendapat sambutan. Mahu tidak mahu, kita perlu hadapi perubahan ini. Penerbit tradisional (buku bercetak) pula sudah ada yang menjadikan buku terbitan mereka dalam bentuk digital ebook kerana telah melihat potensinya yang amat besar.

Perkembangan ini adalah selaras dengan teknologi ebook reader termasuklah gajet elektronik seperti ipad, iphone dan kebanyakan yang lain, di mana kemampuannya membaca buku versi digital. Pemilik gajet itu hanya perlu membeli terus ebook melalui alat itu dan terus boleh membacanya di mana-mana sahaja.

Sementara masih ada mereka yang mempersoalkan itu dan ini, malah masih ada yang anti dengan dunia penerbitan ebook, hakikatnya inilah perubahan yang perlu diterima dengan dada yang lapang. Selagi kita mempersoalkan, maka kita akan semakin tertinggal jauh ke belakang, padahal semuanya telah jelas tiada apa-apa yang perlu dipersoalkan.

Kembali kepada tajuk artikel ini, saya akan senaraikan pro dan kontra menulis dan menerbitkan ebook sama ada dengan usaha sendiri ataupun menggunakan khidmat penerbit ebook.

Menerbitkan Sendiri:

  1. Semua kos dikeluarkan sendiri (domain, hosting, design ebook dan laman web).
  2. Perlu buat sendiri laman web atau outsource.
  3. Perlu edit sendiri kandungan ebook.
  4. Keuntungan 100% untuk diri sendiri.
  5. Tiada kekangan untuk mengubahsuai dan melakukan sesuatu seperti soal harga.
  6. Penulis mengawal 100% semua proses.
  7. Sistem affiliate dipasang sendiri atau upah orang lain.

Kesimpulan cara ini: Semua penulis buat sendiri.

Penerbit Ebook:

  1. Penulis hanya perlu menyediakan ebook (kandungan) sahaja. Ia dipanggil manuskrip.
  2. Semua kos kerja dan penerbitan ditanggung oleh pihak penerbit.
  3. Keuntungan dibahagi mengikut perjanjian. Contoh: 40% penulis dan 60% penerbit.
  4. Penulis tidak boleh menggunakan manuskrip yang sama untuk diterbitkan sendiri atau oleh penerbit lain dalam tempoh perjanjian yang termaktub. Hal ini bukan ebook sahaja, malah penulis tidak boleh menerbitkan dalam bentuk atau format yang lain seperti audio dan video.
  5. Design ebook, laman web, sistem dan semua hal teknikal diuruskan oleh penerbit.
  6. Proses proof reading (editing) juga dilakukan oleh pihak penerbit.
  7. Salesletter (surat jualan) diuruskan oleh pihak penerbit.
  8. Proses penerbitan mengambil masa dan penulis tidak dapat mengawal proses itu.
  9. Penerbit biasanya mempunyai kapasiti kepakaran dan kos yang lebih baik berbanding seorang penulis.
  10. Pendek kata, penulis hanya perlu menyediakan ebook sahaja. Selebihnya penerbit akan siapkan.

Kesimpulan cara ini: Penulis sediakan draf ebook yang siap dan penerbit akan selesaikan yang lain.

Contoh penerbit ebook: Educattic Mind

Setiap cara ada pro dan kontra masing-masing.

Sedikit mengenai hak penerbitan, setelah penulis menandatangan perjanjian, penerbit mempunyai hak penerbitan sahaja. Tetapi manuskrip asal, hak ciptanya tetap dimiliki oleh penulis. Manakala ebook yang telah siap diformat, ecover ebook, laman web dan sebagainya, itu semua adalah hak penerbit 100%. Ia tidak boleh digunakan oleh penulis untuk keuntungan persendirian, melainkan ia membantu proses penjualan ebook oleh penerbit.

Katakan hak penerbitan adalah selama dua tahun, maka selama tempoh itu, penerbit berhak menggunapakai manuskrip penulis untuk diterbitkan dalam pelbagai format. Namun sebelum ia diterbitkan sebegitu, penulis akan dimaklumkan dahulu. Dan setiap format penerbitan, penulis akan tetap mendapat royalti/keuntungan mengikut persetujuan.

Apakah saranan saya?

Saranan ini digunapakai oleh saya sendiri, iaitu saya lakukan kedua-dua cara di atas. Ada ebook yang saya terbitkan sendiri dan ada juga menggunakan khidmat penerbit ebook (contoh: Kuasa Forum diterbitkan oleh Educattic Mind). Untuk menentukan yang mana satu perlu kita pilih, ia perlu melihat kepada situasi, kesesuaian dan keperluan.

Contohnya, jika anda mahukan wang dengan cepat, maka menerbitkan sendiri adalah pilihan yang sesuai. Kedua, jika anda mahu bebas menggunakan manuskrip projek dan tidak mahukan sebarang kekangan, maka menerbitkan sendiri adalah lebih sesuai.

Ketiga, menerbitkan sendiri adalah pilihan terakhir apabila cadangan projek anda tidak diterima oleh pihak penerbit. Tidak semua cadangan ebook diterima oleh penerbit.

Pendek kata, fikirkan apakah pilihan yang lebih sesuai dengan situasi dan keperluan sendiri.

ps. Jika anda berminat untuk menerbitkan karya tanpa mahu pening kepala dengan perkara teknikal, Educattic Mind (EM) mengalu-alukan cadangan ebook daripada anda. Hubungi EM dan nyatakan anda berminat. Mereka akan hubungi anda kembali dengan maklumat lanjut.

 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Ebook: Terbit sendiri Vs Penerbit

        1. Termasuk screensyok pun boleh. πŸ˜‰

          Tapi EM ni ‘tegas sikit’. Ebook-ebook hype atau ‘kosong’, memang akan terus di-reject. Hehehe…

        2. Antara prinsip utama EducatticMind:

          1. Guna bahasa Melayu standard.
          2. Content ebook perlu ‘lulus syariah’.

          Prosedur peringkat awal:

          1. Perlu buat proposal cadangan dahulu termasuk senarai isi kandungan. Tak digalakkan tulis ebook dulu baru bagi EM lihat/nilai.
          2. Perlu bagi satu sample bab contoh bersama proposal.

          Ini dilakukan untuk melihat tahap penulisan dan juga melatih komitmen penulis.

  1. Good information Tuan, eBook punya bidang di Malaysia masih belum luas, banyak fokus kepada perniagaan internet yang diulang-ulang. Kalau boleh cari panduan selain internet mungkin boleh pecahkan tradisi =)

    Cuma pendapat sahaja =)

    1. Saya sangat setuju dengan pendapat AskBudakBoy.Kebanyakan ebook sekarang semuanya berkisarkan cara-cara buat duit di internet.

      Alhamdulillah,untuk permulaan saya telah dapat menghasilkan sebuah ebook ringkas tentang kesihatan buah pinggang.Ianya dapat didownload secara percuma sahaja di blog saya.

  2. Alhamdulillah. Suatu pencerahan. Saya sudah lama memikirkan hal ini kerana sejak umur meningkat ke angka 40 saya mula terfikir, agak-agaknya kalau saya meninggal dunia, blog kesayangan saya pun akan terkubur juga rasanya. Mengapa tidak dibukukan sahaja supaya dapat terus dimanfaatkan. Tapi saya ‘kurang rajin’ pula hendak ‘mengasapkan’ kepala dengan perkara-perkara teknikal……

  3. Topik yang menarik berkaitan ebook dan jarang ini baru pertama kali tahu ada penerbit untuk produk digital sekarang, Bagus tu kalau dah ada penerbit lagi rancang dunia penerbitan ebook nanti dan semakin memudahkan kerja-kerja IM

    1. Wa’alaikumussalam Tuan,

      Boleh. Hubungi kami untuk perbincangan lebih lanjut.

      *Maaf tuan baru jawab di sini. Kita telah bincang di FB. πŸ˜‰

  4. salam tuan,
    saya budak baru belajar.. sedang menulis ebook nak tanya ada tak format wajib ebook, slain 50 m/s?.mcm format jenis/ saiz font, format susunan ebook, dll.. maaf baru jenguk web tuan, mgkin dah ada dlm artikel tuan yg lpas2, nanti ada masa sya jalan2 lawat artikel lama..
    buat masani sya tulis je mana yg terlintas di pkiran, kandungan dah ada. t.k

    1. Salam Azmi,

      Secara asasnya, tiada format yang wajib bagi ebook. Ia bergantung pada kreativiti kita sendiri, tetapi dalam masa yang sama memudahkan pembaca membaca ebook. Biasanya:

      1. Font: Arial dan seumpamanya yang mesra mata.

      2. Susunan ebook: Mempunyai bab dan perenggan yang tidak terlalu penuh. Perlu juga ada senarai isi kandungan beserta no. muka surat.

      3. Sekurang-kurangnya 1.5 spacing antara ayat agar memudahkan pembacaan.

      4. Jumlah muka surat: Tidak semestinya lebih daripada 50 m/surat. Bergantung kepada kandungan ebook.

      Pendek kata, yang penting susunan ebook dan format dalamnya ‘mesra’ pada mata pembaca.

      1. tk sifu…mohon share certain artikel tuan yg sesuai utk manfaat kwn2 lain (esp. FB).. Ke-2 as experienced usahawan internet bole ke tuan bg pandangan ttg ebook yang akan saya terbitkan nanti.. kalu tak keberatan dah siap isi nanti (dlm word je dulu) sya akan bg tuan tgk 4 komen.. pls reply to azmiramli@gmail.com. t.k

  5. Salam tuan, saya berminat utk bekerjasama dgn pihak tuan utk projek ebook pertama saya,jd saya nak tanya proposal yg tuan katakan adakah dlm bentuk senarai kandungan sahaja & kalau dipersetujui,adakah saya kena hantar ebook sya tu dlm bentuk microsoftword??

    Apa yg dimaksudkan dgn “sample bab contoh bersama proposal”.

    Terima kasih.

    1. Salam Amilia,

      Insya Allah, saya akan hubungi nanti.

      Secara asasnya, proposal adalah seperti berikut:

      1. Ditulis dalam Word.
      2. Senarai isi kandungan.
      3. Satu bab sampel.
      4. Sinopsis ebook (ringkasan keseluruhan).

      Ebook yang siap perlu ditulis dalam Word. Namun sebelum tulis, perlu perbincangan terlebih dahulu selepas saya dapat proposal. πŸ™‚

      Sampel bab itu maksudnya, perlu tulis at least satu bab atau satu sub topik yang disenaraikan dalam isi kandungan. Tujuannya saya mahu menilai beberapa aspek berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *